PENGIKUT

Saturday

harapan tertinggal

aku terlepas dua harapan.









dua-dua aku ketahui hari ini.








satu harapan aku tak terasa sangat.. aku relakan..










tapi, yang satu lagi ni.. aku menyesal...













sebab, setahun yang lepas aku biarkan dia. sekarang baru aku sedar, aku dah terlepas.













rasa macam nak putar masa kembali ke masa lalu.
nak cakap yang......












tolong tunggu aku... ='((((

Friday

panggilan

"lepas habis belajar ni awak nak buat apa?




"tunggu penempatan"



"lepastu?"



"saya nak sambung master insyaALLAH, ikut penempatan dan rezeki tapi mesti sambung sebab memang itu yang saya nak dari tadika."



"baguslah, tapi nanti orang takut nak meminang awak. hantaran tinggi"



"hantaran tak mengikut taraf pendidikan.. its about kemampuan dan seikhlas bakal suami nak beri.."



"kalau saya nak masuk meminang awak, hantaran berapa?"








diam.gulp.(bunyi telan air liur)










ok bai.

entah celah mana entah.

assalamualaikum..

=') <----ini senyuman terharu ok. bukan senyuman yang keluar hingus. =P

sebenarnya aku tak tahu nak mulakan dengan apa. aku dah bagi salam, tapi pendahuluan blog tetap bercelaru. sejak mula-mula ceburi bidang merepek ni pun aku memang tak tahu nak buat pendahuluan acane. ecehhh.. comel lah konon eja acane tu kan.. =')

lama kot aku tak update. lama lah aku yang rasa. kalau kau rasa tak cukup lama, aku boleh buat lagi lama. tapi!! nanti aku mati kebisuan. (?) KAHKAHKAH!

aku tengok feedjit kat sebelah ni asyik muncul entry yang orang asyik digging up entry-entry lama aku. oh my!! serius aku terharu gila. ada yang korek entry bulan may 2010. MAY 2010. tak nampak lagi? meh aku besarkan MAY 2010!!!! =_= entah ikut perangai sape entah annoying macam ni. KAHKAHKAHKAH. tak lawak kan?kemon guys seriusly tak lawak ke? FINE. AKU MEMANG TAK PANDAI BUAT LAWAK.


motif sebenarnya aku nak ucap terima kasih dekat sesiapa yang baca blog picisan dan kemengarutan aku kat dalam blog warna-warni ni. walaupun aku tahu entah celah mana ntah yang warna warni nya blog aku ni =_= but seriusly, terima kasih. teruskan membaca sampai tiba-tiba roh rajin meniup ke dalam diri aku ni. =')

kesian, dekat kau orang yang rajin blogwalking, alih-alih entry still the same. langsung terus cakap dalam hati..

"HAMPEH BETUL BLOG TAK BERUPDATE SERUPA TAK PAYAH ADA BLOG"
kan???

cc: aku dah mention dekat diri aku sendiri.







okbai. =')

Tuesday

bukan kekasih

kalau kau minta aku jadi kekasih kau sekarang aku memang akan tolak kau mentah-mentah tanpa guna otak, dan perasaan.



hati aku masih basah. maaf.




aku lebih selesa bersahabat
aku lebih selesa meletakkan harapan pada PENCIPTA
aku lebih selesa meletakkan harapan pada doa
aku lebih selesa begini.








bukan jual mahal, tapi hati aku masih basah.

Monday

motivator perkahwinan =P

kau dengan aku tengah buat perkara yang sama kan? aku rasa sama.
ape kebenda perkara yang sama tu?

KUMPUL DUIT NAK KAHWIN KAN?

aku bicara tentang perkara random. aku tak tujukan pada siapa-siapa. jangan perasan boleh?

jom. kita beborak pasal kumpul duit nak kahwin ni. ehem.! sejak menjak dah nak 23 tahun ni, aku takdelah sampai setiap saat fikir pasal kahwin ni. tapi, surrounding aku always memerihalkan tentang kahwin. sedangkan mesyuarat praktikum tadi(isnin) pun encik ismail asyik kaitkan dengan kahwin. aku yang dengar dah jadi macam... =_=

sumber : gugu image.

aku pernah tanya dekat mak aku macam ni

"mak, manusia ni takde kitaran hidup yang lain ke? mula-mula kecik, sekolah, lepastu amik periksa, lepastu masuk uni, lepastu kerja, KAHWIN, beranak, MATI.itu je lah kerja manusia kan? macam bosan je kitaran macam nih.!"

lepastu mak aku pulak buat muka macam... =_= sambil jawab.

"habis angah nak buat kitaran yang macam mana pulak???"

ok fine. perbualan kami terhenti dekat situ. sebab otak aku giat nak fikir kitaran hidup yang luar biasa dari norma kehidupan.=,=

tercetusnya isu kumpul duit kahwin ni, bila aku terbaca dekat fb satu couple ni. kalau tak silap junior sek teknik aku dulu. they are talking about hantaran and sort of. arghhhh!!! kenapa entah aku rasa nak jerit.junior aku ni lelaki. dan dia adalah berumur 22 tahun. yang perempuan (makwe dia) pula, lahir tahun 1992. err..20 tahun kan? perghhh!!! STALKER JUGAK AKU NI RUPANYA. =,=

aku salute junior aku nih. sebab dia lelaki, 22 tahun, dah fikir nak kumpul duit untuk mengahwini makwe dia.

HADOIII!!ADIK!KENAPA ENGKAU TAK NAK KAT AKAK NI HA???!! =P

situasi ni adalah bagus. ada matlamat dalam berkawan. err.. bercouple. oh. aku bukan menggalakkan couple. tapi, aku menggalakkan anak-anak muda bawahan terutamanya lelaki sila. sila. sila. fikir masa hadapan. sampai bila nak main-main dengan makwe.? tukar-tukar makwe dah serupa tukar baju. haihhh!!

tak bermakna aku hanya letakkan tanggungjawab kumpul duit ni dekat lelaki sahaja. wahai wanita, sila kumpul duit juga. untuk diri sendiri, keluarga yang bakal dibina, dan tolong bakal suami engkau tu kalau dia tak cukup sikit lagi duit nak meminang engkau. (tetiba bagi peringatan dekat wanita garang-garang kan)

isu hantaran tinggi itu aku tak nak kupas. sebab aku memang tak pandai kupas bawang merah sambil tak menangis. HAHAHAHA!! isu hantaran, mas kahwin ni kau ingat gini je lah eh..

'wanita yang baik, akan merendahkan wang hantarannya untuk tidak membebani bakal suaminya'
(ini semua atas pembacaan aku,kalau salah tolong tegur)


bukan perkahwinan(majlis persandingan,etc) yang kita utamakan, tetapi bagaimana cara kita nak melayari bahtera perkahwinan itu yang lebih utama.


SELAMAT MEMBINA KELUARGA!!!=')


#dah serupa motivator perkahwinan dah aku rasa#








ok.bai!

Wednesday

RHENDU =')

sumber : google image

sedap kan? tahu tak minuman apa yang aku google pepetang hari cam ni? siapa tak tahu tu memang tipu. aku yang tak berapa gemar minuman ni pun aku tahu nama dia apa. ehemmm!!! 

INILAH MILO AIS TABUR!!!

motif? hihihihihi~


sumber : google

faktayangsahihdalamkamushidupaku : lelaki yang berumur 20 an dan minuman kegemarannya adalah milo merupakan seorang lelaki yang comel. =')


"good morning matahari...!! =')"

"awak, buatkan milo untuk saya..............='("

"bancuh sendiri! ='P "














psssss: harap bakal suami kelak adalah seorang peminum milo.. =')

Tuesday

tugas seorang ibu itu memang untuk risau. ='),guru malaysia

assalamualaikum..

 dah nak masuk sepuluh hari duaribu dua belas. aku di tahun akhir menjadi pelatih guru. ehem! dah besar rupanya anak mak ni kan. HAHAHAHA!! tahu tak perkara paling best yang aku capai dalam 10 hari ni? duduk rumah sorang-sorang sambil minum sup campbell. KAHKAHKAHKAH! eh. siapa kata aku bosan? ha, nak kecohlah tu satu kolej aku bosan. sorry to say, aku tak bosan buat kerja #forevealone ni. I LOVE MY ROUTINE. nampak aku senyum sampai berterabur gigi ni?


oh ye. senior-senior yang baru habis dah dapat penempatan. aku dengar ramai yang dapat semenanjung. lagi-lagi selangor. oh my golden fish! kalau macam tu, selangor is penuh. acane ni?

"tunai tetap kami tunaikan.."

siapa dia adalah bergelar guru dia akan nyanyi lagu guru malaysia ni tiap-tiap tahun dalam bulan mei. aku. setiap isnin nyanyi lagu ni.(kalau pergi perhimpunan lah) tahu apa fungsi lagu ni? masa kau mula-mula masuk jadi pelatih guru kau takkan rasa apa-apa pun. tapi bila kau dah mula pergi praktikum, bila kau dah mula berlatih mengajar jadi guru baru kau akan hayati setiap bait lagu guru malaysia nih.

bukan pasal lagu guru malaysia yang aku nak ketengahkan. tapi lebih kepada penempatan dan perkhidmatan. untuk jadi seorang guru kau kena sanggup pergi mengajar kemana saja kau ditempatkan. menjadi seorang guru kau kena belajar dan tahu apa itu ikhlas. =') kuat, dan tabah.

pasal penempatan ni, aku, sememangnya tak kisah ditempatkan dimana-mana. tapi, bila dah nak mula isi borang posting (bulan 3 nanti kot) dan dah nak habis belajar ni, bila mak aku selalu cakap macam ni,

"angah nak posting mana? toksah minta jauh-jauh, mak ayah dah tua, nanti kalau sakit emergency angah nak balik macam mana kalau jauh?" 

oh my dear emak.. i am not nak minta jauh-jauh, tapi dah kalau ditempatkan macam mana? ini buatkan hati aku retak dan rasa macam
... ....................................................................................................................... <--- kosong. macam ni lah aku rasa.

buat aku berfikir macam-macam. kalau emak aku punya pemikiran macam ni, tak mustahil emak-emak orang lain pun fikir perkara yang sama. nak mengeluh? HAHAHAHAHAHA! (motif gelak tiba-tiba ni kenapa?)

takpe, aku cakap dekat mak aku macam ni,

"emak, kalau dah qada' qadar ALLAH tertulis angah mengajar jauh, insyaALLAH, DIA akan jaga emak dengan abah untuk angah.." 


nangis??? KAHKAHKAHKAHKAH!! memang menangis pun..

ehemmm!!! belum isi borang posting lagi kot. mak aku dah fikir macam-macam. ye memang tugas seorang ibu tu untuk merisau dan memikirkan tentang anak-anak dia. aku tak rimas. malah aku lagi suka. sebab mak memang suka risau tentang semua perkara. itu tandanya, mak tak berhenti-henti doa untuk anak-anak dia ni. =')




selamat bertugas bagi semua pelatih guru yang akan memulakan tugas sebagai seorang guru sebenar 16 januari ini! 
SEMANGATTTTTTTTT!!!!
*senyum kenyit mata*





ok dah bai!