PENGIKUT

Friday

vacation... again?

lama kan iolls tak pos pasal vacation? rasanya vacation ke bandung haritu pon tak habis cerita sebenarnya.
ampunkan kami penunggu gua. iolls busy sangat uruskan hidup. well, dah mula kerja. leastu jauhhhhhhhhhh gila dari alat komunikasi dan line internet yang bagus. maka, terkuburlah semua cerita.

in the middle of time, iolls banyak pergi vacation sebenarnya.

bandung = cerita yang masih tertunggak untuk uolls.

melaka = short vacation with my beutiful bff.

langkawi. = vacation with my family.

takkan nak tunggu sampai pergi korea(eh?) baru nak cerita vacation yang dah lama ditinggalkan ni kan?
baiklah, iolls ada masa kot esok ke malam nanti ke, iolls cerita semua dengan type laju2 dan buat link kat tepi blog ni untuk uolls. okeng?

sekarang, have fun dulu pergi baca blog blog travel yang best2 selain blog iolls yang entah apa2 ni. :p

till then,

see u in bandung (again)

:)

Sunday

hablum minallah wa hablum minannas

Assalamualaikum.

Pernah tak engkau orang terfikir tentang tajuk yang aku type kat atas tu?

"Hablum minallah wa hablum minannas"
Maksudnya:
Cintai Allah dan cintai manusia.

Pendapat aku, bila kita cinta Allah, cinta manusia akan menyusul secara automatik. Dan aku rasa ini undang-undang hidup yang paling simple tapi manusia (especially aku) selalu lupa.

Yes. Definitely.

aku rasa dalam dunia sekarang, segelintir je yang aplikasi undang-undang hidup ni dalam kehidupan seharian. Kebanyakan sekarang, kita cinta manusia dulu baru nak ingat Allah.

*sentap*

Contoh paling hipster dan intrend adalah dalam soal mencari pasangan hidup. Couple. Bercinta.

Contoh situasi :

Kau tengok sorang pakwe. Kau suka. Dia approach. Kau terima. Tanpa *fikir banyak* kau dengan dia pun bercintalah. Lepastu sibuk update status "ya Allah, kalau dia untuk aku satukanlah aku dengan dia... bla bla... bla.. bla..."

Betul tak?

Nampak tak undang-undang hidup tu dah terbalik? Pergi cinta manusia dulu, baru nak ingat Allah. Dan aku rasa update status berbentuk doa ni macam eksploitasi dan memalukan diri sendiri. Think before action.

*sentap lagi*

Aku ada dengar satu talk dekat tv alhijrah. Profesor tu kata,

"Sepatutnya, istikharah dilakukan sebelum kita berkawan dengan orang tu. Bukan selepas ada perasaan and so on"

*sentap beribu kali*

Cukuplah kot pendapat pendapat aku yang tak berapa nak pandai dan kerdil ni berbanding yang lain. Ampun maaf kalau ada salah dan mohon perbetulkan. Ini hanya pendapat.

               "Gunakan otak yang Tuhan bagi"

Assalamualaikum.. peace yo! :)