PENGIKUT

Monday

persediaan

takut pulak aku nak masuk 2015 ni. sebab aku tahu cabarannya paati berbeza. lebih Susah Dari yang dijangka. lebih perih Dari yang terdaya.

jadi takut sebab tak prepare APA APA. tak buat any preparation langsung. SAMa macam duduk exam. tapi kau x study APA. esok exam. kau x study APA. SAMa lah tu takutnya. tak tahu nk fikir APA kalau ditanya soalan yang kau x prepare APA jawapannya. sama.


psyllium husk

salam sejahtera.

buat pembaca yg Tanya aku kt mana nk beli psyllium husk, dekat farmasi ada.

pembaca yang Tanya ni Dr Indonesia lah pula kan. buat Adik yg bertanya, harap awak baca lah ye. saya rasa di farmasi di Indonesia ada psyllium husk tu. Cuba Cari farmasi di bandar. atau Susah sangat Tanya doktor dimana anda berada. confirm dia tahu Kat mana nak cari psyllium husk.

ohye, Adik ni ada Tanya dekat Malaysia berapa harga psyllium husk ni. harga dia rm15.00 untuk 500g. kalau 1kg beli dua packet lah kan? jadi, 2 packet rm30.00.

harap saya jawab soalan awak ye Adik. kalau nak Tanya atau tidak faham boleh email saya aremal2904@gmail.com atau boleh Tanya Kat twitter @aremalwahida

Saturday

missing

I am missing my old me
Zaman belajar
Waktu sibuk buat thesis
Waktu sibuk siapkan final projek
Wakti sibuk study utk final

I am missing my old me
Waktu sibuk sakitkan hati sendiri
Waktu sibuk cantumkan serpihan perasaan sendiri

I am missing my old me
Waktu tidak pernah tinggal bangun Malam
Untuk mengadu kepada Tuhan tentang kesibukan diri

I am missing my old me
Waktu Tuhan berasa Sgt dekat dengan diri ini..

I am missing my old me

riview hotel di kota kinabalu : #1 ZARA'S BOUTIQUE HOTEL

Assalamualaikum.
Previews Entry aku kata aku nak buat riview kan? So, here it is.

bismillahirrahnmanirrahim.

Zara's boutique hotel ni aku pergi awal tahun 2014, jadi tak de gamba yang aku ambil sendiri. So, gammbar gambar  yang aku tepek kat sini semua ehsan gugel ye. Sorry empunya gambar, aku ambil tanpa kredit ke korang.

Sebelum tu, hotel ni boleh book dekat agoda,dekat bookhotel. Dan hotel ni masuk tripadvisor tau. Maksudnya, worldwide mengakui kebagusan hotel ni. Dan menunjukkan bahawa hotel ni terkenal dengan Pilihan orang ramai. Hotel ni aku survey kat agoda dia tergolong dalam golongan hotel  3 bintang.

1) service

Service Dia memang tiptop. Dua ibu jari aku bagi. Lobi dia pun cantik. Bila service tiptop, bayaran pon tiptop lah kan. Aku ambil twin single.  Saba kejap aku bagi gambar..
                         
 
Bilik Memang besar gila. Double bed aku tak tahulah bilik dia besar mana. Tapi  kalau survey dekat gugel imej lagi ramai kapasiti penginap lagi besar bilik tu. Gila best!!

2) kemudahan
Internet : memang ada tapi sangat low. Masa aku pergi tu slow gila. Aku nak search zara boutiqe hotel pun tak dapat masa tu. Nak whastapp boleh. Tapi, bila nk d/load imej via whatsapp tak boleh. So, bagi aku internet tak best kat sini. Hopefully,diorang upgrade wifi diorang. Sebab, traveler Mmg sgt memerlukan wifi. Wifi adalah nadi bagi para traveler sekalian.

Tempat Letak kereta : paling terbaik. Berlambak gila petak kosong. Aku puas hati lah dengan kemudahan car park hotel ni.

3) jarak

Kalau Dari airport memang dekat.

Kalau Ke bandar dalam 10 minit.

Kalau Ke pasar filipin, cp, jetty nk g pulau pulau yg cantik dlm 15 minit tanpa sesat dan jem.

Tapi, takde pengangkutan nak ke sana. Aku rasa boleh minta hotel booking pengangkutan atau panggil teksi rasanya. Aku tak tahu sbb aku bawa kereta sendiri. Hahaha!

Kalau Ke kundasang memang jauh lah. Better kau orang stay dekat bandar kota kinabalu kalau takde kenderaan. Kalau ada kenderaan, aku sarankan zara's boutique hotel ni. Memang best. Aku tak tipu.

Kedai Makan: kalau hal makan, jangan risau. Diorang ada cafe diorang sendiri. Tak kebulur pun,jangan risau.

4) harga

Masa Aku pergi aku ambil twin bed, so harga RM117 semalam. Kalau korang pergi 2 org, leh lah bahagi dua rate dia kan. Jimat. Harga bilik termasuk sarapan. Memang berbaloi.
 Aku puas hati. Ada banyak lagi pilihan bilik dekat hotel ni. Utk family pun ada juga. So, pilihlah yg mana suka sila janganlah segan.. *lagu raya*

Harga bilik hotel ni, berubah ikut keadaan. Kenkadang Diorang ada buat Promosi. Kadang kadang ikut lah agoda turunkan berapa. Book hotel turunkan berapa. Tapi,kalau walkin harga tetap ye anak anak... :D

after All, its your own choice.

Tata~ =)

riview hotel di sekitar kota kinabalu

Memandangkan Aku selalu travel ke kota kinabalu. Jadi, aku rasa aku nk buat 1 rancangan blog show sendiri dimana aku nak review hotel hotel yang terdapat di sekitar kota kinabalu ni.

Tak, takde sponsor. Semuanya pakai duit aku sendiri. Saja perhabis duit pergi kota kinabalu tidur hotel sana sini. Aku akan bagi bintang aku sendiri. Berapa dekat dgn tengah tengah pusat kota kinabalu ni.

Antara Perkara yg aku akan riview adalah

1) service

*Aku Amat pentingkan service. Kerana budi akan dibawa ke mati.

2) kemudahan
Internet
Tempat Letak kereta

* dua Benda ni paling penting dalam kpi aku

3) jarak

*Jarak Antara hotel dengan tempat tempat menarik di kota kinabalu.

Aku Akan riview dari yang paling rendah rate semalaman sampai lah yang paling mahal. Mahal yg aku mampulah. Mampui kalau aku dh janji nak riview tapi kalau dh semalaman sampai 500 mati aku. Mungkin kalau ada yg nak sponsor aku memang tak tolak lah kan. Muahaaha. Masalahnya sekarang ada yang nak sponsor ke? Kau sape amalina? *Gelak tekan perut*

Nanti Aku buat link kat tepi blog ni bila aku buka laptop. Sebab aku mentype guna tab murah ni. Maka, non hado lah kan.

untuk Teaser aku nak mulakan dengan 2 hotel yang aku dah pergi. Tapi, maaf aku x terfikir nak ambil gambar sebab aku baru terfikir nak buat blogshow ni hari ni. Muahahha! So, cekidaut next entry.

Tata~~~

keliru

Apa Perasaannya ni?
Ada Rasa suka mula meniup dlm jiwa.
Apakah Lama atau sementara?

Tunjukkan
Yg Mana hak yg mana batil
Aku Manusia yg selalu keliru

Kau Tahu kan bagaimana rasa
Ditolak.
Ya Amat pedih.

Jangan.
Jangan Jatuhkan aku
Pada Sesuatu yg bukan utk aku.

Friday

its been forever

assalamualaikum.. =)

its been forever tak update blog. well, sekarang semua org dah main twitter dan main instagram. jadi, iolls pon nak gak rasa hipster. kena lah abaikan blog ye dak?

okey, takdelah.

tiba tiba hidup berubah 360 darjah. tiba tiba dah jadi cikgu. tiba tiba dah duduk sarawak. bekerja di sarawak. muahahha! semua benda jadi tiba tiba. tak sempat nak tekan butang pause.

tiba tiba dah jadi manusia yang membosankan.

okey, bye.

vacation... again?

lama kan iolls tak pos pasal vacation? rasanya vacation ke bandung haritu pon tak habis cerita sebenarnya.
ampunkan kami penunggu gua. iolls busy sangat uruskan hidup. well, dah mula kerja. leastu jauhhhhhhhhhh gila dari alat komunikasi dan line internet yang bagus. maka, terkuburlah semua cerita.

in the middle of time, iolls banyak pergi vacation sebenarnya.

bandung = cerita yang masih tertunggak untuk uolls.

melaka = short vacation with my beutiful bff.

langkawi. = vacation with my family.

takkan nak tunggu sampai pergi korea(eh?) baru nak cerita vacation yang dah lama ditinggalkan ni kan?
baiklah, iolls ada masa kot esok ke malam nanti ke, iolls cerita semua dengan type laju2 dan buat link kat tepi blog ni untuk uolls. okeng?

sekarang, have fun dulu pergi baca blog blog travel yang best2 selain blog iolls yang entah apa2 ni. :p

till then,

see u in bandung (again)

:)

Sunday

hablum minallah wa hablum minannas

Assalamualaikum.

Pernah tak engkau orang terfikir tentang tajuk yang aku type kat atas tu?

"Hablum minallah wa hablum minannas"
Maksudnya:
Cintai Allah dan cintai manusia.

Pendapat aku, bila kita cinta Allah, cinta manusia akan menyusul secara automatik. Dan aku rasa ini undang-undang hidup yang paling simple tapi manusia (especially aku) selalu lupa.

Yes. Definitely.

aku rasa dalam dunia sekarang, segelintir je yang aplikasi undang-undang hidup ni dalam kehidupan seharian. Kebanyakan sekarang, kita cinta manusia dulu baru nak ingat Allah.

*sentap*

Contoh paling hipster dan intrend adalah dalam soal mencari pasangan hidup. Couple. Bercinta.

Contoh situasi :

Kau tengok sorang pakwe. Kau suka. Dia approach. Kau terima. Tanpa *fikir banyak* kau dengan dia pun bercintalah. Lepastu sibuk update status "ya Allah, kalau dia untuk aku satukanlah aku dengan dia... bla bla... bla.. bla..."

Betul tak?

Nampak tak undang-undang hidup tu dah terbalik? Pergi cinta manusia dulu, baru nak ingat Allah. Dan aku rasa update status berbentuk doa ni macam eksploitasi dan memalukan diri sendiri. Think before action.

*sentap lagi*

Aku ada dengar satu talk dekat tv alhijrah. Profesor tu kata,

"Sepatutnya, istikharah dilakukan sebelum kita berkawan dengan orang tu. Bukan selepas ada perasaan and so on"

*sentap beribu kali*

Cukuplah kot pendapat pendapat aku yang tak berapa nak pandai dan kerdil ni berbanding yang lain. Ampun maaf kalau ada salah dan mohon perbetulkan. Ini hanya pendapat.

               "Gunakan otak yang Tuhan bagi"

Assalamualaikum.. peace yo! :)