PENGIKUT

Monday

7 kategori kecewa versi AKU!!

k . e . c . e . w . a

apa itu?
aku rasa sejak akhir akhir ni perkataan kat atas tuh menyelubungi hidup aku..
kadang kadang rasa macam gila pun ada.. hahahahha
siapakah yang bertanggungjawab membuatkan aku macam gila ni??
aiyok!! tak tahu! sapa buat!

mari sini cuba baca sampai habis..
aku rasa aku ada beberapa kategori untuk dikongsikan dengan kau semua berkenaan dengan
k . e . c . e . w . a
tapi.. ini teori profesor amalinayangbelumdiiktirafmenjadiprofesorsebabdegreepundiatakhabisbelajarlagi.

kategori 1) rasa kecewa bila orang yang kau suka atau yang dah macam terpahat dalam hati kau sudah menjalinkan hubungan dengan orang lain kerana kau tak sempat nak bagitahu dia tapi dia dah lari dulu dengan orang lain. aha! kecewa semacam ini memang parah! kalau tidak kuat iman kau akan berfikir untuk bunuh diri. tapi kalau kau tak takut dengan neraka kau bunuhlah diri kau tu. aku tak nak.

kategori 2) rasa kecewa bila apa yang kau nak kau tak dapat. biasanya kategori ini akan berlaku kepada manusia yang berumur 2-12 tahun.. bila kau mintak sesuatu dekat mak ayah kau tapi mereka kata. "dont u dare to get it!" perghh.. memang aku tahu kau kecewa gila kan.. tapi aku rasa macam 12 tahun ke atas dan mungkin juga berlaku pada orang yang berumur 20 tahun macam aku bila aku nak ........... tapi ayah aku tak kasi! padan muka kau!! HAHAHAHHA!!

kategori 3) rasa kecewa bila harapan dan kepercayaan yang kau sandarkan pada kawan atau sahabat yang kau anggap sejati dipersiakan begitu sahaja. INI AKU MEMANG PANTANG!! sungguh dan sangat kecewa tahap mokhsya dewa bila kau buat kat aku eh! bukan aku tetapi bila terjadi pada sesiapa yang memang memegang bahawa pesahabatan itu terjalin pada kepercayaan dan harapan serta perlu ditaburi dengan kasih sayang.

kategori 4) rasa kecewa bila kau nak tengok nur kasih tetapi kau malas sungguh nak ke bilik rekreasi dan kau bukak u tube semua cerita nur kasih dah di delete dan hilang. ini kecewa yang membuatkan rasa macam nak buat dosa carutan. tetapi hanya perasaan rasa maksudnya masih tidak mencarut.. tidak mencarut kerana nanti kene potong lidah dekat akhirat.. apa susah masuk je lah dekat www.tv3.com kau pergi je dekat catchup tv. ade je nur kasih kat situ.. tak payah nak buat dosa carutan hanya kerana nur kasih.

kategori 5)rasa kecewa bila kau rasa nak makan MCD, PIZZA, KFC, KENNY ROGERS, RASAMAS, BIG APPLE dan etc dalam satu hari tetapi sebenarnya bila kau tengok balik makanan makanan yang kau senaraikan seperti diatas tadi membuatkan kau berkata
"habis rosak program diet aku!! nak mampos makan benda2 alah ni dalam satu hari?? gila!!"
jadi.. tak payah nak mengada ngada nak kecewa.. LUPAKAN SAHAJA SEMUA MAKANAN DIATAS! FAHAM??!!

kategori 6) rasa kecewa bila kau bukak fb dan kau lihat.. orang yang kau nak sangat jumpa pergi ke tempat yang kau lawati hari yang sama kau pergi tetapi berlainan waktu.. sebab kau pergi tengah hari dia pergi petang. siap ambil gambar ditempat yang kau juga ambil gambar disitu? dan ketika kau tengok gambar gambar dia kau rasa macam nak menangis.. dan berkata
"oh my god!! kenapa aku pergi pagi dia pergi petang!! kenapa!!kenapa!!kenapa!!"

kategori7) cukuplah.. nanti kalau ada lagi kategori terbaru oleh profesor amalinayangbelumdiiktirafmenjadiprofesorkeranadiabelumhabisbelajarlagi aku akan post untuk tatapan kau semua..

sampai disini sahaja.

No comments: