Sebelum minggu periksa
Sindrom sindrom nak baca buku tu memang ada. Tapi semuanya hanya sindrom. Dan hanya disimpan di dalam hati. Sebabnya, sebulan sebelum periksa iman dah kata..
”amal, baca buku, nanti senang tak delah tergopoh gopoh nak baca semua nota”
Tapi memang kata kata iman tak dapat nak bertahan lama... kerana takde satu nota pun yang aku baca. (nampak kan kerja syaitan memang melalaikan manusia!)
Kemudian, seminggu sebelum exam mula tergopoh gapah baca nota, print nota apa yang patut sampai habis kertas A4 kemudian, satu bijik tuh pun aku masih tak baca.. sebab tergoda dengan cerita cerita download Sassy girl, my girl, khabi kushi khabi gam, syurga cinta, mohabbatein dan etc. U did such a good job man!!! Memang aku tak baca nota langsung!! Bagus!!
Dalam minggu periksa
2012 on cinema bebeh! Mulalah rasa nak tengok itu nak tengok ini, nak pergi berfoya foya, nak main bowling, nak makan kfc, nak makan mcd, nak pergi meroyan! Semua ada dalam satu. Tetapi ketika ini iman memang johan! Kerana aku tetap kat meja study, study sampai sakit tulang belakang. Bagussnyaaa!! Anak siapa ni?
Selepas periksa
Rasa macam nak menjerit MERDEKA sebanyak 70 kali!!! Warghhhhhh!! Melangkah je keluar dari dewan periksa rasa nak lompat lompat cium pegawai yang jaga periksa dan buat flying kiss kat semua orang. Tapi hakikatnya..
Sekarang aku kat bilik layan cerita spontan!! Hajat hajat sebelum nih yang aku nak tunaikan tak jadi. Tak tahu sebab apa. Walaupun mood berfoya-foya telah sampai ke kemuncak tetapi masih tidak dapat ditunaikan.
Tetapi!! Aha!! Aku nak kecoh nih!!
AKU DAH HABIS PERIKSA WEYH!!!!
SILA BERIKAN TEPUKAN GEMURUH SEKARANG!!
No comments:
Post a Comment