PENGIKUT

Friday

RENTETAN

esok dah 31 disember 2010. tepat pukul 12.00 malam dah masuk 1 januari 2011. biasanya, malam tahun baru aku dengan adik beradik dengan mak ayah aku duduk depan tv. memang macam tu dari aku kecik sampailah ke besar panjang nih. takde terasa nak pergi konsert ke tengok bunga api ke. takde langsung. entah. mungkin kitorang memang dah didik untuk menjadi begitu jadi nafsu nak tengok bunga api tu hanya dilampiaskan pada tv jer lah. tapi kali ni, aku satu family akan balik kampung malam tahun baru nih. mak aku beriya iya benar nak balik kampung. ayah aku pun turutkan aje termasuklah kami semua.

biasanya, kalau nak masuk tahun baru aku akan buat satu entry spesial malam tahun baru. sebab utama, aku nak ada entry bertarikh 1 jan. tapi tahun ni tak dapat buat sebab balik kampung. takpe, itu bukan satu hal yang besar.

bila imbas2 balik tahun 2010 banyak benda yang jadi yang dah banyak mengubah aku. menjadi lebih baik insyaALLAH. kalau kau semua pengikut setia baca entry aku satu persatu mesti kau orang tahu aku sakit, masuk hospital semua. ye, sakit itu memang satu musibah. tapi musibah yang diberi adalah satu tarbiah. aku menjadi lebih berhati2 dalam melakukan segala perkara. aku lebih berhati2 bila memandu walaupun lebih kepada FOBIA aku cuba juga memandu untuk hilangkan FOBIA tuh.

tahun 2010 aku diuji dengan nilai persahabatan, hal yang paling sensitif dalam hidup aku. memang agak perit untuk uruskan hal persahabatan tapi aku dapat belajar macam mana bertindak matang dan cuba untuk selesaikan satu masalah sebaik mungkin. tiada niat untuk mencalari hati mana2 pihak. ye. aku sanggup walau aku yang terkorban kalau itu adalah jalannya. dengar macam serius kan? memang persahabatan adalah perkara yang paling serius dalam hidup aku.

tahun 2010 juga aku berkenalan dengan ramai orang. terlalu ramai sampai aku keliru dengan perasaan sendiri. susah nak mengenali hati sendiri rupanya. susah nak mencari hati yang ikhlas rupanya. susah nak menjaga hati semua orang sebenarnya. betullah macam apa yang aku selalu dengar

"untuk mencari keikhlasan itu ibarat mencari semut hitam diatas batu yang hitam di malam yang kelam."

selama ni aku hanya dengar dan aku selalu persoalkan. lepas aku sendiri yang hadapi, aku akui kebenaran pepatah tuh.

aku belajar macam mana nak menguruskan kehidupan yang melibatkan banyak hati. susah. memang susah. susah juga untuk buat keputusan yang melibatkan hati sendiri yang mendorong kepada kekecewaan. aku belajar apa itu restu. apa itu bahagia. apa itu redha. memang betullah, penantian itu satu penyiksaan. selama ini aku selalu menguji orang lain supaya sabar menanti. aku tak tahu betapa peritnya penantian itu. dan sekarang aku sendiri yang rasainya.

"hidup ni macam roda. roda itu sentiasa berpusing. "

aku belajar apa itu rasa kecewa. perit kan dengar perkataan kecewa tu. berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. aku dapat rasakan berat pikulan tu. aku belajar apa itu
KETABAHAN, KESABARAN, IKHLAS
. ye. sekali lagi ikhlas mengambil tempat dalam hidup aku.

sekian lama hidup dalam keadaan gembira, tahun 2010 beri aku pelbagai pancaroba. baru aku rasa apa rasanya repeat paper. aku bukan gagal peperiksaan tetapi aku dapat rasa perasaan orang2 yang gagal tuh. TUHAN itu adil. diberi pelbagai rencah dalam kehidupan ini. kalau tiada kesusahan apakah kau rasa apa itu kehidupan? aku percaya kau takkan rasa apa itu kehidupan dan selamanya kau takkan faham apa itu kehidupan selagi kau tak ditimpa pelbagai ujian.

sekeras dan sedegil aku ini, tahun 2010 mengajar aku apa itu air mata. aku belajar untuk mengalirkan air mata pada keadaan dan situasi yang sepatutnya. nampaknya, amalina wahida yang keras hati dah berubah menjadi seorang yang lembut hatinya. musah tersentuh dengan kesusahan orang lain, mudah simpati dan ada perasaan empati pada kesusahan yang menimpa orang lain.

maaflah, post aku berbau serius . tapi, bila berbicara tentang kehidupan memang ia satu perkara yang serius. jadi, haruslah entry ini berbau serius. tahun 2011 aku akan mula menjalani kehidupan sebagai guru sepenuhnya. sebab, bermulanya praktikum pertama aku. aku dah tak boleh nak patah balik dan menyesal dengan kehidupan yang lalu.

"masa lepas adalah perkara yang sangat jauh untuk dikejar"

biarkan yang jauh itu terus pergi. masa depan selamanya takkan dibawah kekuasaan aku. yang aku ada hanya masa ini yang diberikan sebagai hadiah. aku tak meletakkan apa2 azam, sebab memang sejak azali kehidupan umat islam adalah

"hari ini lebih baik dari hari semalam dan semakin bertambah baik dari sehari ke sehari"

seiring dengan berjalannya waktu, aku akan turut sama terus berjalan tanpa henti sebab aku tak mampu berlari. masa akan merubah segalanya, jika bijak kita uruskan masa maka bijaklah kehidupan yang kita lalui. aku tak menyesal dengan semua yang berlaku dalam hidup aku sepanjang 2010 ni. sebab, alhamdulillah, semua yang jadi mengubah aku menjadi lebih kuat. macam mana kita nak tahu kita kuat kalau kita tidak diuji kan?

"semakin jauh kita tinggalkan sesuatu perkara, semakin kita nampak jelas kenapa ia berlaku"


Thursday

KEMATANGAN

KAU RASA KAU DAH MATANG? CUBA CEKIDOUT CIRI2 MATANG KAT BAWAH NIH:

1)Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.

2)Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.

3)Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.

4)Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.

5)Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.

6)Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.

7)Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.

8)Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.

9)Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

10)Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.

11)Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati.

12)Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.

13)Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.

14)Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna.

15)Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.

16)Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai.

17)Anda dapat mengwujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.

18)Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.

19)Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.

sumber dari sini --> Artikel iluvislam.com

aku rasa 85% aku dah capai. yang lain2 aku sedang cuba lakukan. harap, tirai 2011 ni aku dapat memperbaiki diri dan terus menjadi diri sendiri.. aku akan cuba menjadi seorang yang pemaaf. aku bukan siapa2 untuk terus terusan menghukum. hukuman bukan terletak pada tangan aku. tapi terletak pada DIA. i'll try my best to be better person. i'll try my best untuk menjadi insan yang lebih tabah. i'll try my best for everything.


"ALLAH tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia"


Wednesday

HAI MALAYSIA!!


alhamdulillah...weaaaaahoooooooo!!!!

MALAYSIA MENANG. UIKS MEMANG EXCITED SEBAB TUH CAPSLOCK. KALAU BOLEH NAK GUNA DOUBLE CAPSLOCK. T__T

macam biasa kalau tengok bola memang tak boleh lari dari tepuk simen. sebab nya, sakit hati bila bola nyaris2 masuk gol lawan tapi tak jadi nak masuk.

TAHNIAH MALAYSIA!! berbaloi suara i dah habis sebab jerit. berbaloi bila jiran tegur;

"err.. rumah dia ni anak dara ke yang menjerit macam orang gila tuh?"

"ye makcik. saya lah yang menjerit tuh." =__=V


memang salute khairul fahmi che mat lah.
WA CAYA SAMA LU LAH APEX!
(sekarang nak pergi cari jodoh penjaga gol lah. =__=
)
tak payah nak suka sangat, dia dah ade awek.
nah amik LINK AWEK APEX
awek dia cun woo.. dah tak payah kacau.
(hai kak elia. T__T)


apelah agaknya kan tajuk akhbar esok. lebih2 lagi akhbar indonesia yang terlalu suka provokasi. peliklah macam mana wartawan boleh mempunyai fikiran seperti itu. maaflah kalau kritikan terlalu pedas. cuba berfikiran secara matang. akhbar adalah media yang paling besar pengaruhnya. kalau digunakan dengan cara yang baik, baiklah pemikiran para pembacanya. terlalu banyak provokasi dan emosi. kalah dan menang adat pertandingan. kalau semua nak menang baik tak payah lawan. buat sendiri piala suzuki tuh. jangan jadi macam pepatah,

"rumah dah siap pahat berbunyi."


TAHNIAH MALAYSIA!


~heart~
hye, safee sali. awak dengan saya beza 5 tahun jerk.
tempat tinggal kita sama lah.
err.. kebetulan no jersi awak sama dengan jersi bertuah saya.. T__T


DAH TAK PAYAH NAK MENGGATAL.
BYE.

UNEASY

* aku guna kata gati diri nama saya*


biasanya, isyarat hati saya betul. memang tak boleh nak percaya sangat atau obses sangat, tapi biasanya isyarat hati saya ternyata betul. memang selalu. haih. payahlah nak terang macam mana betulnya isayarat hati saya tu. contohnya, dulu masa saya break dengan *hanis* isyarat hati saya kuat mengatakan dia ada perempuan lain. masa break dia hanya guna alasan "saya tak sempurna untuk awak" (looser betul guna alasan nih) . lepastu bila saya siasat. woah! ternyata dia memang ada menjalinkan hubungan dengan perempuan yang saya kenal sebelum saya break dengan dia lagi.

itu baru satu. kedua, kalau dalam satu perlawanan contohnya bola jaring. saya ada rasa saya akan menang atau tak. memang selalunya tepat. *sigh* (mengeluh lagi).

ketiga, bila saya rasa saya tak bawak sesuatu barang contohnya payung. bila keluar ternampak payung lepastu dalam hati rasa macam "aku kene bawak payung keluar jap lagi." lepastu terlupa bawak dan kebetulan, memang selalunya hujan dan saya menyesal tak bawak payung.

keempat, dalam bersahabat saya akan dapat rasa sesuatu yang tak senang. bukan saya tak suka dengan kawan2 saya. tapi saya akan rasa sesuatu dalam hati bila ada salah seorang sahabat saya rasa tak senang dengan saya. walaupun saya tak tahu siapa dalam masa saya terasa tuh, tapi seminggu atau sebulan atau beberapa hari kemudian akan ada yang datang dan berterus terang. dan kebiasaannya hanya salah faham atau pembawakan mulut orang yang tak berhati kudus. oh. biasalah hidup bermasyarakat memang akan terjadi hal2 semacam ini.

itulah antara2 contoh yang saya rasa macam cukup kuat nak bagitahu kat korang semua. nak cakap pasal isyarat hati ni memang tak tahulah macam mana nak terang. sejak saya kecik lagi selalu isyarat hati saya betul. bila tengok analisis DR. FADZILLAH KAMSAH berkenaan tentang orang yang lahir bulan april salah satu ciri2nya adalah 'MEMPUNYAI ISYARAT HATI YANG SANGAT KUAT.' memang itu hanya analisis berdasarkan research beliau. tetapi lama2 memang tak dapat sangkal. dah macam tukang tilik pun ada. memang semuanya coinsidence. tak elok percaya.

sekarang, saya ada isyarat hati yang kuat. yang menyebabkan saya rasa tak senang. berkenaan dengan saya dan 2 orang yang secara tak sengaja saya kenali. saya rasa hati saya akan parah kalau isyarat hati ini terjadi. tak cukupkah dengan keadaan hati saya yang dah parah sekarang?. memang tak perlu nak percaya. nanti jadi kufur pulak. tapi kalau betul2 jadi memang saya dah tak tahu nak cakap apa dah. =_=

Monday

KEGEMARAN SUAMI DAN ANAK-ANAK

pheuwww!! habis peluh petani keluar.. bukan sebab dah takde beras kat rumah. bukan jugak tiba2 ayah beli sebidang tanah sawah, aku kene pergi membanting tulang mencari rezeki untuk dibawa pulang. tak2. setelah berjaya menjadi master chef cupcake kali ni mahu cuba menjadi master chef cookies pulak. boleh juga dikatakan sebagai cubaan pertama membuat makanan petang untuk suami dan anakanak kelak(aik?). harap-harap akan jadi kegemaran suami dan anakanak kelak(aik?) (suka eh kau ulang2 suami dan anakanak tu berulang kali. T__T)

oh. tak caye eh aku boleh baking cookies? nah amik bukti.


tadaaa~~
hye!

okey.. sekarang title "saya tak pandai masak" dah boleh buang dari hidup amalina wahida. T__T
mungkin bakat semulajadi turun dari mak agaknya.. alhamdulillah..eh. masuk bakul angkat sendiri nampak? ah. tak kisahlah, siapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri.. 'tahniah amalina, akhirnya kau dah dewasa' err.. kenapa ada perkataan dewasa nih? dah2. nanti raya datanglah rumah ye.(tiba2?)

nak tahu tak tengahtengah bancuh bahan2 sehingga sebati kan, otak aku ligat berfikir. bukan berfikir pasal cookies ni tapi tiba2 aku terfikir satu lirik nasyid nih.

"rindu itu adalah
anugerah dari ALLAH
insan yang berhati nurani
punyai rasa rindu..
rindu pada kedamaian
rindu pada ketenangan
rindukan kesejahteraan
dan juga kebahagiaan.."
(korang pernah dengar tak nasyid ni?)

aku terfikir, rindu itu satu anugerah.. sepatutnya kita bersyukur kerana ada perasaan rindu dalam hati. pernah tau aku tanya pada seseorang satu soalan ni.

me : " apa yang awak faham dengan rasa rindu? boleh describe kan dekat saya tak sebenar2 rindu tu macam mana?" (20 markah)

him : "rindu tu, macam satu perasaan gelisah dan tak lengkap, apabila satu hari awak tak dapat berhubung dengan seseorang. awak rasa tak sedap hati, awak rasa kosong, awak asyik terfikir akan hal orang tu. sihat ke, apa ke. dari rindu tu awak akan tahu, yang orang tu penting dalam hidup awak, dan dari situ awak akan tahu awak menyayangi orang tu.."



*sigh*
how can i tell u about my feeling..
how i missed all the conversation..



Sunday

TERUJA

aku pernah bagitau korang sume kan yang aku memang akan suka teruja pada sesuatu untuk tempoh masa yang lama kan?aku malas nak bagi link entry teruja1 tuh. muahahha.. korang rajin2 lah ye explore entries aku yang lepas2. (kalau rajin lah. kalau malas aku tak kesah pon)

dan sekarang aku tengah teruja akan sesuatu. esok. adalah hari penentunya. EH APESAL AKU MACAM TAK SABAR NAK TUNGGU HARI ESOK NIH?? walaupun nak tengok cerita janin tadi tak dapat sebab reserve dah burn sebab tiba2 kene bawak adik pergi klinik tgn nak kene balut nak kene amik krim lah bagai kan.lepastu terbawak adik yang bawah 18 tahun sebanak 4 orang! hampeh tak boleh masuk bagai kan. ah! takpe. hari lain boleh tengok si janin tuh. siapa nak teman i? (aik? apesal tetiba tukar ganti diri kepada "i" nih?)

baiklah. kita tunggu esok eh. aku nak korang teruja sekali dengan aku. cepat2!!!!! berdiri tegak sambil jerit TERUJA!!TERUJA!!TERUJA!! LAPAR!! memang jauhlah nak menyimpang teruja sampai ke lapar kan.

ah. lagi satu harap jangan kecil hati ye kepada dua blogger yang dah jemput aku untuk join contest dan satu lagi pencarian blogger peramah tuh. nanti saya (aik?) buat bila saya ada kelapangan untuk fokus pada kedua2 jemputan tuh dengan hati dan akal fikiran serta perasaan yang bersih dan tidak terumbang-ambing. (oh. kau memang suka menyimpang kan?)

oh. oklah nak tido dan bangun awal. sebab dah teruja nak bangun untuk hari esok. =))

Saturday

M . I . M . P . I

percaya tak kalau aku kata kebanyakan mimpi yang aku selalu mimpi waktu tidur secara kebetulan dah jadi dejavoo. aku tak obses dengan mimpi sebab bagi aku mimpi nih mainan tidur dan tak boleh nak percaya langsung. takdelah pulak aku nak pergi tilik nasib tanya pasal mimpi ke ape kejadah kan. btw, aku seorang manusia yang jarang mimpi. alhamdulillah, tidur selalu lena macam baby mamypoko.T__T (apa kau type nih amal. sekejap kata mimpi kau dejavoo sekejap kata kau jarang mimpi. ayat macam kejadah ni kenapa?) ah. harap korang paham lah apa yang aku bebel kan nih ye.

sebenarnya aku nak cerita yang mimpi yang aku mimpi malam tadi membelenggu jiwa aku sekarang. aiseyhman... tak pernah2 macam ni tiba2 wa jadi goyang lak dengan mimpi malam tadi.. wa pun tatau apa yang wa ngarut sekarang ni. wa chow dulu lah. dah maghrib. daaa~~

Thursday

ONE FINE DAY

yup. hari ni adalah hari yang elok. taklah terlalu happy. tapi it's just one fine day..
rasa senang dengan cuaca yang tak terlalu panas..
tak hujan tapi tak panas..
kain dijemuran pun kering walau tak panas..
rasa senang sebab ada orang datang rumah..hehehehe.. (terima kasih ye sahabat..u knoe who u r..)
oh ye. berat turun lagi 1 kg. MIAHAHAHAHA!!( amboi! suka sangat lah kau ni kan.)
dah habis baca kompilasi buku tulisan hasrizal abdul jamil.

buku ni sangat bermakna. menenangkan hati yang resah bila dibaca. siri "bercinta sampai ke syurga" paling aku suka. sebab terlalu banyak yang relate dengan aku. heh. percaya atau tidak buku ni buat air mata aku mengalir dengan deras. jangan terus menghukum sebelum membaca isinya. aku beli bukan sebab kulit buku ni kaler perpel. aku beli bukan sebab aku nak mengemudi rumah tangga. tak2. syukur, sebab terjumpa sesuatu ketika sangat memerlukan. =)) dah kata tadi kan, it's ONE FINE DAY.


yeay! diberi buku ni dari seorang sahabat =))

menenangkan! belum habis baca, sebab baru je dapat tadi. =__= tapi isinya sama macam buku kat atas tadi. bukan sama dengan apa yang dikupas. tapi perasaan aku sama bila baca buku kat atas nih. banjir air mata. T__T. entah kenapa entah suka tersentuh dengan sesetengah isu yang diketengahkan.

wahai pelajar wahai remaja, jangan pandang enteng bukubuku yang berunsur macam ni. jangan stereotaip pada buku2 genre macam ni. bila kau kecundang dalam kehidupan, tak perlu kau pergi head bangging atau melalak, meliar tak tentu hala untuk cari ketenangan. cukup dengan membaca kau akan rasa ketenangannya.. (selain daripada solat dan yang sewaktu dengannya)



**kadang2 hati kita ni memerlukan sesuatu untuk disedarkan sebab kadang2 kita hanyut dalam melakukan sesuatu hal yang kita sedar tapi kita tak sedar.. **






tomorrow u'll go to sabah..
hope u r enjoying the whole moment..
even this "thing" is too harsh..
but, its called a life..

Wednesday

THIS IS FOR U.. n me(xpecially)

dipetik dari iluvislam.com

Akal : Assalamualaikum, sahabat.

Hati : Waalaikumussalam...

Akal : Apa khabar iman anda?

Hati terdiam...

Akal bertanya sekali lagi.

Akal : Apa khabar iman anda?

Hati : Kurang sihat mungkin.

Akal : Mengapa?

Hati : Aku merindui dia segenap jiwaku...

Akal : Dia yang mana, sahabatku?

Hati : Kedua dia. Dia yang hakiki, juga dia yang entah kemana akhirnya..

Akal : Tidak mengapa, Itukan fitrah manusia.

Hati : Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing. Fikiranku melayang terbang jauh ke angkasa. Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia.

Akal : Cintamu padanya, juga cintamu padaNya, cinta padaNya kan yang lebih utama.

Hati : Tapi... Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia. Aku mencintainya kerana Allah. Kami saling menasihati kepada kebaikan. Aku mahu mengejar syurga bersamanya.

Akal : Apa makna cinta?

Hati : Kasih dan sayang.

Akal : Bagiku cinta itu gila.

Hati : Mengapa pula?

Akal : Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yang dikata jangan, sebaik mungkin kita elakkan. Apa yang diminta, seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yang lain mendekati, bergelodak rasa cemburu. Apa kau rasa begitu?

Hati : Ya. Begitu yang aku rasa.

Akal : Apa kau tahu apa pula ibadah?

Hati : Orang kata ibadah itu taat dan patuh.

Akal : Ibadah itu juga adalah cinta.

Hati : Bagaimana dimaksudkan begitu?

Akal : Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.

Hati terdiam lagi...

Hati : Jadi... Apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai akal?

Akal : Fikirkan, kalau kau benar mencintai dia kerana Allah, apa kau ada mengadu kepadaNya?

Hati : Aku puas sudah berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali setiap hari. Siang dan malam! Tegas hati..

Akal : Apa kau berdoa kepadaNya hanya kerana apabila kau terasa jauh dengannya? Apa kau hanya melipatgandakan ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?

Hati diam dan tertunduk...

Akal : Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana Allah. Sedangkan kau mengabaikan Dia ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali Allah akan memakbulkannya di lain masa. Barangkali Allah ada hadiah yang lebih berharga untukmu!

Aliran sungai merah terasa semakin deras mengalir ke kepala...

Akal : Cinta kepada manusia yang gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah. Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa dan tangisan hambanya. Allah mahu kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!

Hati mulai menangis... Sepi... Kesal...

- Artikel iluvislam.com


**thanks for broke the heart.. because of this broken, i realised so much thing that i forgotten before.. hope u r enjoying the broken heart, n find what i had found..**


Tuesday

ENOUGH


enough means enough. it;s over now.


"kalau ini dikategorikan sebagai petunjuk, terima kasih Tuhan kerana tunjukkan kebenaran sebelum perasaan menjadi lebih dalam.."

MACAM HAPE.

urgh. dah masuk 3 kali post entry baru untuk hari ni. dan lagi sekali dah buat blogspot ni jadi diaryspot. hello. bila masa kau tak pernah buat semua benda jadi diary kau nih? well, ada aku kesah? memang kauorang pun tak kesah. sebelum nak bercakap lagi benda2 crap, sebenarnya aku tengah suspicious. kenapa muka buku dia dah jadi macam tuh? selalu macam lain kali ni dah jadi lain. huh! ada yang tak kene nih. eh. sibuk je nak tahu aku tengah pot pet pasal sape kan? dah tak payah nak amik tahu, tak payah nak tanya2 sebab benda biasa je dalam kehidupan yang penuh pancaroba nih. eh. ye. betul dah macam jadi stalker sejak beberapa bulan mestilah tahu perubahan2 yang berlaku ke atas profile dia tersebut kan. oh. hello. yang kau sibuk lagi ni kenapa? mestilah aku kene sibuk. kenapa kau pulak yang nak kene sibuk kan?tiba2 macam tahu lagi satu perkara lepas godek2 lagi internet nih. arghhhh!!!!. (aku boleh type bodoh kan?) KEJUJURAN! YEAH! THAT'S THE WORD. MANA KEJUJURAN?? sucks lah!!aku dah sejujur mungkin. kau perkotak katikkan. fine! so long sucker! oh. baru tahu hidup aku ni takde improvisasi. apalah improvisasi tu kan? lame betul. miahahaha!! so, i wish this becoming new year, yup 2011. i change into new me. yup. saya yang tak bosan hidupnya. gembira dengan hidupnya. buat je apa2 selagi tak melampaui batas, selagi tak mencemarkan maruah mak ayah. tak payah kisah apa orang nak cakap. ah. memang tak kisah, tapi selalu sangat fikir perasaan orang. oh mungkin semua orang yang kat "sana" perlu berubah. ye. berubah dan jangan jaga tepi kain orang. mulut celupas macam longkang. ewah. dah emo. kau type dengan gaya macam nih hanya sekadar nak emo ke? tak payah. lupakan.mari pergi jadikan emo kepada head banging. pergh. aku pun tak tahu apa aku type nih. tapi ini adalah sebahagian yang perlu aku lakukan supaya aku tak mencarut dan tak merosakkan pemikiran sendiri. harap semua tak marah. dan ini bukan entry nak hantar virus. oh. btw, please dont keep asking about my love life. now,its irritating me. ntah. sekarang ia dah menjadi irritating. maaflah ye joyah, gayah,mona, cik kiah serta ahli2 kelab gossip yang lain. tak payah tanya atau tak payah nak sebuk2 dah. kalau aku upgrade sesuatu tentang love life aku. ha, baca yang tu je jangan nak tanya lelebih. i'm sorry sebab terpaksa cakap dengan nada yang macam kasar dan macam tak fikir hati orang nih. but, seriously, cuba baca dengan nada gurauan dan santai, konfem korang leh terima dengan senang hati. walaupun kau ada salah silah darah keturunan dengan aku atau apa. but please, do respect my own privacy. please, dont keep asking about this thing again?? por faour.. T__T bukan apa, aku dah macam jadi rimas. aku takut termarah pulak nanti kat darling2 semua. seriously i wont that happen. nanti rosak pulak hubungan kita semua kan ahli kelab gossip. dont worry, if the relationship is real, it will release soon ok. ^__^v. enough all about me. this blog will be more happier and will be more worldwide as the best as the owner can do. ok? dahlah kan, menype macam haprak entry nih. maka sekian, dari bilik berita. roger and out.

Monday

LUPA PULAK NAK CAKAP.

eh. lupa pulak nak bagitau, pagi tadi masa i jogging lebih kepada walking dekat tasik cempaka, ada sorang mamat ni jogging lah melintas i kan, lepastu nak tahu apa jadi?perghhh!!
rambut dia terkibas kesana kemari macam dalam iklan minyak rambut tuh. adeyh. luluh jantung i tau. dan2 lak kan angin tyme tuh rambut dia bau syampoo rejoice. hye bro nak teknik rebonding jugak ke? =')

balik dari jogging lebih kepada walking harini saya semakin tak suka bila terserempak dengan mana2 perempuan keding, berpakaian pink menyerupai seseorang. lebih2 lagi kalau perempuan itu berjalan atau berjogging dengan boyfriend nya. bukan kerana saya jeles ke atau apa tapi kerana "sebab itu lah!" this thing become more worse. terima kasih ye wahai hati yang kadang2 berprasangka tak baik.!! T__T

KUTIP MASA

hari ni

pagi : pergi jogging dekat tasik cempaka. bagus. satu perubahan yang agak besar.

tengah hari : pergi shopping. yes. dapat rembat sehelai shawl, inner 3 helai, baju sehelai.. err.. ha. itu je. waa... tak membazir. bagus! satu perubahan yang agak besar.

malam : err.. tak tahu lagi nak buat apa. sebab belum malam lagi. mungkin nak perabih baca kompilasi "aku terima nikahnya" 3 bijik dalam satu. waa... satu perubahan yang besar jugak nih. takpun mungkin nak start buat nota untuk exam januari nih. bagus kan? weyh! aku bukan sengaja nak terajin macam nih. tapi memang kene paksa sebab aku sorang je tak amik exam lagi. *sigh*

esok

pagi : pergi jogging lagi. (waaa.. memang dah macam berazam baru je nih?) . ambil report card adik2. heh! mak ayah sibuk. apa guna kakak kan? T__T

tengah hari : mahu pergi alamanda pula. nak cari cd train. hopefully ada. need it damn much!! ='(

petang : tgk cite qasidah buat laila. best woo cite nih. walaupun ada gaklah sakit hati macam sinetron arissa dengan saket hati macam cerita ketika cinta bertasbih versi ramadhan, qasidah buat laila tetap best!!!

malam : nak sambung buat nota kalau dah semakin sedar yang periksa yang aku sorang je amik nih dah nak dekat!! bluwerrkkk.. malas lak aih nak buat. =__=

lusa

pagi,tgh hari, ptg, mlm : tak tahu lagi nak buat apa. T__T



saje je i type2 mcam nih sebab nak tunjuk yang i dah KURANG membazir masa.. MIAHAHAHAHA!!!

KEPAHITAN YANG SUKAR DI TELAN

hari ni genap 24 tahun mak ayah aku berkahwin.. kakak yang dah banyak duit T__T belanja satu family makan untuk meraikan anniversary mak ayah aku.. makan macam nak meletop perut. say hai!! kepada berat 2 kg yang baru hilang 2 hari lalu!! huwaaaaaaaa~~ (ini suara tangisan tahu!)

bila dah makan2 nih macam2 story lah terbukak. dah rancang holiday bulan 3 nih siap. wah2!! impressive nih adik2 aku nih. siap gaduh lagi nak book hotel mana bagai. hello! sekarang ni baru bulan 12 adik2.. kalau sekarang dah bulan 1 ke 2 ada lah jugak logiknya kau orang nak gaduh2 tadi. muahahaha!! tiba2 adik aku yang sorang ni bersuara..

adik : "ha, nanti tiba2 abang hakeem datang.. hahahahaha!!"

aku : "takdo kojo lak aih dia nak datang. takde maknanya."

mak : tak cakap ape. senyum penuh makna je kat aku.. (mak memang dah suka kat dia)

ayah : tak cakap apa. tapi ayah join gelak sekali. (kalau ayah gelak ni tandanya ayah bagi ke aku kawan dengan dia?)

itu baru satu aku kene. dalam kereta masa on the way balik...

aku : "eh! tu ada kedai makan gak tuh. macam best jerk."

kakak : "alah, ngah, kedai makan berlambak dah. boleh kutip2 nak g makan kat mana.."

mak : "tuh, *bakal nya angah nak jadi tauke kedai makan sikit hari lagi.. kan ngah.."

semua orang + ayah : miahahahahahahahhahahahaha!!

aku : hanya diam membisu.


perasaan ini aku sukar nak explain. samada aku gembira atau aku perlu berduka. yang aku tahu air mata aku nak menitik waktu tuh. hati aku rasa terusik. entahlah, sepatutnya aku gembira sebab ayah dah menunjukkan tanda2 positif. mak pun memang dah semakin hari semakin suka lak aih asyik nak tanya aku pasal dia. setiap kali itu jugak aku tak respon apa2. aku tak tahu nak respon apa.

jarang ayah nak turut serta atau bersifat terbuka dengan benda2 yang melibatkan hubungan anak2 dia dengan lelaki . mak memang dari dulu ok jerk. since aku dengan hanis dulu mak ok jerk. ayah tak. ayah aku memang tegas. tengok muka pun dah tau ayah aku tegas. ayah aku bersifat pesimis benda2 macam nih. aku ingat lagi masa hanis datang rumah aku dulu. hanis nak salam ayah aku tapi ayah langsung tak hulur tangan. ayah just angguk bila aku kenalkan dan terus blah. dahsyat kan ayah aku? nasib ada mak, mak lah yang melayan hanis tuh dengan aku. tapi aku dengan hanis tak tahan lama pun. ah! cerita lama. aku dah tak kisah dah pasal hanis tuh.


but now.. aku tak tahu. i juz dont know.




hakikatnya, hanya ALLAH yang tahu..

Saturday

SUATU KISAH..

jodoh memang sudah ditentukan. ketentuan itu adalah rahsiaNYA. akan datang tanpa kita duga, mungkin juga sewaktu kita tidak menginginkannya. namun DIA lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNYA. DIA pengatur terbaik kehidupan hambahambaNYA. bahagia, derita, sengsara, suka, kecewa segalanya adalah ujian. sesungguhnya DIA tidak menguji seseorang hambaNYA akan ujian yang tidak tertanggung oleh hambaNYA.

ada suatu kisah, seorang wanita yang terkandas dengan cinta manusia 5 tahun dahulu. terkandasnya cerita cinta itu membuatkan hatinya begitu beku untuk menerima cinta manusia lagi. ditutup pintu hatinya walau kadangkadang hatinya terusik dengan sekeliling yang begitu asyik dengan percintaan. hatinya hanya satu, dan satu itu sudah dikecewakan. fokusnya hanya pada pelajaran dan citacitanya sahaja.

dalam leka menguruskan halhal dirinya, dia terusik dengan kesungguhan seorang jejaka yang dikenalinya di alam maya. namun begitu, ketegasan pendiriannya menjadikan dia membiarkan perasaannya itu bagai angin lalu. tidak mahu dikecewa buat kesekian kalinya kerana kekecewaan begitu memedihkan.

hari berganti hari, hatinya kian terusik dengan perilaku si jejaka. huluran salam perkenalan si jejaka disambut dengan pelbagai alasan kerana hatinya masih tidak pasti dengan keikhlasan. diuji si jejaka dengan pelbagai perkara untuk memastikan keikhlasan yang dicari akan terbukti.

bagi pihak si jejaka, keikhlasan harus dibuktikan.hati wanita ini harus direbut dan dilembutkan. suatu malam yang damai, si jejaka menjejaki wanita itu kerumahnya. si jejaka bertemu mata dengan ibu bapa si wanita untuk membuktikan keikhlasan hatinya terhadap si wanita.

tindakan berani si jejaka membawakan hasil. hati wanita yang beku sudah dapat direbut. bebahagialah si jejaka dan si wanita dengan restu keluarganya. dibawa si wanita bertemu kedua ibu bapanya pula untuk membuktikan lagi keikhlasan si jejaka.

hati si wanita sudah terikat dengan keikhlasan yang ditunjukkan oleh si jejaka. sudah direstu oleh kedua ibu bapa mereka hidup dengan kebahagiaan yang diberikan oleh DIA. impian yang indah dicipta bersama dan mengharapkan impian menjadi kenyataan dalam perangkaan mereka berdua.

hari demi hari, hati si wanita semakin mencair dan hanya si jejaka berada dalam hatinya. si wanita bersyukur kepada yang maha pencipta kerana memberikan dia merasai apa itu bahagia memiliki cinta yang direstu oleh ibu bapa. si wanita setia dengan cintanya, dan di dalam doanya penuh pengharapan hubungan yang direstu juga diredhai oleh yang maha pemberi hati dan perasaan cinta.

dalam meniti rasa kebahagiaan, hati si wanita kadangkadang terusik dengan pelbagai prasangka. adakah benar ini si jejaka adalah jodohnya. apakah benar apa yang dilakukan oleh si jejaka adalah dari hati yang ikhlas. adakah tidak terlalu cepat semua perkara ini terjadi. macammacam persoalan yang timbul dalam benak si wanita, namun dia gagahi dan mengabaikan segala prasangka buruk itu. dia menikmati segala kebahagiaan yang di beri dengan sepenuhnya..

segala yang berlaku adalah dibawah kekuasaan yang maha pencipta.suatu hari perkara yang sentiasa bermain di dalam benaknya ditimbulkan oleh si jejaka. perbincangan dari hati ke hati dilakukan. si jejaka meminta diberikan masa. masa yang tidak tahu bila waktu pengakhirannya dan bila jawapan akan diberikan.

sungguh sekejap bahagia yang dikecapi. dalam sekelip mata ia hilang dari genggaman. hati si wanita hancur berkecai kerana si jejaka tidak menguhubunginya sejak permintaan si jejaka dituruti. sekali lagi, hati si wanita dirasakan dipermainkan. disangkakan ujian yang diberikan sudah cukup untuk melihat keikhlasan hati seseorang. ya. dia lupa akan yang maha pemberi ujian. dia lupa akan perkara itu.

hari demi hari dilalui oleh si wanita dengan penuh kepayahan. kolam air mata sudah menjadi pengunjung setia. hatinya sepi. tiada lagi gelak tawa, tiada lagi rasa bahagia di dalam dirinya.
hatinya hancur berkecaikecai seperti kaca yang dihempas ke permukaan batu. sungguh, dia kecewa dengan takdirnya.

melalui hidup yang penuh kepayahan, si wanita berasa lemah dan tersangat lemah. semangatnya sudah hilang entah kemana. dalam kepayahan, si wanita mencari ketabahan. dia panjatkan segala yang dirasainya kepada Tuhan yang maha esa. dia tersedar dari kealpaan. tiada cinta yang lebih agung melainkan cinta ILLAHI.

si wanita cuba mencantum kembali hati yang sudah hancur. dia cuba untuk bertabah.dia cuba untuk ikhlas. dia cuba untuk berlapang dada. apabila rindu menggamit rasa, diadukan rasa hatinya pada yang maha mendengar. pabila cinta menggamit jiwa ditancapkan rasa hatinya pada yang maha pencinta. dia yakin dengan aturan yang maha pencipta. seandai ini adalah dugaan yang perlu dilalui untuk mencapai kebahagiaan, dia redha. bahagia itu pastikan tiba apabila sampai masanya.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah Maha Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Surah al-Baqara: 216)

:...Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari ahmat Allah, melainkan kaum yag kafir. (Surah Yusuf: 87)

Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepadaku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu, akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina.” (Surah Ghafir: 60)

Telah pasti datangnya ketetapan Allah, maka janganlah kamu meminta-minta agar disegerakan (datang)nya. Maha suci Allah dan Maha tinggi dari apa yang mereka persekutukan.” (QS. 16 : 1)







Friday

YANG MANA SATU IDAMAN KALBU..

perbualan terjadi pada suatu malam.......

he: awak pernah pakai selendang?

me: pernah. but not oficially.. kalau rasa nak pakai, saya pakai.

he: awak kan kalau pakai selendang mesti cantek...

me: **dalam hati..bluweekkk!! bapak besar muka aku kalau pakai selendang!!**
***realiti.. oh. yeke? apesal pulak cakap macam tuh.***

he: nanti keluar dengan saya cubalah pakai selendang.. saya nak tengok..betul, cantek punya..

me : lalalalalalalalala~~ ddudududududud~~ nananananana~~ (bunyi ini menandakan perempuan ini tak nak teruskan bercakap topic yang sama... perempuan ini juga, tak nak buat apa yang diminta.. =__= )

kasihan kan kehidupan lelaki yang berbual dengan perempuan didalam perbualan diatas.
beberapa minggu berlalu, perempuan ini memang tak berapa nak pakai selendang2 yang dibeli, diberi dan sebagainya..namun begitu, tiba2 suatu hari, akibat terlalu bosan kerana dibiarkan keseorangan oleh lelaki ini kerana masih waktu bekerja, perempuan ini pun mencubalah selendang2 yang macam dah outdated dari aliran perdana...







hai!
1.




hoi!
2.




heee~~
3.

jadi.. harus pilih yang mana? dah macam cecair lah pulak muka aku. berubah-ubah mengikut bekas. HAHAHAHAH!!! kutuk diri sendiri nampak. tapi kan.. tiba2 aku perasan, kulit aku dah cerah sikit dari sebelum ni.. HAHAHAHA!! (ni apehal perasan putih kau nih amal??!!) tapi satu benda paling best lah kan..alhamdulillah, encik jerawat dah makin pupus.. boleh lah perasan baby skin lepas nih..lalalalala~~




**eh!! berat dah turun 2 kg!!!! MIAHAHAHAHAHAHAHA!!! dua hari puasa 2 kg turun.. i like to move it!! move it!! tapi, sementara je tuh.. sebab mak masak laksa hari ni. =__=

JANGAN MARAH I OK....

assalamualaikum! tak jawab dosa masing2 kan? wah2.. memang dosa masing2 tapi kene lah saling ingat mengingati.. ye tak? =))

nak tahu tak. nak tahu tak? err.. tak nak tahu ke?? ada aku kesah kau tak nak tahu? aku tetap suka suki bagitahu kan? lalalalalalala~~

sebenarnya kan nak heboh benda lain malam tadi lah sepatutnya entry heboh tu di publish tapi sekerat jalan lah pulak. sekerat jalan dan terus nak post benda lain di kala ini. ecewah.. di kala ini tuh.. T__T

alkisah, post semalam yang terbantut adalah disebabkan aku terlibat dgn satu conversation. it is about mcm perkauman. weyh. bukan perkauman india, cina, melayu. eh. i am not racist. seriously.. PERCAYALAH!! ceh. tiba2 caps lock ni apehal?


see!! bukti.aku ada adek beradek kaum cina tau. sekarang
percaya cepat aku memang tak racist.
(sila abaikan kegemukan yang melanda =__=)

kat mana kita tadi? ha, perkauman yang lebih kepada semangat kenegerian. contohnya, orang kelantan nak kawan dengan sek2 mu je. orang kedah nak kawan dengan depa jah. ORANG SELANGOR, KAWAN DENGAN SEMUA ORANG. (ha,yang ni obvious semangat kenegerian nih T__T) ha, macam tu lah lebih kurang. terjadinya conversation ni sebab dengan berani matinya i told to one particular guy

me : "actually, i dont like kelantanese very much. diorang punya semangat assabiah terlalu obvious. bila berborak sesama diorang suka cakap bahasa mereka sendiri. walhal, masa mereka berborak tu ada macam2 etnik yang terlibat mendengar apa yang diorang cakap. kalau nak berborak bahasa sendiri tak nak sesapa tahu, pergi balik kampung atau borak dalam bilik jangan bagi semua orang dengar kalau tak nak orang lain tahu. lagi, bila dah pergi negeri orang lain, perlu berkomunikasi dengan etnik lain, boleh guna bahasa melayu dengan betul tak? ni, ada loghat2 kelantan.. daaa!! kenapa orang lain boleh je nak cakap bahasa melayu dengan betul tanpa ada loghat negeri masing2, kenapa orang pantai timur tak boleh? "

berani mati tak bila aku cakap macam tu dekat particular guy nih? fyi, this guy is kelantanese.. ada mak kisah dia nak ambik hati apa mak cakap kat dia nok? daaa!! talk to my hand. this thing dah lama sangat dalam kepala aku nih, sampai aku dah jadikan bende nih personal thing. ape ni perempuan ni emosi gila lah kan sampai jadikan benda ni hal personal. again! who cares??!! ada banyak lagi benda yang melibatkan perkara yang sewaktu dengannya yang dah lama bermain dalam otak aku. tunggu masa nak burst out lagi. tak boleh berani mati berturut2 nanti mati terus. HAHAHAHAHAH.

pemikiran macam ni terjadi mungkin disebabkan surrounding aku. membesar dengan menghadapi certain people yang memalukan etnik sendiri dengan melakukan sikapsikap seperti yang kita semua sedang borakkan nih. (kita semua? HAHAHAHA!!)

eh. tapi, i'm not humiliated atau sengaja nak bertype seperti ini. ini hanya tanggapan yang bermain dalam minda aku, mungkin aku seorang sahaja yang ada fikiran macam nih. seperti yang kita semua percaya, TUHAN tidak menciptakan sesuatu tu dengan sia2. jadi, semua makhluk adalah berguna kepada masing2... hehehehhe.. (pandai ye kau backup diri sendiri) my darling frens (xpecially pantai timur) janganlah terasa hati. kau orang baik sangat. sebahagian yang aku nampak je, bukan kau orang.. betul serius! =D

ada sesiapa yang boleh buang pemikiran aku yang boleh dikatakan dah prejudis nih? u know what, prejudis ni tak bagus tau. seroiusly, tahu apa maksud prejudis yang sebenar? prejudis ni adalah satu perasaan atau tanggapan tak elok terhadap sesuatu etnik yang lain.. (ni adalah definisi menjurus kepada subjek etnik)

menyedari bahawa ini adalah tidak bagus, adalah manjadi faktor utama mengapa aku berani mati tanya macam kat atas tu pada lelaki itu. walaupun banyak jawapan yang diberi oleh lelaki itu tetapi, here we go! i am still me. amalina is the worst person yang macam lah nak dengar apa jawapan orang lain bagi kalau jawapan tu tak memuaskan hati dia kan? so that, this prejudice minded still in me. mungkin i have to ask my lovely hakeem =)) (kenapa ntah suka senyum gatal bila teringat nama hakeem) dalam banyak2 orang dia sahaja yang boleh bagi jawapan yang akhirnya akan buat aku macam "zzzzzzzzzZZZZZZZZZzzzzzzz". HAHAHAHAHA! BUKAN TIDUR LAH. tapi ianya bermaksud aku speechless dan puas hati. lepastu aku takkan tanya dah sebab aku dah puas hati. NAMPAK TAK SENANG GILA NAK LAYAN PERANGAI AKU NIH? T__T









**nak tahu tak sayang, saya rasa ini lah sebab kenapa TUHAN pertemukan kita berdua.. =__= u can handle me very well..(malu dowh type macam nih.)

Wednesday

TAKDE GAMBAR

rasa macam nak post entry baru. tapi takde idea nak merapu. mungkin sebab dah makin matang jadi idea merapu tu dah jadi macam ikan kerapu. haih. lapar pulak bila sebut ikan kerapu.macam haram lapar malammalam kan. katakan TAK NAK KEPADA MAKAN LEWAT MALAM.

sempena tahun baru nih aku rasa macam nak beli henpon baru lah. tengok kawankawan update status facebook "via iphone" lah "via blackberry" lah. eh! tak naik kan nafsu aku langsung nak beli sebenarnya. aku setia guna sony e lapuk yang mak aku kasi sebab henpon sabun aku rosak. KAH KAH KAH. lame gila kan. oh. aku memang jenis yang tak update gadget. selagi henpon aku mampu bertahan selagi tuh lah aku guna. walaupun henpon sony e lapuk aku tuh dah bisu. bila orang telefon memang aku takkan tahu. sebab dah bisu. aku koyakkan mulut dia sebab cabul sgt kan. T__T

along :kau pergilah betulkan speaker dia, biar berbunyik sikit henpon ko nih..

aku : malas ah.


tapi kan sejak dua menjak nih asyik terangsang menengok HTC HD7. pergh!! memang terbaik lah dia nye app. aku rasa macam nak lonjak2 je tengok app dia bagai semua. tapi kan harga dia sampai 2k. oh my gucci. memang lah tak beli kan. 2k aku boleh beli beribu pasang kasut. beribu lemon kau tahu. dah aku kata tadi, aku memang tak in sangat dengan gadget2 nih. jadi, terangsang hanya tinggal kenangan lah yer. sebab memang takkan punya nak beli. (lainlah kalau ada putera raja bagi hadiah besday tahun depan sambil naik kuda, pegang coklat, bunga, lilin wangi.. eh! =__=)

lepastu tengok le pulak nokia, nokia nih macam tak berapa nak fun lah design dia. kelam, gelap gelita. lagi canggih lagi tak fun design nya. haihhh~~ lagi satu nokia nih, macam kedekut megapixel. walaupun aku bukan kaki gambar, tangan, badan gambar pun bukan, tapi kalau beli henpon mesti nak megapixel canggih2 macam DSLR.. T__T yang boleh diterima hati yang rapuh ni, nokia c3. boleh lah.. suam2 kuku lah boleh nya tuh.

dalam bulan jun macam tu, ada gaklah rasa semangat berkobarkobar nak beli sony e satio, sebab utama dia nya kamera 12 mp. pergh!! memang terasuk sekejap. tapi bila pergi kedai membawa hajat mesti terkubur.rasa macam tak best lah pulak. entahlah, mungkin belum jodoh dengan dia agaknya.

tengok2 encik samsung macam ada banyak yang best. corby lah, champ lah, galaxy lah, wave lah kan.. best pulak lah kan. tapi semuanya terkandas sehingga ke hari ini. jadi post ini adalah sesuai untuk mereka yang sedang terkandas macam aku sekarang. terkandas idea. T__T


(entry nih memang takde apa. tak payah baca. kalau menggatal baca tak payah lah nak menggatal kata post aku semuanya tak berguna.. pfffttt!! **hidung kembang kempis**)




**blog i, i punya suka =)

Tuesday

MY HEART

hye hati!!
terkejut tak aku tegur kau tiba2 je hari ni? tak pernah aku tegur kau macam ni kan hati. oh ye hati kenapa kau suka menimbulkan macammacam perasaan sehingga kadangkadang aku tak terdaya nak melayan kerenah kau wahai hati.

wahai hati,
setiap kali aku berdiam diri kau mesti muncul supaya aku melayan kerenah kau. macammacam yang kau timbulkan. suka, sayang, cinta, rindu, sakit, kecewa, hampa, duka, gembira, semuanya boleh buat aku gila kalau iman tiada.

wahai hati,
kau nak tahu apa yang paling aku tak sanggup hadapi bila kau muncul. RINDU. ye, aku tak suka dengan perasaan rindu. rindu memang selalu menjatuhkan motivasi aku. bila aku sedang bersemangat untuk belajar kau tampil dengan perasaan rindu pada keluarga. bertimbun timbun air mata boleh aku kumpul kalau kau hadir dalam keadaan aku berjauhan dari keluarga. tapi saat ini bukan rindu pada keluarga yang kau timbulkan kerana aku masih bercuti sekarang. mungkin bila tiba waktu aku perlu pulang ke kolej kau pasti akan mengganggu hidupku semula kan? ah! hati kau memang suka bermain kasar dengan aku.

wahai hati,
kau memang suka potong mood. bila aku sedang bersukaria berada di samping keluarga tercinta kau tancapkan rasa RINDU pada yang lain pula. kau memang suka main kasar dengan aku kan hati. kalau aku dapat kau memang aku lepuk2 dah kau nih. yelah, aku mengaku aku sedang merindui seseorang. puas aku menolak dan cuba bertahan tetapi akhirnya aku tetap kalah dengan permainan kau. aku bencilah bila kau suka main kasar macam nih. sopan santun sikit dalam permainan ni tak boleh ke?

wahai hati,
aku merayu. boleh tak dalam 4 tahun yang akan datang jangan sekali kali kau campakkan RINDU tu dekat aku? boleh tak? boleh lah ye.. aku tak suka kalah dengan perkaraperkara yang semacam ini.




wahai diri,
kenapakah kau sukar nak mengakui
apa yang ada dalam hatimu ini...

Sunday

TERIMA APA ADANYA

post cepatcepat sebab tak nak tengok gambar2 yang ada dalam entry yang lepas. perlu. sebab bila bukak blog ternampak gambar yang menyakitkan hati. habis kalau sakit hati kenapa aku post? ha, cik kiah jawab sendiri lah yerk.

(harap maklum, post ini ada sedikit unsur emo. sekian...)

memang dah lumrah. empunya nama amalina wahida memang degil + keras kepala. bukan itu sahaja, suka cakap lepas bila sesuatu perkara tu bukan seperti yang aku duga. kadangkadang menegur dengan cara yang kasar. semua benda kalau boleh ,mesti jadi macam yang aku nak.yes, i have my own ego. suruh ubah sesuatu memang dia susah nak ubah. lepastu bila terkena kat batang hidung sendiri baru lah terhegehhegeh nak ubah sikitsikit. HELL!! aku tak suka ubah sikap azali nih. kalau bukan degil + keras kepala bukan amalina wahida lah nama aku. so? how? should i change myself? TAKKKKK NAKKKKKKK!!! FAHAM?

he : sayang, u must change your attitude. with this attitude u will no where.

me: eh. saya ok jerk. boleh jerk pergi mana2. nak jadi cikgu dah pon. (nampak tak aku mula degil?)

he : saya cakap serius ni, u must change starting from now.

me : memang dah sejak azali saya macam ni. kalau nak ubah pun bukan sekarang. well, u like me because of this attitude kan?

he : mula2 memanglah sebab macam tercabar, but in certain way tak boleh.. degil, keras kepala, awak je betul, awak je yang nak menang, memarah tak tentu pasal. tak elok macam tu... ubah ye sayang..

me : ................................. (bila diam macam ni tandanya apa ye rakanrakan??)



terasa hati tau nyah!!!! sakit hati pun ada.( dasar perangai tak nak terima kenyataan betul kan?) faham tak aku tak nak. jangan paksa boleh???? ye. aku memang tahu sikap ni tak elok. takde sapa boleh tahan dengan perangai macam nih. paling tahan pun 2 tahun jerk. tu pun bukan 2 tahun genap bertahan. 1 tahun 1/2 pastu 1/2 tahun lagi blah carik perempuan lain.

bukan ke dalam setiap hubungan perlu terima apa adanya? aku boleh terima segalanya dengan ikhlas. why can't anyone else do the same thing? at least, give me extra time to change. bukan secara tibatiba aku berubah jadi seorang yang menurut kata, lemah lembut, sopan santun, pendam je sume benda walau terasa hati. eh! lemas lah.

mesti lepas ni semua orang tak nak kawan aku dah kan?? oh lupa. saya ni jenis tak ambil pusing apa orang cakap. hidup dengan cakapcakap orang ni memang takkan bahagia. am i right?





*tengoklah, samada 'dia' boleh bertahan atau tak dengan perangai yang semacam ini.
**berani tulis macam ni sebab 'dia' tak suka baca blog2 macam nih. lalalalalalla~~

Friday

MACAM MANA EH?

sejak akhir2 ni aku ada masalah bila tertengok beberapa perkara. antaranya adalah:

aku jadi sakit hati bila tengok makhluk nih



lagi besar makhluk ni lagi bertambah sakit hati.



aku jadi menyampah bila tengok kain nih.



tak kira apa corak sekalipun kalau dah benda kat atas ni tergolong dalam keluarga
yang sama, tahap ke menyampahan aku semakin berleluasa.

hati aku macam kene tikam2 bila aku dengar lagu nih.









lagu ni boleh buat aku menangis teresak-esak sampai hingus belenguih tahu. sakit kepala menangis tanpa rela nih.


aku rasa macam nak menangis bila nampak baju brand kat bawah nih.



lagi bertambah sakit hati bila aku ternampak baju brand nih dipakai oleh
"dia" <--- merujuk kepada perempuan.




macam mana eh nak buat? dah macam2 cara dah aku cuba cool down. tapi adrenalin aku jadi semacam bila tertengok benda2 diatas. serata mana aku pergi aku akan nampak benda2 kat atas nih. tak tenang lah ada perasaan macam nih. ='(

Wednesday

MOTIVASI INTRINSIK

SELAMAT MAAL HIJRAH 1432 KEPADA SEMUA BLOGGERS DAN SELURUH UMAT ISLAM!!

kalau wish2 gini (? apakah?) terasa macam wish2 besday ngan happy new year lah pulak kan. selalu akan bersepah2 mesej selamat tahun baru bila 31 disember sampai sesak2 traffic maxis/celcom/digi/umobile/etc. *tak perlu eja wish2 sebenarnya cukup sekadar wishes! hype! biasa tuh yerk salah2 eja kan.* tapi bila maal hijrah memang leh kira ngn sebelah tangan jerk. HAHAHA!!

banyak sebenarnya harapan yang aku bina sempena maal hijrah. aku nak hijrah macam2 perkara yang sangat looser dalam diri ni. contohnya perkara yang semakin melampaui batas sekarang adalah bangun lewat! haih~ anak dara memang tak bagus bangun lewat. eh! anak teruna pun sama.

satu benda yang paling nyata yang aku dah hijrah kan adalah aku dah delete "benda tu" yang sering mengganggu hidup aku sejak akhir2 ni. ye mungkin tak mengganggu hidup kalian tapi mengganggu hidup aku. oh. siap guna kata ganti nama kalian lagi nampak tak aku bersungguh? bukanlah delete macam terus vanish tak ingat langsung. sikit2 lah kan. walaupun makan masa aku berusaha bukan? *tepuk tangan sekarang!!*

tapi, ada satu lagi yang perlu aku delete. mungkin minggu depan aku delete. ye. minggu depan. yakin minggu depan aku akan buang segala2 yang mengganggu hidup aku sejak akhir2 ni.

meletakkan fokus yang masih boleh dikawal dihadapan mata semula. sejak akhir2 ni hidup aku kacau bilau bila "benda tu" jadi pada aku. semua fokus utama aku macam dah lari sikit but i am glad, ALLAH tak biarkan aku terus lena ditelan arus dan terdampar. alhamdulillah... syukur.=)
sekarang otak dah mula fikir kan fokus itu semula. fokus apa ye? ya, seiring dengan perjalanan masa aku akan upgrade tentang fokus itu pada kalian semua.sekali lagi aku guna perkataan kalian.

ada banyak lagi yang aku dah rangka untuk kehidupan masa hadapan. yup. i try my best to do it one by one starting from tomorrow. wish me luck fellas!!



**motivasi intrinsik adalah kesedaran tentang perkara yang baik yang didorong oleh diri sendiri. kalau nak lagi detail belajar lah ilmu pendidikan. mata pelajaran yang kuliah memang membosankan tapi bila baca balik, ilmu yang sangat berharga. that's the 1st reason how i fall in love to be teacher **

Saturday

JALAN CERITA ITU

aku rasa aku dah dapat apa yang aku cari. tak perlu nak berdrama mengangis teresak-esak. benarlah ada ungkapan yang pernah aku baca.. DIA tak beri apa yang kita perlukan, tapi DIA beri jalan supaya kita dapatkan apa yang kita perlukan.. aku masih terfikir kenapa jalan "cerita itu" akhirnya menjadi begini. bukan hari ni je tapi hari2 setelah jalan "cerita itu" berakhir 3 minggu yang lalu.

mungkin sebelum ini jalan "cerita itu" terlalu pantas berjalan sampaikan aku hanyut dan lupa dengan apa yang aku cari selama ini. aku mahukan redha- Nya dalam setiap apa yang aku lakukan. namun aku terlupa bahawa apa yang telah aku lakukan adalah jauh dari redha-Nya.

kenapa perlu nak meratap sedangkan apa yang aku lakukan sekarang ini adalah sudah berada di jalan yang benar. jauh dari segala perkara yang menyebabkan aku jauh dari redha-Nya. DIA pengatur terbaik untuk hambaNya. DIA tahu apa yang terbaik. walaupun jalan" cerita itu" sudah aku hentikan. kuasa DIA siapa nak tahu apa yang akan terjadi lepas ni kan?

jodoh, ajal, maut ditanganNya dan diluar kuasa manusia. ye, memang kita sebagai manusia perlu berusaha. dan bukan usaha yang "semacam itu" yang perlu kita lakukan. usaha yang perlu dilakukan adalah berusaha untuk menjadi yang terbaik untuk mendapatkan yang terbaik.

"DIA jadikan setiap makhluk berpasang pasangan, setiap makhluk berhak untuk mendapatkan kebahagiaan.."




**
memang benar, dengan mengingati ALLAH jiwa akan menjadi tenang..**

Thursday

D . I . S . E . M . B . E . R

hey2!
its DISEMBER guys!
maksudnya, SALE SALE SALE SALE!! (kau dah pohkai kau ada hati nak berbelanja bagai sekarang?!) pheeuww~~ that's the word ok. pohkai. kalau pohkong sedap sikit mak nak gadai tau nyah! KAH KAH KAH.

hello disember,
hope u r in the pink of health. oh, how's your mom? is she ok? hope she's doing well. send my regards to your handsome brother, hakeem.. =)) ok. dah panjang kau mengarut kan. let's begin. berharap esok adalah permulaan hidup baru. i want to do apa yang tertunggak bulan november haritu.

1st : renew appointment jumpa doc asraf. haih~ walaupun dulu rasa macam tak sabarsabar nak jumpa doc nih sebab hensem, sekarang dah tak tergoda lah. kenapa eh dah takde nafsu nak jamu mata dengan docdoc hensem nih? KAH KAH KAH.

2nd : start my project for my health. yeah! good for my back bone. baiklah saya akur dengan suratan ini, saya perlu lakukan anjakan paradigma. wait for this update guys!!

3rd : dont cry anymore. (yang ini separuh janji. HA HA HA)

4th : renew physiotherapy. if need. kalau doc kata dah sihat.. yes!! tak perlu lagi.

5th : nak bangun awal. BANGUN AWAL! SUPAYA REZEKI MURAH MASUK. JODOH CEPAT DATANG. sengaja bold dan capslock supaya rezeki dan jodoh mudah dengar dan cepat2 datang. =_=

6th : tido awal. dan tidak selewat sekarang. yeah! promise, tomorrow takde entry lewat2 malam dah. (yang ini pun separuh janji. HAHAHAHA)

itu je lah kot. panjang berjela pun bukan kau suka baca macam belog hanis zalikha pon kan?? kan?? kan??? =_=

Tuesday

TAKKAN LAH KOTTT....




kredit to encik google.

dah puas tatap gambargambar diatas? comel kan? rasa macam nak sepaksepak sebab comel sangat. yang takde gigi aku rasa macam nak tariktarik jerk gusi comelcomel nih.

haih~
kenapalah kulitku tidak semulus kulit bayibayi sekalian. eh. bayi! kau tahu tak nanti kau dah besar kulit kau akan tumbuh jerawat jugak! eh. eh. apesal tetiba emo ni kan. tak baik tau amal nih.

he : "awak ada fikir tak nama anak awak nanti?"

me: "errr.... tak fikir lagi."

he: "eh!(dgn nada tekejut + dissapointed) itu kan bakal anak awak... takkan awak tak fikir lagi...apelah..(seriously, sgt dissapointed nada suaranya)"

me: " err...(try to find some name untuk sedapkan hati dia). lama lagi pun nak ada anak banyak masa lagi nak fikir." (at last aku jawab macam nih jerk)

he : "ok, kalau macam tu kita panggil dia daniel."

me: " err.. (aku tak suka nama daniel nih) .......... ok. daniel." (hipokrit!!!!)



aku ni sangat tak membantu kan? tak pernah terfikir pulak nak ada nama anak bagai. it is too soon to talk about this matter i think. kan?kan?? betul tak??perlu ke aku fikir nama anakanak nih semua? takkan lah kottttt.....

Monday

DIARY VS BLOG

dulu-dulu kan bila aku nk mengadu nasib, bila rasa macam tak tenteram je hati, aku akan menulis dalam diary.. diary kaler hijau yang tertulis dekat kulit buku tu perkataan HAPPY. tulisan buku je HAPPY tapi dalam tu, 86% adalah cerita sedih. cerita yang bila aku tulis je dalam diary tu akan diiringi dengan air mata. sambil tulis menitik nitik (sebutan menitik ok bukan menetek) air mata jatuh atas kertas.

konon-konon macam cerita drama lah tulis surat dekat kekasih sambil nangis lepastu kat tulisan tuh dakwat kembang sebab air mata punya pasal. ceh! menyampah. tapi since aku putus cinta anak anjing 5 thn dulu, aku terus bakar buku tuh. sebab, dah macam 'puaka air mata' sebabnya, bila aku bukak je, aku baca baitbait tulisan aku, mesti aku menangis. KAH KAH KAH . nyah kau buku puaka. aku dah bakar kau.

sekarang, aku gunakan blog ni untuk aku luah segala rasa. segala perkara yang bukan rahsia. maaflah memang setiap manusia ada cerita yang tak perlu dicerita. nanti boleh jadi salah faham dan ada yang SOK SEK SOK SEK pasal peribadi orang kan. tak baik tau SOK SEK SOK SEK. nanti i cili mulut u, baru padan muka tau!

tapi, aku rasa aku perlukan diari semula. aku rasa lebih puas dengan menulis dari mentype. kan? kan? kan?? kau orang tak rasa macam tu ke???

Sunday

OH. MELAWAN YE.

oh, melawan ye. (ulang tajuk) baik! mari kita bermain dengan destiny. we'll see who's the winner of this sucking contest. we'll see..we'll see.. i wish time will running faster than he do before.

**meletakkan harapan pada manusia adalah sia-sia..

Saturday

SOLEMNIZATION .... F . A . N . T . A . S . Y

amboi2! sejak menjak ni, asyik nak guna 'vs' jerk untuk tajuk kan. *senyum sumbing*


HELLO!!! bertemu lagi kita di dalam rancangan........... (drum roll)
SIAPA NAK KAHWIN!!!!!! ** muka xcited sambil kembang2 hidung** maaflah ye, makcik i kata, umur 21 tahun ni memang umur menggatal. mungkin bila dah 22 tahun i tak post hal-hal berkaitan ni dah. tapi kan.. tapi kan... TAK JANJI TAU!! hahahahah!!! shut up amalina.

ok. back to the main. sebenarnya nak tanya mana satu resepsi dalam ceremony sesebuah perkahwinan yang kau orang semua paling suka?
oklah. aku paling paling paling paling..ok senang cite aku tersangat suka majlis akad nikah. kenapa amal?kenapa kau suka akad nikah je?

as u know, ceh..ceh.. macam semua orang tahu, akad nikah ni benda yang paling important kan? important dan sangat istimewa yang macam bagi aku, lepas sah je kau jadi isteri tanggungjawab baru kau dah pikul. masa lepas akad nikah ni lah, kau dan dia saling memiliki secara confirmnya. masa nilah baru boleh cakap "i'm yours darling..." masa nilah first time kau cium tangan seorang ajnabi yang dah jadi suami kau secara sah. masa ni kau boleh pegang dia sesuka hati tanpa mak ayah kau risau. orang kampung pun takdelah nak SOK SEK SOK SEK bila kau pegang suami kau kan? *angkat2 kening*

seriously, tyme nih nampaklah kewibawaan seorang suami yang sanggup menggalas tanggungjawab untuk menjaga, mengasihi, mencintai dan segala mala 'meng' lah kan kat kau sampai akhirat.. warghh!! (gila tak caya aku mengepost entry semacam ini.)

jom kita pergi lebih dalam. dalam? whatever. T__T jom2 aku nak bawak kau semua sama2 masuk dalam impian perkahwinan yang ada dalam otak gedik aku nih. i wish my solemnization on my birthday. 29 april. then semua orang kene pakai baju kaler purple. mesti. belum apa2 dah jadi diktator pada orang ramai kan. T__T

then persandingan i dont care, bila2 cuti sekolah pun boleh but on the same year. tak nak ah nikah tahun ni, sanding tahun depan. not good ok. mana tahu dah gemuk kan?? so, gambar wedding tu nanti jadi tak cantek. (tapi curious lah, macam dan2 je kurus kan tyme tuh.)

as i told u, nikah is my priority. because i like solemnization more than others. oklah, cukup2 lah kan bebel pasal ntah hape benda yang kau orang pun macam menguap bila baca kan. so that, kita jumpa lagi di lain masa.





like this video so much. sebab pengantin solat sama2 lepas nikah. selalunya, pengantin lelaki solat sensorang lepas nikah kan..



**kita tengok, samada imaginasi ni seperti yang DIA aturkan atau tidak.. kita hanya merancang, DIA yang tentukan.. =)) **

Friday

S . E . M . A . N . G . A . T!!!!!

go amal go!!! woot!!! wooottt!!!

siapa lagi nak memotivasikan diri sendri kalau bukan diri sendiri kan?? hello2!! lupakan kisahkisah semalam. today is the day yang menentukan what we will be in future right?? lepas makan spagheti yang macam bapak- banyak- kau- makan- weyh! petang tadi, eh. bukan hari ni jerk aku melantak macam orang baru keluar penjara. actually since last three days makan banyak gila. makan. makan. makan. eat. eat. eat eat. eat. argh! whatever.

lepastu tetiba macam,badan memberikan isyarat ting! ting! ting!. bukan bunyik duit syiling masuk dalam tabung. tapi ada satu signal yang menunjukkan badan tak dapat, menampung lagi berat yang sedang dikendong sekarang. shame me! padan muka. eh. bila masa aku kurus sebelum ni kan? KAH KAH KAH.

jadi, maksudnya disini, kita perlukan PERUBAHAN!! ye PERUBAHAN!! ayoh. err.. tapikan tak tahulah kan bila nak mula.. err.. kalau niat baik bukan ke dah dapat pahala??? kan?? kan?? kan??

ok. sambung balik. lepas makan spagheti yang sumpah banyak gila. tetiba last suapan tu macam tersedar. wth lah kan makan banyak2 macam ni. esok pon makan banyak2 macam nih. lepastu emo sorang2 sampai MCR pon buang celak dorang tengok aku emo tak habis2 kan. so that, i am realise.amal! u have to stop being like this. stop. just let it be. then, my friend post satu quote ni kat facebook

"There is only one way to happiness, and that is to cease worrying things which are beyond the power of our will." - Epictetus

so that, tak payah semak2 kepala fikir benda yang diluar kuasa kita. jadi, biarkan DIA yang MAHA PENGATUR TERBAIK mengatur apa yang terbaik. tugas aku, hanya ikut flow. yeah. this is the flow yang aku perlu lalui. well, it's ok even it were so painfull... =))



**nak minta maaf kepada fatin liyana sebab mintak resepi cupcake tapi i tak balas2 mesej. sorylah darl, masa u text tu i 'diambang sore' lah...**

Wednesday

WARKAH (entry emo)












walaupun semuanya berlaku dalam 3 bulan yang pantas
banyak perkara yang kita dah kongsi bersama...










sampaikan setiap perkara yang berlaku disekeliling
membuatkan saya teringat-ingat...












keadaan ni buat saya makin sukar nak hindarkan diri
dari fikir pasal awak, awak dan awak...
haih...
tak elok mengeluh kan?
























bila dengar bunyi gitar
saya teringat kat awak.....
























baru sehari.
macam mana nak harung
hari2 yang mungkin makan tahun ni?














dah kata dah,
menyeksa diri sendiri saya memang pandai..
semoga saya kuat semangat untuk teruskan keputusan yang dah dibuat....

Tuesday

ONE STEP BACK vs ONE STEP FORWARD

dalam masa 3 bulan kebelakangan ni, hidup aku berjalan dengan terlalu cepat. seriously, cepat yang tak tahu macam mana aku nak cakap. if u r the loyal readers, yang selalu baca apa yang aku merepek kat sini, kau mungkin dapat menghidu apa yang sedang berlaku kat aku. ha, betullah tu apa yang ada dalam kotak fikiran kau semua (tiba2 kan macam ni).

kecepatan masa tu berlaku bila dia datang jumpa mak ayah aku untuk minta izin berkawan dengan aku. lepastu dengan tak semena-mena seminggu lepastu secara tak sengaja aku dah diperkenalkan kepada family dia. paling tak boleh blah adalah diperkenalkan kepada whole family. i mean, keluarga besar dia.

boleh kau cuba bayangkan, semua ni berlaku dalam masa 3 bulan. kenal bulan september after that november terus dua2 dah jumpa mak ayah masing2. hello? drama apa yang tengah berlaku ni? ingat ni slot akasia ke? ingat lepasni boleh terus kahwin ke hape?? lepastu tetiba jadi hapily ever after kan?? banyak cantek muka, macam lah hidup ni sesenang macam fairy tales kan. tak payah nak berangan lah kan.

paling peliknya, masing2 dah kenal mak ayah masing2, mak ayah masing2 dah restu dah bagi pendapat dan sangat surprise! kedua2nya bagi feedback positif. tapi SURPRISE!! aku dengan dia masih tak kenal hati budi masing2. macam mana tuh? apesal drama yang tengah berlaku ni macam tak kena??

dalam masa 3 bulan ni, aku banyak fikir. eh? kenapa macam cepat sangat semua2 benda ni jadi ni? aku rasa macam aku dengan dia masih baru sangat kenal. tak sampai 6 bulan. tapi macam mana takdir dah membawa dia dan aku mengenali ibu bapa masing2?? hello! ada masalah nih.

so that, aku rasa aku kene slow down balik perjalanan cerita ni. kene tukar gear rendah dan berhenti kejap dekat traffic light, makan2 dulu dekat RNR. Sebab, laju sangat 'kereta' yang kitorang bawak ni.

perbincangan sudah dilakukan, atas persetujuan bersama, kitorang buat keputusan untuk slow down, kenal dulu hati budi, sesuai atau tidak, adakah kami punya keinginan dan impian yang sama. yup. sakit memang sakit. sebab kenderaan yang terlalu laju, hampir2 buat aku dan dia terbabas.

jadi, sebelum eksiden kita perlu beringat. berbalik pada jalan cerita yang terlalu laju yang kami lalui, itu semua biarkan. mungkin itu petanda untuk hari kemudian, dimana kalau jodoh antara kami dah sampai, ibu bapa kedua2 nya sudah saling mengenal, sudah boleh menerima dengan baik sesama kami.

besar kemungkinan keputusan yang dibuat akan membuka jurang yang besar antara kami. tapi... hey! tak sedar ke ada yang MAHA KUASA penentu segala. ada YANG MAHA PEMURAH untuk kau sandarkan harapan. DIA yang mengatur segala yang terbaik untuk hamba2NYA.. jadi, kenapa perlu takut?

aku sangat percaya pada jodoh. kalau jodoh aku dan dia kuat, insyaALLAH dengan dia lah aku akan bersatu dengan izin-NYA pada suatu hari yang tepat kelak yang telah ditentukan sebelum aku dan dia dilahirkan kedunia lagi....


kesimpulannya, we are not belonging to each other yet. it is too fast for everything we did in this past 3 month. so that, we take one step back and hold on. perasaan terhadap diri masing2 memang dah tak perlu nak diluahkan, sebab masing2 dah tahu apa yang ade dalam hati masing2.







**kalian doakan kekuatan jodoh kami berdua ye**

Monday

AKU BANGUN AWAL LAH WEYH

" angah, esok boleh tak bangun awal pukul 6.30...."

kau ingat angah bangun lambat sangat ke?????



mendayu-dayu je suara budak nih nak mintak aku hantar pergi sekolah.




eh! bukan dah cuti sekolah ke?
so, dipendekkan cerita esok bermula episod peperangan adik aku. perang SIJIL PELAJARAN MALAYSIA. wohooo!! semoga berjaya dapat straight a's!!!

LANGIT TAK SELALU CERAH

dulu sebelum diberi perasaan aku selalu berdoa akan dikurnia perasaan seperti itu bila tiba masanya.
akan dibuka kan pintu hati untuk menerima sekiranya sudah tiba masanya.
bila dah terbuka pintu hati untuk menerima aku mesti bersedia untuk menghadapi gelojak jiwa dan gelora pasang surutnya sesuatu yang aku terima itu.

namun, aku manusia yang sangat lemah..
tak tahu apa yang akan jadi, dah tak ingat apa yang sudah terjadi, dan tak tahu apa yang sedang terjadi. sebab aku bukan MAHA MELIHAT. tetapi DIA yang memberikan perasaan ini YANG MAHA MELIHAT.

DIA mengetahui setiap sesuatu.
sungguh, langit tidak selalunya cerah..
mungkin kerana kekhilafan aku, perasaan tu bertukar menjadi hambar dan lesu.
aku tak suka mengongkong atau merimaskan
tetapi manusia memang selalu alpa..
bila diberi nikmat kebahagiaan, jadi terlupa kebahagiaan juga suatu ujian...

jangan mudah mengalah sekiranya kau menyayangi apa yang diberikan olehNYA ini.
jangan mudah mengalah untuk menyelesaikannya secara perlahan-lahan.
insyaALLAH, memang permulaan mungkin berliku, tapi penghujungnya akan mudah terurus.

Thursday

SAMBUTAN AIDILADHA (17.10.2010)

he: "kamu, jom keluar."

me : "ha? pergi mana? bila?" (memang kalau ajak keluar aku macam terkedu kejap. entah kenapa entah otak aku suka stuck )

***********************************************************************************


lepas mintak permission emak, sebenarnya, sepatutnya, seharusnya lah kan kitorang pergi tempat lain. tapi disebabkan dia nak tengok sepupu dia eksiden kan, aku turuti kemahuannya. diterangkan disini, ini adalah pertama kali. supposed to be romantic or meaningfull or unforgetable moment for both of us.

so, merpati dua sejoli ini menghabiskan masa bersama buat pertama kalinya, di hospital seharian suntuk.HOSPITAL. NAK AKU ULANG LAGI SEKALI KE? baiklah, i dont care. yup. jujur aku tak kisah, even aku tak dapat main congkak, main guli, laga gasing berdua dengan dia at least aku rasa aku macam berbakti untuk dia. yup. berbakti. walaupun seciput jerk bakti yang aku gembar- gemburkan ni, tapi tetap namanya BAKTI kan?? bukan buku BAKTI yang ada gambar-gambar nostalgia masa kau form 2 kat SMKBBB dulu, tapi bakti bermaksud kau memberikan sumbangan tak kiralah tenaga atau harta benda untuk sesuatu yang kau rasakan berbaloi dan tidak mengharapkan balasan.

mungkin dah tertulis agaknya, planning punya cantek nak pergi entah mana-mana kan, alih2 aku terjumpa bakal mak mertua secara tak formal di HOSPITAL jugak lah pulak kan. bukan mak mertua sahaja ye, malah seluruh ahli keluarga tua pun aku sudah jumpa. pergh!! terbaek!! lomah lutut den nak menghadap suku ahli keluarga besar dia.

dek kerana semuanya secara kebetulan, maka sekejap sahajalah aku berjumpa, just salam umi, bapak, kak long, dan kak ngah dia lepastu terus mintak diri. tak sampai lima minit pun. jadi, mari tepuk tangan keatas keberanian dan pengorbanan yang telah ditonjolkan pada HARI RAYA AIDILADHA KALI NI.

ADA KAU SAMBUT RAYA KORBAN MACAM AKU? ADA? ADA?? T__T
**mungkin aku boleh beri nama cinta hospital pada kisah kami berdua. how sweet u are! =_=**

Tuesday

SUKA SENGSARAKAN DIRI SENDIRI

dari kecik inilah talent yang paling obvious sangat pandai buat. sengsarakan diri sendiri supaya nampak melarat dan dah macam takde harapan nak sembuh. padahal tak payah lah nak ber drama sengsarakan diri sendiri.

1) umur 6 tahun bermula episod sengsarakan diri sendiri. demam kejap je. tapi sebab nak nampak lagi sengsara dan bapak pemalas nak pergi tabika maka ambil selimut beribu lapis (ceh! 5 lapis pun dah cukup sebenarnya) kemudian, balut diri dan kemudian buat muka macam " sejuk gila macam kene campak kat tengah2 laman pada cuaca winter" buat gaya gigi bergetar-getar menggigil macam dah lama tak dapat dadah. pergh! memang menjadi lah sampai ayah pun melihat dengan pandangan. " wahai anak, tak perlulah ke sekolah, tidur ye." kemudian, pukul 10 waktu tabika dah habis terus bukak tv tengok sesame street. segment banana in pyjamas dengan elmo!


cepat mengaku elmo comel sekarang!!!

2) umur 12 tahun. tersimpan perasaan dekat teman karib lelaki. ngeh! lepastu bila tahu dia ada makwe lain terus macam balik sekolah emo-emo. masuk bilik menangis macam kene sawan. lepastu tak nak pergi sekolah agama. tertidur sambil tulis kat dalam diary yang mangga diary tu dipecah masuk oleh diri sendiri sebab kunci dia hilang entah ke mana.

3) waktu sekolah menengah. masa sekolah menengah kan ada dua sesi. pagi abang form 5 duduk dekat tempat duduk tu lepastu petang, saya(tak tahan terus tukar kata ganti nama tuh!) duduk dekat situ. lepastu saja tinggalkan note 'tolong jangan ambil buku bawah meja ni. sebelah buku awak, sebelah buku saya.' ceh ceh.. lepastu bila abang tu balas. 'adik nama siapa?' terus terkembang kempis esok nak datang awal nak tengok abang yang duduk kat tempat tu hensem ke tak. kalau hensem terus kecoh dekat rakan-rakan "hensem seyh abang tuh" sambil bangga sebab abang yang duduk dekat meja rakan tak se hensem abang kita tuh. =__= bila tahu abang tu dah ade awek. terus emo-emo conteng buku abang tuh lepastu bawak balik semua buku.

4) sengasarakan diri sebab nak basikal. sanggup tu jalan kaki pergi sekolah walhal ayah dah offer nak hantarkan. tapi tekad sambil berkata dalam hati "biar ayah nampak peluh2 angah pergi sekolah nanti mesti dapat basikal." sampai lah ke hari ni, dah banyak gila peluh tumpah lebih dari petani membanting padi pun tak dapat-dapat basikal. kalau tahu lah takkan dapat sampai sekarang, takde maknanya aku nak peluh2 pergi sekolah. huh!

5) suka sengsarakan diri fikir bukan-bukan. bila kalau pergi bilik air sorang2 malam2. mesti sengsarakan diri sendiri dengan fikir nanti ada tangan keluar dari dalam jamban lah. ada benda ketuk pintu lah. bila bukak pintu bilik air nak balik bilik. mesti macam takut ter SURPRISE! ada benda putih terjongol. padahal takde pon. dan kesengsaraan ini berlanjutan sampai sekarang. =__=

6) suka sengsarakan diri dengan cinta dalam hati. bermaksud ter syok sendiri suka dekat orang tu. padahal orang tu tak suka kita pon. ape kebenda lah suka syok sendiri kan.

7) bila berada dalam satu relationship mesti suka terfikir yang bukan-bukan. kalau orang tu dah pernah couple banyak2, sebelum kita wujud dalam hidup dia, mesti suka fikir dia tak sayang kita. lepastu kalau ex dia ada fecebook ke, frenster ke, myspace ke, terus nak tengok ex dia tu macam mana, lepastu suka banding2kan diri sendiri. lepastu suka kutuk diri sendiri sampai emo-emo nangis-nangis bentan-bentan mata sebab nangis meratapi kekurangan diri sendiri. padahal pakwe kita tu tak cakap apa-apa pon. =__=

8) suka mogok lapar tak nak makan lepastu hentak-hentak barang lepastu slam dunk pintu hempas kuat-kuat nak tunjuk kat mak yang kita tengah emo nak jugak macam adik dapat. walhal mak bolayan jerk. saket hati! =__=