PENGIKUT

Tuesday

BILA MIMPI TU NAK TERJADI PULAK

adakah dejavoo namanya jika
sedang klik klik dengan asyik melihat gambar
tiba tiba terlintas

"EH! MACAM AKU PERNAH LALUI SITUASI INI?"
(tiba-tiba lagu situasi memekak dalam kepala)

adakah dejavoo namanya jika
selepas klik terimbas mimpi yang berkaitan dengan
situasi yang dikerjakan???

tiba tiba macam excited

BILA MIMPI YANG BERKAITAN NAK TERJADI PULAK??????

**encik masa, tolong cepat bergerak ye.**

Monday

MACAM TAK LAWAK.

bila emosional tukar layout blog.
bagus!
takdelah pergi bunuh diri.
jadi, kepada insan yang beremosi, yang sedang kecewa, dan bermuram durjana, etc,
sila tukar layout blog anda.

kepada semua pengunjung,
hadap lah ye layout gelap nih sampai aku sembuh.
KAH KAH KAH KAH!!
macam tak lawak weyh! sakit hati nak gelak. dah diam.

Sunday

KU CUBA GAPAI

pernah tak rasa nak gapai buah rambutan tapi pokok rambutan tu terlalu tinggi tak seperti pokok pokok rambutan yang biasa?

aku cuba gapai tapi tak sampai..

monologku;
kenyataan kau buat aku takut
kenyataan kau buat aku sedih
kenyataan kau buat aku putus asa
kenyataan kau buat aku sepi tanpa kata

andai benar ini akhirnya, aku cuba terima seikhlas mungkin, aku masih mampu mengukir senyum walau perit..
andai ini salah satu ujian, aku cuba setabah mungkin,
kerana DIA tidak akan menguji orang yang tidak mampu mendukung ujian itu.

pujukku;
wahai hati, jangan kau calari dirimu sendiri,
wahai diri, kenapa kau mungkiri janji,



**jatuh cinta itu ibarat masuk kedalam lubang yang terlalu gelap dan dalam. ketika sampai ke dasar, baru kau mengerti bahawa jatuh cinta itu sangat perit apabila kau ditinggalkan bersendirian didalam lubang yang gelap dan dalam...

Saturday

INI SERIUS!


macam tengah nak nangis tiba tiba macam kena PAKSA gelak sewaktu nak buang air besar. huh!
kena makan jamu mak dara macam nih! T__T

Thursday

LEPASNI TAK PAYAH SIBUK .....

(tiba tiba malu lah pulak asyik update blog je kan) haiyaaaarrkkk!!! pergi mati.

salam semua... (sila tergoda dengan kerdipan bulu mata lentik)
tengah tengah google CIRI CIRI WANITA YANG KERAS HATI tiba-tiba terkeluar benda lain pulak kan. ya! memang yang terkeluar tu tiada kena mengena dengan apa yang aku google. sekian, terima kasih.
tapi kan sayang, (eceh. sayang pulak dah) i jumpa sesuatu yang menarik. meh meh mak nak kepoh ni nyah!!! =P

CIRI CIRI WANITA MENGIKUT ZODIAK

1. WANITA TANAH
Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus(21 April-20Mei), Virgo(24Ogos-23 September) dan Capricon(22 Disember-20 Januari).

jadi, 29 april adalah taurus dan tergolong dalam wanita tanah. oho...

*seorang yang boleh dijangka, berwibawa dan praktikal.
= boleh dijangka? eh. tak perasan pula..ingatkan unpredictable dan misteri. HAHAHA. berwibawa?? wow!! praktikal. betul.
*Penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.
= penyabar dan bertolak ansur; oh. ini mungkin jelas. bukan nak membangga tetapi penyabar dan bertolak ansur itu memang saya.

*Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.
= perniagaan?? wah! ini perlu cuba ni.

*Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang.


air muka tenang... =))


*Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana.
= kadang kadang marah yang terkawal ni boleh jadi bara dan dendam.

*Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa.
= berwibawa lagi?? oh. mungkin jodoh saya adalah ari wibowo. KAH KAH KAH.


eh. takkanlah nak cerita pasal diri sendiri sahaja kan? mari-mari teruskan membaca untuk kalian semua juga ada..

2.WANITA API
Wanita api dilahirkan di bawah lambang Aries(21 Mac-20 April), Leo(24 Julai-23 Ogos) dan Sagittarius(23 November-21 Disember).

*Dilahirkan sebagai pemimpin
*Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar.
*Seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu.
*Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.
*Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi mersa sedih dan terhiris.
*Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar. Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.
*Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.


3.Wanita Angin
Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini(22 Mei-21 Jun), Libra(24 September-23 Oktober) dan Aquarius(21 Januari-19 Februari).


*Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.
*Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya boleh dicapai.
*Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh.
*Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.
*sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi.
*Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.
*Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.


4.WANITA AIR
Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak Cancer(22 Jun-23 Julai), Scorpio(24 Oktober-22 November) dan Pisces(20 Februari-20 Mac).


*Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.
*Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati, berdaya imaginatif, sentimental, mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati.
*Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.
*Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.



jadi, tak perlulah sibuk-sibuk pergi beli tanah kalau nak tanam bunga, tanam dekat diri sendiri je lepas ni. =D

Wednesday

SOMBONG VS ARROGANT

tak sangka bulan jun adalah bulan paling banyak aku hupdate blog. sampai kau semua rasa jijik nak baca. "eh dia ni lagi update blog." "eh! dia ni lagi!" eh dia ni lagi. eh dia ni lagi. eh dia ni lagi. sampai dah sawan nak ulang dialog yang sama. T_T

sombong itu subjektif. betul.
takkan yang punya hidung mancung kau terus cop dia sombong kan?
takkan yang punya kereta mewah kau terus cop dia sombong kan?
takkan yang punya duit berkoyan koyan kau terus cop dia sombong kan?

bagi aku, sombong dan berlagak itu perkara yang berbeza. oh. post kali ini berbau kuliah daripada lecturer lah pulak. HAHAHAHAmpeh!


i am not arrogant. believe me! perhaps, in the certain time and places i will turn to be the most arrogant person u ever know.

sombong ini perlu tau sebenarnya. dalam beberapa tempat dan waktu. janganlah pulak kau nak menyombong tak tentu pasal sambil kembang kembang hidung.

again, i am not arrogant. seriously! tapi, kalau dah kau ber chatting facebook dengan aku dan kau tanya benda benda basic macam nama aku, tinggal dekat mana, study mana, kos apa, dulu sekolah mana ye aku akan bertukar menjadi ORANG SOMBONG. kau takkan tak boleh baca itu semua dekat info profile??? buat apa aku mention tu semua dekat profile aku, dan buat apa kau jadi fren aku kalau kau tak baca itu semua dekat profile aku???

again, i am not arrogant! tapi kalau kau ber ym dengan aku then again kau tanya soalan DAH ADE BF KE? KALAU TAKDE NAK MASUK LINE BOLEH?? weyh!!! this is damn man!! soalan macam soalan budak sekolah rendah. sekolah menengah pun aku dah tak guna soalan macam tu. weyh!!! u r 20 and above man! kenapa tiada ilmu untuk berbicara???

again, i am not arrogant. but! if u ask me about my age, sex and location. JUST PLEASE TALK TO THE HAND!! GOOD BYE. i will delete u from my life.

sekali lagi. aku tidak sombong. tapi kalau kau dah mula buat lawak yang memang BODOH SAMPAI RASA MACAM BODOH GILA KALAU AKU GELAK DENGAN LAWAK KAU. ye aku akan berubah menjadi orang sombong.



SEE!! I AM NOT THE ARROGANT PERSON. BUT JUST IN CASE.


bila kau mula buat aku meluat untuk meneruskan sesuatu perbualan. ye. aku akan pergi tanpa mengira perasaan kau.

JOM CEKIDOUT

today, i am realise

1. kaki adalah aset yang paling berharga selain hati yang penuh dengan macam macam perasaan, selain akal fikiran yang dikurniakan oleh ALLAH. **mood = insaf**

2. kenapa bila sengal sengal otot dan terkehel atau apa apa yang melibatkan otot perlu diurut untuk melegakan kesakitan padahal tempat yang sakit tu sakit jadi tak payahlah urut dekat tempat yang sakit tu kan jadi makin sakit nanti. **mood = tak faham.**

3.setiap kali habis semester saya akan mengalami sakit. **mood = keliru**

4. insurans nyawa itu penting bila kita dah meningkat dewasa **mood = nak beli insurans sendiri lepas ni**

5. ubat ubatan menjadi semakin mahal bila penyakit yang dihadapi menjadi semakin serius. patutlah dalam cerita indon selalu orang orang miskin dalam cerita tu menangis dan sangat kesian sebab semua orang miskin dalam cerita indon akan tak cukup duit. dan kenapa orang miskin mesti mengalami sakit yang serius bila dalam cerita??? **mood = tak faham + marah**

6. eh. kenapa tiba-tiba 4shared kene login dulu baru boleh download?? selama tidak perlu pun!! **mood = tak puas hati**

7. semakin nak habis cuti semakin galak aku tidur lambat!!!!! woahh!! **mood = habislah bila dah mula kuliah nanti.**

8. rasa seakan happy extend cuti **mood = sangat jujur dengan kenyataan sendiri**

9. cinta tidak boleh dipaksa. **tiba-tiba cerita pasal cinta**

10. the good thing come on the right time.. aku rasa bulan 6 ini bukan waktu yang sesuai untuk 'good thing' itu terjadi.

11. rasa macam nak reveal satu rahsia. rahsia terkini dekat sini. tapi.. belum masanya..

12. tiba tiba macam teringat yang ex ex bf dahulu majoriti lahir bulan 6. eh. dah dah. sila keluar dari blog ni. T__T

Tuesday

CUBA JADI BERANI BOLEH TAK!!

just cekidout.
kalau tak nak sila tutup mata sambil skroll.


1. kelemahan yang nyata adalah bila aku meluahkan sesuatu aku suka orang itu dengar.
just dengar. jangan komen. PAHAM TAK JANGAN KOMEN.

2. kelemahan yang nyata bila aku minta pendapat. tolong bagi pendapat. PAHAM TAK TOLONG BAGI PENDAPAT.

3.kelemahan yang nyata bila aku minta tolong, walau kau tak boleh tolong maksudnya aku minta kau bagi pendapat untuk menolong aku. PAHAM TAK TOLONG BAGI PENDAPAT UNTUK TOLONG AKU BUKANNYA KONDEM!!!!!

4. kelemahan yang nyata bila aku beritahu kau yang aku sakit. SUMPAH AKU TAK SUKA KAU CAKAP . "aku pun pernah sakit macam kau. lagi sakit dari kau." TOLONG LAH. AKU TAK SUKA KAU PAHAM TAK.

5. kelemahan yang paling nyata... bila aku minta pertolongan dari orang yang paling aku sayang, aku rasa sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat kecewa bila mereka terus potong apa yang aku nak cakap dan aku tak boleh nak bela diri..

Monday

APA BEZA INI SEMUA?

dah beberapa jam aku online?. kalau sakit inilah akibatnya. tidak tahu nak buat apa dan hanya melepak macam biawak. ye. memang biawak suka melepak tak buat apa apa. eh. kenapa cerita biawak tiba tiba. T__T

oh. sebenarnya tak tahu macam mana nak memulakan sesuatu post.
betul. sebabtu kau akan nampak aku macam pakai TERJAH je setiap post yang aku publish.eh. membebel.

masa zaman sekolah pakai tudung selebet makan mee goreng comot comot dulu selalu macam asyik terjatuh cinta bila tengok cerita korea.eh. hrithik roshan korea ke?? T__T

masa zaman sekolah pakai tudung selebet dan selalu dekat sekolah macam asyik nak berkawan dengan gang sendiri je selalu terjatuh cinta apabila tengok penyanyi "sejarah mungkin berulang.. walau engkau ku maafkan..oh kekasih..tapi mungkin hanya...." eh. cukup. kantoi kau memang minat new boyz dulu dulu..T__T


dan sama jugalah waktu dengannya bila kau jatuh cinta tengok farid kamil, awal ashaari,zed zaidi,farid kamil, awal ashaari, zed zaidi, farid kamil, farid kamil,farid kamil,farid kamil,farid kamil,farid kamil,..eh. dah tertype farid kamil banyak banyak kali. =P

sebenarnya nak kepoh dah tengok cerita LAGENDA BUDAK SETAN!!

weyh. orang lain pun dah tengok lah weyh. >__< kecoh lah lu amal! boooo~~



well.. aku bagi 4 daripada 5. err.. kenapa 4 je?well nothing perfect guys!.

1. bunyi burung tak payah patutnya. hilang feel nak nangis.
2.ayu ke 2 tu macam keras sikit.. takpe2 boleh polish.
3. oh! QUE HAIDAR!! KITA PUTUS. kau jahat sangat dalam cerita nih. i benci.. wuuuu~~ (menangis kenapa que haidar jahat sangat dalam cerita nih)
4. dah nama pun adaptasi, jadi tak se perfect buku dan apa yang aku imagine.
5.oh. tak sabar nak tunggu next sequel. >__<

oleh kerana sangat dying nak tengok cerita nih sakit sakit pun pergi walau jalan lembap dah macam nenek nenek si bongkok tiga dah. woo.. well done to me sebab berjaya bertahan duduk selama 2 jam lebih walau hati menjerit SAKITNYA KAKI NIH WEYH!!!!!


**tajuk takde kena mengena. KAH KAH KAH. dah dah. dismissed!!

Saturday

CERITERA ORANG JAWA

salam semua..
apa khabar?? oh.. memang mimpi lah aku mulakan post dengan ucapan ucapan sopan seperti bertanya khabar semua kan. oklah..lately aku memang tak berapa sihat. eh. betullah aku tak sihat. kucar kacir dah urusan diri sendiri nih. oh. tak payah kasihan, biasalah kan manusia mana tak sakitkan.

oklah, dalam tak sihat ni, semua perancangan kene teruskan takkan nak cancel walaupun aku tak sihat kan. oleh yang demikian, hari jumaat haritu, rumah aku tetap jalankan kenduri yang dah dirancangkan sebulan yang lalu..

pernah tengok orang jawa buat kenduri? ataupun pernah hadiri kenduri dirumah orang jawa?? kikikiki!! tanya soalan ntah hape hape kan..

sepanjang 21 tahun au hidup ni, satu keistimewaan yang aku nampak dalam setiap kenduri orang jawa adalah dari segi cara dan makanannya. aha.. kalau orang pantai timur biasanya nasi dagang kan, pulau pinang laksa, dan macam macam lah. kalau orang jawa biasanya akan relate dengan nasi ambang.

cara-cara nasi ambang dihidangkan.
1. diletakkan di dalam dulang, ada nasi dan lauk pauk yang MARVELES!!!!


aha. macam ni ah rupanya bila dah letak dalam dulang.

2.nasi ambang perlukan ahli kumpulan sebanyak 4 orang.

3. dah cukup 4 orang perlukan daun pisang untuk dibungkus macam nasi lemak tuh

4. dah prepare. kita bahagikan nasi dalam dulang kepada 4.


5. lepastu bahagi pulak lauk pauk yang MARVELES tadi kepada 4 jugak.







6. Lepastu bungkus lah. masuk dalam plastik yang disediakan.



7. tunggu apa lagi. semua dah siap bungkus. BALIK!!!

macam nak pergi sekolah bawa bekal. T__T

oh. ya lupa. nasi yang dah siap dibungkus akan bertukar nama kepada BERKAT. memang berkat sebab balik makan bersama anak bini dan keluarga bahagia dalam satu dulang. wah wah.. one happy family at home >__<

selain itu juga, terdapat kudapan yang perlu disertakan juga. barulah macam pergi kenduri tak nampak macam semata mata nak bawak balik berkat jerk. T__T




kuih cara berlauk ni SUMPAH SEDAP!!! nyum nyummm!!



saja ambil gambar tembikai. T__T



baju oren dengan tembikai dan botol botol bersepah ni SUMPAH NAK JUAL dekat
babu roti. KAH KAH KAH!!


eh! lupa pulak. sebelum bungkus makanan kena lah baca yassin doa selamat semua. kalau tak apalah maknanya buat kenduri kan.


gambar tak berapa best. sebab ambil dari jauh. nampak macam sikit je orang yang datang.





HAKIKATNYA!!!!




eh! mana datang orang ramai ramai ni?? T__T


salam dulu sebelum pulang.
"terima kasih ye >__<"
(EH!BAJU OREN TU SEMAK!)

walaupun sakit, kugagahi jua untuk ambil gambar dengan jalan terhencut hencut. eja hencut macam tu ke? ke hincut? mana mana lah. T__T

sehingga bertemu lagi dalam kenduri yang akan datang..







Friday

JADUAL 8 TAHUN YANG LEPAS.

rahmah... ala ala nama mak saya (guna saya supaya nampak serius) rahmah bermaksud kasih sayang.. sama waktu dengan rahim. maksudnya kasih sayang. sama juga dengan mohabbat. tapi lebih menjurus kepada cinta. kui kui kui.. tiba tiba dah nak masuk pukul 3 pagi memekak pasal kasih sayang, cinta pulak kan.

selepas tertengok cerita bertaut di jabal rahmah mulalah otak aku berfikir yang macam macam.
cerita tu memang membuatkan neuron dalam otak ni mula terimbas tentang perancangan atau lebih tepat jadual kehidupan yang aku rancangkan 8 tahun yang lepas.
banyak dah yang terjadi tetapi semuanya jadi tidak seperti yang aku rancang.

sebelum aku bocorkan rahsia rahsia jadual kehidupan yang aku rancang 8 tahun dahulu, aku nak buka track lagu aiman >__< (tidak tahu apa motif nak kene suruh kau semua on track lagu aiman jugak ) ok done!.

eh! kau tak nak tahu eh?? ada aku kesah??? macam biasa aku nak kecoh jugak!! T__T


pertama,
aku rancang untuk belajar di liverpool.u never walk alone.. kih kih kih.. aku nak sambung belajar dekat sini sebab aku minat dekat owen time ni.. u know what kalau kita takda matlamat yang murni dan jelas memang tak dapat pun..jadi adik adik kalau betul betul nak jadikan sesuatu tu jadi kenyataan silalah tetapkan hati dan berusaha keras ye.

kedua,
aku nak pergi mekah dengan keluarga tercinta aku sebelum umur aku 24 tahun.
aku memang teringin nak tengok kaabah depan mata
kemudian, aku paling mahu ke JABAL RAHMAH.

ketiga,
aku nak sambung belajar sampai master.
master adalah capaian aku paling tinggi.
nak tak nak susah tak susah aku nak jugak master.
phd kalau ada rezeki dan dizinkan.aku memang kepala batu dan aku memang akan buat apa sahaja yang aku nak jadi kenyataan sekiranya yang aku nak tu aku rasa logik.
doakan aku habis degree ni dulu ye kawan kawan.


jap take 5.
lagu someone to love by babyface buat aku nak lari cari aiman sekarang!!!


keempat,
aku nak balas jasa mak ayah aku. yeay! memang skema punya karangan tapi anak anak semua diluar sana, siapa yang tak nak balas jasa mak ayah? kalau mengikut teori aku, sebanyak mana harta sebanyak mana hadiah sebanyak mana material kau kasi kat mak ayah kau, masih tak dapat balas jasa mak ayah kau.
memang ini fakta yang aku keluarkan sendiri dan aku rasa logik.

kelima,
aku memang rancang bila umur aku 24 tahun aku dah ada seorang anak.
dan kalau boleh aku nak anak kembar lelaki dan perempuan.
senang abang boleh jaga adik.
dan lagi senang aku tak payah beranak dua kali untuk dapatkan sepasang anak. beranak sekali je dah dapat dua anak. kan senang.. rezeki melimpah ruah lagi.
tapi aku rasa insyaALLAH tak jadi kenyataan. KAH KAH KAH!!!
well.. aku rasa kawan kawan aku yang tak planning sama sama dengan aku 8 tahun dulu masing masing dah bertunang lah, kahwinlah bagai. tapi aku yang planning ni??? see!!! kita hanya merancang tuhan yang tentukan.
(weyh! amal kau baru 21 tahun! apesal kau membebel dah macam umur 41 tahun ni?)
aku ada masa 3 tahun untuk kahwin dan dapat anak macam yang aku plan. KAH KAH KAH!! NONSENSE LAH KAU NIH AMAL!!!!


tapi, semuanya hanya rancangan jadual kehidupan yang aku buat 8 tahun dahulu. sebenarnya jadual kehidupan setiap manusia ni perlu dinamik. sebab, kita manusia. DIA YANG MENCIPTA lebih tahu tentang jadual kehidupan ni...


jadi, sekarang kene ubah beberapa perkara. seperti umur ketika berkahwin, dengan siapa mahu berkahwin, mahu belajar dimana, mahu letak nama anak apa. EH! macam haram jadah lah pulak. tukar tukar. nama anak kita letak lepas dah jumpa bapanya ok?? KAH KAH KAH!!!


Align Left
ini batu penanda di JABAL RAHMAH. ihsan encik google.

bapa kata kalau kita berdoa mengenai insan yang kita cinta, insyaALLAH dimakbulkan.
nampak hitam hitam tu? bapa kata itu orang tulis tulis nama pakai alat untuk menulis nama nama mereka dengan insan yang mereka cinta. tapi tak perlu rasanya, cukup dengan doa yang ikhlas...




**saya nak doa di situ supaya dapat bersatu dengan kamu di dalam redhaMU**





**NOTA KAKI
aiman tu bukan aiman kawan masa aku sekolah rendah dulu, bukan juga mentee aku

i might be crazy..











u are such a ghost to me... everywhere i go, anyone i meet, everything i see is only u

Wednesday

EH.

EH. dApat award lagi ke? wah2.. kau dah semakin gedik sejak akhir akhir ni amal.

okeylah. ini award dari adik sepupu. terima kasih ye. dah dapat belum cupcake delivery melalui mimpi itu?



1.difikiran?
apa yang difikirkan sekarang adalah bila aku boleh merasai nikmat bersila semula. nikmat duduk.nikmat bersin.nikmat ketawa. oh.. kau gelakkan apa yang aku sedang fikir ye. nyah kau dari sini.

apa yang difikirkan sekarang..harap harap keputusan yang aku buat betul. eh. kenapa macam serius je bunyinya nih?

2.nama samaran?

eh. nak kene menyamar ke?? nama panggilan adalah kot. hye. my name amalina u can call me amal, ama, not ina or lina. full stop.

3.tiga org yg kau sayang?

wah.. kenapa perlu limitkan kasih sayang yang melimpah ruah dalam hati seorang insan yang bernama amalina wahida ni?

4.name panggilan untuk si dia?

dia??? siapa?? tiada.. kau nak jadi dia ke??

5.hadiah yang diimpikan dari yang istimewa?

aku dah cakap kan aku nak basikal...

uhuuu~~ kenapa abang tak pernah faham yang saya nak basikal. basikal. basikal...!!!

6.lime belas rakan anda?

wow!! ramai kot 15.
meh aku senaraikan. kau orang yang 15 terpilih nih. tak buat tag ni siap kau 15 orang!!!!

15. suhailasamsudin..

aku singkatkan terus ke orang yang ke 15.. kikikiki~~~~ su buat tau tag ni..tak buat siaplah!! =))

terima kasih tidak terhingga








wakakakakakakkaka!!
yes!! yes!! yes!! setelah berhempas pulas.. ye. akhirnya saya dah pandai letak benda alah kat atas ni!!! terima kasih yang tidak terhingga ok. betul betul tidak terhingga kepada BICARAHATIGADISINI

ye. terima kasih sebab tutorial yang teramat detail.. ngee~~ terima kasih. =)) sekarang dah boleh tidur dengan nyenyak.

Sunday

INI TENTANG KASIH SAYANG.

**hihihihihihihihi...nak senyum banyak banyak sambil sebut perkataan (**) boleh tak?

ini cerita tentang kasih sayang..kalau kau semua busuk hati tak payah baca.eh. tapi kalau kau semua nak rasa di sayangi bacalah sampai habis..konfem akan rasa bagai disayangi seperti menatang minyak yang penuh. kalau rasa nak beri kasih sayang pun boleh jugak.. T__T

**hihihihihihihihi...(kau tak rasa ke macam gedik??)

nah. apa yang buat kau menggedik nak senyum sambil cakap (**) dari tadi???



TADAAAAA!!!!! I AM AT ICT!! WOOT!! WOOT!! (oklah jakun. sebab aku memang 1st time pergi. dah diam.)

ini lah cerita kasih sayang . sampai akhirat ok..insyaALLAH mohon sampai syurga.. serius sayang.. ~~love~~love~~love~~

berdiri : "penat ok!"
duduk : "aku lapar dow, nanti g makan."ngee~~


ramai sangat! dah macam pergi KENDURI KAHWIN SITI NURHALIZA.


lihat! sangat ramai kan? ramai sangat kan? sangat ramai kan? ramai kan sangat? T__T


ngeee~~~ gemok! dah diam!!


kegemaran...ngee~~ >__<
*kitorang macam terkesima tengok menu. rasa macam nak makan semua*



jangan ambil buat mandrem ok!!! T__T



** akan merindui insan - insan di dalam cerita tentang kasih sayang ini. **

Friday

NI YANG BUAT RASA MACAM NAK KAHWIN DENGAN BLOGGER TEGAR!!!!!!!








FADE UP DAH BUAT BENDA NIH SEHARI SUNTIK!!!KAN DAH EJA SUNTUK JADI SUNTIK!!! FADE UP NAK DELETE!!!!!!!!!!


APA YANG SALAH DAN SILAP NYA DENGAN APA YANG AKU DAH BUAT DEKAT BENDA NIH!!!! SAMPAI TAK JADI2!!!!!!!

PERIHAL NASI LEMAK

"..mak ngah dari yong peng..!!!"
HAHAHA.. mak ngah saya dari keluang bukannya yong peng.
eh. tajuk nasi lemak.

tahukah anda nasi lemak sebenarnya berasal dari perkataan yang dilontarkan pleh seorang gadis yang sedang bercakap dengan emaknya dengan perkataan "NASI LE MAK!!". eh. tak nak percaya ke?.

maka nya.. ya saya bersama rakan-rakan ya telah berkunjung ke fiesta nasi lemak 1 malaysia ya untuk menyahut seruan kerajaan ya.

kan? tak tipu kan??

nasi selain nasi lemak pun ada tahu..

oh. kain baju raya pun ada ya.

brooch tudung pun ada ye.

belon belon pun ada dijual. eh. belon sahaja yang dijual. disana tiada jualan anak dara orang. T__T

kek lapis, cupcake,kuih bangkit, kuih raya semuanya ada.

kata fiesta nasi lemak. tapi dimana nasi lemak nya? oh. kami pergi hari sabtu.fiesta mula hari ahad. maka nya, MEMANG AKU KEMPUNAN NAK MAKAN NASI LEMAK PADA HARI ITU. **bengang**


oleh yang demikian....



TADAAAAA!!!!! >__<

gambar pengubat hati yang KEMPUNAN NAK MAKAN NASI LEMAK.

APE BEZA INI SEMUA

hye. sekarang dah pukul 20.08 malam. dah beberapa jam aku online. ye. kalau sakit inilah akibatnya. tidak tahu nak buat apa dan hanya melepak macam biawak. ye. memang biawak suka melepak tak buat apa apa. eh. kenapa cerita biawak tiba tiba. T__T

oh. sebenarnya tak tahu macam mana nak memulakan sesuatu post.
betul. sebabtu kau akan nampak aku macam pakai TERJAH je setiap post yang aku publish.eh. membebel.

masa zaman sekolah pakai tudung selebet makan mee goreng comot comot dulu selalu macam asyik terjatuh cinta bila tengok cerita korea.eh. hrithik roshan korea ke?? T__T

masa zaman sekolah pakai tudung selebet dan selalu dekat sekolah macam asyik nak berkawan dengan gang sendiri je selalu terjatuh cinta apabila tengok penyanyi "sejarah mungkin berulang.. walau engkau ku maafkan..oh kekasih..tapi mungkin hanya...." eh. cukup. kantoi kau memang minat new boyz dulu dulu..T__T


dan sama jugalah waktu dengannya bila kau jatuh cinta tengok farid kamil, awal ashaari,zed zaidi,farid kamil, awal ashaari, zed zaidi, farid kamil, farid kamil,farid kamil,farid kamil,farid kamil,farid kamil,..eh. dah tertype farid kamil banyak banyak kali. =P

sebenarnya nak kepoh dah tengok cerita LAGENDA BUDAK SETAN!!

weyh. orang lain pun dah tengok lah weyh. >__< kecoh lah lu amal! boooo~~



well.. aku bagi 4 daripada 5. err.. kenapa 4 je?well nothing perfect guys!.

1. bunyi burung tak payah patutnya. hilang feel nak nangis.
2.ayu ke 2 tu macam keras sikit.. takpe2 boleh polish.
3. oh! QUE HAIDAR!! KITA PUTUS. kau jahat sangat dalam cerita nih. i benci.. wuuuu~~ (menangis kenapa que haidar jahat sangat dalam cerita nih)
4. dah nama pun adaptasi, jadi tak se perfect buku dan apa yang aku imagine.
5.oh. tak sabar nak tunggu next sequel. >__<

oleh kerana sangat dying nak tengok cerita nih sakit sakit pun pergi walau jalan lembap dah macam nenek nenek si bongkok tiga dah. woo.. well done to me sebab berjaya bertahan duduk selama 2 jam lebih walau hati menjerit SAKITNYA KAKI NIH WEYH!!!!!


**tajuk takde kena mengena. KAH KAH KAH. dah dah. dismissed!!

Thursday

ADAKAH SAYA MENJAWAB SOALAN SAUDARI

1. Thank and link the person who tagged you.
orang yang tag i ni dah i bagi award dah pon. hahahah.. okeylah2 mak link kau nyah!!
inibelogadeksepupu


2. Tag another 10 bloggers that you think are fantastic! :)
well..err... ade banyak lah kan.. tapi kan.. err.. tapi... aku rasa aku nak tag..
aha!! kau semua yang bace nih. memang ini paksaan!!!! kau dah bace kau jawab tag nih!!


3. Contact them and let them know about this
about what?? tak habis soalan ni.. konteks soalan ni tak masuk piawaian taksonomi bloom.

4. State 7 things about you
aha! ini lah yang i paling suka. nak tahu kenapa? i memang suka cerita pasal diri sendiri ni.

1. saya dah post entry tentang 8 kegagalan dalam hidup.

2. saya bukan blogger tegar tapi kau bleh menyampah bila aku post banyak banyak cerita dalam satu hari.(weyh! blog aku suka hati aku lah!!)

3. sedar tak sedar dah nak masuk 2 tahun menjadi pen tulis maya. tapi hakikat masih tak tahu apa itu nuffnang. walaupun ade nuffnang ads dekat blog ini.

4. tahu atau tidak life is colourfull adalah satu ungkapan hipokrit untuk dijadikan sebagai sumpahan bila rasa macam nak membunuh sesuatu.

5.sedar atau tidak saya sudah cerita tentang blog bukan tentang diri sendiri pada no 1 hingga 4.

6.esok (11 jun) mak ngah nak datang maksudnya kene bangun pagi. ok. bukan itu sahaja. maksudnya kene kemas rumah, sapu sampah, angkut barang2 saya yang bersepah dekat ruang tamu masuk dalam bilik, kene kemas bilik buku, kene kemas ruang tv, kene kemas dapur, kene tolong mak masak, kene pakai tudung dalam rumah, kene bersedia dari segi emosi dan fizikal, kene etc, kene bla..bla..bla..bla..bla.. dah2. malas nak cerita.

7. eh. 7 je ke??? lagi???? eh. maksudnya dah habis jawab tag lah kan?


ayun.. i menjawab soalan kan??? **kelip2 mata**

Wednesday

DIARI KEGAGALAN 21 TAHUN HIDUP MEMBUJANG.

**MEMBUJANG pada tajuk tiada kaitan dengan kehidupan**

G to the A to the G to the A L.
GAGAL.
dah berapa banyak kau rasa kau gagal.
well (entah kenapa suka perkataan well sejak kebelakangan ni) gagal. failure. looser. fuhh!! banyak sungguh perkataan perkataan yang boleh mengekspresikan tentang kegagalan.
weyh yang kau bersyarah macam lecturer pedagogi ni kenapa weyh????



SEKARANG AKU NAK KECOH WALAU KAU TAK NAK TAHU

senarai kegagalan amalina wahida sepanjang dia hidup 21 tahun


1)gagal mendapatkan basikal. gelaklah kau puas puas. aku memang nak basikal weyh masa kecil sampai sekarang. tapi tak dapat. bukan tak mampu tapi entah. aku masih mencari reason yang MANTAP kenapa aku tak dapat basikal yang aku idamkan.

2)gagal dapat straight A's di dalam setiap peperiksaan besar. yup! i know i am the genius child. kau bongkak ape ni weyh? ok. memang gagal dapat straight A'S. entah. puan BAHASA MELAYU memang selalu mencacatkan result semua peperiksaan aku. ok. SEKARANG I NAK PINDAH United Kingdom. T__T

3) gagal meloloskan diri untuk menjadi jurutera. aku dah beritahu kau semua kan. jurutera selalu menjadi tempat terakhir bila aku isi borang biodata sejak kecil dahulu.

4)gagal masuk matrikulasi. eh. opocot! kau yang tak isi borang weyh. PADAN MUKA KAU TAK PAYAH NAK KECOH DAH SEKARANG. nak dikategorikan gagal ke nih? sebab ini keputusan aku sendiri.

5) gagal dalam percintaan. HAHAHAHAMPEH. ini tak payah cerita.

6)gagal dalam menilai persahabatan. dikira gagal bila kau dengan jujur cerita semua berkongsi suka duka dengan seorang yang kau anggap sahabat tiba-tiba kene caci dengan orang yang kau anggap sahabat tu dengan macam macam kutukan sedangkan kau masih bodoh percaya dengan dia sampai kau sendiri tahu dengan kuasa yang maha pencipta hati setiap manusia.. emo pulak tiba-tiba. dah tak payah fikir tentang kegagalan ini.

7)gagal dan rasa DAMNNNNN!! bila selalu terlepas solat subuh. ini memang kegagalan yang nyata. ishh!!

8)gagal menahan rasa makan. ini lagi satu hampeh. dah tak payah nak cerita. aku tahu. looser. ah! diam!!

HEBAT SUNGGUH KAU ada 8 kegagalan je dalam 21 tahun kau menikmati nikmat maha pencipta ni??? HEBAT SANGAT NIH!! sudah. sudah. bongkak itu satu kegagalan. 8 diatas adalah kegagalan yang masih menari-nari dalam ingatan aku sampai sekarang.

bagi aku, gagal bermaksud bila hari ini kau tak buat apa-apa yang berfaedah dalam hidup kau. bila cuti semester aku tahu memang aku GAGAL. SEBAB KERJA AKU HANYA MELEPAK MACAM BIAWAK YANG NAK MATI KEKENYANGAN. weyh. emo lagi sekali.

think something to do amalina
do something amalina.
tiba-tiba pulak kan bagi MOTIVASI INTRINSIK dekat diri sendiri.


any advise 'to do list' to fill my holiday without do nothing???

HANTU YANG KACAK

ECLIPSE TRAILER



well.. hello there. heh. mentang mentang post mengenai hantu yang kacak dah lupa daratan ye.

pengakuan. amalina wahida memang addicted dengan hantu kacak ni. lebih tepat penghisap darah yang kacak. weyh. takut lah pulak gelaran ni. baiklah tukar.

HANTU KACAK lebih tidak menakutkan.
dalam banyak banyak cerita hantu hanya cerita ini yang buat aku ketagih makan dadih.
baiklah the point is
hanya nak ketengahkan kepada kau semua bahawa

ECLIPSE KELUAR PAWAGAM 30 JUN NI WEYH!!!!!!


tapi!
itu dekat sana. MALAYSIA mungkin JULAI. =(

Tuesday

TAK TAHU KENAPA MESTI KENE INJECT DEKAT 'SITU'

sebelum itu jom cekidout artikel yang aku jumpa nih.

Apakah Diarrhoea?
Diarrhoea adalah satu keadaan dimana saluran najis menjadi longgar dan najis berair. Najis
akan keluar lebih kerap daripada biasa.
• Diarrhoea akut – terjadi dengan tiba-tiba dan berterusan kurang daripada dua minggu
• Diarrhoea teruk (kronik) – berterusan hingga lebih dua minggu.

tanda-tanda dan simptom Diarrhoea?
• Perut rasa memulas lebih kerap
• Cirit-birit
• Mual dan muntah-muntah
• Demam
• Hilang selera makan
• Sakit perut/kejang
• Kembung perut

tanda-tanda yang bahaya yang perlu diberi
perhatian?:
• Tanda-tanda dihidrasi
• Darah pada najis atau najis bewarna hitam
• Cirit-birit yang berterusan hingga lebih 48 jam
• Hilang berat badan
• Mengantuk dan kelihatan lali
• Demam > 38 darjah selsius
• Enggan makan

setelah diamati. dengan rasminya saya, tidak mengalami cirit birit yang kronik. keracunan pun bukan. cuma, perlu diberikan injection tahan sakit kerana otot peha semakin mencucuk cucuk sanubari ini. rasa macam nak potong dan gantung lepastu jual peha sendiri dekat pasar buat rendang. euwww!! kenapa ngeri sangat analogi nih!!!

oleh yang demikian,
hari ni kene inject dekat 'situ'. heh! berpeluh babe bila doktor kata kene inject. hahahampeh! penakut jarum kau rupanya.


**berdoa..berharap lepas kene inject otot ini akan sihat..tak mahu pergi fisioterapi**


'situ' = pu****ng

Monday

MAK MEMANG GLAMOR PUN NYAH!

**baca tajuk post dengan nada gedik ok.**

hello. ceh budget omputih lah kan. padahal jawa tok tok.



assalamualaikum. kepada semua pembaca. ye. hari ni i nak budget i glamour. i nak budget i punye blog pun glemer. i nak budget i ada ramai gila pembaca. i nak budget memang i glemer lah senang cerita.


sebut pasal glemer, apa definisi glemer sebenarnya??
tiba-tiba fikir sampai sakit kepala kan?
oklah. tak nak merapu dan semakin mem budget kan diri.
straight forward to the main point.
actually i dapat award dari seorang adek manis aka ishiko's station


mak dapat glemer blog nyah!!! (ceh. tak perlu jadi auww weyh! tak perlu!!)




terima kasih ye adek manis



ini award ke... er... er.. ok lah. mengaku. aku tak ingat berapa award dah aku dapat. sebab orang bagi award aku buat macam takde pape je. teruk kan?? tak payah ikut aksi ni. tak elok. menghargai itu adalah satu kebahagiaan. so, aku akan menghargai mulai dari hari ini. jadi, bagilah award kat aku banyak-banyak lepas ni. heee~~ T___T tiba tiba kan.


ok. antara blog blog yang i rasa glemer.ah. kau kata tak glemer kau punya pasal. tapi bagi aku blog blog ni glemer. sbb aku selalu baca blog blog mereka nih. jadi, haruslah aku beri award ni dekat mereka yang glemer ni. heee~~ >__<

1. bicara hati gadis ini

=ini blog senior. kak ain namanya. glemer. sebab i rasa dia glemer. heee~~

2. sitiaminahismail
= ini ralan tuisyen. haha. memang sengaja tekan pada perkataan rakan tuisyen. sebab dia memang rakan tuisyen pon.

3.akudakmalayisa
= ini rakan blogger. glemer. sebab tengok dari blog dia memang banyak award dah beliau dapat. jadi haruslah beri pada beliau. T__T. beliau juga suka masuk contest. aha! joinlah contest yang beliau anjurkan ye. best woo dapat hadiah dari egypt.

4. ainaasulah
= ini doktor gigi. nak exam. doakan beliau ok. >__<. pesanan. aina bila nk balik?? jom raya sama2 tahun ni. tolong periksa gigi saya boleh?? teheee~~

5. gadesain
= rakan blogger. eh. memang selalu masuk baca apa yg dia post dekat blog. cek cek cekidout ok. >__<

6. neaflerida
= adik manis ni memang ratu contest. oh. memang tak tahu nak describe dia memang ratu contest. so.. anda cekidout blog dia ok.

7. inibelogadeksepupu
= hye kupu2. nanti raya kita amik gambar sama-sama ye. (tiba2 pesanan takde kene mengena)

8. inibelogafiq
= seriously tak pernah tahu dia siapa masa kat teknik. ok. i am lame. sebab memang tak bersosial dengan rakan-rakan teknik yang berlainan kos. sebab aku sombong. hahahampeh! terbocor rahsia diri sendiri.

9. inibelogsuhailasyamsudin
= memang glemer dia nih. glemer sebagai seorang yang sangat mempunyai kasih sayang yang melimpah ruah terhadap rakan-rakan dan keluarga dan syamito nya dan macam-macam lagi.. heee~~ love love love~

10. inibelogadeksepupu
= adek sepupu. actually kalau ikut pangkat aku kene panggil dia kakak. heh!. kalau ikut umur dia kene panggil aku kakak. heh! is so not me. so.. nanti raya kita ambil gambar sama-sama ok.. (sekali lagi pesanan takde kene mengena)


sebenarnya banyak lagi blog blog yang glemer. tapi ini adalah antara yang aku rasa tempat teratas carta glemer bagi aku. oh. yang tak dapat jangan makan hati ok. pergi makan otot ayam ke, hempedu ke, sebab aku tak suka makan hati. heh! tak. tak. merepek.

Thursday

HEH!!

RASA NAK JERIT DEKAT BLOG KUAT KUAT
SEBAB NAK BUAT GAMBAR UNTUK HEADER BLOG
ASYIK TAK JADI DARI PAGI TADI.

Wednesday

PERKAHWINAN ITU SATU PERMULAAN BUKAN PENGAKHIRAN

hari ini aku nak berkata tentang perkahwinan
(sekarang mengaku sudah macam makcik-makcik punya blog)


eh.
haruslah kan. umur pun dah masuk 20 kan?
ok. paling tepat 21 tahun.
kenapalah pagi buta begini (3 pagi dah sekarang)
meroyan nak bercerita tentang perkahwinan.


berikutan hari cuti sekolah dah dekat.
dan berikutan ramai rakan-rakan sudah berkahwin.
tak. tak. rakan yang dah kahwin baru err... err.. baru 5 orang.
oh man! ramai dah kot. kenyataan. selagi belum 10 kita anggap 5 itu tidak ramai. boleh kan? boleh kan? ok. teruskan.


kenapa tiba-tiba sawan cerita tentang perkahwinan ni.
bukan sebab umur dah macam makcik-makcik
bukan jugak tiba-tiba menggatal macam kala jengking.
bukan. bukan.
tapi cuma disebabkan tidak dapat tidur walaupun otot peha masih tidak sihat. ah. bila nak sihat entah otot nih. ok. takde kene mengena.
back to the story.


disebabkan tidak boleh tidur
pergi tengok video dekat utube
ter tengok video nikah orang ramai. heh! nampak sangat kau sengaja tengok semua video nikah dekat utube tuh. T___T


antara video-video yang di upload yang mebuatkan
naluri kewanitaan aku bagai menjerit
homaigold!! homaigold!! homaigold!!
terharu gila tengok video - video macam nih.

cekid out. >__<














cukuplah 4 kan??
nanti banyak banyak kau kata aku kemaruk pulak kan.
so. better less then terlebih buat menyampah je kan?? T___T

BAGI MASA 2 TAHUN.

INI ENTRY SERIUS

pernah dengar tentang mengadu domba?
kalau nak tahu mengadu domba sama macam tabur fitnah.
dan seangkatan dengan mengumpat.

tolonglah berhenti pada sesiapa yang suka mengadu domba.
kau dah membuatkan semua orang mebenci sesama mereka.
kau dah buat salah faham berlaku
kau dah buat hidup orang yang kau adu dombakan merana.

tolonglah berhenti.


ok.
boleh cekid out dekat artikel bawah ni kalau nak tahu sama ada kita ni pernah mengadu domba atau tidak.
(peringatan untuk aku juga)


bersyukur, kerana terbaca artikel ini.
harap dan berdoa pada insan yang suka mengadu domba memberhentikan perbuatannya..


FITNAH: ROSAKKAN UKHUWWAH
Oleh Remli Hussin pada 21 Jun 2009
SATU sikap yang merosakkan persaudaraan dan perpaduan umat Islam ialah ‘suka membawa mulut’,
mereka-reka serta menambah cerita buruk, malah melaga-lagakan orang sehingga kisah yang pendek
menjadi panjang.
Ia juga disebut menabur fitnah atau ‘namimah’ iaitu menceritakan keburukan orang dikhalayak ramai
dengan tujuan menimbulkan kebencian dan permusuhan terhadapnya.
Kesan daripada perbuatan itu bukan hanya merugikan seorang dua, malah menyebabkan hilangnya
perasaan kasih sayang, hormat dan kepercayaan dikalangan masyarakat sehingga runtuh segala sendi
kebahagian hidup bermasyarakat.
Sikap seperti itu sangat tercela. Ia satu daripada perbuatan dosa besar yang akan mendapat ancaman seksa
amat besar di hari pembalasan kelak.


Antara faktor yang menimbulkan fitnah ialah dorongan perasaan iri hati atau dengki terhadap orang lain,
ditambah kekurangan iman dan tiada kefahaman mengenai larangan dan kemurkaan Allah, malah hati dan
jiwa seseorang yang kotor, lemah tahap pemikirannya dan sukar menerima kebenaran.


“Adapun orang yang berpenyakit dalam hati mereka, maka surah itu menambahkan kekotoran yang sedia
ada pada mereka; dan mereka mati, sedang mereka berkeadaan kafir”. ( at-Taubah:125).


Faktor lain yang mendesak seseorang melakukkan fitnah kepada saudaranya ialah kerana ingin
mendapatkan kuasa, pengaruh serta kepercayaan orang terhadap diri dan dakwaannya, malah ingin
menunjukkan dirinya seorang yang lebih baik daripada saudaranya itu.
Islam menasihati umatnya agar melindungi rahsia saudaranya, bukan sengaja mencari kelemahan dan
membuka aibnya kepada khalayak, kerana dengan tindakan itu boleh menjatuhkan maruahnya.


Rasulullah s.a.w menegaskan, menyelidiki rahsia dan memfitnah orang lain yang baik, termasuk ciri orang
munafik yang mengakui beriman dengan lidahnya, sedangkan hatinya benci. Mereka di hari kiamat akan
dibebani dengan dosa besar didepan Allah.


“Dan janganlah kamu mengakui apa yang kamu tidak ketahui; sesungguhnya pendengaran, penglihatan
dan hati, semuanya akan ditanya apa yang dilakukan”.
Orang yang menyebarkan fitnah nanti di dalam kubur akan diseksa Allah. Perkara ini dapat dibukitkan
melalui kisah yang diceritakan Rasulullah s.a.w.


Suatu ketika Rasulullah s.a.w melalui dua kubur lalu baginda bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya
penghuni dua kubur in diseksa. Keduanya tidak diseksa kerana dosa besar. Adapun seorang daripadanya
tidak bersuci daripada kencingnya dan yang satu lagi suka memfitnah.
Kemudian Rasulullah s.a.w mengambil pelepah kurma yang basah dan memotong dua, lalu dipacakkan
pada kedua-dua kubur terbabit sambil berdoa: “Semoga Allah meringankan seksaan atas keduanya”.


Allah tidak membenarkan perkara keji, berita palsu berkembang dalam masyarakat Islam, lebih-lebih lagi
jika ia membabitkan kehormatan dan maruah seseorang.
Orang yang suka menjatuhkan maruah orang lain dan suka mengadu domba tidak akan masuk syurga,
sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Tidak masuk syurga orang yang suka mengadu
domba”.

Sebagai Muslim, sepatutnya masing-masing menghayati pengertian terhadap ‘Islam’ yang dianuti dan
dijadikan cara hidup, iaitu kesejahteraan.
Agama kesejahteraan bukan hanya menjamin kesejahteraan kepada diri sendiri, malah ia juga memberikan
kesejahteraan kepada diri sendiri, malah ia juga memberikan kesejahteraan kepada orang lain, dengan tidak
mengata terhadap saudara seagama, tidak menyakiti mereka dan tidak mencabuli hak mereka.
Perbuatan menabur fitnah sebenarnya lebih tajam daripada membunuh, kerana kesan kerosokannya lebih
teruk. Jika dengan membunuh, walaupun ia tetap salah, tetapi mangsanya mungkin seorang, tetapi dengan
fitnah mungkin mengakibatkan ramai orang dan kesannya berentetan sehingga bertahun-tahun.


Pada zaman nabi dulu pernah berlaku peristiwa fitnah, sebagaimana dialami isteri baginda, Saidatina Aisyah
r.a Beliau dituduh melakukan perbuatan keji dengan Safwan bin al-Ma’athal selepas perang umat Islam
dengan Bani Mushthalaq pada tahun kelima hijrah.
Akibat kejadian itu, lebih sebulan Aisyah sakit dan diasingkan Rasulullah sehingga turun ayat yang
menegaskan kesucian beliau.


“Sesungguhnya orang yang membawa berita dusta itu golongan daripada kalangan kamu: jangan kamu
menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang antara
mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan dilakukannya itu, dan orang yang mengambil
bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar ( di dunia dan di akhirat ).


“Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang yang beriman lelaki dan perempuan, menaruh
baik sangka kepada diri meraka sendiri, dan sepatutnya mereka berkata: Ini ialah tuduhan dusta yang
nyata.


“Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu, di dunia dan di
akhirat, tentulah kamu dikenakan azab sekasa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berta palsu
itu.


“Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu dan memperkatakan
dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; dan kamu pula
menyangka perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.


“Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: Tidakkah layak bagi kami
memperkatakan hal ini! Maha Suci Engkau ( ya Allah dari mencemarkan nama baik ahli rumah Rasulullah)!
Ini adalah satu dusta besar yang mencengangkan.


“Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi perbuatan yang sedemikian ini
lamanya, jika betul kamu orang yang beriman.

“Dan Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan (hukum-hukum-Nya); kerana Allah Maha
Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

“Sesungguhnya orang yang suka menghebah tuduhan yang buruk di kalangan orang yang beriman, bagi
mereka azab yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala
perkara) sedang kamu tidak mengetahui.

“Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu, dan sesungguhnya
Allah amat melimpah belas kasihan-Nya.” (an- Nur: 11 – 29).

Melalui keterangan itu jelas kepada umat Islam, apabila menerima sesuatu berita hendaklah terlebih dulu
diselidiki, lebih-lebih lagi berita yang menyentuh kehormatan seseorang, kerana mungkin dengan
penyelidikan itu dapat mengetahui lebih jelas perkara terbabit, sama ada benar atau palsu.

“Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang yang fasik membawa sesuatu berita, maka
selidikilah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada kaum dengan sebab
kejahilan kamu sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan.” (al-Hujuraat:6)

“ Ya Allah, sekiranya aku dipihak yang benar, aku memohon kepada Mu supaya azabkan dan laknatkan
orang yang mefitnah akan diri ku dengan sedasyat-dasyat azab iaitu lebih dasyat daripada azab yang Kau
janjikan keatas kaum yahudi. Dan Ya Allah sekiranya aku dipihak yang benar, aku memohon pada Mu
supaya jadikanlah penghidupan orang yang menfitnah akan diri ku lebih hina daripada babi”.




kepada insan yang mendengar..
tolonglah jangan percaya pada cerita-cerita yang di dombakan.


hati yang sakit, sangat perit dan sukar untuk diubati..