PENGIKUT

Monday

Umrah -part 1-

dah 3 hari  balik Dari Umrah tapi tetap tak Boleh tidur macam biasa waktu Malaysia. Waktu sekarang pukul 1.10pagi Waktu Malaysia dan di Mekah baru pukul 8 malam. How nak tidur? Dah 12 hari terbiasa waktu Mekah? Tell me how? 😭

After 27 years, finally Allah said, "amalina, u will be my guest".  tak tahu nak describe feeling  macam mana nak bagi korang faham. Ini satu Rahmat paling bear sepanjang  hidup sebagai hambaNya. #sebak

Umrah ni aku pergi 1 family . Alhamdulillah, Allah jemput 1 keluarga jadi tetamu Dia. #sekalilagisebak

Travel agent yang kitorang pilih  adalah SAUJANA GEMILANG TRAVEL&TOURS. Seriously, memang tak tersalah pilih. Bermula dari sebelum berlepas sampai lah balik semula ke Malaysia layanan sangat 1st class. Setiap Waktu Ada mutawif tunjuk ajar dan 24jam Ada petugas sedia nk Bantu. Dari urusan beg, check in hotel semua tip top. Kau letak je beg kau yg berat tu petugas tolong angkut letak depan  Pintu bilik. Dari segi makan mmg tak payah cerita lah memang kenyang sepanjang masa.

Tentatif program untuk travel agent ni mmg sesuai dgn diri aku. Diorang tak tinggalkan kau buat ziarah sendiri. Diorang guide kau dari awal sampai akhir. Ziarah Kota madinah dan mekah pun tak payah risau. Sebab diorang mmg dah sediakan hari hari Khas untuk bawa Kita ziarah semua tempat. Setiap aktiviti ada ustaz yg akan Ada sekali untuk cerita sejarah di setiap tempat yg Kita pergi. Jadi, Kita tak pergi menganga je lah kt tempat tempat tu. which is very good thing I think.

Hari 1st
Sampai je dekat jeddah dah Ada yg tunggu untuk bawa Kita naik bas. Masa tengah2 jalan singgah makan nasi Arab. Which is 1st nasi Arab I ever had yg delicious! Naik bas nak pergi mana? Nak pergi madinah. Perjalanan ambil masa 6 jam. Sepanjang jalan aku tidur je sebab sampai Jeddah dah pukul 7 dah gelap. Lengkaplah kitaran tak Mandi dan tak gosok Gigi Selama 24jam. 😂

      
1st nasi arab yang sedap tak tahu nak kata

1st subuh di madinah. Depan tu masjid nabawi

Sampai di madinah memang dah nak  subuh masa tu pukul 3 dah. Dengan tak tidur secara proper terus Mandi dan gerak pergi masjid nabawi. Subuh masuk pukul 5 lebih.
Aku memang dah tak sabar sebab teruja sangat. Terus takde rasa penat ke mengantuk ke jetleg ke takde. Alhamdulillah.

Masa jejak je kaki di bumi madinah, terus nampak masjid nabawi. Punyalah sayu hati dengan rahmat Allah. Dia bagi aku sampai sini dalam usia sebegini.

Pemandangan usai solat subuh.

Hotel dengan masjid memang dekat sangat. Every Waktu solat aku dapat pergi dengan jayanya. Handicap pun Boleh je gerak Tanpa masalah. SAUJANA GEMILANG memang dah arrange hotel terbaik untuk keselesaan Jemaah

Hotel mirage tempat 4 hari sepanjang di madinah.






No comments: