PENGIKUT

Tuesday

proses nyahtinja... kolon korang baik ke?

harap maaf, post kali ni agak kotor (kalau korang baca sambil bayang). harap dibaca, kerana ilmu.

since aku tengah diet, aku makan tak banyak. entah mana datang kekuatan ntah untuk makan tak banyak. hihihi.. (tak comel gelak macam ni amal)

kali ni, aku nak cerita pasal kesihatan. bukan pasal berat, tapi proses nyahtinja. macam biasa, bila sebut nyahtinja mesti kata kotor kan? tapi, korang tahu tak nyahtinja ni penting. korang kena risau kalau dalam seminggu korang tak pergi membuang. korang kena risau! mesti risau! (aku marah ni)




sebabnya, before this aku macam tak kisah pun pasal nyahtinja ni. tapi, entah macam mana aku terbaca pasal jenis-jenis tinja yang baik, tak baik. oh mai! banyaknya ilmu yang aku tak tahu. makin banyak baca, makin banyak yang aku jumpa. *insaf*

kan aku dah cakap tadi, aku tak kisah pasal nyahtinja ni before this. orang kata minum banyak-banyak air nanti hari-hari boleh nyahtinja. makan banyak-banyak buah nanti senang nak nyahtinja. tapi, ada satu benda yang aku tak faham, AKU MAKAN BUAH BANYAK DAN MINUM AIR BANYAK tapi, tetap aku tak nyahtinja hari-hari macam yang korang gembar gemburkan. AKU MAKAN SAYUR. harap maklum..

maka, aku pun tergerak hati nak baca artikel pasal nyahtinja, kolon, usus ni semua. HAMBEKKK! tetiba perasaan risau menyelubungi diri. PANIK sekejap. bila banyak baca, rupa-rupanya bukan aku sorang je yang ada masalah macam ni. ramai rupanya. kantoi lah korang.. hahahahaha!

jadi, setiap kali search mesti  aku banyak terbaca pasal psyllium husk. pernah dengar? PSYLLIUM HUSK. rupanya macam ni.


harga dia, rm25.00 untuk 500 gram. satu bungkus ni, boleh bertahan selama 3 bulan. cari kat farmasi. semua farmasi ada. jangan risau.. :)

cara nak minum :
 - satu sudu makan bancuh dalam se-mug air kosong/masak/jarang/mineral.
- kalau nak tambah perisa pun boleh, letak lah air oren ke apa2 yang korang suka.
- letak dalam masakan pun boleh.

tapi, sebab aku ni jenis tasteless. memang tak minum air kaler-kaler ni, so, aku telan setiap pagi dengan se-mug air kosong. rasa dia macam biji selasih. bagi aku, sedapp!!!

peringatan:
korang kena minum air kosong banyak-banyak dalam 3 liter sehari. sebab, psyllium ni serap air bawa ke kolon. kalau badan tak cukup air, nanti tinja korang tetap keras. maka, sia-sia je lah korang makan psyllium ni. ye dak?

hasil pembacaan aku. fungsi utama psyllium ni bersihkan kolon. kalau kolon bersih, maka kolon anda sihat. sekarang dah boleh LOMPAT GEMBIRAAA!! yeahaaaa!!! korang boleh search kebaikan psyllium husk ni. google je. pasti! ada. maka, aku nak share apa yang aku rasa setakat ni. satu perkara yang paling best lepas consume psyllium ni, aku akan senyum dan hati girang lepas keluar bilik termenung. muahahahahahaha!!

korang cuba bayang, kolon korang penuh dengan bahan buangan. disimpan lama tak buang-buang. euwwwwwwwwwww!!!!


peace. :D


Friday

bandung day - 2

assalamualaikum..

tak nak mukaddimah panjang-panjang. ayuh kita ke bandung semulaaaa!!!!
*lari-lari kejar flight*

hari kedua dekat bandung, kitorang pergi

cibaduyut - pasar baru - rumah mode - kartika sari

cibaduyut.

lets the picture talk



eh. sebelum tu, kenalah breakfast dulu.. ye dak?
:P





errr... rupa-rupanya, aku tak snap banyak gambar kat cibaduyut. kesian kan?? :"(
aku syorkan sesapa yang nak beli kasut kulit, boot beli kat sini. murahhhh!!! dan ini adalah reason kenapa aku tak sempat ambil gambar. gelojoh beli-belah. lupa semua benda. *big sigh*


pasar baru

 pasar baru adalah tempat wajib engkorang kena pergi. wajib. (sukahati kan jatuh hukum macam ni?) nak cari baju raya, kain pasang, lace( murah nak meninggal!!), anything u just name it. seriously, beli dekat sini. jangan lupa beli kerepek pisang salai!! seriously, aku beli sepuluh bungkus, sekali hadap je. heh. TAK CUKUPPPP!!

ehemmm!!

lace banyak dan murah!
*pengsan*

batik cotton.

batik jawa

heeeee :D

ni je lah yang sempat aku snap sebelum aku hanyut dalam kain-kain pasang yang buat aku meroyan nak beli satu kedai. T_________T

rumah mode

masa kitorang sampai kat rumah mode, hujan. lebat kemain.. rasa nak menangis je sebab harapan nak ambil gambar kat patung rumah mode macam orang-orang kat dalam google image tu seakan kabur. *lap air mata* 

untuk mengubat harapan yang semakin kabur tu, kitorang bawaklah diri pergi masuk dalam rumah mode tengok baju budak-budak kecik. haihhh.. bila ntah nak ada anak buah ntah!! heh!!





tak nampak hujan eh? 


serius! hujan. sampai jammed kat depan signature ruah mode tu. acane nak ambik gambar? wuwuwuwuwuuu~ 

maka, kitorang decide jalan-jalan sekeliling rumah mode ni, beli batagor. aha!!! korang kena beli batagor tau! sedap sampai boleh pengsan bila makan. LAPARRRRRRR!!!!!!

batagor sedappppp!!!


tengah jalan-jalan, tetiba ternampak satu lagi signature rumah mode! yeahaaaaaaaaa!!!!





heeeeeeee~~~
happy!!
:D

kartika sari

antara yang WAJIB beli, brownies kartika sari. MESTI BELI TAU!! heeeee~ memang. makanan je yang aku ingat bila pergi bandung ni. T_________T





seingat aku, kartika sari ni harganya, 35ribu rupiah untuk yang kukus, 45ribu rupiah untuk yang bakar. beza sebab expired date. kalau kukus tahan 3 hari je. so, kalau nak beli, beli masa sehari sebelum korang balik malaysia. :)

peringatan. better beli 2 paling minimum. sebab, makanan ni addicted. rasa terseksa kalau tak habiskan sekotak tu sorang. aku tak tahu lah diorang ni letak amende dalam ramuan brownies ni, ketagih kemain! heh.


balik hotel
mandi, tidur. esok nak berjalan lagi. 



see u next entry! :D