PENGIKUT

Saturday

another heart broken..

pasu yang dah pecah, di gam semula, kemudian pecah, kemudian di gam semula, kemudian pecah kembali...
senario ini berlaku berulang-ulang kali
sampai kau rasa puas untuk pecahkan dan gam semula..
sampai puas...











terima kasih sangat..
pada insan yang buat hati ni
macam pasu kat atas tadi..






terima kasih...






suatu hari nanti kau akan tahu..
dan pada waktu tu kau dah terlambat
untuk merebut aku kembali...

Sunday

R . A . R . E

hoi hai!! kan dah habis exam kan. lepastu malam tu terus je pergi menonton di pawagam. ok. dah gelojoh sebab excited habis exam takde salam takde ucap selamat terus serbu entry kan.. ape-ape lah nak teruskan cerita.

menonton di pawagam cerita ni...


aiseyhman... tengok banner pun dah menggigil lutut..

kan pergi menonton dengan mereka ni..



yang hujung paling kiri tu paling penakut.
*umur paling lanjut pun ye juge =P

lepastu esoknya terus merayap pergi cari ikan laga betina. setelah 7 kedai di sekitar batu pahat, rengit, seri bengkal, bukit pasir, aku jelajah bersama roommate dan *suami (*penegasan bahawa rommate dah berpunya), walaupun sedar bahawa ikan laga ada berlambak dalam longkang.. tahu tak laga jantan berlambak lah, laga betina rare ko tahu. RARE!! pernah dengar perkataan RARE???!! (tak payah nak emosi sangat lah kan)


bosan jadi pembonceng kereta di belakang.
mungkin kalau ada mamat hensem di sebelah akan lebih tabah duduk bersopan

dari pukul 10.30 pagi kami buat lawatan sambil cari laga betina akhirnya pukul 5.30...



tadaaaaa!!!
ingat kalau barang RARE ni cantik ke? tak payah
nak berangan, lagi RARE lagi entah hape-hape.

dah dapat semua yang dicari, akhirnya aku berjaya menghabiskan duit pada perkara yang aku tak pernah beli sebelum ni. hokayyy, dah tak dah kenapa orang kalau hobi dia memancing dia boleh beli joran paling mahal untuk puaskan hati. ataupun kalau minat helikopter boleh beli helikopter sebijik macam dia adalah cucu cicit hilton kan..T__T



hai!

nampak tak? aku beli 3 akuarium mini untuk letak dalam bilik. cuba teka? ha, betullah tu.. aku dah teruja terhadap binatang akuatik. boleh shopping ikan macam shopping kasut tahu. punyalah rambang mata nak pilih.




close up laga betina yang RARE sangat tu kan!!!

kenapa kau tiba2 beli binatang, sibuk2 cari ikan ni amal???

ha...untuk semester 5 ni, aku dengan rakan-rakan se opsyen yang lain kene bela binatang peliharaan untuk subjek binatang dan haiwan kesayangan. memang. betul aku tak suka binatang. tapi aku tak kata aku BENCI BINATANG. kalau orang bersifat kebinatangan ye aku memang benci. eh. bukan BENCI BILANG CINTA. tapi... err.. oklah bye!

sukar dijangka

perasaan ni sukar dijangka kan.
sama juga dengan kehidupan.
bila yang dijangka akan terus meleset
bila tidak dibina tidak tahu mahu ke arah mana.

perasaan ni kadang2 damai
kadang2 bila sampai waktu ia berkocak
akan berkocak dengan keadaan yang susah nak kawal

bila berkocak mesti tak tenteram
bila berkocak air mata pun mesti nak tumpah.

entah kenapa entah
akan datang dengan se'package' air mata
yang murah sangat mengalir.

air mata akan keluar
bila sesuatu perasaan tu datang dalam keadaan yang terlalu dalam.

contoh,
bila terlalu gembira, akan ketawa sehingga mengalir air mata
bila terlalu kecewa akan mengalir air mata tanpa diminta.
bila terlalu risau akan mengalir air mata tanpa dipaksa.
bila terlalu berfikir akan mengundang air mata yang tak berkesudahan.

uneasy..









wahai tuhan pencipta hati
wahai tuhan pemilik perasaan
wahai tuhan yang membolak balikkan hati manusia
ku mohon diusir perasaan ini..
ku mohon dengan sangat

Thursday

subjektif

apa yang subjektif?
bukan cinta.
cinta itu lebih kepada abstrak
bukan subjektif dan abstrak tu
adalah hal yang sama ke?

tak.
tak langsung.
cinta
lebih pada hati

jadi
apa yang lebih subjektif?
apa yang kau maksudkan dengan subjektif?
peperiksaan kah?

kau tahu
hidup ni
satu peperiksaan yang berpanjangan
pernah kau tahu keputusan kau?
atau
pernah kau risaukan penilaian NYA tentang kau?

jadi
apa yang subjektif?

cuba teka lagi
ia berkaitan dengan
perasaan
ingatan
hati
sayang
dan macam2 lah
yang buatkan
hati dan dada kau rasa nak pecah

dapat jawapan?
ye.
jawapannya

RINDU

kenapa kau kata
rindu itu subjektif?

jawapannya,
rindu
umpama menjawab soalan
subjektif yang
memerlukan jawapan yang berjela-jela.
mungkin 20 markah
mungkin 30 markah


yang paling pasti
aku seorang perindu
kalaulah kau tahu
betapa rindu aku ni terlalu besar
betapa rindu aku ni terlalu dalam
betapa rindu ini....


**another entry about RINDU

Wednesday

stress management

minggu stress. memang saja buat tajuk macam tuh sebab bila orang google search akan timbul blog nih. oh hye pengunjung yang tergoogle blog nih. sorry lah saya tak nak cite pasal cara2 nak uruskan tekanan pun. cuma saya nak highlight kan disini

MINGGU NI MINGGU STRESS SAYA.

jerawat dah tumbuh 2 bijik akibat tak cuci muka sebelum tertidur dengan nota2. kenapa awal2 kau dah baca nota2 nih amal? so, for those yang macam nak tak nak baca blog nih atau first time terklik blog nih, ye. saya amik periksa ulangan.!!.. (dah semua orang asyik cakap ulangan aku pun terpaksa angguk walau hal sebenarnya tidak dan kalau nak xplain memang tak sempat lah kalau kau cuma ada 5 saat je bila kau sekadar nak berbahasa basi je dengan aku ='(

fyi, paper yang saya duduki ada 5. (tak payah nak bayang paper tu mcm tikar terbang aladdin. paper tu bermaksud kertas peperiksaan T__T) dan semuanya straigh paper. maksudnya, isnin, selasa rabu, khamis (cuti thaipusam) jumaat. ye straight. HUWAAAAAAAA!!!! (tak payah nak huwaaa sangat)

saya dah lepasi 3 paper. paper 1st oh yeah, alhamdulilah.. bukak2 je kertas soalan terus terdetik dalam hati (encik zel i love u lebih lah!!!T__T )

paper kedua dan ketiga.. bukak2 je kertas soalan... (ALLAHUAKBAR... apalah yang susah sangat soalan2 nih... menitik sudah air mata, berpeluh sudah telapak tangan, ku raup2 muka supaya diberi hidayah... 'bismillahitawakkaltualallah.... ='(

tak payah nak hoooyeah sangat ada lagi dua paper. harap2 tak segenting dan sehening seperti dua paper subjek major diatas. serius. jiwa aku luluh bagai dihiris sembilu bila baca bait2 soalan elektrik dengan pentaksiran.






maha luas ilmu Mu
makin aku teroka
makin banyak yang aku belum ketahui...






**wahai diri sendiri, kalau cgpa kau turun kau jangan nak putus asa ok. janji dengan aku ye wahai diri..berdoalah supaya lulus, sem ni kau cover balik ok. ='(

Tuesday

hujan

basah bumi kerana hujan
ada yang mengerti
ada yang tidak
turunnya hujan suatu rahmat
ada yang merungut
ada yang bersyukur
walau kadang hujan penanda bencana
tapi aku suka hujan
didalamnya
boleh kau nyatakan kepada yang maha mengerti
hujan membawa penenang diri.

Monday

pencipta hati

ada banyak benda aku nak luah. ada banyak benda aku nak cakap. ada banyak benda aku nak cerita. ada banyak benda aku nak coret kat sini. tapi, kadang-kadang dalam suatu masa kita nak sangat cakap tapi kita sangat tak boleh cakap. sejak sahabat karib peneman telinga cerita suka duka semakin jauh pergi mengejar cita2 masing2 aku jadikan ini sebagai tempat aku meluah segala rasa. namun sini bukan boleh mengetahui segala apa yang aku rasa. segala apa yang meresahkan. segala apa yang terbuku di hati. puas aku mencari pengganti. aku jumpa lepastu aku kehilangan. aku lupa. rupanya bukan manusia atau media ini yang paling mengerti. tapi sebenarnya yang maha mendengar lebih mengerti.

habis banyak titik air mata. habis banyak segala kata. habis banyak segala yang terbuku di hati aku katakan pada yang maha mendengar. aku pinta ketenangan. tapi aku lemah. kadang2 aku terasa seperti tidak mampu. mahu sahaja aku mencari merayu pada yang sudah hilang. namun, sebelum aku terleka merayu, KAU beri peringatan kepada aku semula.

KAU tunjukkan aku segala yang aku ragui. tapi aku manusia yang sangat sukar mengerti. setiap hari hati aku dibolak balik. dan setiap kali itu juga aku mengeluh dan gundah gulana.

banyak titik air mata menyimbah ke pipi kerana ketenangan yang dicari masih belum dirai.

wahai pendengar setia,
hanya KAU yang maha mengerti
kerana KAU pencipta hati ini.

Sunday

MENGOMEL bicara bisu

hye. lama tak de entry. bukan sebab dah hilang ingatan ada blog. tapi sebab takde hati nak mentype. bukan sebab merajuk. tapi sebab takde topik yang hangat nak di type kan. ah. banyak sangat alasan kau ni kan.

seperti yang kita semua tahu.. (eceh! skema.) aku akan ambil exam ULANGAN 17 sampai 21 jan. ops. bukan sebab gagal tapi sebab gagal memenuhi kehadiran. bla..bla.. bla.. benda biasa aku takde mood nak terang panjang2. maaf. anda salah. saya bukan pelajar yang bermasalah. bla..bla.. bla.. tak nak cerita. huahuahua.. (bosan ketawa macam nih)

tiba2 tengah study (study ke?) statistik aku hilang fokus. ye. kau memang tak tahu kenapa fokus aku hilang. bla..bla.. bla.. perlu cerita ke? oklah, tak payah cerita. (baik tak payah update kalau nak mengomel pasal entah hape2 nih!)

izinkan saya mengomel jiwang karat sekejap boleh?

kosong
kosong seperti angkanya juga
hanya bulat dan kosong ditengah.
tiada apa-apa.

seperti itu
gambaran hati aku
dalam senyap
dalam gelap
dalam hingar
dalam terang

ada kau tahu?
aku pasti kau takkan tahu
kerna hanya hati yang kuat bicara
mulut diam seribu bahasa
hati pendam seribu rasa

sering aku bicara
namun bicaramu bisu
sepi tanpa balasan
sepi tanpa jawapan

ada kau tahu?
tentang apa yang aku rasa
disetiap saat
disetiap hela nafas
disetiap angin yang berhembus
disetiap titik mutiara jernih yang jatuh?

walau bicara mu sering bisu
apa yang ku rasa ini tetap sama
tiada beza sebelum, semasa atau selepasnya

aku mahu kau tahu
bicara bisumu
menggangguku
bicara bisumu
menyiksaku
bicara bisumu
menyakitiku
bicara bisumu
membuat aku ragu..



nota kaki : doakan aku berjaya dalam exam 17 -21 jan ni eh kawan2..

Monday

berjalan tanpa henti

dah 3 hari kita semua berada pada tahun 2011. ada lagi 362 hari lagi untuk bertukar ke tahun 2012. kau ingat senang nak hadap tahun 2011 yang mendatang ni umpama tukar baju kat fitting room? takde maknanya.T__T

aku dah kata kan, aku takde azam untuk tahun 2011 ni. takde azam tapi aku cuba menanam harapan. ade beza ke harapan dengan azam? yang pasti kedua2nya bukan sejenis manusia. kan?

nak luah pasal apa lagi? cinta? takde harapan yang aku letakkan pada cinta. kau sendiri tahu cinta yang macam mana yang sedang aku bicarakan sekarang. berbahagialah pada sesiapa yang miliki cinta itu. dan jangan lupa bahagia juga adalah satu ujian. jangan kau mengeluh pabila kau diuji. jangan kau hanyut pabila kau diuji. aku belajar sesuatu dengan apa yang berlaku.

seringkali berbicara tentang ikhlas. aku sedang mencari dimana ikhlas di dalam hati dan diri ini. maka, harapan aku adalah mencari keikhlasan sehingga aku benar2 ikhlas. memang tepat, mencintai tidak bermakna memiliki, memiliki tidak bermakna mencintai. lumrah. terima atau tidak memang lumrah.

nikmati kebahagiaan yang ada di sekeliling. cukup dengan kebahagiaan ini. walau kadang2 hati ini mahukan sesuatu yang lebih. lumrah. memang lumrah. lebih itu akan menyusahkan. nikmati kesusahan setabah mungkin. nikmati kebahagiaan segembira mungkin supaya harapan yang kau cari takkan menjadi sia2.


akan terus berjalan
walaupun payah..
akan terus berjalan
walaupun sukar..
akan terus berjalan
dengan sekelumit tabah..
kerna aku yakin
hikmah itu pasti..