PENGIKUT

Friday

APA YANG ADA DENGAN ANGKA 3

bagun pagi dah lapar.
takde kerja lain ke??
kenapa mesti kita rasa lapar pagi pagi ye?
padahal semalam aku dah makan.. kenapa hari ini lapar kembali?
mana pergi semua makanan yang aku makan sebelum sebelum ni.
(aku tahu kau mesti kata dah jadi najis kan?)
lupakan tentang itu semua..
kita masuk bab lain.

ok! hari ni ada kelas MAB
so.. kena pergi.
ok hari ini adalah hari yang paling aku tak nak hadapi.
sebab macam macam benda aku kena buat.
ada taklimat periksa.
so wajib attend..
tapi dalam masa yang sama.. hari ni juga nak kena ambil baju kurung dekat mak usu.
selepas itu.. hari ni juga aku kena balik rumah sebab sepupu aku kahwin.

untuk lebih menarik
aku kena ambil baju kurung dalam kira kira pukul 3.00 petang
(mungkin boleh diawalkan)
aku kena pergi taklimat periksa dalam pukul 3.15 atau 3.30 petang.
(ini tidak boleh diawal atau dilambatkan)
aku kena balik rumah sekitar pukul 3.00 juga.
(kalau lambat aku mungkin sampai sana malam dan acara mungkin sudah habis)

kau orang cuba fikir aku nak kena buat 3 benda yang mengambil jangka masa yang lama
pada pukul 3.00 petang

hari ini aku benci angka 3!!!!!!

Wednesday

biawak makan apa sebenarnya??

Aku rasa aku dah macam biawak hidup.
Eh tapi biawak makan banyak kan??
Tapi kau semua tahu tak biawak makan apa?
Maksud aku secara tepat dan konfidennya kau pasti makanan biawak itu apa sebenarnya..
Oh man!! Aku kena masuk tabika semula nih!
Eh.. secara seriusnya.. aku tak tahu biawak sebenarnya makan apa.

Aku bukan macam biawak hidup kot kalau biawak sebenarnya makan banyak.
Sebab aku tak mampu nak makan..
Semalam ye memang aku rasa lapar gila mentedarah mee hun tomyam sampai perut rasa macam menonggeng kedepan.
Tapi.. hari ini..
Oh.. sungguh tiada rasa nak makan..
Perut memang lapar tetapi tekak ini tidak mahu.

Tuntutan kepala yang memikirkan segala perkara lebih memonopoli perut yang lapar.
Baiklah..
Aku rasa tidor boleh memberi sedikit vaksin dan khayalan kepada diri sendiri bahawasanya(tak boleh blah penggunaan perkataan ini) apa yang sarat dalam kepala ni boleh hilang selepas bangun.
Mungkin!
Tapi.. rasanya seakan mahu menangis.
Aku benci minggu ni!!

Tuesday

KAU TETAP YANG TERHEBAT

tak payah beritahu aku yang kau tahu tajuk entry aku nih adalah seperti salah satu bait lagu SO7- YANG TERLEWATKAN.
aku rasa lagu ni memang best.
best ke? kenapa aku rasa macam nak letupkan winamp bila track winamp bergerak ke lagu itu?mesti kau tak faham kan apa aku type.. maksudnya seperti kau rasa nak hancurkan laptop bila lagu yang terlewatkan itu berkumandang. ok sekarang aku yang tak faham aku nak update apa sebenarnya..


kenapa kau sentiasa muncul di hadapan aku
sedangkan kau dah pergi jauh dari aku..

Monday

7 kategori kecewa versi AKU!!

k . e . c . e . w . a

apa itu?
aku rasa sejak akhir akhir ni perkataan kat atas tuh menyelubungi hidup aku..
kadang kadang rasa macam gila pun ada.. hahahahha
siapakah yang bertanggungjawab membuatkan aku macam gila ni??
aiyok!! tak tahu! sapa buat!

mari sini cuba baca sampai habis..
aku rasa aku ada beberapa kategori untuk dikongsikan dengan kau semua berkenaan dengan
k . e . c . e . w . a
tapi.. ini teori profesor amalinayangbelumdiiktirafmenjadiprofesorsebabdegreepundiatakhabisbelajarlagi.

kategori 1) rasa kecewa bila orang yang kau suka atau yang dah macam terpahat dalam hati kau sudah menjalinkan hubungan dengan orang lain kerana kau tak sempat nak bagitahu dia tapi dia dah lari dulu dengan orang lain. aha! kecewa semacam ini memang parah! kalau tidak kuat iman kau akan berfikir untuk bunuh diri. tapi kalau kau tak takut dengan neraka kau bunuhlah diri kau tu. aku tak nak.

kategori 2) rasa kecewa bila apa yang kau nak kau tak dapat. biasanya kategori ini akan berlaku kepada manusia yang berumur 2-12 tahun.. bila kau mintak sesuatu dekat mak ayah kau tapi mereka kata. "dont u dare to get it!" perghh.. memang aku tahu kau kecewa gila kan.. tapi aku rasa macam 12 tahun ke atas dan mungkin juga berlaku pada orang yang berumur 20 tahun macam aku bila aku nak ........... tapi ayah aku tak kasi! padan muka kau!! HAHAHAHHA!!

kategori 3) rasa kecewa bila harapan dan kepercayaan yang kau sandarkan pada kawan atau sahabat yang kau anggap sejati dipersiakan begitu sahaja. INI AKU MEMANG PANTANG!! sungguh dan sangat kecewa tahap mokhsya dewa bila kau buat kat aku eh! bukan aku tetapi bila terjadi pada sesiapa yang memang memegang bahawa pesahabatan itu terjalin pada kepercayaan dan harapan serta perlu ditaburi dengan kasih sayang.

kategori 4) rasa kecewa bila kau nak tengok nur kasih tetapi kau malas sungguh nak ke bilik rekreasi dan kau bukak u tube semua cerita nur kasih dah di delete dan hilang. ini kecewa yang membuatkan rasa macam nak buat dosa carutan. tetapi hanya perasaan rasa maksudnya masih tidak mencarut.. tidak mencarut kerana nanti kene potong lidah dekat akhirat.. apa susah masuk je lah dekat www.tv3.com kau pergi je dekat catchup tv. ade je nur kasih kat situ.. tak payah nak buat dosa carutan hanya kerana nur kasih.

kategori 5)rasa kecewa bila kau rasa nak makan MCD, PIZZA, KFC, KENNY ROGERS, RASAMAS, BIG APPLE dan etc dalam satu hari tetapi sebenarnya bila kau tengok balik makanan makanan yang kau senaraikan seperti diatas tadi membuatkan kau berkata
"habis rosak program diet aku!! nak mampos makan benda2 alah ni dalam satu hari?? gila!!"
jadi.. tak payah nak mengada ngada nak kecewa.. LUPAKAN SAHAJA SEMUA MAKANAN DIATAS! FAHAM??!!

kategori 6) rasa kecewa bila kau bukak fb dan kau lihat.. orang yang kau nak sangat jumpa pergi ke tempat yang kau lawati hari yang sama kau pergi tetapi berlainan waktu.. sebab kau pergi tengah hari dia pergi petang. siap ambil gambar ditempat yang kau juga ambil gambar disitu? dan ketika kau tengok gambar gambar dia kau rasa macam nak menangis.. dan berkata
"oh my god!! kenapa aku pergi pagi dia pergi petang!! kenapa!!kenapa!!kenapa!!" berkata sambil kau tarik tarik rambut dan rasa macam nak terbotak dah rambut yang kau tarik tuh!

kategori7) cukuplah.. nanti kalau ada lagi kategori terbaru oleh profesor amalinayangbelumdiiktirafmenjadiprofesorkeranadiabelumhabisbelajarlagi aku akan post untuk tatapan kau semua..

sampai disini sahaja..(ceh! macam hape je)

Sunday

ada pil tidur yang boleh hilangkan ingatan tak?

Tengok cerita hidustan secara marathon buat mata aku bengkak bengkak
Bengkak sebab menangis tanpa henti.

Tengok cerita hindustan banyak banyak
Menangis banyak banyak
Pun tak dapat rawat hati ni lagi..

Mata dah sembap macam kena tumbuk
Dah sampai sakit kepala nak menangis
Habis nangis masih teringat lagi apa yang jadi

Macam mana nak buat..
Dah cakap tak nak nangis
Tapi tindakan refleks tangisan ni bekerja dengan bersungguh sungguh pulak sejak 2 hari ni..

Cerita khabi kushi khabi gham memang tak payah cakap
Aku memang menangis sungguh sungguh..
Cerita dah memang bapak sedih gila
Bercampur baur dengan hati yang tak tenang
Mencurah curah laju air mata..

Tengok cerita mohabbatein
Membuatkan aku bertambah tambah teringat apa yang jadi..

”kalau kamu cintakan seseorang, hanya pergi padanya dan katakan padanya.. tidak kiralah samada dia menerima atau menolak cinta kamu...” (mohabbatein)

”jangan berhenti mencintai dia hanya kerana dia telah bersama dengan orang lain, cinta diibaratkan seperti kehidupan.. kehidupan itu berterusan.. maka kenapa mesti berhenti mencintai..” (mohabbatein)

Gila sakit kepala aku nak menangis lagi..
Looser gila aku rasa..


Redhakan aku dengan ketentuan-MU
Berikan aku sedikit kekuatan-MU


p/s: wish me luck to be more stronger.. recovering myself, my heart, my soul…

Friday

munkin telinga aku kene servis semula

bila baca blog zahiriladzim tiba tiba ada satu perasaan yang timbul.
aku rasa.. aku dah lama pekakkan telinga aku daripada terus terusan mendengar.
bukan telinga sahaja tetapi aku juga sengaja membutakan mata aku daripada terus terusan melihat.

ada sebab kenapa aku butakan mata dan pekak kan telinga dengan sengaja.
aku lemas!
terlalu lama setia mendengar tetapi tidak didengari melemaskan aku.
memang aku sengaja buat macam tu sebab aku tak nak lemas lagi.
aku sendiri kena bantu aku supaya pandai berenang untuk pergi ketepian dan jauh dari perkara yang melemaskan aku.
bukan lemas di dalam air, tetapi lemas kerana mendengar dan melihat.

aku tak sombong dan aku tak bongkak..
nampak macam bangga diri je kan..
siapa yang kenal aku akan setuju..(kau semua kena setuju!! cepat!!)
tapi aku tak nak lemas lagi..
sebab baru aku sedar..
selama ni hanya aku yang mendengar dan tidak untuk didengari.
nampak macam meminta minta je kan? tetapi hakikat..
mendengar dan didengari itu satu yang berkait rapat


munkin kau sedar kenapa aku lari..
aku lari sebab aku tak nak lemas lagi..
maaf.. memang tak sepatutnya aku lari..
tetapi hidup ni kita kena bergantung dengan diri sendiri..
aku tak nak diri aku lemas..
aku tak nak diri aku sakit..
sebab itu aku lari..
harap kau faham..

bacelah blog zahiriladzim.. best woooooo!!!

Thursday

kita tak tahu apa yang akan jadi esok dan seterusnya

kau tahu ke apa yang akan jadi sekejap lagi?
even sesaat selepas ni pun kau takkan pernah tahu melainkan sesaat selepas benda itu jadi.. faham kan apa yang aku type ni? aku tahu kau semua bijak sana dan sini so tak perlu explain banyak banyak kali macam budak pendidikan khas kan? ok kenapa aku rasa aku macam marah kau semua ni? HAHAHAHAHA!

nak tahu aku mimpi apa?
aku mimpi ada seorang perempuan meninggal dunia
aku tak tahu siapa
yang penting bukan ahli keluarga aku..
dan seperti biasa.. di alam realiti atau mimpi
aku memang tak boleh pergi dekat dengan rumah orang yang meninggal dunia itu.
memanglah menziarah orang yang meninggal dunia itu sangat dituntut untuk keinsafan kita.. tetapi kalau aku pergi..nanti aku akan mimpi selama beberapa bulan dan aku akan sentiasa tak sihat.
ayah aku selalu cakap..

"ape yang angah takutkan... nanti kita mati kita akan macam tu juga"

aku hanya akan buat muka macam orang bodoh yang tidak pernah sekolah dan aku akan lari pergi ke kedai KEAT SEONG atau KEDAI MANIAM paling tidak pun aku akan lepak dekat MCD yang ada DRIVE THRU untuk mengelakkan paksaan ayah suruh aku pergi dekat dekat untuk menghilangkan rasa lain macam yang ada dalam diri aku ni.
AKU BUKAN PENAKUT!! KECUT PUN BUKAN!!
kan aku dah kata nanti aku demam dan mimpi yang bukan bukan.


hoi! hoi! hoi! kenapa cerita pasal kematian ni??
ok dah aku tak nak sambung..

Wednesday

TUNGGU 'KAMU' SAMPAI SYURGA

saya mengaku..
tunggu kamu sangat bosan dan mengantuk..
tunggu kamu sangat menyiksakan jiwa lara..
tunggu kamu... hmm.. saya kehilangan kata kata..


aku view friendster ' dia ' lagi..
setiap kali bila masuk website friendster aku akan view profile dia..
ok sekarang rasa nak kerat jari yang klik mouse ni..
rasa nak potong hati yang menyuruh tangan bergerak klik mouse
rasa nak hancurkan otak sebab asyik terfikir nak view profile 'dia'.


kamo semua tahu kan..
aku sangat sangat sangat sangat sangat (ulang seberapa banyak yang kamu boleh) takut dengan
C . I . N . T . A
perkataan ni macam keramat bagi aku..
makin aku mengelak.. makin dekat dia datang..
sampai aku menyampah dengan diri sendiri.
(sayangi diri anda sepenuhnya)

sekarang.. lagu sampai syurga dari faizal tahir
asyik menyanyi nyanyi dalam otak ni.. ( macam menganjing aku pun ada)

tapi.. bila hayati lirik lagu nih..
i am realize.. i think i will wait for him.. sampai bila.. itu aku tak tahu..

Faizal Tahir - Sampai Syurga
Ku membenarkan jiwaku
Untuk mencintaimu
Ku persembahkan hidupkuUntuk bersama kamu
Dan diriku untuk kamu
Belum pernah kumerasai begitu
Semua itu telah berlalu

Harapanku palsu
Dan mungkin hari yang satu
Terus ku tertunggu
Di hatiku masih kamu

Belum pernah ku ingin terus memburu
Aku lemah tanpa kamu

Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu
Namun aku tetap aku

Yang terbaik untuk diriku
Hanya satuHanya kamu
Ku membiarkan hatiku

Untuk merinduimu
Ku menghamparkan sakitku
Untuk tatapan kamu
Bersamamu harapanku

Hilang dalam terang yang membutakanku
Aku lemah tanpa kamu

Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu
Sampai syurga ku menunggu

Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu

Dan segala yang ku ada
Ku berikan semua
Untuk dirimu saja
Ku mahu dirimu

Bahagia untuk selamanya
Biar sampai syurga
Aku menunggu cinta darimu
Agar ku sempurna
Aku fahami aku bukan terbaik

Untuk dirimu
Namun aku tetap aku
Yang terbaik tuk diriku
Hanya satu
Aku lemah tanpa kamu

Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu
Sampai syurga ku menunggu

Sampai syurga ku cintamuHanya kamu

Tuesday

SAYA MEMANG SUKA MENANGIS

saya memang suka menangis..
kenapa?? tak boleh ke?
biarlah.. mak ayah aku tak marah pun aku suka menangis.. menyampah adalah sikit.. tetapi memang saya memang suka menangis sejak dari dilahirkan lagi..
aku rasa dah tak terkira banyaknya aku menagis tetapi aku rasa aku boleh state kan perkara perkara yang membuatkan aku menangis..

1) aku menangis bila aku dilahirkan.. memang tipulah aku ingat benda ni.. tapi aku rasa aku bayi yang normal dan sangat comel luar biasa.. so.. aku memang menangis.. apa?? memang betullah.. buktinya.. mak aku cakap aku menangis masa doktor pukul pukul punggung aku..(jahat dow doktor nih)

2) aku menangis bila ayah aku bantai aku dengan penyapu masa dekat tadika.. yelah anak dia ni memang mengada ngada sejak azali.. dan yang mengada dan menyampah inilah yang menjadi kesayangan dia sampai sekarang.. ok.. orang lain pun panas panas ambil gambar tapi tak se anoying aku ni yang mengada tak nak panas.. so tak nak ambil gambar.. mungkin kerana cuaca yang panas sampai ayah aku pun naik panas minyak menggelegak langsung dia belasah aku.. HAHAHAHA PADAN MUKA KAU AMALINA!!HAHAHHA!! diam!! diam!! gelak gelak pulak.suka ye aku kene bantai.

3) aku menangis bila aku jatuh tersungkur masa latihan bola baling.. lutut berdarah.. kuku ibu jari berdarah.. weyh.. bukan cagu ok!! memang berdarah sebab latihan yang aku rasa agak hard core tyme tuh.. tapi kalau sekarang buat latihan yang sama.. pejam mata pun aku boleh buat lah..(berlagak seyh amalina nih)

4) aku menangis bila cikgu ariyati sambung belajar.. serius aku rindu gile kat cikgu ni.. sampai sekarang cikgu ni masih dalam ingatan aku.. aku takut satu hari nanti aku terlupa nama cikgu ni.. betul!! aku takut gila.. so.. kau semua janganlah marah bila aku asyik sebut nama cikgu ni dekat post2 entry aku ye.. aku cuba tak nak lupakan cikgu ni.. cikgu ni banyak bagi semangat dekat aku.. dia yang buat aku fikir IMPOSIBBLE CAN BE POSSIBLE.. dia yang buat pemikiran negatif aku pada semua benda untuk berfikir positif.. cikgu ni yang selalu bagi nasihat.. dia yang buat aku percaya pada diri sendiri.. dia buat aku menjadi seorang yang berfikir.. TAKDE APA YANG TAK MUNGKIN..TAKDE APA YANG AKU TAK BOLEH BUAT.. ok.. sekarang pun dah nak menangis.. stop2.. nanti laptop basah dengan air mata.. CIKGU.. I MISS U SO MUCH.. seriously.. aku nak jumpa cikgu ni balik.. suatu masa.. tapi tak tahu bila.. kau rasa cikgu ni ada facebook tak??

5) aku menangis bila aku clash for the first tyme.. ok second tyme clash pun nagis jugak.. tapi tak delah macam first tyme clash.. even aku tak rugi apa apa pun clash.. tapi air mata ni laju je bila terkenang tentang clash tuh.. tetapi.. sekarang tidak lagi!! AMALINA ADALAH SEORANG YANG TABAH.

6) aku menangis bila ayah aku masuk hospital.. mak aku tak sihat.. adik adik aku ditimpa sesuatu.. kakak aku tak sihat.. ah.. pendek kata apa apa sahaja yang berlaku kepada ahli keluarga aku akan membuatkan air mata berharga ni menitis laju macam air terjun. jangan main main dengan aku kalau tentang keluarga..tiba tiba mood serius plak kan.. HAHAHAHAHHA

7) aku menangis bila tengok orang lain menangis.. kan aku dah kata menangis tu memang hobi aku..

8) cerita yang membuatkan aku meangis tanpa henti mcam HOT FM BIG JAM adalah cerita khabi kushi khabi gham.. gila!! setiap scene aku menangis.. macam banjir dah bantal busuk aku.. habis semua hingus mukus berwarna warni keluar meleleh tanpa had. paling genting sekali.. bila hidung aku tersumbat sebab nangis.. bernafas guna mulut.. HAHAHAHAHAHA!!! tengok cerita pun menangis.. hithrik roshan!!! i luve u!!!!!

9) aku menangis bila baca novel suara hati.. sehangat asmara.. jendela hati.. kau untukku.. setia menanti.. ah!!! semua novel lah aku nangis.. macam hape je.. tersedu sedan pukul 2 3 pagi sebab baca novel punya pasal.. ini antara sebab aku berhenti baca novel..

10) aku menangis.. bila kau semua menangis..




menangislah.. selagi kau masih mendapat nikmat
untuk merasai kepuasan menangis..
menagislah.. sekiranya ia melegakan hatimu..
menangislah.. sepuas hatimu..
mulakan hidup dengan harapan yang baru..

HOBI PELIK YANG MEMBERI ANCAMAN

abaikan tajuk yang entah apa apa..
kau ada hobi pelik tak?
boleh kongsi bersama dengan aku?
betul lah.. aku nak tahu hobi apa yang dikatakan pelik tu.
sebab bagi aku.. semua hobi macam biasa je..
bagi aku hobi tu.. sesuatu perkara yang kita lakukan yang boleh mengisi masa
lapang kita..
takde perkataan pelik rasanya..
kan?? betul kan takde??


dulu..masa kecil..
sejak aku mula mengenali yang sesuatu perkara yang aku suka lakukan itu sebagai hobi..
aku rasa umur aku masa itu.. tadika.
bila cikgu tanya tentang hobi..
aku macam blur2.. sebab rasa macam burger je perkataan HOBI tu..
bila cikgu terangkan.. barulah aku tahu..

hobi pertama aku
bermain rounders..
kau pernah main rounders??
woo.. syok weyh main rounders.. sampaikan ayah aku nak kurung aku kat luar rumah
sebab maghrib tak balik balik kerana asyik bermain rounders..

bila aku masuk QIRAATI di RAUDHATUL MUJAUWIDIN..
aku punya hobi agak baik dan sangat general
hobi aku membaca. gila nak muntah bila fikir hobi ni..
masa ni semua orang tulis kat buku hobi membaca. padahal tiap2 hari kau
main kat longkang tangkap berudu. yang kau ingatkan ikan bilis.
lepastu suruh mak kau goreng sebab kau nak makan.(euwwww!! nasib baik mak tak goreng)


masuk darjah satu..
matang sikit hobi aku
hobi aku kumpul setem.
tipu!!! aku tak pernah kumpul setem!! ayah aku yang kumpul.
bila cikgu suruh bawak.. aku bawak ayah aku punya setem..HAHAHAHAHAHA!!
BIJAK TAK AKU???!!sila berikan tepukan gemuruh. cepat!!!


bila meningkat dewasa lagi..
aku ada hobi baru..
memang tak pelik pon..
tapi..
aku suka bersukan..
I NAK BERAT I TIME NI BALIK!!!
(the probelm is.. kau fikir kau ringan ke time ni??)


masuk sekolah menengah..
hobi aku bertukar lagi..
wah..
tyme ni gila.
sebulan je tukar hobi baru..
boleh dikira tiap2 bulan tukar hobi baru..
sekejap kumpul batu2 sungai lah..(weyh..old school dow hobi ni..upgrade lah sikit)
baiklah baiklah..
time ni aku gila chatting..so hobi aku time ni boleh dikira surfing internet..
bila suruh buat karangan hobi je..
aku akan letak surfing internet..
chatting sangat bahaya!!
anda akan terjebak dengan benda yang tak sepatutnya..
sampai sekarang mak ayah aku tak tahu yang aku ni dulu gila chatting..


form 2 aku ada hobi yang tetap.
berbalik kepada hobi yang general itu iaitu
MEMBACA.
bukan membaca yang gitu gitu tu.. tetapi membaca novel.
memang bagus novel ni.. meningkat tatabahasa aku.. susunan bahasa pun cantek je..
(tapi pmr aku dapat B!! okeyh..cacat result pmr aku sebab bm ni)
tetapi.. aku stop novel bila nak periksa pmr.. mungkin sebabtu bm aku b kot.. hahahah!!
aku stop baca novel sampai sekarang.. tetapi tabiat membeli novel masih ada..
beli je 2 3 bijik.. tetapi semuanya aku tak baca.. aku simpan dalam almari..
ada kesah yang lebih spesifik kenapa aku tak nak baca novel dah..
nanti lah kat post2 lain aku cerita..


sambil sambil ada hobi membaca ni..
aku start kumpul majalah..
REMAJA expecially..
betul.. banyak dah.. sejak 2004 punya edisi..
sampai sekrang.. even dah tak remaja.. aku tetap beli dan kumpul..
nanti bila bosan aku keluarkan semua balik..
aku baca atau tengok barang barang nak shopping!!!! yes!! i like shopping..


yer..
sekarang shopping dan aku tak dapat dipisahkan..
aku boleh rasa macam drug addict dan sangat lalok kalau tak shopping..
sebulan mesti ada benda yang aku beli.
(lelaki kaya dan beriman.. sila pinang saya)


sekarang aku ada HOBI baru juga..
selain daripada shopping menghabiskan duit sambil membakar kalori..
saya ada hobi yang dah jadi addicted juga..
setiap hari mesti teringat ingat kalau tak sempat nak jenguk..
nak tahu??
MESTILAH BLOG TERCINTA INI!!!
okeyh.. blog.. sila beri award kepada TUAN anda ni..
bukan senang nak aku puji kau.
cepat blog!!! kalau tidak keturunan kau akan menjadi ANCAMAN!!! HAHAHAHAHAHAHAHA!!
(berkata sambil memegang tombak)





manusia memang tak sempurna
tak pernah tetap dalam segala hal
YANG MAHA KUASA..
tetapkan pendirianku dalam landasan imanmu...

TIDAK SEMESTINYA TIDAK POST SAYA TIDAK SAYANG KAMU

seronok kan kalau ada ramai kawan..
betul!!
saya menyokong pepatah 'berkawan biar beribu juta lemon..'
saya sangat setuju!! i seconded!!(betul ke eja??)
betul.. kamo semua kena setuju dengan aku!!

cuba bayangkan kamo hanya ada seorang kawan.
dia lah yang kamo hubungi apabila kamo sedih, gembira, berduka lara nestapa, gembira ceria..
dia lah yang kamo hubungi bila kamo clash atau ketika sunyi..
dialah yang kamo hubungi bila kamo resah gelisah tentang sesuatu yang kamo kurang pasti
dia lah yang kamo hubungi untuk berkongsi tentang segalanya tanpa batas rahsia

satu hari kamo memerlukan sahabat kamo itu
tiba tiba dia hilang tanpa beritahu kamo
kamo sangat memerlukannya waktu itu
tetapi dia memang hilang tanpa khabar berita!!
apa yang kamo buat???
mesti sasau macam orang gila
seperti kucing kehilangan anak.
(ah!! aku tak suka kucing!maaf penggemar kucing)

sebab itu.. kita perlu berkawan dengan cara seperti yang aku senaraikan
seperti di atas dengan ramai orang
tidak tertumpu pada satu individu sahaja.
kerana bila kamo memerlukan seseorang untuk berkongsi
tiada yang itu.. yang ini juga boleh menjadi seperti yang itu..

aku sayang kan kau semua yang menjadi sahabat aku
kerana kau semua memenuhi ruang apabila aku merasa kosong


cuba lihat gambar di bawah ini..




nama dia nur a'aminah azhar..
salah satu sahabat yang memenuhi ruang apabila aku merasa kosong
salah satu sahabat yang tarik aku ke alam realiti bila aku sibuk hidup dalam alam fantasi
dia juga bakal guru seperti saya
tetapi dia adalah guru TESL (bijak nih weyh!!)
dia antara salah seorang yang membetulkan grammar aku masa nak ambil exam english spm dulu..
dia memang ada bila saya rasa tiada siapa siapa pada satu satu masa..
oh.. anda sangat memenuhi ruang kosong saya..


ini antara 2 keping gambar yang sempat di tangkap ketika open house rumah aku 17/10/09... a'a.. thanks for being there.. i am really appreciate it... lagi satu gambar ni cantek.. muka kami tidak berminyak.. hahahahhaha!!! datang lagi ye tahun hadapan.. kamoo sudah menjadi antara tetamu vvvvvvip apabila ibu bapa saya buat open house.

mungkinlah.. haritu kamo tak bersedia tentang cerita 'serkap jarang' tuh... nanti bila dah sedia cerita lah ye.. i can give u my ears..(ada dua telinga so.. kena letak 's' kan?) kenapa aku dah macam tak tahu grammar ni?? OH MY GOD!!! kena belajar balik dengan kamo nih a'a!!!

eh!! kawan kawan yang lain jangan berkecil hati pula.. bila tiba masanya.. saya akan buat post entry untuk kamo pula.. jangan risau.. tidak semestinya tidak post.. saya tak sayang kamo semua..

KORANG SUME RUGI TAK DATANG..

AKU DAH JEMPUT KORANG YANG

TAK NAK DATANG..

SAPA SURUH KAN...

tak tahu tentang apa

bosan kan asyik post entry tentang schedule (weyh! aku dah pandai eje schedule weyh!!) aku yang macam entah hape hape

punya busy dan macam busy gila dari orang lain kan..

bosan kau tahu!!

bosan!!!!



okeyh.. sabar.

sekarang aku dah tak macam busy sebab macam lagak ngeri buat kerja entah hape hape

sejak balik cuti deepavali selama suka hati nak berapa lama macam aku yang sambut raya.

(ok..dulu cakap orang sekarang kau pulak buat benda yang sama jakun nak cuti lama lama)

heh!!

mestilah cuti yang diberi mesti dinikmati bersama keluarga tercinta yang jauh di mata..

(ok!! sekarang dah homesick balik walaupun baru malam tadi tiba batu pahat)





aku terkejut!!! kau orang terkejut tak???

terkejut sebab roti yang aku rasa macam tak boleh survive sebelum pulang

cuti deepavali seminggu yang lalu masih tidak berkulat.

(kau rasa kalau makan.. sakit perut tak??)

aku dah makan tiga keping.. LAPAR!!!





insyaAllah, 21,22 dan 23 ni aku akan jalani ujian amali

(heh!!! tadi dah kata bosan bercerita tentang jadual yg busy tuh!!)

jadual?? ok tak nak aku nak guna perkataan schedule(aku dah pandai eja lah weyh!!!)

tak malu dah hidup 20 tahun baru pandai eja schedule.

baiklah.. saya janji akan post entry tentang benda lain pula sebab selepas ini

saya hanya akan tertumpu pada 4 paper final sahaja.





tapi..

bukan lumrah hidup sebagai seorang yang dah berumur 20 tahun..

masih belajar.. anak kesayangan mak dan ayah..

anak kedua yang degil.. masih single.. (stop!! ini tak payah cerita)

lumrah lah kan.. cerita tentang belajar..

so.. kenapa kau nak bosan bosan pulak???

habis nak aku post tentang apa??

suami?? maaf! saya masih bujang..

tentang family?? oh.. anda mungkin kata

"show off gila amalina tuh.. macam dia je ada wonderful (sentiasa keliru ada double 'l' atau tak kat hujung ejaan ni) family.."



tentang boyfriends?? macam takde cerita lain je kan.. m.e.n.y.a.m.p.a.h!!!

tentang kawan kawan?? anda boleh tengok dekat entry sebelum sebelum ni sungguh banyak cerita tentang sahabat handai ni.

tentang diri sendiri?? apa yang aku rasa??





INI BELOG SAYA.. SUKA HATI LAH NAK TULIS TENTANG APA

eh2.. tak marah eh.. sebab dalam fikiran terus tertera perkataan MARAH bila capital letter muncul..





*anggaplah entry ni dah habis**

Friday

INI ADALAH BUKTINYA KAMI MASIH WARAS.

bawah ni serba sedikit gambar yang aku janji nak upload semalam kan??
gambar amali lanskap yang aku pernah cakap kat kau semua..
dipersilakannn!!! lihatlah2..~~ kat bwh ni..



ni lah bukti kami semua masih ceria untuk langsaikan semua exam tak kiralah
exam amali ke exam teori...

ini adalah rakan-rakan satu group untuk exam amali lanskap


ini lah puteri-puteri yang manis manis



tadaaa!!! hasil kerja aku dan kawan2.. tapi.. kau semua tak
nampak sangat kan garden yang aku buat? ni kat bawah ni...




tadaaaa!!!! cantek tak?? cantek tak??
NUSANTARA MINI GARDEN!!


cukuplah tuh ek.. upload gambar ni pon aku postpond2..
byk lagi kot keje tak siap..
keje ape weyh?? hahahha!! aku nak tgk greys anatomy!!
bye2..


SYABAS AMALINA!!!KAU MEMANG HEBAT!

ye2!! BEBAS!!!
betul!!
aku dah bebas!!
bebas dari hari hari yang aku kata macam scary gila aku nak lalui
kau ingat tak aku kata ada amali, periksa, ktp, kayak n whatso eve lah kan..
aku dah lalui 1/3 daripadanya!!!
yes2!!!
memang.. aku tahu aku memang hebat..
sebab aku masih disini..
bersedia lalui 2/3 lagi hari yang bakal menjelma..

nak tahu tak apa yang aku dah lalui??
aku dah buat 3 exam final!!! syabas amalina!!!!syabas!!!
aku dah buat satu ujian amali dengan bestnya..(nanti aku upload gambar)
syabas amalina!!! syabas amalina!!!


yang belum aku lalui..
kayak (yang tak tahu jadi ke tak masih tak dapat jawapan)
ktp
amali pergerakan asas
dan 4 lagi paper final..
fuhhh!!!!
doakan saya ye wahai anda-anda yang saya sayangi..



tapi sekarang..
aku nak berfoya-foya dengan facebook..ym...friendster...myspace...nak tgk greys anatomy smpai boleh jadi doktor.. dan lain2 lagi..
jumpalah saya di facebook ye..
daaa!!!!

Saturday

boleh tak kalau hari ni aku nak menjiwang??


owh.. ape motif gambar dia atas?? (abaikan english yang berterabur)
ye..
saya nak mintak izin untuk menjiwang hari ini..padahal hari-hari jiwang
sampai rasa mual nak muntah.
ah!! tak kiralah.. aku nak menjiwang jugak hari ni.
baiklah bertemu lagi dalam rancangannnnn..
jiwangnya hatiku.
kau nak jiwang pasal apa ni amal?
kau tak ngantok ke sepanjang hari kau buat kerja tak berhenti
sekarang nak menjiwang pulak! sudah pergi kau ke katil sana
tido!!
cukup!! merepek macam kerepek je.
hmm..
rasanya aku nak menjiwang hari ni
tentang seseorang..
ye seorang je..
tak boleh nak banyak-banyak
sebab memang hanya dia seorang (ecehh.. jiwang sungguh ni!!)
dulu..
aku tak kenal se'orang' tu..
aku tak perasan langsung tentang kewujudan dia.
tapi..ada beberapa insiden yang menyebabkan
dia menjadi se'orang' yang
di dalam jaga ku tercari cari
di dalam tidur ku termimpi mimpi..(nyanyi ikut rentak u kays)
siapakah gadis (gadis?? bukan lah)
siapakah lelaki itu..
sungguh..
aku tak suka layan layan perasaan jiwang ini
walaupun umur dah meningkat tua (tua?? )
tak nak guna perkataan tua. guna perkataan matang.. haa..
walaupun umur dah semakin matang
saya.. ye.. saya memang tak nak
benda benda layan ni.. (kau jangan fikir yang bukan2 pulak!)
memang.
selepas beberapa kali benda benda layan ni putus di tengah jalan..
ye.. saya ye.. saya.. memang dah lupakan benda benda layan ni
yang aku tahu.. aku kena sayang diri aku sendiri dulu..
keluarga menjadi keutamaan aku
pelajaran menjadi no 1.
tapi
manusia kan..
memang tak boleh lari..
lagi lari lagi banyak yang datang..
ye.. betul..
macam seseorang tu..
susah lah nak terangkan kat sini..
tapi kan..
kalau kau orang nak tahu..
memang dia yang....... lalalallalalalalala!! hahahha padan muka kau orang..
fikirlah ayat seterusnya sendiri ye.
ok. cukup. i malu tau.. auwww!! hahahahha!! sudah amal. baik kau tidor..

Friday

TAMBAH SATU LAGI SERIUS AKU BOLEH GILA

kau nak tahu kenapa??
apa yang tambahnya sampai boleh gila??
ha... mari tengok ke busy an sebagai seorang penuntut
isntitut perguruan.
lepas ni mesti kau percaya yang penuntut institut perguruan
sangat busy dan kami semua sangat hebat sebab masih waras.


minggu ni
HANTAR TUGASAN atau bahasa indahnya ASSIGNMENT peregerakan asas


minggu ni (lagi sekali)
HANTAR TUGASAN AMALI LANSKAP atau bahasa panjangnya
AMALI TANAMAN HIASAN DAN SAYURAN
gila tebal portfolio untuk tugasan ni.
design2 semua nak kene submit semua


minggu depan
selama TIGA HARI AMALI LANSKAP itu BERMULA


minggu depannya lagi
selama TIGA HARI AMALI PERGERAKAN ASAS BERMULA.


kau tengok macam sikit ye??
amik lagi kat bawah ni


3. 10. 09
ADA GOTONG ROYONG PERDANA KOLEJ KEDIAMAN.


10.10.09
ADA PROGRAM BINA INSAN GURU
kami kene jalankan satu seminar sepanjang hari.


16,17 DAN 18 . 10. 09
AKU AKAN PERGI BERKAYAK.


tak cukup dengan itu
PEPERIKSAAN UJIAN AKHIR KURSUS
mata pelajaran NUMERICAL LITERACY
berlangsung pada 9.10.09


nak lagi??

PADA 20.10.09
AKU ADA PEPERIKSAAN LITERASI BAHASA

MAHU LAGI??
8.10.09
UJIAN AKHIR KURSUS UNTUK MATA PELAJARAN
ENGLISH LANGUAGE N PROFECIENCY akan berlangsung..


kAU NAK LAGI KE???
aku DAH NAK PENGSAN fikir..
otak dah tak sanggup nak bergerak
apa lagi kau nak????


MEMANG GILAAAAAA!!!!