PENGIKUT

Wednesday

baiklah..kali ini betul-betul jatuh cinta.

kalau tak puas klik lah bagi besar

kau pernah dengar nama IRWANSYAH tak??
oh my!!! saya sangat cintakan IRWANSYAH sekarang..
(kau gedik ni kenapa amal??)

ok ok bukan jatuh cinta yang seperti
wa-cinta-lu-sampai-mati-tu
tetapi tiba-tiba menjadi DIE HARD FAN
atau bahasa indahnya mati susah kipas
kepada IRWANSYAH

ala.. takkan kau tak kenal IRWANSYAH??
ala.. yang menyanyi lagu
'aku memang pencinta wanita
tapi ku bukan buaya..lalalalalalala'
(ok! aku tak suka lagu ni!)


ok ok lagu MY HEART tu..
'pernah kah kau menguntai..
hari paling indah..'
aha!! i like!!!!!
(sudah!! sudah!! gedik!!)


betul..
kali ni betul-betul jatuh cinta
dekat IRWANSYAH..
(kalau kakak aku baca sumpah aku kene kutuk sampai rasa nak sembunyi muka dalam longkang)




alah..kat ternet pun banyak kau search je

heh!!
biarlah..
aku menjadi DIE HARD FAN IRWANSYAH sekarang..

eh...
kenapa tiba tiba kau menjadi mati susah kipas IRWANSYAH ni?
bukan kau mengkeji dia ke dulu??
ok tak nak guna perkataan keji.. tak molek..
guna perkataan 'TIDAK MENCINTA' (ha.. ni lagi sedap di dengar)


aku tengok DVD CERITA 'LOVE'
malam tadi..
pertama kali tengok IRWANSYAH berlakon..(mesti kau kata aku tipu kan?)
takde..tak tipu, aku memang tak pernah tengok cerita cerita lakonan dia
sebab aku memang tak minat IRWANSYAH sebelum ni
sebab lagu lagu dia ada sebahagian yang macam tak masuk dengan jiwa ni

tetapi,
oleh sebab tak de cerita dan amat bosan aku tengok lah dvd tersebut..
kau tak tahu ke cerita LOVE tu macam mana??
ala.. kau pernah tengok cerita 'CINTA' tak??
arahan KHABIR BHATIAH??
ha.. cerita LOVE ni, ala ala cerita 'CINTA' tu
tapi versi indonesia.. dan pengarahnya tetap sama KHABIR BHATIAH
kredit untuk khabir bhatiah!!! cerita anda memang best2!!!


watak IRWANSYAH dalam cerita tu
memang sangat comel..
nak tahu comel macam mana??
oh my!!! aku tak dapat nak luah dengan kata kata.
disebabkan watak dia yang comel tu..(termasuk kecomelan rupa dia)
aku betul2 jatuh cinta dengan dia
dan sumpah!!
aku- akan- backup- dia- kalau- kakak- aku - kutuk-dia-lagi-lepasni!!-


kau semua tengoklah cerita LOVE tu..
meh sama sama kita jatuh cinta dekat IRWANSYAH..
(irwansyah, sila lamar saya sekarang!! hahahahahaha!!)
kau klik lah kalau nak lagi besar

Monday

cerai-ceraikan badan lepastu jadikan orang suruhan

tajuk entry berkenaan dengan apa yang ada dalam fikiran aku sejak dua menjak ni.
cerai-ceraikan badan tu bukan bermaksud kau potong-potong badan kau sendiri
sampai hancur lepastu kau buat barbeku diri kau sendiri. warghhh!! apa yang
aku sedang lakukan ni?
oh.. mungkin disebabkan terlalu banyak kerja yang bertimbun
sehinggakan aku rasa macam nak cerai-ceraikan badan sendiri
selepas itu jadikan orang suruhan.

kalau kita cerai-ceraikan badan sendiri dan jadikan ia sebagai orang suruhan
tak payahlah susah payah nak pergi korek bank untuk bayar gaji.
kalau kena bayar gaji pun bukan pergi kemana
duit itu akan masuk ke bank kau jugak yang dah kemarau tuh!! (padan muka kau mak tak
suruh shopping macam sahabat syaitan pun kan)

oho..
aku rasa macam nak cerai-ceraikan badan sendiri untuk dijadikan sebagai
orang suruhan untuk melakukan semua kerja yang bertimbun..
aku rasa macam nak cerai-ceraikan badan kepada 200 keping.
boleh tak??
apabila 200 keping, macam-macam kerja boleh dibereskan dalam satu masa.


satu bahagian
boleh dijadikan sebagai orang suruhan untuk lengkapkan file-file yang entah apa-apa
yang mengarut yang disuruh untuk dilengkapkan untuk dilihat dan bapak tebal bukan
bapak je atuk nenek punya tebal dan tak tahu nak isi apa!!!!


satu bahagian
boleh dijadikan orang suruhan untuk membuat ujian-ujian yang bakal menjelma
dan bukan bakal menjelma sahaja tetapi yang tiba-tiba mengejut
macam beruk punya terkejut sebab tiba-tiba lecturer kata

"esok UAK anda..sila bersedia"

huh!!!!

satu bahagian lagi
boleh disuruh untk berhibur

satu lagi untuk
mengupdate blog kecintaan ini

satu lagi untuk
berfacebook sampai macam nak mati
(macam sebab tak nak mati sebab facebook)

satu lagi untuk
dijadikan orang suruhan untuk makan, mandi, minum,
tidur..bla..bla..bla..bla.. blah lah!!!


satu lagi untuk
diletakkan di rumah ku syurgaku
supaya diri ini tidak terlalu homesick
kemungkinan diri ini tidak dapat pulang sebulan setengah sehingga
exam final nanti..
oh my!!!!! saya memang homesickk sekaranggg!!!!
nak balik!! nak balik!! nak balik!!


satu lagi untuk
dijadikan orang suruhan untuk study untuk exam
supaya exam nanti tak delah rasa macam nak mati + tercekik
nota-nota yang dibuat dan yang perlu dibaca sampai rasa nak muntah
dan makan muntah tu balik (euww.. geli gila kau ni amal makan muntah!)


satu lagi untuk
blablablablablablablablablablablablablablablablbalbalbakaabaaabkjudbhuhhbdhiuwhdw!!!!



dahlah aku nak buat keje
sebab aku tau mana boleh
cerai-ceraikan badan untuk dijadikan orang suruhan!!

Thursday

MAKAN SAMPAI NAK TERBURAI ISI PERUT

opss!! okeyh tajuk entry macam tak sopan je untuk di baca kan.
tapi yang penting tetap capslock!! hahahahah!! saya memang suka
capslock untuk tajuk entry.

baiklah!! nak membelog jugak untuk hari raya ke empat dan kelima..
maksudnya..semalam dan hari ni.

semalam:

teman kakak kesayangan beraya.
menjemput rakannya di selayang baru pada
pukul 10(heh! 10 lebih2 sebenarnya) bergerak dari rumah
kemudian pukul 11.45 saya suruh kakak drive thru MAC DONALD melawati.
ye!! aku lapar bangun2 teros naik kereta!! wargghhhhh!!! (muka lapar sambil pegang garfu n sudu)

beraya di rumah kawan kakak kesayangan di selayang
ye! tepat selepas saya telan 2 mangkuk sundae(mcm ni ke eja sundae tuh??)
dan sangat kenyang telan soto lak!! oh my!! gila!!

selepas itu..
perjalanan seterusnya pergi seremban
dlm perjalanan saya suruh kakak belikan slurpee!!
kerana BIG MAC masih di tepi memanggil untuk di lahap!!
(bagus!! amal!! syabas!! makan lagi!! makan!! makan!!)
di rumah kawan kakak saya tidak makan
sebab AKU DAH RASA NAK MUNTAH!!
MAKAN BANYAK SANGAT!!




hari ini:
ye!! hari beraya beramai-ramai bersama kawan-kawan yang dicintai..
oh my!! saya sangat cinta rakan-rakan saya yang ini..

1st..
rumah syamimi yahya (perlu state nama ayah kerana ada dua mimi)
makan kuih raya perisa coklat yang bernama
'tak indah pada rupa tapi cantek pada rasa'
ye! makan kuih sangat banyak

sebelum itu..

" mimi (yg ini merujuk kepada mimi gawus) aku amik ko pukul 10 lebih2 ye"
sent mesej

"okeyh! jumpa 10 lebih2 kat rumah aku"
mesej reply

"mien.. jumpa kat umah mimi(merujuk kepada anak yahya) esok pukul 10 lebih2"
sent mesej

"okeyh! jumpa 10.30 esok!"
mesej reply
(aku cakap pukul 10 lebih2 dia nak 10.30 gak)
pendek citer mein dtg lambat gila!! heh!! ade je benda emergency dia nih

kemudian,
serang rumah nadh!!
dia nih kalo tak TERJAH memang kau tak jumpa lah sampai bila-bila
kau dah beranak pinak pun dia takkan tahu nya!! (marah nih!! marah!)
then angkut nadh sekali
terjah rumah seterusnya
di rumah ini, kami tak lepak lama kerana DIA TAK KASI RAYA RUMAH DIA
huh!! KEDEKUT!!
(lalalalala~~ nadh.. ni blog aku so.. ko jgn mengada nak banned!!)


seterusnya
rumah atiqah
rumah ini kami tak TERJAH kerana dia memang tahu
kami nak datang hari ini..
disini..
KAMI MAKAN NASI LEMAK + LODEH + AYAM + NASI HIMPIT
oho!!! start engine makan bermula disini

kemudian,
terjah rumah asyuhada!!
nasib terjah kami semua menjadi!!
semua orang ada dirumah!!
TERBAEKKK PUNYA PLANNING!!
disini..
KAMI MAKAN MEE KARI
maaf- asyu- kami-terjah-rumah- kau-pakai-redah-je-nasib-sedara mara- kau
belom-datang!!-


kemudian,
kita TERJAH rumah dayah!!
TERBAEKK!! dia bagi air oren + strawberry Hasilnya rasa laici
so.. kalo sesapa mengidam gila nak laici tapi laici dah sold out
kat kedai MANIAM kat kedai KEAT SEONG kat kedai PAK ABU pun habis
ha..campo2 lah air kat rumah korang tuh.


lepastu..
rumah...
hmm..
aku!!!
mak aku masak laksa!!
so.. BEDAL LAKSA LAK!!
(makan ye kawan kawan!! makan lagi!!)


last rumah..
rumah syamimi gawus(kan aku kata kene mention nama ayah sebab ada dua mimi)
disini..
KAMI TELAN MEE GORENG pula!!
hambik kau!!!!


**lihatlah kawan-kawan.. betapa banyaknya kita semua makan hari ini bersamaan hari raya kelima!!**


++ tak upload gambar sebab tertinggal usb kat hostel..sekian harap maklum!!++

Wednesday

kau tidur ke kira kambing?

apa kau buat bila kau tak dapat tidur??
menonggeng sambil tutup mata atau kau kira kambing
biri-biri yang takkan habis dan membuatkan kau dahaga
tengah-tengah malam buta sebab mengira kambing yang tak habis-habis??

masa dulu aku kecil-kecil ayah selalu kata
kalau tak dapat tidur baca surah tiga qul dan alfatihah banyak-banyak kali
bukan kau baca bila kau takut hantu je tapi
sepatutnya kau amalkan selalu..
dan memanglah kau mengantok sebab aku memang mengantok
bila baca banyak-banyak kali surah-surah diatas.


tapi..
aku tak dapat tidur lah sekarang..
aku rasa dah nak habis 30 juz (ini hiperbola) dah
tak boleh tidur jugak...


biasanya,
apa yang membuatkan kau tak dapat tidur?
kawan aku kata..
manusia tak dapat tidur sebab dia tak cukup bercakap waktu jaganya..
maksudnya.. kau tak cukup bercakap pada waktu kau aktif di siang hari..
kau suka pendam apa yang kau nak cakap dan membuatkan kau terfikir fikir
apa yang kau pendam tu sehingga mengganggu tidur kau..
tapi.. aku tak tahu kesahihan fakta yang kawan aku cakap ni..
sebab aku tak pernah rasa aku tak cukup bercakap waktu siang.. hahahahah!!


tapi..
aku rasa macam betullah apa yang kawan aku cakap tu
tapi kena betulkan sikit ayat fakta tu..
bukan sahaja kau tak cukup bercakap tetapi
sekiranya kau teringatkan seseorang juga boleh mengganggu tidur kau..
sebab.. aku alami fakta yang aku tambah sendiri tu..


tolonglah
keluar dari kotak fikiran aku..
takkan aku nak kena baca cerita dalam bentuk sepanjang masa
tanpa melakukan apa-apa pekerjaan
baru kau nak keluar dari kotak fikiran aku..


kau ingat tak orang yang aku gelar hantoo tu??
yang aku terserempak kat pasar dan yang
dah huru harakan pembelian aku di bazar pada hari itu..
aha!!
dia yang tak keluar keluar dari kotak fikiran aku ni..


malas betullah layan fikiran yang entah apa apa ni
baik aku kira kambing lagi bagus!!

Tuesday

PENGUMUMAN..PENGUMUMAN..PENGUMUMAN..

baiklah!! sejak akhir-akhir ni memang suka buat tajuk entry dengan
huruf besar. kalau boleh tanda noktah itu (.) pun nak buat huruf besar
tetapi tiada function capslock untuk tanda noktah (.) itu.

memang.. aku akui aku kedekut nak upload gambar..
eh2.. bukan kedekut.. tetapi apabila dirumah aku akan menggunakan
komputer kakakku untuk melayari internet.. oh!sungguh lengkap ayat melayari internet itu.
komputer kakakku tiada gambar-gambar manis dan candy-candy saya dan keluarga dan
sesiapa sahaja.. oleh itu.. harap maaf.. entry kali ini tidak disertakan gambar.. ele.. macam kau selalu je post dengan gambar. kedekut cakap kedekut! heh!! aku tak kedekut.. okey2 cukup dengan perang hati dan fikiran amal.

back to the entry..
oh!! sudah 3 hari raya..
hari raya pertama.. oh!! pagi-pagi selepas solat aidilfitri bergegas balik ke batu pahat..
kemudian, raya macam nak mati di kampung nenek
saya jumpa kawan baru.. tetapi tidak tahu siapa nama dia
saya hanya tahu dia belajar di bandung.. amik medic.. oh my!!
dia sangat hensem!!(ini tujuan maksud sebenar)
dan adik dia sangat comel putih macam tepung + susu + awan+ +..
dan malamnya kami sanak saudara berbeku sehingga lewat 12 malam..

di hari kedua hari raya kami sekeluarga bergerak balik ke kajang..sangat tak best moment ini kerana saya tidak puas di kampung dan duit raya masih tidak banyak(ini adalah tujuan sebenar)
sangat letih dan sepanjang raya kedua saya tidak berbuat apa-apa walaupun ibu dan kakak serta adik-adik sibuk melayan tetamu yang hadir setibanya kami dari kampung.. heh!! penatlah.. ele.. macam kau seorang je yang penat amal.. ok2.. takdelah tak berbuat apa-apa tetapi nak menunjukkan saya tidak menyumbangkan tenaga sebanyak seperti biasa.


raya ketiga!
semangat nak buat kerja yang sudah di lupakan selama beberapa hari..
berfikir kalau sudah siap boleh beraya sepuasnya selepas itu
buka laptop
ARGGGHHHHHHH!!!
tidak boleh buka kerana bateri kehabisan dan terlupa membawa charger!!
baikklah!!! that's it!!
ini menunjukkan memang AKU TAKKAN BUAT KERJA ITU SEMUA!!!
lantak kau situ!!!


raya keempat.. hmmm.. belum masuk lagi.. hehehe..
ok!! pengumumannya..
AKU TAKKAN BUAT KERJA DAN AKU AKAN
TERTONGGENG BUAT KERJA NAIK CUTI RAYA NI!!
terima kasih para hadirin

Thursday

MACAM UCAPAN RAYA KE??

heh!! entry huruf besar tak leh blah..
SEKARANG RASA SANGAT sesak sebab UJIAN AMALI BERTINDIH!! SATU HARI MUNGKIN AKAN
BERLAKU 2 AMALI YANG BERLAINAN DALAM MASA YANG SAMA!!
heh!! apa teruk sangat semester ni?? kau nak buat amali.. buatlah..
aku sanggup dah memang tugas dan tanggungjawab aku kan..
tetapi.. kau tengoklah.. keadaan tu macam mana.. 2 ujian amali dalam satu masa??
huh!! sesak!! sesak!! sesak!! tiiiinnnn!! tiiinnn!! (kenapa ada bunyi hon kereta tiba-tiba ni?)

takpe-takpe..
mungkin.. ada hikmah..
takpe-takpe..
buatlah amali tu.. 3 ujian amali satu masa pun takpe..(ohoi!! aku tak nak... tak cukup jasad nak buat nanti)
takpe-takpe..
belajar kan.. memang macam tu kan.. (tiba-tiba kata-kata encik kamsari berkumandang)
takpe-takpe.. anak ayah kan belajar memanglah macam tu.. buat dengan ikhlas, semuanya jadi senang.. (oh.. damainya berbicara dengan encik kamsari ini)
baiklah ayahku.. anakmu akan buat dengan ikhlas.. insyaALLAH..


oh.. lupa..
di kesempatan ini..
saya amalina wahida ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin
kepada ibu bapa, adik beradik yang saya cintai...
sahabat handai yang jauh yang sentiasa saya rindui..
sahabat yang dekat.. terima kasih kerana menerima aku seadanya..
kepada prince charming^^.. semoga perjalanan kamoo pulang ke kampung selamat..
(jangan lupa balik sini balik)
kepada prince frog..(please..tolong.. jelmakan diri kamoo)
kepada guru-guru, cikgu tabika, ustazah siti nahdatus syarifah (OMG!! rindunya kat ustazah ni)
cikgu ariyati(OMG!!! RINDUUU GILA kat cikgu ni)
kepada rakan-rakan blog.. kepada pembaca senyap (kalau blog aku ni dah mula popular..heh! perasan)
kepada pensyarah ipgm tun hussein onn
dan terakhir sekali..
kepada rakan-rakan kelas yang kiut miut hensem mensem REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI 2 PROGRAM
IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN IPGM TUN HUSSEIN ONN
selamat hari raya maaf zahir dan batin!!
cukup amal panjang lebar besar gila berjela dah ucapan hari raya kau ni^^





duhai bonda.. duhai ayahanda...
tunggu kepulangan anakmu yang sangat baik (sape lagi nak puji kalau bukan diri sendiri)
ini pulang dengan selamat...

Tuesday

aku tak pernah lupa

bila raya je apa yang kau ingat??
makan kan.. aku tahu kau tak payah tipu..

tapi ada satu insiden yang memang aku tak pernah lupa
dari aku kecil sampai aku besar...
sebenarnya banyak..tapi aku cerita satu ni je..hehehhe (kenapa kau gelak macam ni?)


insiden ni jadi masa aku kecil..masih muda dan masih comel..
yer.. aku masih putih tidak sehitam sekarang..aku masih (ok! cukup puji diri sendiri)


baiklah.. aku yang muda remaja putih comel ini..
bangun pagi.. seperti biasa kalau raya mestilah sanak saudara berhari raya
bersama-sama di kampung halaman kan..
jadi.. aku bangun pagi itu.. semangat nak makan laksa.
sebabnya bila ramai-ramai je dapat makan laksa pagi-pagi!!
yeahhh!! i like laksa!!


kemudian, aku duduk di tepi ayahku dan ibuku dengan penuh ayu..
baiklah ketika ini adikku kecil dan ibuku melayanku seperti anak bongsu (ahh!! kenapa aku kene menjadi angah sekarang!!!)


baiklah duduk bersila kerana meja tidak muat dan strategik betul-betul dekat
depan hidangan mee laksa..(laksa!! i likee!!!)
dari dapur, makcik..ok guna untie lah lagi muda remaja..
seterusnya untie min(min bukan nama sebenar)
bawa kuah laksa yang betul-betul baru menggelegak dari periuk ke dalam mangkuk
berjalan melalui atas kepala aku
kemudian.......



PRANGGGGGGGGGGG!!!!!
(bunyi mangkuk itu terbelah dua)
semua orang menjerit pergi ke arah aku..
aku macam blur blur (oh! kenapa mesti type blur dua kali)
mak aku terus jerit


ANAK AKUUUUUU!!!
BANGUN!!! CEPAT MASUK BATHROOM!! (aiseyman..comel betul ibuku berbahasa begini)


kau rasa kenapa semua orang kelam kabut ke arah aku
ayah aku dah nak dokong (eja dokong ke dukung ke dukong ke dokung???)
bawa aku pergi bathroom dan terus simbah aku dengan air kolah yang sangat
sejuk macam kau mandi ais
tanpa sempat aku tutup mata dan berkata apa-apa??


sebab.. mangkuk kuah laksa yang berisi kuah yang menggelegak yang sepatutnya
menyelerakan itu terbelah CANTEKKKK!! kat atas kepala aku..
aku tak sempat nak cakap STOP dah habis tersiram kuah laksa!!
AHA!!!
badan aku merah-merah tanda nak melecur..
mak ayah aku cepat-cepat siram air sejuk ais kolah tu
dan....
AKU OKEYH!!!! secantek dahulu seperti sekarang..(heh!! kau jangan perasan boleh tak amal!!)






okeyh..
itu je.

Monday

kena kejar 'hantu!'

heh!! mana ada hantu bulan puasa ni..(oho..kenapa ramadhan dah nak habis?? nanti setan goda aku..)

ade.. semalam aku jumpa 'hantu' tu.. bawak "amir" pon berpeluh peluh walaupun ada
aircond!!
aha!!! kenapa?? siang-siang buta pulak tu boleh lak kene kejar 'hantu'.
(amal!!amal!! mana?mana? hantu tu??)


okeylah..
semalam aku pergi bazar..
seperti bazar-bazar biasa
aku rasa macam nak makan nasi ayam.
baiklah
terus cari nasi ayam..
niat di hati nak pergi beli ayam percik lak..
tetapi selesai bayar..
aku toleh kanan

"OMG!!!!!!HANTU!!! HANTUUUU!!!"

"air tembikai susu satu!! cepat sikit" dah berpeluh peluh dah ni
sebab nampak hantu punya pasal.
terus blah lepas bayar, tak sempat nak ucap akad

"saya beli.." sambil senyum.


blah terus naik kete.
walaweyh!!

"please.. jangan jumpa hantu lagi."


"wargghhh!!!! OMG!! HANTUUU depan mata!!"

toleh kanan terus buat corner lap maut punya
mengelak hantu tu!!


perghhh!!!
serius aku berpeluh peluh
betapa takutnya aku jumpa 'makhluk' tuh!!









maaf kerana gelar kamoo 'hantuu'
nak buat macam mana
dah memang saya berdebar gila bila nampak kamoo.



p/s: tapi, kenapa berdebar eh??







Sunday

kau dengarlah.. mesti kau suka..

promote : primary photo kat facebook







ermmm....(kau setakat nak ermmmm baik tak payah post amal!) apa nak tulis eh??
aha!! nak kongsi dengan anta, antuma, antum, antunna, anti, kau, kamo, beliau semua
sejak akhir-akhir ni.. setelah aku mengunjungi blog ahsfantasy
ada satu lagu yang buat aku terkenang satu cerita dulu.. cerita apa?? aha!! itu yang kita tak tahu





lagu muhasabah cinta dendangan (kenapa macam rendang je sebutannya?) edcoustic
sebenarnya.. bukan lagu tu.. tetapi kumpulan tu..
teringat kisah aku dan prince charming..
kumpulan ni yang buat permulaan perkenalan
ok! cukup itu je...sebab bukan tentang ini yang aku nak kongsi



aku nak kongsi tentang kumpulan nasyid
suatu waktu dulu.. aku memang peminat nasyid..
masa zaman inteam, raihan, rabbani...
paling minat inteam
sampaikan aku beli kaset, cd, ngan vcd karaoke (aku beli ori ok) untuk tajuk album yang sama
(ok! telaga biru sila beri award kepada saya)
disebabkan minat sangat, aku sign up komuniti-komuniti mereka semua..
kira memang die hard fan lah.. tak berbelah bagi..
sampaikan aku belajar sungguh-sungguh nak masuk uia sebab nak jumpa mereka
semua live.
tapi sebab niat macam tak betul kot.. aku tak masuk uia aku masuk..hmm.. ala..
kau semua tahu aku kat mana sekarang (heh!! aku dah boleh terima lah possition aku sekarang!)





mungkin disebabkan persekitaran aku kot..
semua membe2 ala2 muslimah tudung labuh-labuh masa aku form 1 sampai form 3..
(OMG!!! tak sangkanya) dan aku masih lagi simpan ilmu berbahasa arab aku sampai sekarang..





masa form 4 aku pindah sekolah teknik..
konon nak kejar cita-cita sebagai enginerr ..
(hati kuat nak kejar cita2 jadi lecturer nih!)
padahal sebenarnya aku merajuk dengan kawan-kawan aku tyme tuh
sebab aku masuk kelas techno mereka semua kelas bio..
bio techno lain2 waktu rehat..
(aku bukan tak pandai lah!! aku yang nak tukar..
aku tak suka bio.. okeyh!! i geli dgn katak, semua2 tau!!)
masa bersama tu terhad.. so agak kejauhan dan aku kesunyian..
so aku merajuk aku pergi dari sekolah tu
(baiklah dah bocor rahsia! kalau kau orang baca (membe2 aku tu)..
sorry sebab tak beritahu hal sebenar)





aku tukar sek teknik
aha! inilah titik tolak (ceh! macam karangan spm!) dimana aku bertukar wajah..
dari periang (bayangkan muka aku senyum sampai telinga sepanjang masa..ok! rasa nak tampar!)
kepada pendiam dan aku sangat violent.. (oho.. kenapa begitu sekali)
masa ni lah.. dari peminat nasyid aku berubah sikit-sikit..
minat my humps lah, pop shuvit lah (pop shuvit??), eminem lah, mariah carey lah (mariah carey?) macam2 lah.. (oh!! tolong2!! kenapa??kenapa??)
sampailah sekarang..





dan prince charming buat aku dengar balik lagu-lagu yang bagi pendamai hati ni..
oho... (kenapa rasa macam shahdu je ni??)
jauh melencong dah aku ni.. cukup-cukup lah eh pasal prince charming..
sambung balik hal tadi (bukan prince charming ok)
even aku masih dengan mariah carey, my humps tu semua,
lagu-lagu pendamai hati (nasyid) tetap aku masih dengar..
kira macam die hard fan baliklah..
dah tak jadi macam dulu.. hohoho!! lalai!!





kau orang kalau malas nak dengar ceramah.. meluat gila nak dengar ceramah
memang hati keras gila tak nak dengar lah kan..
kau cubalah dengar nasyid..
weh!! tak hilang macholah dengar nasyid.. awek2 pon tak hilang cun nya..
makin cun makin macho (mcm prince charming aku!! aha!! cukup amal!)





okeyh.. telaga biru.. (mesti kau tertanya-tanya sapa telaga biru)
dah promote banyak dah ni..
sila bagi award... (amal!! kau gelabah award ni kenapa??)hahahahah..





berbalik kepada edcoustic..
sekarang aku jadi die hard fan lagu2 edcoustic.. ehe!!!
kenapa edcoustic???
sebab dia best...

Saturday

jawapan kepada persoalan..

award dari aina

Pertama : Appreciate this award, copy it and paste in my blog.....

1 - 5 fakta menarik tentang pemberi award.....
1seorang perempuan
2anak kepada encik johar
3masa darjah satu dulu dia takde gigi.. hahahahha!!
4dia pakai tudung lain dari org lain mase sek rendah dulu
5amik lessen sesama pas spm dulu n fail jpj test and repeat sesame… hahahahahha!!

2- Setiap blogger mestilah menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima awards yang seterusya
10 fakta tentang aku:
1. seorang perempuan
2 anak kesayangan ayah dan emak.. ceh!! Dan2
3 sangat menyayangi rakan2
4 jujur!! Heh! Sape lagi nak puji kalau bukan diri sendiri.
5 akan menjadi seorang guru 3 tahun lagi.
6 akan menjadi pensyarah 5 tahun lagi
7 tak suka orang yg penipu.
8 bukan seorang yg memberi peluang kedua.
9 berfikiran semua orang baik di dunia ni kecuali kau buktikan yg kau mmg jahat
10 tak suka cerita drama yang ade unsur2 mak tiri ke kene tindas ke org2 yg lemah ke!! Benci i tau cite2 mcm ni.


3- Anda perlu memilih 10 penerima awards seterusnya dan describe tentang mereka

10?? Apesal banyak sangat?? Amik separuh sudah eh.. hahahha!!

1. ayisy.blogspot ( sila ambil tag ni)
2. rue ahsfantasy (sila buat dgn jujur..hahahha!!)
3. suhaila ( yg suka doraemon)
4. rue t3 (tolong bt walaupun aku tatau mcm mana nk tgk blog ko tuh)
5. sks (selamat mukri !! yes sudah ingat nama kamoo)
6. breakfast club (errr.. u nk bt ke tag ni??)
7. hmm.. itu jer kot!!


Okeyh!! Bukan separuh.. tapi aku amik 3/4 ..

NO NO NO.. aku tak kejam.

eceh!! tajuk entry mcm ape jerk.
maksud sebenar tajuk entry adalah..
aku -bukan- perempuan- yang- memberi- peluang- kedua- selepas- peluang- pertama- dipersiakan.


ape???
kejam ke??
siapa yang cakap kejam tuh?? mari aku rejam dia.. heh!! kenapa kau garang sangat nih amal??



kejam ke kalau sewaktu peluang pertama kau dah persiakan selepas itu kau meminta untuk peluang kedua??



kenapa kau tak hargai peluang pertama yang aku beri dulu?? eceh!! marah nampak? heh. tak marah tapi hanya satu kenyataan.



aku tak suka benda yang jadi dan tak best berulang dua kali..
dan maaf! hati ini bukan untuk kamoo berdua lagi.



walaupun masih kosong..
maaf! kamoo berdua sudah menjadi kenangan..
sekian, harap maklum!





aku tak garang..
aku baik.. betul!! (amal, orang baik tak cakap dia baik..heh! diam.. )




**entry kali ini..habis tanpa kata-kata perangsang..

Wednesday

cari atau tak perlu cari

merujuk kepada tajuk.. perasaan semalam.. ehe.. nak jugak dia berblog untuk perasaan semalam..ceh!! dah basi lah semalam punya citer.. eh?? sape yang bersuara tuh?? sukahatilah..

berbalik kepada tajuk..
perasaan semalam..

aku rasa aku macam... hmm... rindu lah..


aku rasa macam nak cari seseorang yang aku rindu tu..

aku rasa macam orang tu suruh aku cari dia...


lepas dah dapat cari tu aku rasa macam nak cakap sesuatu kat dia..
agak- agak apa yang aku nak cakap tu?? aha!! itu yang kita tak tahu..

rasanya..orang tu nak dengar tak apa yang aku nak cakap?

kau rasa.. patut ke aku cari orang tu?

kalau aku cari dia.. atas alasan apa?

aku rasa macam tak payah je..

kau rasa macam mana?

cari ke tak payah?

cari??

tak payah??

cari??

tak payah??

cari??

takpayah??

ke nak aku tunggu sampai orang tu datang??

tunggu??

cari??

tunggu??

cari??

kau rasa macam mana??




perlukah aku mencarimu..