PENGIKUT

Sunday

baru 6 kali, gua bukan player.

assalamualaikum salam sejahtera... =)

lama dah tak mulakan entry dengan salam yang lengkap macam tu. oh ye. ada beberapa benda yang aku nak upgrade. macam biasa, diary kehidupan amal bermula.

1) aku dah tak duduk hostel. which is kitorang kene duduk luar menyewa. well done! improve yourself lah. sebab kene hidup berdikari bayar api air, sewa rumah jual beli bagai. pheuww!! TAK SUKA OKEYH!!!

2) sekarang dah boleh pergi tengok midnight show everyday. tahu kenapa? sebab tak duduk hostel dah. MUAHAHAHA!! kau suka ye balik lambat-lambat? kena kejar hantu baru kau tahu!

3) 2 minggu lepas aku dapat tahu bekas pakwe aku yang kedua dah ada makwe lain. wah! wah! hidup gembira ye kau sekarang. dulu kau tinggalkan aku dengan alasan SPM. apesal kau tak tinggalkan makwe kau sekarang dengan alasan POINTER PULAK???!!( errr.. ada unsur-unsur marah disitu?)

4) semalam. ye the lattest one. aku terbaca blog current girlfriend ex aku yang latest. hey! dah lupa ke yang aku frust menonggeng sampai sekarang. yang aku cerita dekat korang tu? dah lupa ke?(tiba-tiba) mueh. tiba-tiba current girlfriend dia ada blog pulak kan. haihhh.. gua gigil bai.gua gigil sebab tercabar. macam nak berlawan dengan gua lah pulak kan. (aik?) korang nak ke link blog minah tu?TAK PAYAHLAH KAN! nanti korang g jadi follower dia lah pulak kan. MUAHAHAHAHA!!

5) telekung aku masih ada dekat rumah maksu aku. haih!! bila entah nak pergi ambil. bukan apa, malas nak drive sebenarnya. akibatnya, pinjam telekung roommate.

6) well, sejak duduk rumah sewa, aku dah pandai masak sesikit. maksudnya, bukan dari tak pandai masak. tapi dari pandai masak menjadi lebih pandai lagi. =____=

7) lepas baca blog awek tu. gua rasa terkilan. sebab semua benda yang awek tu cerita macam yang ex gua pernah nak buat dengan gua tapi tak kesampaian. rezeki (ke bahana?) lu lah awek.

8) tipulah bila rasa terkilan tak menangis kan? (no komen) T________T

9) gua rasa gua dah start rindukan seseorang. (aik?)

10) untuk pengetahuan umum, tadi bila aku kira-kira lagi 3 bulan genap setahun aku kecewa dalam percintaan buat kali yang 6. (baru 6 babe! jangan nak kata gua player)



**sesekali guna bahasa ganti kasar ni nampak cool gak kan? T_________________T

***walaupun kehilangan tu sudah hampir genap setahun, hati yang hancur ni masih cuba dicantum dengan beribu cara dan beribu usaha. seorang diri.

Saturday

LAMA TAK JUMPA KAN?

OH HAI!
tak tahu nak cakap apa sebenarnya.
tapi sebab ada sesuatu yang terpekung di dalam dada.
macam biasa.
salah sendiri.
dan kerana kesalahan itu aku dapat tahu segalanya.

mesti korang tertanya-tanya kan apa?siapa?dimana?bagaimana? kenapakah? dan segala mak nenek persoalan bermain dalam otak kalian kan? (ke otak aku sorang je?)
cerita sebenar.

insanyangtelahmencurihatidanmencampakkanhatidalammasayangsamatelahdapatpengganti tidakkurangdalammasasetahun.

aku nak tanya kau orang. berbaloikah aku menanti setiap jawapan kebenaran selama ini? berbaloikah?

aku tak tahu nak rasa apa. samada nak sakit hati. nak cemburu. nak berduka nestapa. nak berduka lara. ?? berbaloikah kalau aku lakukan semua tu?

kebenaran akan terbukti suatu hari nanti kan? betul tak? ='(

kebenaran dimana, dia telah membuat satu hati menjadi pilu. kebenaran dimana dia telah mematahkan satu hati. iaitu. hati aku.

bukankah mengecewakan seseorang itu adalah menganiaya?

Wednesday

#wordless wednesday

baca : peace yo!

Friday

bukan tak sudi.

bukan tak sudi nak menulis kat sini. tapi aku ada rasa sakit dalam hati bila aku nak mula menulis. semua ni atas gara-gara diri sendiri. gatal nak menggoogle benda entah hape-hape. lepastu terus sakitkan hati sendiri. NAH! PADAN MUKA KAU AMALINA!!

sekarang aku lebih banyak membaca daripada meluah rasa. yup. sama je situasi dengan lebih banyak mendengar daripada bercakap. betul. cuba kau
bandingkan. sama je situasi kedua2nya cuma dimensi penceritaan yang berbeza. setuju?

banyak membaca bukan dari buku sahaja. tetapi lebih kepada blog-blog yang lain pula. aku jumpa banyak blog yang kena dengan jiwa aku. jiwa ya
ng sedang jiwa-jiwa. blog yang kena dengan jiwa yang sedang JK. tahu JK tu apa? JIWA KACAU.

tak percaya aku sedang berada dalam mood JK? NAH! SEKARANG KAU KENE PERCAYA.! aku dah jauh hati dengan blogspot. sebab dia tak pernah nak block orang2 untuk buat blog. yup. aku jauh hati dengan sistem blogspot sekarang. gila apa nak jauh2 hati bagaikan? huehuehueh!

mungkin satu hari nanti bila aku dah rasa senang hati. aku akan blog semula sampai kau semua muak hati. kihkihkih.

[boleh biarkan aku pergi?]
sumber : google


nota: memang aku nak pergi jauh. tapi masih punya banyak tanggungjawab untuk dilunaskan.
nota 2: aku akan pergi untuk rawat hati.

jom!! =D *BULAN REJAB*

assalamualaikum... salam sejahtera.. (nada pemberita)
hello there!!!
pejam celik pejam celik (sukati berapa kali kau nak pejam ngan celik) esok. eh tak hari ni dah masuk 1 rejab. am i right? rasa macam sebulan yang lepas, aku cari2 fadhilat bulan rejab. rasa macam sebulan yang lepas aku search2 pasal kisah bulan rejab nih. tup2! dah masuk rejab untuk kali yang ke 22 sepanjang aku hidup.

macam biasa, setiap kali rejab, aku akan pergi search balik fadhilat2 yang boleh diambil dari bulan rejab. selain tu, aku akan pergi search2 balik peristiwa2 penting dalm bulan rejab. dan apa amalan yang boleh dilakukan dalam bulan rejab. so, check this out guys, apa yang aku dapat.

Di antara amalan-amalan yang digalakkan ke atas orang-orang Islam untuk mengerjakannya pada bulan Rejab ini ialah:-

Pertama: Membaca Salawat kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

Umat Islam memang digalakkan untuk membanyakkan membaca salawat pada bila-bila masa terutama pada ketika pahalanya dilipat gandakan di dalamnya seperti pada bulan Rejab kerana membaca salawat sangat besar pahalanya.

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Antara mafhumnya:" Barangsiapa yang membaca salawat untuk Ku satu kali, Allah bersalawat kepadanya sepuluh kali, dan barangsiapa bersalawat sepuluh kali kepada ku, Allah akan bersalawat kepadanya sebanyak seratus kali. Dan barang siapa yang bersalawat kepada Ku seratus kali, maka Allah menulis di antara kedua-dua matanya kebebasan dari nifak dan kebebasan dari neraka. Pada hari kiamat orang itu akan ditempatkan bersama orang-orang yang mati syahid". [Riwayat At-tabrani].

Kedua: Bertaubat.

Kita digalakkan untuk memperbanyakkan bertaubat pada bulan Rejab kerana bulan ini adalah bulan pengampunan.

Ketiga: Berpuasa.

Kita Umat Islam digalakkan untuk banyak berpuasa pada bulan Rejab. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi.Maksudnya: "Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat sebuah sungai yang disebutkan sungai Rejab, airnya lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu, barangsiapa yang berpuasa satu hari pada bulan Rejab, Allah akan memberinya minum dari sungai itu".

Keempat: Berdoa.

Apabila berada di bulan Rejab, kita berharap agar sampai pula pada bulan Syaaban dan bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan bulan yang dinanti-nanti oleh setiap orang Islam yang sentiasa merindui pahala besar.

Selain daripada itu banyak lagi ibadat-ibadat lain yang mempunyai banyak kelebihan untuk kita amalkan di bulan ini seperti bersedekah dan melakukan amal jariah yang lain.

(sumber dari SINI)


dah habis baca? hopefully dapatlah bagi sesuatu pada kau orang semua kan. jarang sekali (aik?) blog aku nih berilmiah. melainkan ikut mood si empunya blog (siapa?)



jom kita puasa sama-sama esok?


(selamat bersahur peeps!! =D)