PENGIKUT

Saturday

sebenarnya.. aku tak suka post cerita macam ni

tajuk post macam hape ntah.
tapi hakikat aku tak suka hantar post cerita macam nih.
yelah cerita macam nih.
takde motif pembunuhan.
takde isi kelapa muda.
ish.
mesti kau semua tak nak baca kan.
ah tak kisahlah aku nak habiskan jugak post yang aku tak suka nih.

malam-malam sepatutnya dah tido
boleh mengelakkan gelap bawah mata.
bila ade keje banyak asyik merungut je tak cukup tido
tapi bila ade keje banyak tapi tak buat dan boleh tido awal tak nak pulak tido awal.
macam mana nak hilang lingkaran gelap bawah mata kalau macam tu.

ha.
tgk
nama pon post yang tak disukai
dari kol 10 aku nk type smpai dah pukul dua aku tak tahu nak type cerita apa kat post nih.
nanti aku post cerita kata aku buat2 cerita tak betul lah pulak.
lemas.

aku dah beritahu kat atas ni
aku takde idea nak type cerita apa.
jadi jangan nak mengata entry aku kali nih. (amaran keras!)



esoklah aku sambung.

Wednesday

tips untuk menghilangkan runsing.

Tips untuk menghilangkan runsing.

Bertemu kembali dalam rancangan tips-tips. Bukan tips duit bila ngkat beg-beg orang kat hotel tuh tapi tips-tips yang kira berguna untuk dipraktikkan kalau anda semua berani. Baiklah kita bersama professor-emiritus-amal-yang-takhabis-degree-dan-esement-tak-siap-siap selama beberapa minit untuk berkongsi tips-tips yang berguna kepada pembaca sekalian.
Baiklah here’s some tips yang boleh dipraktikkan sekiranya anda runsing tetapi belum stress.
1) Bila anda runsing perkara pertama yang boleh anda lakukan adalah tidur. Tidur sampai tak bangun-bangun sampai mak kau bising cakap macam nih “angah apesal tak bangun matahari dah tinggi tak bangun-bangun. Nih tidur ked ah pengsan nih.” Kemudian kau hanya buat bunyik “erkk” selama sesaat. Kau tidur balik. Bunyik tuh menunjukkan kau masih hidup.
- Memang tips ni berguna kalau kau memang seorang yang berhati kering.

2) Bila anda runsing anda boleh terus focus pada latihan atau baca buku untuk duduki peperiksaan semester seterusnya. Yelah, periksa sem nih kau memang dah cover kan. Senang je. Kau amik buku lepastu kau baca tanpa memikirkan tentang sekeliling. Orang datang bilik kau pun kau buat bodoh je. Mereka takkan terasa ngan kau sebab mereka memang menghormati orang yang sangat rajin belajar. Mana tahu mereka pun turut sama menjadi rajin. Bukan sahaja runsing kau hilang. Kau bertambah pandai. Rakan-rakan kau pun turut serta menjadi anak yang soleh. Perkara-perkara bodoh pun dapat dihindari.

3) Bila anda runsing, anda pergi mandi. Mandi lama-lama macam dah tak nak keluar bilik air. Lagi best kalau kat bawah shower tuh kau letak kepala sambil pejam mata. Kalau nak bukak mata pun boleh. Aku pun tak kesah kau nak bukak mata ke nak tutup mata ke janji letak kepala bawah shower. Disamping kau menghilangkan runsing kau boleh membersihkan badan dan menghilangkan bau pada badan kau tuh. Cuaca sekarang pun panas kan. Takde maknanya orang nak marah kau mandi lama-lama. Au jangan risau kalau orang marah kau sebut nama aku. Mesti tiba tiba diorang akan diam dan terus bagi kau bilik mandi diorang untuk kau gunakan.

4) Bila anda runsing, tengok cerita Hindustan yang tangkap leleh punya. Bagi meleleh semua air mata air hidung kau. Kau punya runsing mesti meleleh bersama air mata kau tuh. Try test lah baru kau tahu berkesan ke tak tips aku nih.

5) Bila anda runsing, aku tahu mesti ada yang makan kan? Kali ni kau buat terbalik. Tak payah makan. Disamping dapat menguruskan badan, kesihatan juga dapat ditingkatkan. Tapi, bagi sesiapa yang dah kurus macam tulang. Kau makan lah banyak-banyak. Takde sapa nak kesah.

6) Bila runsing, pergi main squash. Best babe. Kalau takde sapa nak main ngan kau. Meh main ngan aku. Aku pun takde teman nak main squash nih.

7) Tips paling aku gemari sekali. Bila kau runsing, pergi SHOPPING!!! Yeah!! Jom pergi shopping. Tapi kau jangan pergi shopping ngan kengkawan kau ke, pakwe kau ke, mak ayah kau ke, adik beradik kau ke, sapa-sapa lah. Kau pergi shopping sorang sorang. Sambil kau shopping tuh. Kau bulatkan mata tengok duit yang kau keluarkan tuh betul-betul sambil kau fokuskan duit tuh adalah benda yang merungsingkan kau. Nah! Rungsing hilang, kau dapat kasut baru, baju baru..best…best…

- Aku sarankan kau bawak cash kalau tidak hutang keliling pinggang. Biar duit habis jangan kau berhutang.

8) Tips kali nih aku selalu buat masa aku ngn ex aku dulu. Kau jangan fikir bukan-bukan lak. Bila anda runsing, anda pergi marah dekat pakwe/makwe anda. Kau jangan marah sampai kau maki maki pukul terajang dia pulak. Aku tak ajar kau bertumbuk. Cuma meluahkan perasaan. Huh! Sambil sambil tuh kau jangan mengalirkan air mata pulak. Alah. Kalau kau nak nangis pun takpe ada aku kesah?

9) Bila anda runsing, pergi daki bukit. Huh! Syok weyh. Kau daki bukit yang tinggi sikitlah, janganlah kau daki bukit yang tinggi macam busut jerk. Baik tak payah. Kau daki bukit ngan membe membe yang kaki mendaki. Lepastu kau ambil gambar banyak-banyak kau upload kat facebook. Dah lepastu jangan lupa tagged aku plak kat gambar gambar yang cantek-cantek tuh. T___T


10) ini adalah tips yang paling mujarab. kau pergi toilet ambil wuduk. kau solat. memang menenangkan. T_____T

Begitulah ye, 9 tips yang hebat untuk dipraktikkan. Jangan risau tips diatas tiada kesan sampingan. Oh. Takpe takpe aku ucapkan sama-sama pada ucapan terima kasih yang akan kau berikan pada aku nanti. T___T

entry semangat

aku bersemangat nak buat xsignment.







SEKIAN TERIMA KASIH.

Thursday

SEPERTI BIASA

seperti biasa kalau kau adalah pengikut setia aku(budget artis statement nih)
kau semua akan tahu tiap-tiap semester aku akan buat satu kerja yang memerlukan aku pergi ke sebuah sekolah dan menghabiskan masa dengan sia-sia sambil melakukan beberapa kerja yang dibekalkan oleh pensyarah. bukan bekal yang macam orang pergi menoreh bawa bekal ikan masin dengan telor goreng letak sedikit kicap. perghh!! sedap weyh. lapar!.

back to the real. perlu mambuat pembetulan. bukan menghabiskan masa sia-sia. sebab nanti kene glue aku nye blog nih. ok. menghabiskan masa dengan sebaiknya dengan perkara-perkara yang boleh mendatangkan pengalaman berharga apabila aku akan bergelar cikgu kelak. tepat! SPM A1!

seperti biasa. perkara yang aku sebut-sebutkan diatas adalah dinamakan PBS atau pengalaman berasaskan sekolah. tak nak cerita panjang-panjang sebab aku dah pernah cerita. kau klik lah sendiri kat khazanah kat tepi blog nih. maaf. aku tak nak menyemai sifat memanjakan pembaca sebab aku sendiri malas nak carik. hah!! jangan kau malas nak baca blog aku lagi dahlah. wahai pembaca setia anda adalah yang terbaik. tanpa anda siapalah blog nih.

ok. itu sahaja.

Wednesday

TANDA-TANDA KEDATANGANNYA SUDAH DATANG

bila semua orang sibuk buat macam-macam

bila semua orang sibuk dan sentiasa ada kat padang

bila semua orang tiba-tiba kena beli baju dengan hanya ada 4 pilihan warna.

bila semua orang seminggu tak pergi kuliah

bila semua orang macam kehulu kehilir bawak tong air

bila semua orang tiba-tiba kena berkawad dengan serius nya

bila semua perempuan bising-bising, kecoh-kecoh, sibuk tilik-tilik muka

bila semua perempuan bila dalam toilet lepas basuh muka akan kata


"kau cuba tengok muka aku?berbelang tak?"

"hitam gila macam hitam tong sampah dah.."


itu adalah petanda bahawa KEJOHANAN TREK DAN PADANG (KTP) sedang berlangsung. sekian terima kasih.






**aku sibuk dengan KTP xsignment semua aku tak buat lagi!!!!

pernah tau kau semua rasa begini.

seperti pos pos sebelum ni. ceh. macam aku ni rajin je nak update. takpelah perkataan 'seperti pos pos sebelum ni' macam sedap di baca. bila sedap kita akan rasa nak makan. sama je dalam konteks ayat. bila sedap kita rasa nak guna lagi ayat-ayat yang sedap itu.

berbalik kepada tajuk.
kau pernah rasa tak apa yang aku rasa sekarang?
jap jap biar aku fikir.
aku rasa kau semua tak pernah rasa kot.


pernah ke?
pernah ke?
pernah ke?
tiba-tiba menyanyi lagu sAleem ...pernah adaaaa rasa cintaaaa...lalalala...

aku rsa tak pernah.
kenapa lah rasa macam ni.
mungkin aku terlalu penat dengan kehidupan yang aku jalani sekarang.
terlalu tertekan dengan aktiviti.
mungkin.
itu semua mungkin.

yang pasti
kau semua tak tahu apa yang aku rasa seperti sekarang.

Tuesday

korang bertiga hebat sejak dari sekolah rendah.

sebelum bermula.ini adalah entry untuk meminta maaf. ada unsur2 membodek pada tajuk entry dan ayat2 yang seterusnya. sila jangan jelik atau jijik. baca sampai habis.

**nota kaki~~

bukan calang-calang orang yg dapat masuk gambar dlm blog aku nih tau. so kepada sekian sekian yang akan ada gambarnya di bawah sila terharu sekarang. T____T

****************

kau ingat peristiwa-peristiwa masa sekolah rendah?
darjah satu sampai darjah 6?
kau ingat ke? kau ingat? kau ingat?
aku ingatlah weyh. kau yang tak ingat.

oleh kerana ingatan aku terlalu kuat sampaikan perkara yang tak sepatut ingat pun aku ingat.
oleh kerana terlalu bagus ingatan ni jugak sampaikan aku ingat setiap kerakter, warna kulit, ketinggian, kelas dan lain-lain lagi sehingga hari ini.
percaya tak ingatan aku sebagus ini?
percaya tak?
tak nak percaya sudah tiada unsur paksaan.

ape kena mengena semua bebelan diatas dengan tajuk entry??
ok. mengumumkan bahawa amalina wahida terasa amat bersalah kerana tidak bertegur sapa dengan 3 orang rakan sekolah rendahnya pada hari sabtu yang lalu. 3 orang mereka adalah seperti berikut:

1) khalil



2) aiman



3) azrai (salah eje ke??)





maaflah weyh. dari balik rumah sampai sekarang korang 3 orang dalam otak aku. semak lah weyh. eh! bukan korang yng semak tapi aku rasa semak fikir perkataan SERBA SALAH sejak hari sabtu.

bukan tak nak tegur. tapi macam tak tahu nak cakap apa. masa korang panggil tuh aku lambai kan??? ala2.. lambaian miss world mahal kot jadi, takleh lebih2 sebab tuh sekejap je aku lambai weyh. lagipun.. aku ni kan pemalu.. T____T

**aku dh letak gamba macho2 korang dh weyh. so no heart feeling eh?? heee~~


~~kantoi aku ambil gambar2 korang dari fb masing2 hahhah!!~~

Monday

perasaan?? memang tiada.

"excuse me? do i know u??"

yup! itu adalah perkataan yang paling kejam bila kita cakap dekat orang yang kita kenal yang kita rapat yang kita sayang yang kita pernah berkongsi air mata air liur air hidung dan berkongsi macam-macam lagi.

tapi perkataan tu takkan jadi kejam bila orang yang kita kongsi macam-macam seperti yang dinyatakan diatas membaling tuba pada kita.

elok-elok kita bagi bunga punya lah cantik sampai sanggup cari lavender merentas lautan hingga ke lubang cacing tapi dia baling tuba yang berbau macam longkang macam tu je.

menjadi lagi mulia bila perkataan diatas dilemparkan pada orang yang menikam kita dari belakang sampai berdarah tak hengat punya macam ambil parang gergaji chainsaw semua dia stab stab atau dia tikam tikam sampai puas sambil menjegilkan bijik mata tanpa belas kasihan.

selama hidup 20 tahun 2 bulan 2 hari ni macam-macam stab stab atau tikam tikam menikam yang aku pernah nampak ...lagi teruk rasa macam nak TERbunuh diri kalau kejadian kejadian yang tanpa disengajakan aku sendiri hadapi. tapi! ikut tema blog aku "LIFE IS COLOURFUL" maksudnya aku jadikan semua yang hitam-hitam menjadi pewarna tambahan dalam kehidupan.

tips yang aku buat kalau aku terasa diri aku terjebak dalam kancah yang boleh dikira onar berduri ni.
tipssss::

1) SAY NO TO THEM!

2) DO I CARE???.

3) menangis sampai keluar hingus?? NOOOO!!! yes.. memang aku nanges. tapi selepas itu aku akan terus angkat kaki. bukan angkat kaki cepat jalan tapi angkat kaki blah terus. aku takkan pandang belakang dah. sebab belakang banyak hantu.

4) aku takkan ambil kisah. apa jadi pun aku takkan ambil kisah langsung.sekali lagi aku takkan ambil kisah. lebih kurang macam selfish. yup memang penjual ikan memang menguntungkan. cuba lah kalau nak tahu rasanya macam mana. ada aku kesah aku penjual ikan ke tak??

5)last sekali.. "DO I KNOW U??"
"KITA PERNAH KAWAN KE SEBELUM NI?"

6) Cukuplah kan.. nanti kau semua dah tak sayang aku sebab kau semua akan kata aku kejam. (kejam? apa tu?)


**sekeras keras hati aku.. aku masih ada perasaan perikemanusiaan. takkan kemana kalau kita hanya melayan perasaan sakit hati. hidup bermasyarakat perlu ada tolak dan tarik. biarlah orang buat jahat kat kita.. yang penting kita tahu apa yang kita buat tu tak melanggar batas-batas sepatutnya. KEBENARAN PASTI AKAN TERLERAI.

peristiwa berlaku dari bawah ke atas.

mereka 2 : "biar aku tunduk sikit kau nampak kot"
mereka 1 : "ha.. baik2.. mungkin itu kesilapan nya"
selepas shoot...
aku : "sorry.. muka kau tetap separuh. kamera ni suka aku je." (sambil lari bawak kamera malas nak ambil gambar dah.. hahahah!!)



aku :"rapat sikit weyh. muka kau tak masuklah"
mereka 1 : "rapat2..rapatkan saf"
hasilnya....



aku : "apesal blur nih tgn tak bedung betul!!"
mereka: "kau lah yang tak bedung kau yang pegang kamera"
hasilnya...

perhitungan hari 2 BULAN 2 HARI

selamat masuk bulan much!!!!
oh!! salah bulan much dieja march atau mac...
tapi memang bulan march adalah bulan yang paling much.
bulan much adalah bulan dimana xsignment semua pelu dihantar macam dah takde hari esok.

kerana terlalu much menyebabkan pelajar-pelajar perguruan reka bentuk seakan melupakan segala mak nenek yang much tuh menjadi little. little princess yang tak tahu nak buat apa.

bila tiba bulan much. aku akan sebut ITS TOO MUCH!!! ENOUGH!! tak tahu kenapa aku suka sebut sentences tuh.

bila tiba bulan much aku akan sibuk kira berapa hari lagi akan sampai pada 29 APRIL. semestinya aku dah kira. untuk pengetahuan hadirin yang dihormatai sekalian. lagi 2 bulan 2 hari akan tiba 29 APRIL. bermaksud anda semua ada masa sebanyak 2 BULAN 2 HARI untuk kumpul duit dan beli hadiah untuk aku. lihat? nampak? aku tak kejam kan? aku dah beritahu awal-awal dan tidak memaksa pun. aku hanya nak kau semua kumpul duit. tidak memaksa tau. boleh dijadikan sebagai salah satu langkah untuk berjimat cermat. WOW!! BAIKNYA AMAL NIH!