PENGIKUT

Tuesday

semoga kamu bahagia wahai insan yang ku cinta..

Hari yang menggunakan angka 3 sebagai keramat telah aku lalui dengan sangat bagus!!
Yeahhh!! Amalina wahida memang sangat bagus!!
Syabas amalina!! Syabas!!! Sudah sudahlah puji diri sendiri weyh!!
Kalau kita tak puji diri sendiri nak tunggu kau orang puji aku??
Ohh.. aku menangis keluar air mata susu (kenapa mesti susu??) pun tak dapat nak dgr kau orang puji aku kan. Oleh yang demikian, biar aku puji diri sendiri!
Bagus amalina!! Ini yang kita mahu!!
Ok cukup! Entry ini sepatutnya ditujukan khas untuk sepupu tercinta yang sudah bersuami..

Abang remy!! Dengar sini kamu kena jaga sepupu tercinta saya dengan baik.
Kalau kamu cederakan dia saya tidak akan berfikir walau sesaat untuk pukul kamu dengan kayu!!!

Melihat sepupu yang tercinta berkahwin cukup mengharukan.
Teringat zaman kecil2 dahulu.. kamu panjat pokok ciku saya makan ciku dibawah kerana saya tidak pandai panjat pokok.

Melihat sepupu tercinta dinikahkan cukup menghibakan.
Teringat kepenatan aku ketika bermain polis entry one to jaga polis mati pencuri jaga bersama kamu, adik kamu, saya, kakak saya, serta arwah abang yan penat mcam nak mati tak cukup nafas kerana lari tidak mahu jadi pencuri. Kawasan permainan yang sepatutnya hanya kira2 5 cm (tipu! Sangat kecil) bertukar menjadi satu kampung. Gila!!! Aku rasa macam nak mati masa main ni. Last2 aku masuk rumah aku tidur. Hahahahahaha!!!

Melihat kamu disandingkan.. saya teringat kita berlima(kamu, adik kamu, saya, kakak saya, arwah abang yan) bermain saidina sampai pagi. Bermula dari lepas isya’ sampai lah ayam berkokok kita main tak henti2. kamu jaga bank kerana kamu cekap mengira ketika itu. Kami semua bodoh (kami semua pandai Cuma nak bagi kamu can) mengira ketika itu. Lepas subuh kita semua tidor sampai maghrib.

Melihat kamu potong kek. Teringat betapa saya dan kakak tidak mahu balik rumah bila kamu dan adik kamu holiday dekat rumah arwah nenek. Memang sampai menangis melutut saya tidak mahu balik rumah sebab nak main dengan kamu dan adik. Ahh!! Sangat sangat banyak kenangan!

Melihat kamu berpakaian pengantin.. saya terimbas kembali segala kenangan kenangan dahulu ketika kecil. Melihat kamu menangis selepas akad nikah. Membuatkan hati ini sebak. Saya, kakak dan adik kamu berpandangan dan kami tidak berani kelip sebab tak nak air mata tumpah.

Ohh.. saya memang rasa kehilangan. Lagilah adik kamu yang dah macam kembar kamu. Dan kakak saya.. hmmm... ok! Dah speechless sebab teringat zaman kecil kecil sekarang ni. Terharunya!! Sebak!! Sebak!! Neee nooo neee nooo (bunyi ambulans mintak bantuan)

Selamat pengantin baru khas buat farah ain dan Muhammad ramesh
(ohh!! Keluarga kami sudah mempunyai ahli keluarga campur!! Yeaaahaaaa!!)

Pss.. nanti aku upload gambar.. gambar still dalam camera..

No comments: