PENGIKUT

Sunday

sarawak, why u are too far?

Assalamualaikum..

*ambil kain buruk*

*lap habuk*

Haaa baru clear nak menulis. Hihi.

Jadi, 2014 dah nak muncul lagi 2 hari. Azam engkorang tercapai ke tidok? Aku macam biasa, azam melancong alhamdulillah masih tercapai. Tapi,  satu benda yang tak tercapai. Kurus macam next top model. Kahkahkah. Haruslah azam impian setinggi gunung walaupun sebenarnya nak daki gunung perlukan stamina. Eh?

Jadi, mahu bina azam baru tak? Mestilah. Kalau tak bina, tak nama meleis lah kan. Jadi, mari kita buat senarai;

1) kurus macam next top model

2) melancong

3) kerja dengan ikhlas.

Senarai 1 dan 2 memang tiap-tiap tahun punya azam. Tapi, azam ke 3 aku buat azam baru. Kenapa? Sebab, aku dah kerja sekarang. Kahkahkah! Ini ayat tak beguna apa ni amal? Apa yg kau nak sebenarnya? Kahkahkah!

Cerita dia macam ni, sarawak itu jauh. Jauh sangat. :'(

oh yes. oh man. (comeback)

assalamualaikum..

*senyum*

rasa macam dah bertahun-tahun tak menulis dekat blog. hewhew. ampunkan patik tuan hamba. patik busy menguruskan kehidupan yang semakin tua. *tenung rambut putih*

oh yes. saya dah official jadi guru. *betulkan name tag* .

oh man...
saya dah tak pandai nak menulis crappy thing.
mungkin sebab dah tua.
atau semakin berwawasan dalam hidup? :p

atau.....
ah.
babai. i will update later.
kalau rasa hidup ni macam best untuk diupdate. haha.




Monday

hari jubah saya :D

assalamualaikum....

29 mei 2013. hari jubah saya. nak senyum sampai 29 mei 2014 boleh tak???

5 tahun 1/2 belajar semata-mata nak jadi guru. pheuwww!! lama tahu. tambah lagi 2 tahun aku dah boleh jadi doktor pakar kalau in medic field. masalahnya sekarang, SAYA CIKGU. bukan doktor.

marilah, lihat hari jubah saya sebagai pemegang ijazah sarjana muda perguruan. now, u can call me CIKGU AMAL.  *senyum nampak gigi*

heeeeee~~

gambar kat screen.
-___-

2 orang insan yang selalu ada.. :')))
*pelukan terharu*


right after keluar dewan terus snap tetengah crowd.
power!! kahkahkah!!


hasil tangkapan 1

hasil tangkapan 2

housemate, classmate, roommate.


oh ye. one shout CONGRATULATIONNNN!! to this girl. sebab dia dapat anugerah pelajar terbaik kos reka bentuk dan teknologi. masuk tivi, masuk semua paper (baca : surat khabar) bangga mak nokkksss jadi kawan kau!! :D




last but not least.......

sebab saya anak UTUSAN MALAYSIA. 
:P




peace yo! :D

Tuesday

proses nyahtinja... kolon korang baik ke?

harap maaf, post kali ni agak kotor (kalau korang baca sambil bayang). harap dibaca, kerana ilmu.

since aku tengah diet, aku makan tak banyak. entah mana datang kekuatan ntah untuk makan tak banyak. hihihi.. (tak comel gelak macam ni amal)

kali ni, aku nak cerita pasal kesihatan. bukan pasal berat, tapi proses nyahtinja. macam biasa, bila sebut nyahtinja mesti kata kotor kan? tapi, korang tahu tak nyahtinja ni penting. korang kena risau kalau dalam seminggu korang tak pergi membuang. korang kena risau! mesti risau! (aku marah ni)




sebabnya, before this aku macam tak kisah pun pasal nyahtinja ni. tapi, entah macam mana aku terbaca pasal jenis-jenis tinja yang baik, tak baik. oh mai! banyaknya ilmu yang aku tak tahu. makin banyak baca, makin banyak yang aku jumpa. *insaf*

kan aku dah cakap tadi, aku tak kisah pasal nyahtinja ni before this. orang kata minum banyak-banyak air nanti hari-hari boleh nyahtinja. makan banyak-banyak buah nanti senang nak nyahtinja. tapi, ada satu benda yang aku tak faham, AKU MAKAN BUAH BANYAK DAN MINUM AIR BANYAK tapi, tetap aku tak nyahtinja hari-hari macam yang korang gembar gemburkan. AKU MAKAN SAYUR. harap maklum..

maka, aku pun tergerak hati nak baca artikel pasal nyahtinja, kolon, usus ni semua. HAMBEKKK! tetiba perasaan risau menyelubungi diri. PANIK sekejap. bila banyak baca, rupa-rupanya bukan aku sorang je yang ada masalah macam ni. ramai rupanya. kantoi lah korang.. hahahahaha!

jadi, setiap kali search mesti  aku banyak terbaca pasal psyllium husk. pernah dengar? PSYLLIUM HUSK. rupanya macam ni.


harga dia, rm25.00 untuk 500 gram. satu bungkus ni, boleh bertahan selama 3 bulan. cari kat farmasi. semua farmasi ada. jangan risau.. :)

cara nak minum :
 - satu sudu makan bancuh dalam se-mug air kosong/masak/jarang/mineral.
- kalau nak tambah perisa pun boleh, letak lah air oren ke apa2 yang korang suka.
- letak dalam masakan pun boleh.

tapi, sebab aku ni jenis tasteless. memang tak minum air kaler-kaler ni, so, aku telan setiap pagi dengan se-mug air kosong. rasa dia macam biji selasih. bagi aku, sedapp!!!

peringatan:
korang kena minum air kosong banyak-banyak dalam 3 liter sehari. sebab, psyllium ni serap air bawa ke kolon. kalau badan tak cukup air, nanti tinja korang tetap keras. maka, sia-sia je lah korang makan psyllium ni. ye dak?

hasil pembacaan aku. fungsi utama psyllium ni bersihkan kolon. kalau kolon bersih, maka kolon anda sihat. sekarang dah boleh LOMPAT GEMBIRAAA!! yeahaaaa!!! korang boleh search kebaikan psyllium husk ni. google je. pasti! ada. maka, aku nak share apa yang aku rasa setakat ni. satu perkara yang paling best lepas consume psyllium ni, aku akan senyum dan hati girang lepas keluar bilik termenung. muahahahahahaha!!

korang cuba bayang, kolon korang penuh dengan bahan buangan. disimpan lama tak buang-buang. euwwwwwwwwwww!!!!


peace. :D


Friday

bandung day - 2

assalamualaikum..

tak nak mukaddimah panjang-panjang. ayuh kita ke bandung semulaaaa!!!!
*lari-lari kejar flight*

hari kedua dekat bandung, kitorang pergi

cibaduyut - pasar baru - rumah mode - kartika sari

cibaduyut.

lets the picture talk



eh. sebelum tu, kenalah breakfast dulu.. ye dak?
:P





errr... rupa-rupanya, aku tak snap banyak gambar kat cibaduyut. kesian kan?? :"(
aku syorkan sesapa yang nak beli kasut kulit, boot beli kat sini. murahhhh!!! dan ini adalah reason kenapa aku tak sempat ambil gambar. gelojoh beli-belah. lupa semua benda. *big sigh*


pasar baru

 pasar baru adalah tempat wajib engkorang kena pergi. wajib. (sukahati kan jatuh hukum macam ni?) nak cari baju raya, kain pasang, lace( murah nak meninggal!!), anything u just name it. seriously, beli dekat sini. jangan lupa beli kerepek pisang salai!! seriously, aku beli sepuluh bungkus, sekali hadap je. heh. TAK CUKUPPPP!!

ehemmm!!

lace banyak dan murah!
*pengsan*

batik cotton.

batik jawa

heeeee :D

ni je lah yang sempat aku snap sebelum aku hanyut dalam kain-kain pasang yang buat aku meroyan nak beli satu kedai. T_________T

rumah mode

masa kitorang sampai kat rumah mode, hujan. lebat kemain.. rasa nak menangis je sebab harapan nak ambil gambar kat patung rumah mode macam orang-orang kat dalam google image tu seakan kabur. *lap air mata* 

untuk mengubat harapan yang semakin kabur tu, kitorang bawaklah diri pergi masuk dalam rumah mode tengok baju budak-budak kecik. haihhh.. bila ntah nak ada anak buah ntah!! heh!!





tak nampak hujan eh? 


serius! hujan. sampai jammed kat depan signature ruah mode tu. acane nak ambik gambar? wuwuwuwuwuuu~ 

maka, kitorang decide jalan-jalan sekeliling rumah mode ni, beli batagor. aha!!! korang kena beli batagor tau! sedap sampai boleh pengsan bila makan. LAPARRRRRRR!!!!!!

batagor sedappppp!!!


tengah jalan-jalan, tetiba ternampak satu lagi signature rumah mode! yeahaaaaaaaaa!!!!





heeeeeeee~~~
happy!!
:D

kartika sari

antara yang WAJIB beli, brownies kartika sari. MESTI BELI TAU!! heeeee~ memang. makanan je yang aku ingat bila pergi bandung ni. T_________T





seingat aku, kartika sari ni harganya, 35ribu rupiah untuk yang kukus, 45ribu rupiah untuk yang bakar. beza sebab expired date. kalau kukus tahan 3 hari je. so, kalau nak beli, beli masa sehari sebelum korang balik malaysia. :)

peringatan. better beli 2 paling minimum. sebab, makanan ni addicted. rasa terseksa kalau tak habiskan sekotak tu sorang. aku tak tahu lah diorang ni letak amende dalam ramuan brownies ni, ketagih kemain! heh.


balik hotel
mandi, tidur. esok nak berjalan lagi. 



see u next entry! :D


Sunday

kehadapan yang tersayang..

assalamualaikum..

kehadapan yang tersayang, amalina wahida binti kamsari.. semoga sentiasa dirahmati dan diredhai yang maha pencipta..

*senyum*

hari ni 29 april kan? ahaaa!!! selamat hari lahir wahai amalina wahida kesayanganku.. dah 24 tahun, apa yang dah awak lakukan untuk agama? bangsa? keluarga? diri sendiri? sudah bersedia menghadapi mati? makin umur meningkat, makin banyak amalan yang awak perlu tambah. baiki amalanmu sayang, supaya tidak tertinggal di akhirat kelak.

baiki dan tambah amalan, supaya tidak dipaling oleh pandangan TUHAN. jangan tinggal solat 5 waktu. jangan main-main bila solat. awak tahu kan, solat adalah amalan pertama yang ALLAH akan hitung dekat akhirat nanti. macam mana persediaan menghadapi soalan mungkar nangkir nanti? tanamkan dalam hati awak, mati itu pasti. ingatlah, semua makhluk dalam bumi akan mati. supaya awak tak terus hanyut sayangku.

macam mana dengan emak ayah? sudah banyak bakti awak pada mereka? sudah balas jasa mereka? jangan biarkan mereka sendiri bila mereka tua nanti. ingat, redha ALLAH terletak pada redha ibu bapa. jangan biar hati mereka terluka dengan sikap awak sayang.. berbaktilah bersungguh-sungguh kepada mereka selagi mana mereka masih diatas muka bumi. doakan mereka, supaya sama-sama mengejar syurga. bolehlah jumpa mak ayah dekat dalam syurga nanti. insyaALLAH..

bagaimana dengan rasul mu yang disayang? berapa banyak dalam sehari awak ingat padanya? berapa banyak? boleh awak pasti diakhirat kelak baginda akan bersama dengan awak? sentiasalah ingat padanya, supaya diakhirat kelak awak dapat bersama-sama dengannya..

ingat, sayangku amalina wahida.. hidup ni tak lama. diusia muda, awak perlu berbakti menjadi hamba dan anak yang soleh. selalu lah insaf. JANGAN MALASSS!!!

semoga awak ingat akan segala pesan diri saya ini. jangan sia-sia kan tempoh yang diberi oleh Tuhan untuk mencari bekalan di kehidupan yang kekal abadi kelak..

selamat hari lahir sayangku,

yang sentiasa menyayangimu,
diri sendiri


*senyum*



Tuesday

cedera parah


assalamualaikum..

ehemmm!! sebelum apa-apa korang kena dengar lagu yang aku tengah gila sejak seminggu ni.



dah dengar?

yang benci kpop tu, chiillll ok. kah kah kah. aku bukan die hard fan pun.

its juz like tetiba aku tertengok we got married. tetiba aku jadi sasau seminggu ni. tetiba aku nanar dengar nichkhun ni nyanyi lagu im in love ni. wakakakaka! i am TERUJA person. KAHKAHKAH!

bila masuk bab teruja, orang lain takkan boleh imagine bagaimana perasaan teruja tu aku ekspresikan. nak kata aku ni dragging person atau lebih tepat agak gila bila teruja akan sesuatu.  paling  buruk, sifat teruja ni agak ekstrem(?)

contoh

1) ekstrem bila baca novel. masa sekolah menegah dulu. sanggup tak tidur hanya nak perabih satu buku. esoknya sekolah berpusing otak. sampai awal form 3 macam ni. pernah demam sebab cerita novel tu terlalu sedih dan akibat menangis sepanjang baca novel tu. yeahhh! im crazy. fine.

2) tak tidur selama beberapa hari masa aku tengah kemaruk tengok cerita korea. helloooooo kpop maniac!!! *peace tepi pipi*

3)  teruja akan sesuatu lebih lama daripada keterujaan orang lain. contoh, bila tengok sesuatu scenery yang subhanallah! terlalu cantik dan speechless. i will talk alot about it. ulang. again and again. sampai orang kiri kanan rasa annoying. and again.. aku akan tetap keep talking about it walaupun orang dah annoying. muahahahah!

dan, untuk hilangkan perasaan / keadaan ekstrem ni sebelum lebih cedera parah bila aku tua nanti, im started doing everything with heartless since noticed benda ni tak bagus.

1) aku stop tonton cerita korea lepas seminggu aku jadi zombi. bila difikir balik, agak buang masa bila sanggup tak tidur hanya kerana tonton cerita korea. takde faedah yang baik.

2) stop baca novel bila aku gagal math masa ujian bulan pertama waktu form 3. macam orang hilang akal jugaklah bila aku sorang je gagal kawan lain markah tinggi tinggi.

3) try to control apa yang aku cakap. agak payah juga nak tahan apa yg kita nak cakap. walaupun sebenarnya, aku NAKKKKKKKKK SANGAT CAKAP PASAL BENDA TU LAGI, tapi aku slow down bila orang dah tak nak layan. sebab tu, aku ada blog. *cium blog*
bila nak membebel sampai puas, aku blog-kan. takde sapa nak baca pedulik hapeee. janji aku tak annoyed sesiapa.

nampak macam aku takde kawan kan? ahahahaha! bukan takde kawan, tapi, nobody perfect. :)


kadang-kadang perkara yang menyakitkan jadi dalam hidup kita,
sebenarnya untuk kejutkan kita bangun dari mimpi.










 jauh dalam sudut hati...

 in future, 

the behalf of mine will accept the whole me..

the way i am. 

:)














Sunday

bandung day - 1

so, jom sambung entry yang lepas.

day 1
- kawah putih-trans studio- terminal tas- herritage- the summit- cascade

kawah putih.

lepas breakfast yang menyelerakan, terus naik kereta sewa. orang bandung ni, jujur bila buat kerja. kitorang kata pukul 8, pukul 8 tepat dia sampai. :") perjalanan ambil masa 2 jam ke selatan bandung. lama baq hanggg! nasiblah scenery agak menggiurkan mata, so i dont care. :)

oh ye. bandung dengan malaysia, waktu diorang lambat sejam. so, kalau waktu solat tu, pukul 12.30 dah masuk waktu solat lah. korang just tolak sejam dari waktu malaysia. faham kan? harap faham lah ye.. hehehe.

cakap banyak tak guna, nah! aku tepek gambar sepanjang nak ke kawah putih, dan kawah putih tu sendiri.

main entrance

bayar kenderaan kat sini. kalau convert duit malaysia dalam 15.00 lah sorang.



naik van kaler oren tuh untuk naik sampai atas.

jaga-jaga dah nak sampai nih.




tadaaaaa!!! subhanallah. :")


sorryyyy.. aku dh rotate byk kali. tetap macam ni gak senget dia.. :(

teheeeee :D

cantik kan? 
*lap air mata*

                             
*lap air mata lagi*

scenary nak ke kawah putih ni pun cantek.tak tahu cheq nak habaq lagu mana ntah. sepanjang jalan teringat cerita "love is cinta" tapi, yang budak2 berlakon punya versi. diorang ada lalu danau lah apa lah.. cantek wooo.. 




kebetulan waktu balik tu, supir kitorang nak pergi solat jumaat, so kitorang decide makan kat kedai sehaluan nak balik tu. kitorang minta supir drop kitorang then dia pergi solat jumaat.

recognize banner ni kalau korang nak makan kat sini lah.
:)

ini menu

kitorang makan:
gurame kecil asam manis 40 ribu = 12.00
sayur asem 10 ribu = 3.00
nasi putih 4 ribu = 1.50 (lebih kurang)


tadaaaaa!!!
:D

sekitar kedai ni cantek wooo.. kat malaysia perlu buat macam ni kat mana mana kedai pun. check it out gambar bawah ni..




rupa paras kedai makan situhyang nih.

makanan yang halal tu, bersih! sumber yang diyakini halal. :)

next!

trans studio

trans studio ni sama macam kat times square. kanak kanak suka lah masuk dalam ni. nak masuk ada entrance tau

weekdays, 51ribu = 16.00
weekend 150 ribu = 35.00 (lebih kurang)

takpun, korang boleh check it out dekat web dia. KLIK LINK NIH. 





kat sini, kitorang solat jamak dengan bersihkan dan buang lah apa yang patut. muahahaha!! lepasni, nak pergi shopping!weeeeeeeee~~

oh ye. surau diorang campur gender. jangan terkejut plak. tempat ambil wuduk pun tak seperate. tadaaaa!! bawaklah tuala kecil ke apa ke dalam beg besar tu supaya aurat tidak terdedah. :)

terminal tas- herritage- the summit- cascade

shopping tyme! weahooooo!!! 

*4 tempat ni, satu jalan.dan bersebelahan antara satu sama lain. so, dalam tentatif aktiviti korang boleh lah letakkan tempat2 ni untuk seharian punya perjalanan.*

terminal tas, memang boleh gila tengok harga beg branded kat sini. kalau korang gila beg branded lah. macam aku, takde nafsu sangat. sebab, aku cari henbeg lain. kalau mak mak memang suka lah. ni memang taste diorang. tapi, dalam takdak nafsu nak beli, aku sambar gak satu. heeeeee


syurga beg 
*tarik rambut*




model beg
ehemmm!!

harga beg yang paling mahal kat sini, 417 ribu. kalau convert 130 ringgit. which is masih murah berbanding dekat malaysia. ada beg yang aku memang nak beli sangat masa kat batu pahat dulu, aku dah pegang dah alih2 sorang makcik ni ambil. nak nanges ke tak nak ni???? :(


muka depan terminal tas

lets go to cascade, herritage, summit.


khusyuk!
:D
sambil tunggu makcik dua orang ni beli belah apa apa yang diorang nak, aku jalan-jalan sekitar. battery aku dah kaler kuning dah tyme ni. which is, i am sooooo exhausted. tak dak ghase nak beli apa apa dah aku tyme nih. 
check it out, apa yang aku jumpa

abah abah, pakcik pakcik yang malas layan isteri beli belah, boleh lah
lepak sini.. :P





          



                            


kat sini, ada wifi.
aha!! upload kat instagram lah apa lagi kannn!!
heeeee~





sebelum balik, kitorang singgah makan malam. kitorang pakai terjah je kedai makan sehaluan nak balik hotel. kedai makan sunda. terbaik wokkkkk!!!




teh botol
wangi nak matiiii!!
rasa macam minum minyak wangi.
tapi, kawan aku dua orang ni boleh telan pulak lah kan..
hmmmm...


nasi bambu komplit.
ala ala nasi ayam penyet tapi, dalam nasi dia ada ikan bilis dengan apa ntah.

muka kenyang.
:P


cantik deco kat restoran bandung nih.
:)

sampai bilik hotel. tidur. mati.

sekian,

jumpa next entry.

:)