PENGIKUT

Wednesday

hadiah dari jauh (PERTH,3)

assalamualaikum..

agak lembap internet kan? haihhh!! dah lah nak upload banyak gambar ni. =P

tak nak banyak membebel, jom pergi terus ke motif utama kita.

day 2 - pinnacle - lancelin - fremantle

hari kedua kitorang gerak dari cervantes sampai pinnacle. BANGUN PAGI. pukul 5 kitorang dah bangun. kalau korang nak tahu, 5.30 dah masuk subuh, pukul 6.30 dah syuruk. jadi, tak payah nak mengada tidur lama-lama. its all about time!!

perjalanan ke pinnacle dari cervantes lodge ni dalam 30 minit. kitorang nak tengok sunrise. heee~~ oh ye! this is my dream for. umum mengetahui 29 april is my birthday. jadi, umur 23 tahun, aku dapat sambut birthday dekat perth. =) hadiah terbaik yang aku dapat. *menangis terharu* terima kasih kat mak ayah yang tunaikan impian. *menangis lagi*



 masuk pinnacles nambung national park ni kena bayar. memang takde orang jaga pun kat depan tu, tapi TUHAN nampak kan? so, masuk dalam ni entrance fee dia 10 aud satu kereta if im not mistaken.
*kalau salah, harap maafkan.. =( *

 masukkan kat dalam kotak atas ni. envelope semua dia dah sediakan, korang baca instruction dekat kotak atas ni, then dah bayar! maka, boleh lah bawak kereta masuk dalam..











semua gambar tidak di instagramkan. ulang sekali lagi, semua gambar adalah ASLI. lihat, cantekkkkk sangat! aku rasa nak menangis tengok sunrise di pagi 29 april.. *lap air mata*

dalam sejam rasanya kat sini. letih ambil gambar. PUASSSS!!

next, lancelin.

lancelin ni tempat sand boarding. takde entrance fee. tapi kene hired board. satu board 7 aud. kitorang hired satu board. tak payah bebanyak board weyh korang nak sand board gegilir lah.. =) simpan duit nak beli sourvenir nanti. *ehemmmm!!*


 pilihlah mana-mana bukit pasir yang korang nak luncur. kitorang pilih yang dekat dan kecik je. nak mendaki tu ha.kalau banyak stamina pergilah jauh-jauh dan tinggi-tinggi. is up to u darling.. =)


hired board kat lucky 7 ni. peramah penjaga lucky 7 ni. heee~korang tanya je lah apa-apa yang korang nak tahu nanti dia jawab dengan ramahnya.




panas terik. tapi sejukkkkkkkkkkkk sangat. sampai rasa nak pakai glove. tak berpeluh kalau korang nak sand board seratus kali pun tak letih aku rasa.. HAHHAHA!

next, pergi fremantle. fremantle nak pergi eshed market nak beli sourvenir . fremantle ni memang tempat wajib pergi kalau sesapa yang pergi PERTH.  sebelum tu, pergi hantar kereta dekat suwaibah. kalau korang nak menginap aku syorkan pergi YHA BACPACKERS. satu malam 32 aud *If im not mistaken*. kalau convert duit MALAYSIA RM115. yha ni strategik. tengah-tengah city. sebab apa kena tinggal dekat city? sebab, lepas ni semua tempat yang nak pergi adalah sekeliling city. jalan kaki, naik public transport yang FREE!! weahoooo!!



 train dekat sini laju weyh. dan tepat masa. sangat tepat. kalau tertera dekat board 12 minit.memang 12 minit dia sampai. tak delay. this is sooooo gooooooooddddd.. =) tak sesak. semua orang boleh duduk. serius.
harga tiket nak ke fremantle 3.80 aud. murah kan? huuuuu~ berbaloi!


 e-shed market ni buka 2 hari je dalam seminggu. sabtu dan ahad. dan tutup pukul 5. jadi, pergilah pagi-pagi kalau korang nak beli lama-lama dan tenang. =)


kat sini aku beli fridge magnet dengan keychain. fridge magnet around 1-4 aud. keychain pun sama. 3 pack boleh dapat 5 aud.murahhhhhhh sangat fridge magnet kat sini. uncle kedai ni pon baik. boleh bagi diskaun gila-gila kat korang. dan sangat peramah. =)



ni lah uncle kedai sourvenir yang baik hati tu. =) semoga perniagaan dia makin baju. korang pergilah kedai dia. nama kedai dia MEGABES. seriously murah dan puas hati. belilah banyak banyak fridge magnet kat sini. aku sangat mengesyorkan tak yah beli kat tempat lain.

next, dah sampai sini korang wajib makan fish n chip dekat cicerillo's. portion dia besar. kitorang makan satu set untuk 3 orang. itupun kenyang saangattttttt! satu set fish n chips 13.90aud. air dalam 3 aud kalau tak salah lah. kalau nak jimat lagi, bawa bekal air. kihkihkihkih~





sejukkkkkkkk sangat. korang boleh makan kat dalam atau kat luar. kitorang makan kat luar kat tepi tu banyak kapal. heeee~ sangat best perasaannya. =)

lepastu kitorang jalan kaki sampai train station. still harga tiket train 3.80aud.

badan dah letih maka, makan dan tidur. esok nak berjalan seharian lagi. 



see the next dayy!! =)

6 comments:

Anonymous said...

hi,

google psal aussie..wowwwww suka sgt info2 u bagi..... dasat u ols ble drive sdiri kt sana....

amalina wahida said...

ohhh.. hye! :)

good to know yg info i bagi boleh beri manfaat to u. nak pergi aussie ke? eheh. selamat berholidayy~ :D

:.Yus.: said...

hi...

tggh search psl ausie..jmp plak ngn ur blog. i'll be going to perth end of Apr.nak tny klu dirve kt sn, lesem memandu kn translate ke English ke?or blh je gn yg sedia ada ni.err cm berbelit je soaln.hihi

btw info yg sgt membantu.tq :)

amalina wahida said...

yus ~> kalau nak drive kat sana, tak yah convert english pon lesen memandu. tapi diorang akan tengok tarikh lahir kita. mesti lebih 22 tahun then boleh lah memandu kat sana. waaaaaa!! selamat ber autumn di perth! :)

kongsi lah cite pas balik sana ya! :D

Unknown said...

Hai..nk tnya lagi,kalau lesen P, diorang trima x?

amalina wahida said...

fyza lee ~> ya ALLAH, lambatnya i balas soalan u. sorry my dear, i tak perasan komen ni. lesen p terima atau tak? syaratnya, kalau dah lebih 22 tahun, dan mempunyai lesen. itu sahaja. sebab, syarat memandu disini adalah berumur 22 tahun dan punya lesen.

"hopefully menjawab soalan"