PENGIKUT

Monday

aku nak gaduh dengan semua orang supaya dapat kahwin dengan semua orang..

Dulu masa aku selalu sangat bergadoh dengan jiran selang 2 rumah sebelah rumah aku..
Mak aku selalu cakap

“ha.. gadohlah.. nanti kahwin baru tahu”

Lepastu.. aku teros tak bergadoh dengan anak jiran selang 2 rumah sebelah rumah aku.. sebab aku tak nak kahwin dengan dia.. sebab dia tak hensem. (hahahahaha!! Maaf anak jiran!)

Lepastu masa aku masih disekolah rendah..
Aku selalu gadoh gadoh dengan member member lelaki aku.
(Member perempuan aku tak gadoh sebab tak mahu kahwin dengan perempuan.)
Masa ni, memang popular bergadoh dengan memperlekehkan nama bapak masing masing. (kurang hajar kan?)

Kalau macam aku.. nama ayah aku kamsari..
Diorang semua ejek PARI yes! IKAN PARI, SARI lah.. eh!! Kurang ajarnya bila aku fikir balik..
Tapi, ada seorang membe aku (of kos lelaki)
Disebabkan nama ayah dia dah terlalu femes nak di kurang ajarkan
Kitorang ejek pekerjaan atok dia..
TEMPE!! Atok dia jual TEMPE. Makanan yang sinonim dengan orang jawa. (aku jawa! Tiada unsur2 memperlekehkan orang jawa)
Lepastu dekat pipi dia macam ada bulatan kurap ke apa ntah..
Kitorang ejek TEMPE BUSUK!! Muahahahahaha!! (kurang ajar sungguh kanak2 perempuan ini)

Ejek-ejek tapi bila dia balas balik dengan mengejek ayah aku.
Aku nangis dan aku tak mahu kawan dia dah.
Lepastu ada seorang kawan aku cakap..

”kau berdua gadoh gadoh nih, kahwin jelah!”

Aku tak pedulik pun apa yang kawan aku tuh cakap.. sebab dia bukan orang tua pun.. sama umur je dengan aku waktu tuh..
Lama juga kitorang gadoh tapi setelah mak aku cakap.

”angah gadoh gadoh nanti terkahwin dengan dia baru tahu”

Barulah pergadohan selesai dengan meminta maaf.
Kemudian.. kami berbaik seperti rakan akrab..

Oh.. tapi itu semua sudah menjadi sejarah.. sebab kami dah lost contact.. aku tak mahu cerita ini membawa spekulasi buruk.. heee~~



Tapi kan...Kalaulah aku bergadoh dengan dia sampai sekarang.. mungkin aku akan kahwin dengan dia nanti kan??

No comments: