PENGIKUT

Tuesday

macam biasa, nak update diary

assalamualaikum.. salam sejahtera.. (nyanyi lagu rabbani)
oh. hye there, lama dah tak mengupdate. well, its been so many thing happen in my life, dengan peperiksaan(macam kau soranglah exam kan..kecoh), dengan kena halau dari hostel. ok bukan kene halau tapi rasa terhalau. sebab! dulu mereka janji(aik?) nak bagi kami semua duduk kat hostel sampai habis semeter. sekarang tiba-tiba dapat notis kene duduk rumah sewa semester depan. sooooooooooooooooooooooooooooo not good!!!! ok stop. cerita yang dah lepas tak payah nak cerita panjang lebar.

macam biasa, aku nak update diary. bukan cerita atau opinion aku pada sesuatu hal. oh ye. aku memang tak pandai nak berkias mias bila cerita. aku jujur(aik?) jujur bila bercerita dan terlalu jujur sampai aku tak pandai nak olah cerita jadi berkias (dan kadang2 bosan!). so, korang memang akan baca dengan emosi yang jujur (eceh!) dan kadang2 (bosan!)

lagi. aku dalam mood cuti semester sekarang. u know what, kalau cuti semester memang emosi aku akan drag kisah2 yang entah hape2. korang telan je lah kalau aku merapu entah hape2 dalam 3 minggu aku bercuti ni. kalau cuti mesti rasa macam nak dating (aik?) hari2 kan? tapi persoalannya nak dating ngan siapa? (jeng..jeng..jeng) siapa rela dating ngan aku? sila hantarkan borang jawapan pada email aku aremal2904@gmail.com (sangat lah nampak desperate dan seakan jual diri T___T)

lagi. aku dalam fasa pemulihan dari dadah. wa tak high mcm lu orang fikir bhai (aik?) dadah dalam erti kata aku adalah (boleh baca maksud dadah ni kat penghabisan entry nih T___T)
ingin aku tekankan disini, semua orang atas dunia ni pernah melalui fasa pemulihan dadah yang aku tengah sertai ni. tak caya, cuba baca sampai habis nanti kau orang semua tahulah apa kebendanya yang aku merepek kat entry nih.

lagi. masa kene cari rumah untuk sewa haritu, mula2 aku tak cuak atau terasa apa2 lagi.(lame2 aku cuak gak sebab macam2 dah bermain dalam otak aku) membe2 dah cuak kebebeh dah boleh gila meroyan sebab tengah2 exam paper killer ate gila bagi notis pendek. memang gila. tapi aku cool lagi sebab tak nak rosak pointer. sem lepas aku sakit pointer stay still tak naik. arghh!! aku nak naik bukan stay. sem ni takkan aku nak rosak pulak kan? sian, mak ayah aku yang bergantung harap keputusan exam anak dia nih. sekali jatuh susah dowh nak naik. sebabnya,dekat institut perguruan untuk dapat anugerah dekan (aik?) perlukan pointer sebanyak 3.75.. 3.5 tuh berlambak budak2 dapat. selain itu praktikum, kau kene dapat A+. BIG kau kene LULUS CEMERLANG. ha, nganga lah luas2 betapa susah kitorang nak dapatkan 3.75 tuh weyh!!!!!!!

lagi. mood mengupdate aku dah penuh sampai kepala. so, kalau aku update banyak benda dalam masa sehari kau buat2 macam aku dah lama tak update lah ek. (hipokrit)ha, aku ade block certain person dari baca blog nih (budget kau selebriti ke hape nih). adelah sebab2 tertentu yang susah untuk dijelaskan.

lagi. AKU NAK UCAP BERJUTA TERIMA KASIH KEPADA SEMUA READERS YANG TINGGALKAN JEJAK KAT CHATBOX AKU. (walaupun kau orang tak baca entry) TAPI AKU TETAP NAK SAY THANK U SEBAB TINGGALKAN JEJAK. aku dah kata aku jujur kan mula2 entry tadi? so, aku anggap semua orang jujur sama macam aku. kalau ade yang tinggal jejak lebih kurang macam ni "good entry" aku anggap korang memang bacalah entry aku. kalau ada yang tinggal jejak "visit u, visit mine too" sorry le, aku memang takde masa nak pergi blog korang balik bulan lepas. sebab aku sangat bz. (tahu kan kenapa aku bz?) so, insyaALLAH, bila dah cuti ni aku akan rajin pergi blog korang balik. dont worry, im such a kind lady.. =) teruskanlah tinggalkan jejak ye.

oh ye. jangan lupa LIKE PAGE GUA!!! GUA BARU JE LETAK TADI. PUAS GUA CARI TUTORIAL DIA. HAMBIKKKK!! SENANG, LU ORANG LIKE JE TAK PAYAH TYPE2. =)




pemulihan dari dadah = dadah dalam konteks ayat ni, adalah *cinta @ heartbroken. pemulihan dari kecewa cinta manusia. ambil masa yang lama untuk aku sembuh. sekian,








SEE U AGAIN PEEPS!!!!









nota : aku nak layan video kat utube. bye2. ^__^


forbidden.


[gambar : kalau aku boleh penjarakan hati, dah lama aku buang kunci penjara tu supaya
tiada siapa boleh ambil hati itu dari aku ]

love is forbidden. yup.
at least in my life right now. just like sulking from the love.yup. the heartbroken were still bad. mungkin, hati dah kering. kering kontang macam cuaca bumi sekarang. kering, panas, tak berperikemanusiaan. bumi merajuk dengan manusia. nah! diberi suasana panas pagi, petang, malam. suka? *senyum sinis*

back to the topic. aku tak menolak. aku cuma merajuk. merajuk dengan perasaan cinta. seringkali dia membuatkan hati aku luka parah. helpless. lost.




[gambar : dah dibawa pergi entah kemana]





p/s : tak tahu bila rajuk ini akan tamat...





Sunday

heart spoken


[gambar : memang semua gambar mak yang ada memang sentiasa dengan ayah =_=]


SELAMAT HARI IBU





i dont have any suitable word
to express my heart
to tell about my mom
she just angelic, wonderful,powerful and all of that
i just dont have any word
she just superb for being my mom...
=')

Thursday

HOI LELAKI!










klik lah link atas tuh...

Wednesday

pujaan hati beta

korang semua ingat tak kat mamat nih?





kalau tak ingat, cuba korang semua klik link nih pulak *KLIK LINK NIH*
ok. dah ingat? ha... sekarang mamat ni berlakon dalam cerita ni pulak.




oh. lupa. bukan sahaja ada dalam bentuk lakon layar, tetapi sebenarnya cerita ni adalah ditulis sebagai sebuah novel oleh habiburrahman el-shirazy. oh lupa. korang dah lupakan aku ni mmg -peminat-susah-mati- penulisan habiburrahman. tak percaya? sukati koranglah kan..

korang pergi pesta buku tak? well, aku memula memang malas nak pergi tapi adik aku dah mmg drag gila nak aku bawak diorang, so aku pergilah.. tup tup. jodoh kita tak tahu kan.. nak tau aku jumpa siapa kat sana?


jeng jeng jeng

tak percaya? gambar tu bukan super impose ok. memang aku jumpa habiburrahman el-shirazy. tak nak menjerit pulak kan aku jumpa dia. memang menggedik lah menjerit. as usual aku memang tak tahu nak react apa2 kat depan habiburrahman ni. dalam hati aku dah menjerit2 dah, tapi realiti aku spechless seribu bahasa. tindakan aku hanyalah pergi belakang dia dan akak aku snap gambar macam tu jerk. aiseyh man~~

sebelum ni ada gak aku intai2 novel dalam mihrab cinta tu kat popular. ingat nak beli nanti2 dulu lah kan.. sekali bila dah jumpa habiburrahman. bedezuppp!! aku terus beli tanpa fikir panjang.

XCITED WEYH!!!!!!!!

sekarang aku tengah gila nak cari cerita dalam mihrab cinta ni kat internet. sebabnya kat kedai takde lagi. mueh. ke dah ada aku yang tak cari??!!

ape2 pun aku nak kongsi lagu ni kat korang semua..



tak sangka lah pulak si dude herlino pujaan hati ni boleh menyanyi!!!! xsaited lagi aku macam nih!!!!!!!

wahai dude herlino
mungkinkah kita berjodoh.... =D

Sunday

selesai segala janji

pheuwww!! what a day!
dari pagi sampai petang ni ha, baru balik rumah. ingat kan 1 mei cuti pekerja?memang tak lah kan, aku tak bekerja jadi, masa cuti pekerja aku kene tunai janji. ada dua janji yang aku perlu tunaikan sempena 1 mei ni. walaupun dua tapi melibatkan masa dan jarak.

janji 1.

-ingat tak entry nih. KLIK LINK HAHAHAH.. SO, hari ni 1 mei, aku kene tunaikan janji untuk pergi majlis diorang.

[gambar : nak kek boleh???]

itulah gerangan abang aku. itu sebelah tu kak sarah. isteri beliau lah kan kak sarah tu takkan lah adik beliau kan? well, janji yang aku tunaikan adalah pergi ke majlis kahwin diorang kat ampang. guna GPS ingatkan takkan sesat. sekali wa sesat sampai bukit ampang. waaaaa... cantek seyh bukit ampang. nampak seluruh ampang. so, lepas ni port dating bukit ampang. ngeh ngeh ngeh. terima kasih sebab sesat ye. sekian,... =_=

tapi kan nak tahu tak?aku tak sempat jumpa pengantin. sebabnya, sampai awal. pengantin masih kat shah alam lagi. haihhh.. tengok. dah sesat pun tetap sampai awal.. menyesal guna GPS hahahaha... =_= ye. aku memang terkilan sebenarnya sebab tak dapat jumpa pengantin. tapi, aku tak menyalahkan sesiapa, mungkin takde jodoh sekarang nak berjumpa kedua mempelai. insyaALLAH, nanti jodoh akan menyusul.. ngee~~

eventhough, SELAMAT PENGANTIN BARU ABANG!! =D


janji 2.

-ingat tak entry ni? KLIK NIH ha.. dulu dia kahwin dalam 2 tahun lepas. sekarang dah ada anak. alif muhaimin namanya... hensem lah weyh anak buah gua nih!!! apesal ntah dia lahir2 tak besar terus. boleh lah wa jadi menantu pada sepupu sendiri. muahaaaha!!!

[gambar : sedap nampak hisap jari?]

perut penuh makan macam-macam kat dua kenduri yang berlainan sambutan, balik rumah aku cherry berry. sekian, terima kasih. T__T







nota kaki : esok ada satu janji yg dah confirm. satu lagi masih tak tahu.
nota hidup : susah jugak nak tunai janji ni sebenarnya kan?