PENGIKUT

Thursday

kali ni tiada gambar disertakan.. A.I.S.Y.A.H

pernah tak kamoo semua terfikir kenapa nama kamoo adalah nama kamoo??
ala.. soalan senang pun tak faham..
contoh.. kenapa nama aku amalina?
kenapa bukan aisyah ke aminah ke farah ke siti hawa ke kan..
kalau dah nama aku aisyah kenapa nama aku aisyah?
kenapa bukan amalina ke wahida ke kan??

berbalik pada topik..
dulu aku selalu tanya mak aku

"mak! kenapa nama angah amalina?"

mak aku selalu jawab,

"mak nak letak nama angah nurul amalina bukan amalina.."

tapi aku memang tak puas hati.. kenapa mak aku bagi nama aku nurul amalina pulak??
aku tanya lagi mak aku soalan yang sama dan mak aku akan jawab,

"mak nak letak nama angah nurul amalina.."

MEMANG!!!! SAMPAI SEKARANG!! JAWAPAN YANG SAMA!!!! (eh! kenapa marah-marah nih?)

macam ni lah, aku sebenarnya nak sangat nama aku AISYAH.. aku rasa aku sesuai dengan nama tu.(angguk tanda setuju sekarang!!cepat!!!)

sebenarnya, malam tadi ada junior datang bilik..biasalah sesi perkenalan(SKEMA!!) nama junior nih aisyah ^_^ Aku suka orang nama AISYAH.. (yelah, sebab aku tak dinamakan dengan nama yang aku nak nih!) dia masuk bagi salam sambil senyum, duduk sebelah aku.. terus terkeluar

"e'eh..putihnya awak..." (betul budak ni! putih gilaaa!!!)

aisyah terus senyum lepastu merendah diri.. (semestinya aku terpikat dengan perilaku dia)

baiklah, aku belajar banyak ilmu dari AISYAH..(apa pandang2? eh! aku tak nak bagitahu kamoo lah)

okeyh2..aku akan beritahu sekiranya kamoo melutut dahulu!! cepat2!! sekarangg!!!

AISYAH kata, berdasarkan tapak tangan aku, aku nih boros! membazir jer tahu!! (memang pon) *AISYAH bercakap dengan sopan eh.. tak macam kamoo semua*

AISYAH kata, suami aku hensem..^_^ (aku tak tipu lah weyh!! tak caya tengok r tapak tangan aku.. cuba tanya AISYAH)

AISYAH kata, suami aku sebaya ^_^ (PUTERA KATAK..I AM THINKING ABOUT U RIGHT NOW)


apa2??!! jangan lah percaya sangat..nanti khurafat.. semua itu ketentuan YANG MAHA ESA..

Tuesday

emak suruh belajar..bukan berCINTA


sepatutnya.. kene buat macam kat bawah ni mase
kelas NUMERICAL LITERACY tadi..










tapi cuba tengok apa aku buat kat dalam kelas tadi..






sepanjang lecturer membebel dua jam.. aku buat benda ntah hape-hape macam
kat atas nih..
betapa bosannya dan tak berminat nya aku pada mata pelajaran ni... help! help! macam mana nak bagi minat.. pergi kosong, balik pun tak kosong..

Monday

akulah yang bertuah itu..

I’m the lucky one- anuar zain

Ku persembahkan satu cita ku..
Setulus hati hanyalah untukmu
dan ku lakukan semampu aku tuk menyayangimu
hingga kau merasa jadi pujaan ku

meski bercinta kadang tak indah
tapi tuk buktikan kau yg terindah
dan kupastikan..i'm the lucky one..
nikmati cinta lebih dari segalanya....

jiwaku ini yg tak tersentuh
kini terasa sejak bersamammu
berikan hangat hinggaku x mampu
berjauh drmu kerna kau yg bisa buatku bahagia

meski bercinta kadang tak indah
tp tuk buktikan kau yg terindah
dan ku pastikan i'm the lucky one
nikmati cinta lebih dari segalanya

caramu membuatku x berdaya
kata hatiku pun ribut terjaga
kau ubah hidupku ini jadi sempurna

meski bercinta kadang tak indah
tp tuk buktikan kau yg terindah
dan ku pastikan i'm the lucky one
nikmati cinta lebih dari segalanya


best kot lirik dia.. hehehehe~~ kau tak teringin ke mempunyai orang yang boleh membuatkan kau tenang untuk mengahrungi hidup di dunia dan diakhirat?

Sunday

apa yang jadi malam jumaat haritu sebenarnya??

pernah kamoo semua terkunci di dalam pusat makanan segera ketika kamoo sibuk berborak dengan adik beradik kamoo dan sibuk mengunyah kentang goreng dan big mac yang digemari itu?
pengalaman: ye! aku pernah terkunci kat dalam pusat makanan segera itu. bukan hobi aku terkunci dalam tu, tetapi tak sedar (memanglah tak sedar kau mengketedarah) tempat tu dah tutup..
kenapa kau tumpahkan air di tengah-tengah tangga dan disaksikan oleh orang ramai yang seakan menahan tawa sambil tersenyum simpul memandang kearah kau yang berada diatas tangga sedang menuju ketingkat atas di pusat makanan segera yang terkenal itu?
pengalaman: di hari yang sama aku terkunci, sebelum tu aku dah tumpah kan 2 cawan air bersaiz LARGE dengan bangganya ketika hendak menaiki tangga ketingkat atas pusat makanan segera tu. kau tak malu ke kalau satu pusat makanan tu yang ramai luar biasa pada hari itu melihat kau terkial-kial menjatuhkan air sambil ternganga mulut dan tersenyum sinis? (sumpah malu gilerrr.. aku rasa nak bunuh diri kejap)
diam!! diam!!(eh! kenapa tetiba mengamok?) biasalah semua orang pernah buat salah dan aku memang tergolong dalam golongan itu sebab aku bukan hantu aku kan orang so, kamoo (merujuk kepada orang yang ada dalam pusat makanan segera itu) semua jangan hukum(eh kenapa nak kene hukum) aku!
biasalah, semua manusia pernah buat silap kan? (api kau jangan nak buat silap benda yang memalukan nih sampai seratus kali plak)

Wednesday

terharu sampai menggaru-garu mengalirkan air mata

diisytiharkan bahawa, amalina wahida telah menjadi gila menggaru sebab sangat terharu dan sangat telah menjadi ketagih meminum alkohol!
kau gila aku ketagih alkohol nak kene jahit mulut macam dalam cerita LONG KONG kau try test lah ketagih alkohol. bukan!
aku sudah ketagih membaca satu blog nih.. http://nurulism.com/ aku tidak tahu samada link dia nih boleh digunakan atau tidak kerana aku klik link yang fathiah hani the sweets friend i ever had beri link nih supaya aku mempercayai fairy tales.

mesti kamoo semua tertanya-tanya fairy tales tu apa kan. alah, yang macam cerita cinderella yang apabila kau nak tidur tiap-tiap malam kau akan membaca sambil berbaring diatas katil sambil membayangkan sedang mencium putera katak yang kau gilai itu. (ketika kecil aku tak suka fairy tales)

berbalik pada link di atas..
my sweetes friend fathiah hani i ever had beri tu disebabkan aku dan dia sedang mengalami situasi genting dimana hati kami berdua akan rapuh dan berkecai sekiranya pendedahan cerita itu tidak dibacai oleh kami. baiklah! semua mesti macam menggaru-garu kan kepala kenapa ayat diatas seakan anak letchmi yang bercakap.

berbalik pada tajuk..
kamoo semua cubalah try klik link diatas..(di akhir entry nih pon ada)
okeyh-okeyh tak nak jadikan ia suatu misteri sedangkan tidak semisteri cerita misteri nusantara yang pada setiap malam khamis membuatkan adik perempuan lari mahu tidur dengan kakaknya yang garang ini dan beralih ke kak long aku yang baik hati.

baik-baik seterusnya mengenai blog yang telah membuatkan aku menitiskan air mata tanpa sedar itu adalah kerana..
aku membaca cerita yang bertajuk "LOVE STORY"
IT IS about (aiseyh berbahasa inggeris) berkenaan tentang kisah bagaimana penulis bertemu dengan husband dia..
yup! it's such a FAIRY TALES story..
dan terlalu khusyuk membaca sehinggakan tanpa sedar.. aku menitiskan air mata titik demi titik kerana seakan terharu dengan jodoh yang ditetapkan oleh YANG MAHA ESA. dan betapa besarnya kuasa YANG MAHA PENCIPTA dan tiada siapa yang dapat menghalang seandainya DIA telah menetapkan..

cukup!
kamoo semua bacalah..
kalau aku yang keras hati kepala batu dan sangat garang ini mengalirkan air mata kerana terharu..
apatah lagi anda yang baik hati lembut hati kepala kapas ini akan mengalirkan sekali mukus-mukus di dalam hidung.
http://nurulism.com/2009/05/08/love-story-2009




selamat bernanges!!

Monday

kembalikan diri aku yang kental!!!

rase tak best kan kalau bace entry post yang menyedihkan, memilukan, yang tertekan, kehilangan, kesepian, hilang semangat, perlukan bantuan.. segala mala 'an' lah..

tetapi memang.. hidup ni macam roller coaster sekejap kat atas sekejap kat bawah..
sekejap kita diperlukan..sekejap kita terasa diabaikan..
sekejap kita rasa diri ini paling bahagia..
tiba-tiba berubah menjadi orang yang paling sepi dan menderita..

aku..
mengaku.. tanpa cinta memang tidak akan lahirnya aku..
namun, cinta manusia antara lelaki dan perempuan tidak pernah melemahkan aku
walaupun aku banyak kali menghadapi dugaan untuk menempuhinya..
tetapi aku memang tidak dapat tidak..
untuk berasa tersangat lemah..
apabila hal-hal yang berkaitan dengan KAWAN, SAHABAT
mengusik jiwa aku..

dalam hidup ini.. setelah
yangESA dan RASUL ku serta IBU BAPA serta KAUM KERABATKU
SAHABAT
adalah orang yang paling aku utamakan..
semestinya.. kalau dalam satu perlawanan..
untuk melemahkan aku..
kamoo semua pergunakan lah SAHABAT..
semestinya aku akan terus jatuh terduduk.. dan tersungkur..

LEMAH aku sangat LEMAH..
terlalu LEMAH..
dan aku akan TERLALU KECEWA apabila diri aku terasa dijauhkan..
dan aku rasa TIDAK BERGUNA LANGSUNG!! if aku tak dapat TOLONG KAWAN-KAWAN aku..
dan AKU TERASA SANGAT LEMAH..if KAWAN-KAWAN aku sudah TIDAK MAHU BERGANTUNG HARAPAN kepada aku...


SEKARANG..AKU TERASA SANGAT LEMAH...


**amalina wahida..u have to be strong.. ini hanya dugaan yang sebesar kuman**

aku bukan nak mengorat.. menggatal pun bukan..

Sejak kecil aku memang terkenal dengan otak yang cerdas lagi bijak. Aku senang menghafal surah-surah hafazan dan siti sifir dengan cepat dan lancar (ada nada riak disini) oleh kerana itu, aku memang suka dan menggemari untuk tidak menskroll nombor-nombor di phone book sebab, kan aku kata tadi aku boleh hafal dengan lancar..so type jelah.. aku bijak kan!! (muaahhahahaha!! Masih dengan nada riak)

Tetapi, aku nak tanya kamoo semua tentang beberapa situasi.

situasi 1:

Kamoo semua pernah tak rasa macam nak ambil pistol dan tembak kepala sendiri?

situasi 2:

Pernah tak kamoo semua tersalah send mesej pada orang yang tidak dikenali walhal kamoo sebenarnya dah mula nak send mesej mengumpat kerana kamoo fikir kamoo telah send pada nombor yang betul?

situasi 3:

Pernah tak kamoo semua mengalami situasi dimana pengirim sms itu menyatakan yang dia tersalah send dan bertanya “sape ni?”

Selalunya, kalau aku dapat mesej yang tidak dikenali aku akan balas dengan perkataan “sape ni?” sebab aku tak nak si pengirim tertunggu-tunggu mesej balas dari si penerima yang sebenar.

situasi 4:

Tapi, pernah tak kamoo semua mengalami situasi dimana pengirim sms yang tersalah hantar itu menyatakan yang dia tersalah tekan nombor dan memberitahu kamoo yang nombor kamoo mirip nombor rakan yang ingin dihantar?

Selalunya kalau aku dalam situasi diatas aku akan kata “bengong! Takkan nombor kawan sendiri pun tak save dalam phone book.” dan si pengirim takkan reply apa-apa lagi selepas itu.(muahahhahaha!! Aku memang garang!)

aku rasa keadaan ini tak logic! Dan aku menyampah dengan situasi-situasi diatas. Bagi aku, henfon takkan tersalah nombor sebab kita save nombor kawan-kawan kita kat dalam phonebook lainlah kalau telefon rumah. Tetapi, mentaliti aku berubah sejak dua tiga hari yang lepas. Cekid out apa yang jadi.

yuhuuu!! (sambil letak emoticon melompat2 yg ade dlm telefon sony ericson) ko bt pe tuh mie?”

Send ke 017253****

Lama! Tak balas. ”apehal minah nih tak balas mesej aku?” bengang!! Masih bersabar.

Phewwittt! (mesej tone aku!!!) ” orait.. Open inbox dengan penuh teruja sebab tak sabar nak bergosip.

sape ni” eh!!mengong! Lama gila dah kawan ngan aku tak save nombor?!! Mula sakit hati.

mie! Ko tak save no aku ke?” masih menggunakan ayat yang bersopan

send ke 017253****

hazmie ek?” ini melampau!!! Sampai hati tak save nombor aku!!

“weyh mie! Asal ko tak save no aku?? Bapak lama kawan ngan aku ko tak save no!! nih aku nk marah nih!!”

Send!! opss..!!! nanti-nanti mari kita cek sama-sama no yang aku type tadi…


017253**** dan 01525*&&**



eh! Nih bukan mimie ek?? Hahahahahha!! Salah nombor! Hahahaha! Sorry tau tersalah tekan nombor..”

’Hahahaha’ ditulis untuk menutup rasa malu kepada diri sendiri..

(malu weyh!! Salah send!! Siap emosi lagi marah-marah!! mana tahu salah send kat laki orang ke isteri ke dua ke ape ke! mengong! Rasa nak bunuh diri kejap!)


keadaan ini menyebabkan aku menukar perspektif buruk yang selama ini tersimpan dibenakku kepada perspektif yang positif. Kamoo-kamoo semua janganlah berfikiran buruk sangka terhadap orang yang tersalah send macam pemikiran aku dulu-dulu.










**lepas ni rajin-rajinlah tersalah send ke nombor aku..betul aku tak marah dah..ngee~~**

Friday

dia yang aku kagumi ^_^

post agak jiwang..diharap bersabar.. !_!
*perhatian! post adalah bukan sebuah puisi atau syair atau seadik beradik dengannya.. *

*perhatian!dia adalah seorang insan yang bukan ahli keluarga atau sahabat handai.. juga bukan seorang petani moden atau pesawah.. dia adalah dia*


mengenalinya dari seorang kawan..
tidak pernah bertemu..atau bersua..
berkongsi rasa tanpa mengenal suara..

permulaan perkenalan
pada 29 april 2009
pada hari lahirku yang ke 20 tahun..

sebelum itu..
aku sudah mengenalinya terlebih dahulu..
dalam 3 bulan sebelum aku menegurnya di YM..

aku mengagumi keperibadiannya..
cara dia menyusun kata..
cara dia membawa diri..
cara dia melontarkan idea..
pendek kata..
segala-gala yang berkenaan dengannya..

dia memang bijak!
dan kebijakannya membuat kan aku berfikir..
"ya ALLAH..sangat hebat engkau ciptakan manusia ini.."


hatiku terusik..
hidup setelah sekian lama mati..
terbuka setelah lama tertutup..
untuk sesuatu yang dikatakan cinta..
memang..
aku akui..
aku sudah lupa bagaimana caranya untuk merasai rasa ini..

namun..ku tekadkan diri
cuba mendekati dia yang aku tak tahu dari mana datangnya..

dapatku rasakan kini
betapa susahnya untuk mendekati..
memiliki sesuatu yang aku tak pasti..
diluar kekuasaan aku untuk menjangka kannya..

namun..
aku tetap cuba dan berusaha dengan bermacam cara..
lama!!
sangat lama..
..

perlahan-lahan..
aku cuba dan berusaha..
setiap waktu aku berdoa..
kucuba tanpa rasa jemu..

sehingga kini..
aku masih berusaha..
sungguh.. hati ini
Tuhan sahaja yang tahu..



***ku berharap.. apa yang ku rasakan ini adalah benar.. KAU yang lebih mengetahui apa
yang terbaik untukku...




tuntutlah ilmu seperti kamu bodoh tidak mengenal apa-apa











dah lama kot aku tak mengkaler sedemikian rupa seperti diatas..
malam tadi buat kerja tak sedar dah pukul 2 pagi..
patutlah budak-budak leka bila mengkaler..
lihat..
itu adalah hasil kerja aku dan rakan-rakan..
yer.. masih ingat tak lagi tentang mata pelajaran yang aku pelajari pada semester ini?
yer.. atas adalah material untuk pembentangan bagi mata pelajaran literasi bahasa..
kumpulan aku dipertanggungjawabkan untuk mengajar menggunakan boneka..dan kami menggunakan topeng sebagai boneka..
so harap-harap pembentangan kali ini tip top!
sebab pembentangan kali pertama hari itu, tidak berapa menjadi!
jujur aku katakan..
aku semakin meminati bidang yang aku ceburi sekarang..
(terima kasih mak ayah, sebab memaksa aku masuk ke sini suatu waktu dahulu)

Sunday

kamoo sudah bersayap..pergilah terbang~
















terbanglah setinggi boleh.
kejar cita-cita kamoo..ecehh..
sebenarnya nak dedicate this post untuk dua sahabat yg menyambut hari lahirnya..
11 julai 1989 dan 16 jun 1989..
maaf ye ikin, lambat post dan lambat beri hadiah birthday..(16 jun 1989)
kenapa mesti aku beritahu tentang tahun kelahiran mereka berdua??
aha!! untuk sedarkan diri mereka termasuk aku!! yg kita semua dah 20 tahun..
dah besar..dah matang..dah mumaiyis!!<--rujuk kamus atau ustazah anda
faham ke mumaiyis tu apa??
aha! itu yang kita tak tahu..
kenapa gambar-gambar kat atas tu aku tak susun??
kamoo semua tak rasa ke bersepah itu adalah seni?? <--- lalalalalal~~
selamat hari lahir buat kamoo berdua..
semoga kamoo berdua menjadi insan yang berguna..
dirahmati dunia dan di akhirat...
nota kaki
* biarlah semua pic ada gambar aku..
ni kan blog aku..so..aku punya sukalah!! =P

Friday

yes!! finally..i got it!!

cekid out apa yang aku dapat setelah berpenat lelah selama ini dan setelah beberapa bulan hanya dapat melihatnya di kaca tivi pada setiap malam hari jumaatdi tv3, mendengarnya di dada radio.. (ehe!! comelnya radio tuh!)



ini dia..


Lirik Nur Kasih (TV3) - Yasin


Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan

Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan

Nur kasih
Nur kasih

Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Mengharapkan perjalanan
Dalam maya kesamaran

Nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Ooo kasih
Nur kasih
Oh nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana
Masih mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Nur nur ya nur kasih
Nur ya nur kasih
Nur nur kasih
Nur kasih



*nota kaki ^_^
cuba hayati lirik dia..
mendalam woo~~

Thursday

10 things i hate about you

sejak aku dilahirkan sampailah sekarang terdapat beberapa perkara yang aku paling tak suka dan aku fobia apabila dikehendaki melakukannya.

ayoh!! kita ikuti sorotan perkara dibawah!!

1: aku geli dengan benda-benda berbulu, tak kiralah kucing ke hamster ke dan apa-apa sahaja yang berbulu aku sangat fobia!! (yer!! teddy bear pon aku jadi benci)

2: aku tak suka binatang! diulangi binatang!! ketika kecil aku sangat takut dengan lipas, sehinggakan kalau aku demam panas aku akan mimpi lipas tu bertukar menjadi raksasa yang sedang berlawan dengan ultraman!!

3: aku tak suka benda-benda yang mengengsot, terbang, dan suka jalan merata-rata <~ merujuk kepada binatang juga. ye! paling aku tak suka kelawar mengengsot!! (horrow weyh!)

4: aku tak suka jaga tepi kain orang.. tapi selalunya kain orang akan terjaga kalau dengan aku.. (apa yang cuba disampaikan oleh penulis sebenarnya??)

5: aha!! aku tak suka tempat yang tinggi! yer!! aku memiliki warisan penyakit dari mak aku yang dipanggil gayat. extremely gayat! leader tempat ketiga pun aku tak boleh dah..kaki menggigil weyh!

6: aku tak suka tempat sempit! rasa macam tak bernafas. (selalu berdoa kuburku diperlebarkan apabila aku tidur panjang nanti)

7: aku tak suka orang ambil barang aku without permission! extremely tak suka.. even adik beradik aku pun tahu aku memang tak suka..

8: aku menyampah( sama lah kan dengan tak suka) orang yang mementingkan diri sendir! gila harta! gila kerja aku suka.. hahahahhaah~~

9: aku tak suka jalan itik! serius aku fobia!! (aku tak suka orentasi!!)

10: apa lagi yang aku tak suka?? cukup setakat ni..( buat masa sekarang)

~hazirah wedding photo~














maaf, agak tak menarik..
tak sempat nak edit..
hehehhe~~
ape-ape pun..
hazirah n halim selamat pengantin baru..
*thkns to kawan2 yg ikhlas beri gambar nih kat saya

Monday

aku nak cabut jari!!

kamoo sume ingat tak tentang perkahwinan rakan aku yang bernama hazirah tu??
aha!! sangat sweet..
yer2..baiklah, sebenarnya aku tak sempat jumpa dia..
aku sampai majlis dia dah pukul 4 petang masa tu..
dia dah balik dulu..sebab tak berapa sihat..
ye..sangat penat tau kerja kawen nih..
so..sesapa yg dah kawen tuh janganlah mengada-ngada nak bercerai...
ingatlah masa sebelum kahwin punyalah susah nak dapat..
bila nak bercerai senang je..
(okeyh, sudah tidak payah berceramah)

tahu kenapa aku sampai sangat lambat ke majlis perkahwinan dia?
ye..
aku hampir-hampir kene saman kerana mem parking kereta sesuka hati di tepi jalan..
(okeyh.. aku nampak ramai orang parking, aku join lah sekali ^_^)
tapi! sempat lari!! yer!! kita perlu bijak mengawal situasi genting ye.

pergh!! jalan raya dekat kajang sangat sibuk apabila tiba hari minggu..
sedang di traffic light , kereta sebelah honk!
(kenapa pulak lah mereka honk, rasanya tak hijau lagi)
aku pandang
ada dua orang mamat berspek hitam seperti spek faizal tahir<~( weyh!! aku minat faizal tahir weyh!)
macam cakap sesuatu kat aku, dan aku rasa macam mereka berdua merendahkan kredibiliti aku sebagai pemandu..
(rasa macam nak cabut jari tengah beri pada mereka<~ apekesni.blogspot.com)
malas nak layan, layan diri sendiri lagi bagus!

yer!!
saya jumpa kawan-kawan baru..
sangat ramai!
semuanya sangat baik..
pertama kali berjumpa dah banyak yang kami bualkan..
terima kasih ye aminah<~meinnlurve.blogspot.com
memperkenalkan aku dengan rakan-rakan baru yang best-best..









sekali lagi..
hazirah selamat pengantin baru
hopefully ko suka dengan hadiah aku dan aminah bagi tu..
meinn..jangan lupa ada event beritahu aku cepat-cepat! ^_^

Thursday

tag dari d.e.q.n.a

baiklah...disebabkan tak buat pape..terimalah dari saya..

4 names that friends call you:
1:amal
2:ama
3:malina
4:amalina
*nak panggil saya sayang pon boleh.. hahahahha!!(okeyh! gediks! cukup lah..)


4 things you’ve done in the last 30 minutestry:
1:jalan
2:g bilik su
3:ckp "blog kene block!!! "
4:face book

4 gifts you would like to receive-
1:kasih sayang
2:persahabatan
3:belai manja <~~ euwwww!!!
4:perhatian

4 of your favourite hobbies:-
1: shopping!!
2:shopping!!
3:shopping!!
4:gila kamera!!<~ ^_^

4 places you want to go for vacation:
1:tempat yang ade laut
2:tempat yang ade bukit
3:kawasan yg banyak warna hijau
4:semestinya dengan org2 yg aku sayang..hehehe

4 things always found in your bag:-
beg mana ni??beg kelas ke beg balik kampung nih??
dimaklumkan..aku tak suka bawa beg pergi mana-mana..

Top 4 things special for you:
1:my A.M.I.R
2: jam purple
3:kad2 from my frens
4:henfon from abah

Top 4 who you would like to answer this survey:
1:suhaila
2:meinn kaida
3:aki akagi
4: putera katak <~ ^_^