PENGIKUT

Wednesday

terlalu

Matahari 

Terlalu jauh untuk didakap 
Terlalu terang untuk dilihat 
Terlalu ingin untuk memiliki
Terlalu mahal untuk dimiliki 

Thursday

Why i used "aku" in my blog

Sebelum sambung cerita umrah, theres something i need to clear about. Why i used "aku" instead of "saya" or "i" or "ana"?

Why amal? Why?

Entahlah ek, aku ni macam lagi dekat dengan orang yang membaca.

Itu je point penting πŸ˜‚

Wednesday

Umrah part 2

well episode umrah will be long. Sebab aku pergi umrah 12 hari. Madinah dan mekah. Package yang disedia  kan Oleh saujana gemilang travel&tours ni memang bagus  bagi aku. Sebab Dia bagi Kita puas dekat dua dua tempat. 4hari di madinah dan 8 hari di mekah. Oh rindunya.

Baik lah Kita sambung hari ke2
Hari kedua Kita dah start program ziarah. Means ziarah kawasan madinah. Memang tak risau langsung sebab saujana gemilang memang tak nak Kita tertinggal tempat tempat sejarah yang pernah nabi Kita Muhammad rasulullah pernah pergi dan berada di kawasan tu. sebak pula bila teringat balik. *cough*

Naik bus, terus je Menuju ke masjid quba'. Korang ingat masjid quba'? Masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah sebaik sampai di Madinah. Ada banyak fadhilat solat di masjid quba' jadi bila sampai sini solat tahiyatul masjid dan solat duha. Mesti tertanya Tanya kan cemana rupa masjid quba'? Sat na, aku bagi gambar bawah ni.

Bahagian dalam masjid quba'

Bahagian luar masjid quba'
(Kredit to Muhammad 😊)


Dekat masjid quba' ni kalau korang nak beli jubah abaya memang aku galakkan lah murah tau Kat sini. Beli Kacang bijak, gelang, coklat arab tu memang beli lah Kat sini ye. πŸ˜‚ Aku tak sempat beli sini sebab rushing solat. πŸ˜‚
Lepastu, tolong lah beli kurma ais. Sedap macam ciku.

Benda paling best bila naik bus nak pergi ziarah

Kurma ais. Entahlah apa nama Dia aku dah lupa.

Lepas masjid quba' pergi ladang kurma. Dekat ladang kurma beli lah kurma ajwa ye. Sebab kurma ajwa ni Kat madinah je ada. Itu istimewanya madinah.


Sebelum masuk ladang Akan lalu tempat ni dulu. Ladang Kat belakang 


Ladang Kat belakang. Macam kelapa sawit

Jom kita pergi jabal uhud. Seingat aku, dekat jabal uhud ni berlakunya perang badar. Masa ni umat Islam kalah, nabi cedera, saidina hamzah shahid. Aku ingat cerita Hindon makan jantung saidina hamzah sebab balas dendam ayah dia Mati masa perang. Perang ni Titik Tolak agama islam yang Kita. Anuti sekarang. Besar sungguh pengorbanan semata mata tak nak Kita terus jahil #sebak

Formation perjalanan perang uhud 
(Kredit to muhammad 😊)

Jabal  uhud
(Kredit to muhammad😊)

Kat belakang tu tempat tentera pemanah 

Lepas ni Kita pergi percetakan alquran. Saja nak kongsi kan hanya alquran yang dicetak disini sahaja  dibenarkan untuk diletakkan dalam masjid nabawi dan masjidil haram. Sorry, aku tak ambil gambar pula kat percetakan alquran. After that pergi bukit magnet. Yang menariknya bukit magnet ni, kalau ada sengal sendi pijak lah tanah dekat bukit magnet then nanti sengal tu hilang. Bukan magic eh πŸ˜‚

Belakang tu bukit magnet. Tapi tak tahu lah yang mana satu πŸ˜‚

To be continue...






Monday

Syurga

sejak aku mengerti Dunia ni terlalu Sukar,, aku selalu Kagum dengan mak ayah aku yang tak pernah tunjuk Dunia ni sangat susah.

Dan sejak aku mengerti apa itu pahala dan segala perkara yang Boleh membawa masuk syurga, aku yakin dengan segala pengorbanan mak dan ayah, Allah pasti masuk kan mereka ke dalam syurga.

Sometimes, aku sangat sedih dengan segala perkara yang aku buat yang menyakitkan hati mak ayah, Boleh ke aku masuk syurga bersama sama dengan mak ayah?

*muhasabah*

Umrah -part 1-

dah 3 hari  balik Dari Umrah tapi tetap tak Boleh tidur macam biasa waktu Malaysia. Waktu sekarang pukul 1.10pagi Waktu Malaysia dan di Mekah baru pukul 8 malam. How nak tidur? Dah 12 hari terbiasa waktu Mekah? Tell me how? 😭

After 27 years, finally Allah said, "amalina, u will be my guest".  tak tahu nak describe feeling  macam mana nak bagi korang faham. Ini satu Rahmat paling bear sepanjang  hidup sebagai hambaNya. #sebak

Umrah ni aku pergi 1 family . Alhamdulillah, Allah jemput 1 keluarga jadi tetamu Dia. #sekalilagisebak

Travel agent yang kitorang pilih  adalah SAUJANA GEMILANG TRAVEL&TOURS. Seriously, memang tak tersalah pilih. Bermula dari sebelum berlepas sampai lah balik semula ke Malaysia layanan sangat 1st class. Setiap Waktu Ada mutawif tunjuk ajar dan 24jam Ada petugas sedia nk Bantu. Dari urusan beg, check in hotel semua tip top. Kau letak je beg kau yg berat tu petugas tolong angkut letak depan  Pintu bilik. Dari segi makan mmg tak payah cerita lah memang kenyang sepanjang masa.

Tentatif program untuk travel agent ni mmg sesuai dgn diri aku. Diorang tak tinggalkan kau buat ziarah sendiri. Diorang guide kau dari awal sampai akhir. Ziarah Kota madinah dan mekah pun tak payah risau. Sebab diorang mmg dah sediakan hari hari Khas untuk bawa Kita ziarah semua tempat. Setiap aktiviti ada ustaz yg akan Ada sekali untuk cerita sejarah di setiap tempat yg Kita pergi. Jadi, Kita tak pergi menganga je lah kt tempat tempat tu. which is very good thing I think.

Hari 1st
Sampai je dekat jeddah dah Ada yg tunggu untuk bawa Kita naik bas. Masa tengah2 jalan singgah makan nasi Arab. Which is 1st nasi Arab I ever had yg delicious! Naik bas nak pergi mana? Nak pergi madinah. Perjalanan ambil masa 6 jam. Sepanjang jalan aku tidur je sebab sampai Jeddah dah pukul 7 dah gelap. Lengkaplah kitaran tak Mandi dan tak gosok Gigi Selama 24jam. πŸ˜‚

       
1st nasi arab yang sedap tak tahu nak kata

1st subuh di madinah. Depan tu masjid nabawi

Sampai di madinah memang dah nak  subuh masa tu pukul 3 dah. Dengan tak tidur secara proper terus Mandi dan gerak pergi masjid nabawi. Subuh masuk pukul 5 lebih.
Aku memang dah tak sabar sebab teruja sangat. Terus takde rasa penat ke mengantuk ke jetleg ke takde. Alhamdulillah.

Masa jejak je kaki di bumi madinah, terus nampak masjid nabawi. Punyalah sayu hati dengan rahmat Allah. Dia bagi aku sampai sini dalam usia sebegini.

Pemandangan usai solat subuh.

Hotel dengan masjid memang dekat sangat. Every Waktu solat aku dapat pergi dengan jayanya. Handicap pun Boleh je gerak Tanpa masalah. SAUJANA GEMILANG memang dah arrange hotel terbaik untuk keselesaan Jemaah

Hotel mirage tempat 4 hari sepanjang di madinah.






Thursday

It's been a while

assalamualaikum
Pheuww lama betul tak tulis blog. Rindu tahu rindu
Jadi, sedang cuti cuti ni mehlah kita tulis balik.
1) aku nak tulis pasal trip ke Korea
2) aku nak tulis pasal umrah.

Alhamdulillah. Aku pernah Azam nak pergi dua tempat tu. Allah Bagi. Especially, pergi umrah tu. menangis bila Tuhan kata, dan Tuhan jemput jadi tetamu Dia. Kalau aku cerita pasal umrah dulu boleh? Kihkih. Sebab baru balik semalam dan masih fresh kenangan dan perasaan tu.

Engkorang tak bagi pun aku peduli apa he dak? Kahkahkah. Ok, see you next entry :)