PENGIKUT

Sunday

tips sebelum pergi bercuti (PERTH, 1)

assalamualaikum..

seperti yang aku janji, aku nak update tentang vacation aku kan? ade kan aku janji dekat korang semua?ada tak? ok.annoying. baiklah, aku cerita.

sebenarnya,cerita ni dah sebulan berlalu,tapi kira cincai macam aku baru balik seminggu lah dari sana..boleh? *senyum*

straight to the point, aku pergi holiday dengan 2 lagi bestfriend aku. kitorang pergi perth,western australia. kitorang pergi 27 april sampai 2 mei 2012. lama tak? hihihhihi~ biasalah, masing-masing jiwa lara putus cinta haruslah lama-lama pergi bercuti.

meh aku cerita step by step sebelum,semasa dan selepas bercuti. harap boleh jadi manfaat lah kat engkorang yang nak bercuti ke sana nanti ye.

sebelum pergi.

1) kau orang kene rancang awal. contoh, kalau kau rasa nak pergi bulan april, kau survey harga tiket dulu.either kau orang nak naik MAS ke nak naik AIR ASIA ke, is up to u. macam aku, aku naik AIR ASIA. well, sedar diri bukan anak orang kaya nak naik MAS kan.. kikikiki~

2) aku sarankan kau orang tempah tiket/ survey tiket 3 bulan awal.it is for your own good. lagi awal lagi bagus. sebab, kalau macam AIR ASIA diorang suka buat promosi.rajin-rajin le pergi skroll diorang punya page. macam aku, setiap hari aku survey AIR ASIA punya tiket. punyalah kemaruk nak dapat promosi kan? wakakakaka!!

3) selepas tu, dah tempah tiket, destinasi semua, sila RAJIN google tentang negara yang kau nak pergi. contoh, aku pergi dengan 2 lagi kawan. kita semua kerjasama. yang sorang pergi google pasal blog blog yang pernah pergi PERTH. yang sorang google tentang tempat-tempat best kat sana. yang sorang lagi pergi study map, fecilities, route and so on dekat PERTH. *peluk kawan ketat-ketat*

4) INGAT! jangan lupa tentang penginapan. itu penting. korang kene sediakan tentatif dan rancang perjalanan kau orang. day 1 nak pergi mana, day 2,day3 and so on,duration perjalanan, berapa duit nak kena bawa, duit malaysia spare for emergency case. etc.

5) sila convert duit di MALAYSIA. itu semua orang tahu rasanya. tempat convert duit paling best yang aku jumpa, kat JALAN TAR sebelah KEDAI MALINGGA. kedai malingga ni aku tak ingat dia jual apa. tapi kau cari je KEDAI MALINGGA. signboard dia kaler kuning. ha, sebelah kedai tu ada tempat convert duit paling best. kalau tak nak kat situ, aku syorkan kau orang survey semua kedai convert duit kat jalan tar. tengok currency yang paling murah dijual. it is for your own good. =)

okeyh. ni just beberapa tips berdasarkan apa yang aku dan kawan-kawan aku prepare sebelum pergi. sebab, ni vacation pertama kitorang jauh dari malaysia. and kitorang tak guna agent. seriously, it is MORE CHEAPER than agent. tapi, kalau korang kaya, nak guna agent silakan, i wont bother. =)

ni link blog yang banyak kasi inform kat kitorang sepanjang dekat perth. SERIUS, BANYAK GILA MEMBANTU. aku sarankan kau follow dan khatamkan blog dia secara terperinci sebelum pergi vacation. EMPUNYA BLOG HENSEM (?) DAN BAIK. cepat gila reply bila tanya.. hihiiihi~

INI LINK DIA, SILA KLIK ----> KAKI BERANGAN

nak lagi menteruja kan korang, meh aku tunjuk sesikit gambar, sebagai teaser. =P







anyway, aku pergi perth ni, adalah waktu autumn. paling tepat,hujung autumn dah nak masuk winter. aku cadangkan kau orang pergi time autumn.seriously, pemandangan, hirupan udara sangat BREEZE.. =)
kat MALAYSIA memang tak dapatlah nak BREATHTAKING cam kat sini, tapi hujan batu di negara sendiri ye dak?

aku syorkan korang TAK pergi time summer sebab, australia sangat sangat sangat panas time summer. heee~ mana aku tahu? GOOGLE lah babe! :)





Till then, jumpa next entry. =)

4 comments:

ahsfantasy24 said...

wah..
best ni mal.
brapa byak duit nk kena ada?
berminat nei ^^

amalina wahida said...

ryu tunggu next entry ok? heeee~ i will update berapa yang kena bayar dan harga2 semua.. keep reading!! =)

Fyza Lee said...
This comment has been removed by the author.
traveller said...

kat perth pun ada holiday bungalows run by a muslim malaysian family. memang harga berpatutan dan service thumb up lah. kita boleh masak makanan halal sendiri. sebab makanan kat luar memang mahal. kami dah try penginapan. rumah sgt cantik dan kemas bersih and well fully furnished. sesuai untuk keluarga dan group. owner nya pun sgt peramah dan helpful. diaorg siap ada kereta dan mpv untuk sewa. harga sgt murah. berbaloi baloi. boleh contact 0123360098 nama anak owner tu cik siti.

dkt youtube pun ada org dah buat review ttg mahira holiday homes ni. cuba type mahira holiday homes