PENGIKUT

Sunday

autumn is the best escape (PERTH,2)

ASsalamualaikum..

okey, meh kita sambung pasal perth.

day 0 - (27 april 2012)

kitorang berlepas dari MALAYSIA pukul 23:35. ecewahhh..jam antarabangsa tu aku bagi kat korang. kitorang tak ambil package yang ada makanan. sebab, memang nak tidur dalam flight. secara totalnya, selepas tambah 20 kg luggage, harga tiket pergi balik RM 1275.00 <--- if im not mistaken. harga dia lebih kurang lah.

ok. chill! harga pergi balik ok. cuba korang divide dua? dalam RM 600.00 kan? MURAH WOIHHH!!! kalau rajin, dan ada cuti yang panjang kadang-kadang promosi AIR ASIA more cheaper than this.

aku sarankan kau orang makan ubat muntah. duduk diam-diam dalam flight. zikir dalam hati sampai tertidur. <--- tips bagi yang tak pernah naik kapal terbang, dan yang mabuk. wakakakaka!!!

day 1 - perth airport - bayswater - danish pastry - caversham - margaret chocolate factory - cervantes (28 april 2012)

kitorang sampai pukul 4.30 pagi. sepatutnya sampai pukul 5 kalau tak delay. tapi, kapten flight ni kata, sebab perjalanan sangat smooth (ALHAMDULILLAH) Maka, sampai cepat 15 minit dari estimation. heee~ macam mengalukan holiday kitorang yang pertama je kan? macam suruh pergi banyak-banyak kali je kan. =P



macam terminal bus je ye dak? well, kat tempat imegresen, tak boleh ambil gambar tau. nanti kena sound dengan imigresen dia. macam mana aku tahu? sebab aku dengan kawan aku kena. waakaakaka!! ada je dia tampal signage takleh ambil gambar kat kawasan-kawasan tertentu tapi, kitorang tak perasan. pepatah, "ADA MATA PANDANG-PANDANG" sila gunakan sebaik baiknya kat tempat orang.

dari airport boleh naik bus sampai bayswater. dont worry dekat je bayswater dengan airport. takpun naik teksi.*tapi agak mahal lah dia nya tambang. heee~*


meh sini aku nak cerita PANJANG sikit.

sebenarnya, kenapa perth jadi pilihan 1st vacation? sebabnya, makcik aku ada kat sana. unfortunately, tarikh yang kitorang pergi ni, makcik aku balik MALAYSIA pulak. =_=  tu yang kitorang jadi backpackers tetiba. teheeeeee~~

as if, makcik aku sangat mengambil berat, dia bagi nombor student yang ada belajar kat sana. hehehe~ THANK U SO MUCH CIK APIS. =)

kat atas tu, gambar dua orang hamba ALLAH yang sangat berhati mulia (student yang makcik aku kenalkan tu). diorang banyak tolong kitorang sepanjang berada di sana. =) seriously, budi diorang dan kawan-kawan diorang sangatlah tak terbalas dari kitorang.

back to bayswater.

sesapa yang takde contact, ha! bolehlah pergi bayswater untuk car rental. kenapa? KENAPA??? kenapa kena rent car? sebab, untuk pergi ke carversham, carventes, chocolate factory ni semua takde public transport. maka, kena rent car. boleh cekidout diorang punya page kat sini. KELIK SINI

Kitorang dapat info pasal bayswater ni pun dekat blog yang kitorang refer tu. ni ha blog beliau KELIK SINI 
BANYAK GILAAAAA info dekat blog mamat ni. ah! THANK U SO MUCH!! =)


berlambak  kereta kat bayswater ni. jadi, kau orang tak payah risau takde kereta ok? chill chill (?) je pergi bercuti. OKENG!! =)

tapi, ada lagi kejadian. kau orang kena ada kad kredit. kalau takde kad kredit tak boleh pinjam kereta diorang. salah faham dari pihak kitorang, memasing bawa cash je dan debit kad je. ha, nak guna debit kad pun boleh. TAPI!! KORANG KENA PASTIKAN ACTIVATE INTERNATIONAL. ACTIVATE INTERNATIONAL!! kenapa aku ulang 2 kali? sebab, kitorang tak activate international user. maka, dengan kesedihan dan hampa kitorang blur sebab takleh pinjam kereta. tatau nak pergi naik apa. =(

ah! sekali lagi terhutang budi dekat suwaibah.. dia bagi pinjam kereta.. uhuk! uhuk! *menangis terharu* seriously, rasa terhutang budi sangat. SUWAIBAH, THANK U. =)

danish pastry
kena pergi danish pastry!! pastry dia sangat tebal! makan satu kenyang dah. kitorang beli 6 aud untuk 8 sausage chillie, curry pie for 8aud. banyak lagi flavour (?) yang korang boleh makan. maka, harus pergi sini bila dah sampai perth tau! selama 4 hari on the road kitorang kekenyangan pastry ni. SANGAT BANYAKKKK!! *hiperbola* dia beroperasi setiap hari,kecuali hari jumaat pukul 8.00 pagi tak silap aku. *sorry,dah sebulan berlalu*








caversham.

untuk pergi ke caversham, dalam 15 minit perjalanan dari danish pastry. REMINDER FROM ME, korang memang kena study google map dengan sangat tekun. dan tolong print out perjalanan google map. <--- ni untuk mereka yang takde gps macam kitorang. tahu kan kenapa. aku dah cerita kat atas tadi. but, kalau korang rent bayswater car, pilih yang ada gps sekali. but still, AKU SARANKAN KORANG STUDY GOOGLE MAP jugak. *berdasarkan pengalaman* mana-mana pergi korang kena pakai gps dan map. SERIOUSLY!!




okeyh! terbanyak pulak gambar kat caversham kan? ehemm!! teruja ni nak tunjuk kat korang. nak bagi korang teruja pergi australia. WAAKAKAKAKA!

*REMINDER
sila pergi caversham ni pepagi tau. kalau tak masa akan mengganggu perjalanan korang nak pergi semua tempat kat perth ni. *hiperbola lagi* boleh rujuk tentatif kaler hijau yang aku tepek kat atas tu untuk jadual show yang diorang sediakan untuk pelancong. =)

margaret chocolate factory.


 banyak sangat coklat!! aku rasa macam nak tinggal kat sini beberapa hari sampai muak makan coklat. margaret ni factory choc yang korang kena pergi. hommade choc is the best! kalau korang tak sure ingredient choc kat sini, korang boleh tanya je kat kaunter tu. diorang akan jawab dengan senyuman. heeee~


 kena try hot choc kat sini. sampai sekarang aku nak cari sebijik macam ni kat MALAYSIA.. hmm.. takde. hahahaha! sedap gillooosssss!!! moh le kita g sini, kalau nak. =P

next!
kitorang terus ke cervantes. menurut kawan aku yang study map selama 2 minggu. dia kata ada 2 jalan. satu jalan jauhhhhhhhhhhhhhhhhhhh satu lagi jalan dekat sikit. sikittttt je!! sesungguhnya nak pergi cervantes ni memang sangat jauh. 3 jam perjalanan. macam dari bangi nak ke johor. 3 jam. korang kena enjoy the road. seriously tak bosan even kitorang tak bukak radio. sebab, scenery sepanjang perjalanan is speechless. udara dia bersih sampai rasa tak nak hembus nafas. nak tarik nafas je. *hiperbola*




this is the road never ending

cervantes beach




kitorang pergi  cervantes sebab nak ke pinacle esok paginya. cervantes lodge adalah penginapan yang dekat dengan pinacle. so, alang alang dah sampai jenjalan sekeliling cervantes lah kan. aku dah feeling smallville dah time ni. HAHAHAHAHA!!

muka depan cervantes lodge.

reception cervantes lodge

selesa. dan puas hati. KELIK SINI UNTUK INFORMATION
selain itu, macam aku bagitahu kat atas tadi, aku tengok kat dalam KAKI BERANGAN punya blog. thank u again, empunya blog.. :)

untuk dinner,kitorang makan pastry pie yang beli dekat danish pastry dengan maggie yang kitorang bawak dari MALAYSIA. heeee~~ dia nya rent murah. sebab dia backpackers price. kitorang ambil 4 shared room untuk 3 orang. tidur nyenyak sebab perut kenyang. esok nak jalan jauhhhhhh~




see u the next day!! :D

No comments: