PENGIKUT

Monday

macam susah..

susah kan nak bangkit semula.
aku dapat rasakan kepayahan tu.

Wednesday

pahit bila rasa itu hadir..

rindu ni ada macam -macam kan?
bila hati rasa tak tenang, terkenang, jadi pendiam, jadi tak tenteram maksudnya aku sedang merindui sesuatu.
bukan benda atau objek tetapi orang.

ada banyak orang yang buat aku rasa tak tenang, terkenang, jadi pendiam, jadi tak tentera.

1 ) family.

ayah : " angah macam mana? sihat ke kat sana?"
aku : "angah sihat je.. kaki tak sakit.."
ayah : "alhamdulillah, dapat dengar suara angah pun dah cukup..
ayah rindulah kat angah.."
aku : (dgn hati yang luluh mata bergenang ) "ayah ni, nanti
bulan 3 angah balik lah.. hihihi.. <-- (pura2 ketawa untuk menenangkan
jiwa sendiri)
ayah : "okey ye nak, elok2 jangan lasak2 sangat nanti sakit balik.."
aku : "okeyh..."
ayah : " okey ye nak.. assalamualaikum.."

= betapa aku sedang gundah gulana, luluh jiwa bila ayah aku sebut perkataan rindu.. haila.. jiwa aku tak tenteram bila mak ayah aku expecially ayah aku (sebab ayah aku susah sikit nak ekspresi perasaan dia) aku akan jadi nak balik rumah on the spot!! so, who are u to say that i am "anak manja" asyik homesick?? siapa kau?? sukati aku lah..

along : " hey budak? bila nak balik?"
aku : "lambat sikitlah nak balik, banyak kerja lagi tak siap.."
along : " jangan lupa balik rumah bila cuti tau!"
aku : " orang tau lah nak balik.."
along : " cepat balik! nak pergi berfoya- foya dengan kau nih. "
aku : " yolah2, cuti kang orang balik.."

= walaupun kakak aku tak pernah kata rindu kat ko, apesal tak balik2 lagi, rasa lama gila ko tak balik rumah.. aku tau akak aku rindu kat aku.. HAHAHAHAHAHAHAHA!!! siapa berani cakap aku perasan???? sukati aku lah...

adik : " angah balik bila?"
aku : " cuti nanti angah balik.."
adik : "angah cuti bila?"
aku : " bila korang cuti, ha.. time tu angah balik lah.. cuti angah sama
ngan korang.."

= ye. walaupun aku garang, tapi aku tau adik2 aku ni suka bila aku marah diorang.. HAHAHAHAHAH!!! aku yang selalu buat diorang sakit hati, arah2 diorang buat keje padahal aku mengangkang tengok tv.. muahahahah!!

2) ^_^

^_^ : " saya rindu lah kat awak.. bila awak nak balik?"
aku : " bila cuti saya balik lah.."
^_^ : " bila awak cuti?"
aku : " cube tengok kalendar? ha, kalau ada tanda kuning2 tu
saya cuti lah.. hahahaha "
^_^ : " orang cakap betul2 dia main2 eh.. "



rindu itu anugerah-MU

manis, jangan biarkan yang manis itu
mencalariku...






Tuesday

cukuplah tu.......

cukup cukuplah kan imbas kenangan kan..
hidup dengan kenangan memang pahit, yang pahit itulah ubatnya.

yang perit sekarang ni adalah..
hidup dalam keadaan yang perlu kerjakan semua kerja dalam satu masa.
macam mana tu?

penat, lelah i cannot stand it anymore.

aku : memang nak membebel ni tapi tak tahu nak membebel apa
ntahlah, berbuku je rasa.. senang kata stress lah!! tapi ntahlah..
kawan : awak stress tentang apa ni?
aku : entahlah! tak tahu.. yang pasti saya kene luah apa yang berbuku.
tapi tak tahu mcm mana nak luah sebab tak pandai membebel.. macam mana
nak hilangkan stress?
kawan : baca quran..





kadang-kadang kita rasa nak luahkan apa yang berbuku
tapi sebab dah terlalu berbuku
nak meluahkan pun dah tak tahu macam mana caranya..

Thursday

semuanya akan selesai dengan baik

wahhhh.... lamanya lamanya lamanya tak hupdate blog. okeyh, tak lama mana baru berapa hari tak hupdate kan. so, as we know this sem kami guru-guru pelatih perlu uruskan KEJOHANAN TREK DAN PADANG. nama memang gah, tapi kalau dekat sekolah sama macam sukan tahunan lah lebih kurang.aku tak pasti samada pelajar-pelajar universiti perlu atau tak uruskan macam mana kami semua pelajar IPG perlu uruskan acara macam ni sepanjang tahun.

"kau orang bukan macam budak universiti, kau orang belajar
untuk mengajar orang semula, budak universiti belajar untuk diri diorang sendiri.."
(encik nahar)


kau orang pernah tak kene paksa pergi raptai sukan tahunan masa sekolah-sekolah dahulu? mesti pernah kan, kalau tak pernah maksudnya kau memang kaki ponteng.sebelum-sebelum ni aku hanya tahu merungut kenapa dan mengapa dan why why why why mesti kene ada raptai sebelum sesuatu event berlangsung. merungut berbakul bakul tak tahu apa motif asyik nak merungut. NAH! sekarang baru aku tahu betapa pentingnya raptai ni.

pheuwww!! memang kelam kabut bulan februari ni. semua benda nak kena habiskan dalam jangka hari dalam bulan februari yang sangat singkat ni. sampai satu tahap aku rasa aku dah tak nak buat apa-apa. aku nak nangis sambil tidur sampai februari ni habis. lepastu nak bangun semula bila semua nya dah selesai tanpa aku ambil bahagian. kalau tak bangun-bangun lain pulak jadinya kan.

pheuww!! bila fikir tentang tanggungjawab dan amanah. mula sedikit demi sedikit hati terpujuk dengan diri sendiri.

INSYAALLAH, SEMUANYA AKAN SELESAI DENGAN BAIK.

Sunday

sebak

entah kenapa entah rasa sebak tengok beberapa keping gambar.
oh. bukan gambar 'dia' tapi gambar lain.
sebak berkati-kati dalam hati.
rasa nak terburai berkali - kali.
tak salahkan rasa sebak tengok gambar yang memotretkan tentang kebahagiaan.
sebak sebab kebahagiaan itu dapat mereka raih seperti yang mereka rancang.


("bersyukurlah, kerana kau masih dapat menggunakan nikmat air mata
tatkala hatimu dalam kepedihan
")



oh. bukan aku salahkan takdir.
bukan aku cemburukan takdir mereka.
kerana yang tersirat dalam kehidupan mereka
aku tidak pernah nampak
tidak pernah rasa sebelum mereka raih kebahagiaan itu.

ah.
terlalu tinggi khayalan
sehingga hati menjadi sebak.
sudah ku katakan aku sudah pulih.
tapi hanya manusia punya hati yang selalu berbolak balik
sama juga macam aku.

sudah berbulan meninggalkan episod itu
tapi kesannya masih lagi nampak jelas.
sukar.
mungkin kau pernah rasa dan mungkin juga kisah kau lebih perit.
bagi aku.
kisah ini paling perit.
mungkin akan ada yang lebih perit di kemudian hari.
tapi buat waktu ini
ini yang paling perit.

sebak kembali.
bukan kerana dengki
tapi kerana bahagia
bahagia kerana jalan mereka tidak berliku seperti aku
bukan.
aku tidak menyalahkan.
aku syukur.
yang berliku ini adalah satu nikmat
nikmat yang sukar ditelan.
pernah kau terfikir
perit itu adalah suatu nikmat?
kecewa itu adalah suatu nikmat?
kepedihan itu adalah suatu nikmat?
pernah kau rasa?

waktu, dan masa masih tidak lupa melakukan kerjanya
hari-hari masih dapat dilewati
samada mahu atau tidak
rela atau terpaksa..
tanpa kau, atau aku sedar

Thursday

saya dah pulih.

mungkin bukan 100%. tapi rasanya dah boleh dapat A+ kalau markah macam esaiment. err.. paham ke? oklah bahasa mudahnya dalam 85% saya dah pulih.

tengok, hati ini dah mampu tersenyum...


bukan senang hati itu mampu tersenyum semula...
bukan senang...



=)) terima kasih kepada anda-anda yang berkenaan yang tak pernah jemu bagi semangat ((=
(anda tahu siapa anda-anda semua)


atas jasa sahabat aku mampu berdiri semula,
atas jasa sahabat hati aku mampu tersenyum semula...




terima kasih wahai pencipta hati, pencipta segala rasa dan segala-galanya..
=))




harapanku,
semoga aku akan teguh berdiri
lewat hari-hari yang mendatang..

Tuesday

tenteram

aku memang tak pandai untuk mengkias bahasa
lagi tak pandai untuk berlakon atas segala hal.
aku memang tak pandai.

aku masih tak mampu untuk
berlakon segala hal seperti tiada apa-apa.
memang terasa bodoh
melalui fasa ini ketika umur semakin jauh meninggalkan angka belasan.
pengalaman adalah guru yang terbaik bukan?

(mahu sahaja pergi ke tempat yang paling sunyi,hanya ada aku sendiri)


cinta itu bukan mainan
bukan juga untuk diada-adakan.
bukan untuk di cuba-cuba
kalau bagus, menarik kita teruskan
kalau buruk, tak menarik kita hentikan.
bukan.
bukan itu.
kalau itu yang ada dalam fikiran kau.
memang kau tak layak untuk miliki rasa cinta.

mata bengkak
hati parah.
maaf, bicara aku seringkali berkisar tentang ini sahaja.
maaf.

"cinta itu dari hati bukan dari kata-kata.."

aku pasti dengan qada' dan qadar..
seandainya ini bicara keikhlasan, aku akan ikhlas
seandainya ini bicara kesabaran, aku akan jadi seorang penyabar
seandainya ini bicara tarbiah, akan ku jalani sebaik-baiknya.


gadis: macam mana? apa jadi?
aku : macam tu lah.. semua dah selesai.
gadis : ada kau tanya kenapa dia diam?
aku : tak, aku anggap itu tempoh dia berfikir.
gadis : jangan menangis terlalu banyak. kau masih punya keluarga dan
rakan-rakan.
aku : (ketawa)
gadis : kau ok tak?
aku : insyaALLAH aku ok.


"suatu hari nanti kau pasti bersyukur dengan apa yang jadi ni, dan dia akan menyesal sangat-sangat kerana melepaskan orang sebaik kau pergi.." (qulutt)

(senyum)