kenapa?? tak boleh ke?
biarlah.. mak ayah aku tak marah pun aku suka menangis.. menyampah adalah sikit.. tetapi memang saya memang suka menangis sejak dari dilahirkan lagi..
aku rasa dah tak terkira banyaknya aku menagis tetapi aku rasa aku boleh state kan perkara perkara yang membuatkan aku menangis..
1) aku menangis bila aku dilahirkan.. memang tipulah aku ingat benda ni.. tapi aku rasa aku bayi yang normal dan sangat comel luar biasa.. so.. aku memang menangis.. apa?? memang betullah.. buktinya.. mak aku cakap aku menangis masa doktor pukul pukul punggung aku..(jahat dow doktor nih)
2) aku menangis bila ayah aku bantai aku dengan penyapu masa dekat tadika.. yelah anak dia ni memang mengada ngada sejak azali.. dan yang mengada dan menyampah inilah yang menjadi kesayangan dia sampai sekarang.. ok.. orang lain pun panas panas ambil gambar tapi tak se anoying aku ni yang mengada tak nak panas.. so tak nak ambil gambar.. mungkin kerana cuaca yang panas sampai ayah aku pun naik panas minyak menggelegak langsung dia belasah aku.. HAHAHAHA PADAN MUKA KAU AMALINA!!HAHAHHA!!
3) aku menangis bila aku jatuh tersungkur masa latihan bola baling.. lutut berdarah.. kuku ibu jari berdarah.. weyh.. bukan cagu ok!! memang berdarah sebab latihan yang aku rasa agak hard core tyme tuh.. tapi kalau sekarang buat latihan yang sama.. pejam mata pun aku boleh buat lah..
4) aku menangis bila cikgu ariyati sambung belajar.. serius aku rindu gile kat cikgu ni.. sampai sekarang cikgu ni masih dalam ingatan aku.. aku takut satu hari nanti aku terlupa nama cikgu ni.. betul!! aku takut gila.. so.. kau semua janganlah marah bila aku asyik sebut nama cikgu ni dekat post2 entry aku ye.. aku cuba tak nak lupakan cikgu ni.. cikgu ni banyak bagi semangat dekat aku.. dia yang buat aku fikir IMPOSIBBLE CAN BE POSSIBLE.. dia yang buat pemikiran negatif aku pada semua benda untuk berfikir positif.. cikgu ni yang selalu bagi nasihat.. dia yang buat aku percaya pada diri sendiri.. dia buat aku menjadi seorang yang berfikir.. TAKDE APA YANG TAK MUNGKIN..TAKDE APA YANG AKU TAK BOLEH BUAT.. ok.. esekarang pun dah nak menangis..
5) aku menangis bila aku clash for the first tyme.. ok second tyme clash pun nagis jugak.. tapi tak delah macam first tyme clash.. even aku tak rugi apa apa pun clash.. tapi air mata ni laju je bila terkenang tentang clash tuh.. tetapi.. sekarang tidak lagi!! AMALINA ADALAH SEORANG YANG TABAH.
6) aku menangis bila ayah aku masuk hospital.. mak aku tak sihat.. adik adik aku ditimpa sesuatu.. kakak aku tak sihat.. ah.. pendek kata apa apa sahaja yang berlaku kepada ahli keluarga aku akan membuatkan air mata berharga ni menitis laju macam air terjun.
7) aku menangis bila tengok orang lain menangis.. kan aku dah kata menangis tu memang hobi aku..
8) cerita yang membuatkan aku meangis tanpa henti mcam HOT FM BIG JAM adalah cerita khabi kushi khabi gham.. gila!! setiap scene aku menangis.. macam banjir dah bantal busuk aku.. habis semua hingus mukus berwarna warni keluar meleleh tanpa had.
9) aku menangis bila baca novel suara hati.. sehangat asmara.. jendela hati.. kau untukku.. setia menanti.. ah!!! semua novel lah aku nangis.. macam hape je.. tersedu sedan pukul 2 3 pagi sebab baca novel punya pasal.. ini antara sebab aku berhenti baca novel..
10) aku menangis.. bila kau semua menangis..
wmenangislah.. selagi kau masih mendapat nikmat
untuk merasai kepuasan menangis..
menagislah.. sekiranya ia melegakan hatimu..
menangislah.. sepuas hatimu..
mulakan hidup dengan harapan yang baru..
1 comment:
ama....nape nih...:(
jgn la...kite gelak2.jom?
aritu ama oke je....ama...:S
-a'a-
Post a Comment