PENGIKUT

Monday

KEPAHITAN YANG SUKAR DI TELAN

hari ni genap 24 tahun mak ayah aku berkahwin.. kakak yang dah banyak duit T__T belanja satu family makan untuk meraikan anniversary mak ayah aku.. makan macam nak meletop perut. say hai!! kepada berat 2 kg yang baru hilang 2 hari lalu!! huwaaaaaaaa~~ (ini suara tangisan tahu!)

bila dah makan2 nih macam2 story lah terbukak. dah rancang holiday bulan 3 nih siap. wah2!! impressive nih adik2 aku nih. siap gaduh lagi nak book hotel mana bagai. hello! sekarang ni baru bulan 12 adik2.. kalau sekarang dah bulan 1 ke 2 ada lah jugak logiknya kau orang nak gaduh2 tadi. muahahaha!! tiba2 adik aku yang sorang ni bersuara..

adik : "ha, nanti tiba2 abang hakeem datang.. hahahahaha!!"

aku : "takdo kojo lak aih dia nak datang. takde maknanya."

mak : tak cakap ape. senyum penuh makna je kat aku.. (mak memang dah suka kat dia)

ayah : tak cakap apa. tapi ayah join gelak sekali. (kalau ayah gelak ni tandanya ayah bagi ke aku kawan dengan dia?)

itu baru satu aku kene. dalam kereta masa on the way balik...

aku : "eh! tu ada kedai makan gak tuh. macam best jerk."

kakak : "alah, ngah, kedai makan berlambak dah. boleh kutip2 nak g makan kat mana.."

mak : "tuh, *bakal nya angah nak jadi tauke kedai makan sikit hari lagi.. kan ngah.."

semua orang + ayah : miahahahahahahahhahahahaha!!

aku : hanya diam membisu.


perasaan ini aku sukar nak explain. samada aku gembira atau aku perlu berduka. yang aku tahu air mata aku nak menitik waktu tuh. hati aku rasa terusik. entahlah, sepatutnya aku gembira sebab ayah dah menunjukkan tanda2 positif. mak pun memang dah semakin hari semakin suka lak aih asyik nak tanya aku pasal dia. setiap kali itu jugak aku tak respon apa2. aku tak tahu nak respon apa.

jarang ayah nak turut serta atau bersifat terbuka dengan benda2 yang melibatkan hubungan anak2 dia dengan lelaki . mak memang dari dulu ok jerk. since aku dengan hanis dulu mak ok jerk. ayah tak. ayah aku memang tegas. tengok muka pun dah tau ayah aku tegas. ayah aku bersifat pesimis benda2 macam nih. aku ingat lagi masa hanis datang rumah aku dulu. hanis nak salam ayah aku tapi ayah langsung tak hulur tangan. ayah just angguk bila aku kenalkan dan terus blah. dahsyat kan ayah aku? nasib ada mak, mak lah yang melayan hanis tuh dengan aku. tapi aku dengan hanis tak tahan lama pun. ah! cerita lama. aku dah tak kisah dah pasal hanis tuh.


but now.. aku tak tahu. i juz dont know.




hakikatnya, hanya ALLAH yang tahu..

1 comment:

ahsfantasy24 said...

Pahit jangan terus dibuang,
manis jangan terus ditelan..

^^,