PENGIKUT

Monday

motivator perkahwinan =P

kau dengan aku tengah buat perkara yang sama kan? aku rasa sama.
ape kebenda perkara yang sama tu?

KUMPUL DUIT NAK KAHWIN KAN?

aku bicara tentang perkara random. aku tak tujukan pada siapa-siapa. jangan perasan boleh?

jom. kita beborak pasal kumpul duit nak kahwin ni. ehem.! sejak menjak dah nak 23 tahun ni, aku takdelah sampai setiap saat fikir pasal kahwin ni. tapi, surrounding aku always memerihalkan tentang kahwin. sedangkan mesyuarat praktikum tadi(isnin) pun encik ismail asyik kaitkan dengan kahwin. aku yang dengar dah jadi macam... =_=

sumber : gugu image.

aku pernah tanya dekat mak aku macam ni

"mak, manusia ni takde kitaran hidup yang lain ke? mula-mula kecik, sekolah, lepastu amik periksa, lepastu masuk uni, lepastu kerja, KAHWIN, beranak, MATI.itu je lah kerja manusia kan? macam bosan je kitaran macam nih.!"

lepastu mak aku pulak buat muka macam... =_= sambil jawab.

"habis angah nak buat kitaran yang macam mana pulak???"

ok fine. perbualan kami terhenti dekat situ. sebab otak aku giat nak fikir kitaran hidup yang luar biasa dari norma kehidupan.=,=

tercetusnya isu kumpul duit kahwin ni, bila aku terbaca dekat fb satu couple ni. kalau tak silap junior sek teknik aku dulu. they are talking about hantaran and sort of. arghhhh!!! kenapa entah aku rasa nak jerit.junior aku ni lelaki. dan dia adalah berumur 22 tahun. yang perempuan (makwe dia) pula, lahir tahun 1992. err..20 tahun kan? perghhh!!! STALKER JUGAK AKU NI RUPANYA. =,=

aku salute junior aku nih. sebab dia lelaki, 22 tahun, dah fikir nak kumpul duit untuk mengahwini makwe dia.

HADOIII!!ADIK!KENAPA ENGKAU TAK NAK KAT AKAK NI HA???!! =P

situasi ni adalah bagus. ada matlamat dalam berkawan. err.. bercouple. oh. aku bukan menggalakkan couple. tapi, aku menggalakkan anak-anak muda bawahan terutamanya lelaki sila. sila. sila. fikir masa hadapan. sampai bila nak main-main dengan makwe.? tukar-tukar makwe dah serupa tukar baju. haihhh!!

tak bermakna aku hanya letakkan tanggungjawab kumpul duit ni dekat lelaki sahaja. wahai wanita, sila kumpul duit juga. untuk diri sendiri, keluarga yang bakal dibina, dan tolong bakal suami engkau tu kalau dia tak cukup sikit lagi duit nak meminang engkau. (tetiba bagi peringatan dekat wanita garang-garang kan)

isu hantaran tinggi itu aku tak nak kupas. sebab aku memang tak pandai kupas bawang merah sambil tak menangis. HAHAHAHA!! isu hantaran, mas kahwin ni kau ingat gini je lah eh..

'wanita yang baik, akan merendahkan wang hantarannya untuk tidak membebani bakal suaminya'
(ini semua atas pembacaan aku,kalau salah tolong tegur)


bukan perkahwinan(majlis persandingan,etc) yang kita utamakan, tetapi bagaimana cara kita nak melayari bahtera perkahwinan itu yang lebih utama.


SELAMAT MEMBINA KELUARGA!!!=')


#dah serupa motivator perkahwinan dah aku rasa#








ok.bai!

No comments: