PENGIKUT

Monday

berjalan tanpa henti

dah 3 hari kita semua berada pada tahun 2011. ada lagi 362 hari lagi untuk bertukar ke tahun 2012. kau ingat senang nak hadap tahun 2011 yang mendatang ni umpama tukar baju kat fitting room? takde maknanya.T__T

aku dah kata kan, aku takde azam untuk tahun 2011 ni. takde azam tapi aku cuba menanam harapan. ade beza ke harapan dengan azam? yang pasti kedua2nya bukan sejenis manusia. kan?

nak luah pasal apa lagi? cinta? takde harapan yang aku letakkan pada cinta. kau sendiri tahu cinta yang macam mana yang sedang aku bicarakan sekarang. berbahagialah pada sesiapa yang miliki cinta itu. dan jangan lupa bahagia juga adalah satu ujian. jangan kau mengeluh pabila kau diuji. jangan kau hanyut pabila kau diuji. aku belajar sesuatu dengan apa yang berlaku.

seringkali berbicara tentang ikhlas. aku sedang mencari dimana ikhlas di dalam hati dan diri ini. maka, harapan aku adalah mencari keikhlasan sehingga aku benar2 ikhlas. memang tepat, mencintai tidak bermakna memiliki, memiliki tidak bermakna mencintai. lumrah. terima atau tidak memang lumrah.

nikmati kebahagiaan yang ada di sekeliling. cukup dengan kebahagiaan ini. walau kadang2 hati ini mahukan sesuatu yang lebih. lumrah. memang lumrah. lebih itu akan menyusahkan. nikmati kesusahan setabah mungkin. nikmati kebahagiaan segembira mungkin supaya harapan yang kau cari takkan menjadi sia2.


akan terus berjalan
walaupun payah..
akan terus berjalan
walaupun sukar..
akan terus berjalan
dengan sekelumit tabah..
kerna aku yakin
hikmah itu pasti..

5 comments:

anak aLi said...

memang betul bila ko kata mencintai tak bermakna memiliki.. memiliki ta bermakna mencintai... hahahaha...

ayah aku pernah kata, cari pasangan bukan senang (tetiba ayah aku bercerita soal jodoh) setakat cinta saja ta cukup... sayang and cinta tak mampu membahagiakan org seumur hidup dia. kita mesti ada keistimewaan kita sendiri yang pasangan kita rasa takde kat org lain. barulah rumah tangga kita kekal hingga ke hujung hayat.

ishiko said...

ceriakan hari2x mu dgn perkara yg indah... chayok!!!!

amalina wahida said...

anak ali~> huuu~ dahsyat encik ali berbicara pasal jodoh. =))

amalina wahida said...

ishiko~> insyaALLAH, hari2 akan indah jika dah ditentukan.. =))

Ana Farhana said...

^_^
meh singgah blog..anda telah di tag~^^