PENGIKUT

Friday

KUCING PARSI MEMANG PEMALAS!!!

apa tajuk takde kena mengena...biar2!!

Mungkin aku bukan secomel kucing parsi
Mungkin aku bukan sepemalas kucing parsi (jugak)
Mungkin aku tak dipanggil bucuk (geli eja mcm nih!!)
Mungkin aku tidak dipanggil baby atau whatever (ini lagi ‘euuwww’)
Tapi aku tetap anak mak ayah aku.
Aku tetap seorang yang sangat homesick
Dan home sweet home adalah selalu di dalam hati
Dan home sweet home juga yang selalu menenangkan hati dan jiwa raga aku
Kalau aku tension!! Tertekan!! Frust!!!
Walaupun home sweet home tidak sebesar istana
Walaupun home sweet home tidak secantik rumah KAU SEMUA
Tapi..
Home sweet home lah yang paling tenang.
Campaklah aku kemana mana..
Dan kalau kau berikan aku pilihan antara
Switzerland dengan home sweet home..
Aku akan pilih home sweet home yang
Sememangnya
Aku dapat rasakan kasih sayang yang hangat..
Ambil berat yang hangat..
Suara emak yang hangat..
Wajah ayah yang hangat..
Perangai adik beradik yang entah hapa-hapa
Kakak yang sangat ke kakak kan..

Oh... cepatlah lagi 2 minggu.. aku nak balik sekarang...

Boleh tolong jadikan 25 jam?saya dah berubah.

Oh hai!
Jumpa lagi kita.
Eh?
Bukan semalam kita ada berjumpa ke?
Oh. Bukan! Itu dia. Bukan kamu
Maaf. Salah orang lagi.
Oh maaf lagi.
Saya terlalu sibuk.
Dan kurang waras setiap hari.
Hal ini kerana kehidupan menjadi tunggang langgang disebabkan kerja
Sehinggakan ayat yang ditulis terlalu skema dan jelik untuk dibaca.
Dan lagi sekali saya terpaksa akur dengan encik sibuk untuk men type perkataan sibuk banyak banyak kali dalam entry kali ini.
Rasa dah macam buat perjanjian pula dengan encik sibuk.
Kerana setiap kali update blog saya akan terpaksa akur (skema lagi sekali) untuk mentype perkataan sibuk.
Memang sibuk.
Sehingga mahukan hari bertukar menjadi 25 jam.
Oh. Bukan sebab saya suka pergi kedai mamak 25 jam
Tetapi memang kalau boleh mahukan sehari bersamaan 25 jam.
Dan kalau permintaan tertunai
Saya mahukan satu hari bersamaan 26 jam pula
Kemudian bertambah jadi 27 jam
28 jam
29 jam
30 jam
Dan ber jam jam lamanya sampai kerja- kerja setiap hari dapat dibuat dengan tenang tanpa ada unsur-unsur kelam kabut.
Oh.
Sifat bertangguh sudah tiada dalam kamus 2010 ini.
Kerana encik sibuk
Saya sudah menjadi semakin rajin untuk membuat kerja
Sampaikan sebelum tidur saya masih mentelaah (satu lagi perkataan skema) kerja
Kerja yang perlu diselesaikan.
Mentelaah melebihi had sampaikan saya terasa seperti kamus bahasa baku pula sekarang ini.
Hal ini kerana, sudah lama tidak bersosial menggunakan perkataan ’berak kau!’
’BODOH kau lah!!” dan segala mala ayat yang sudah tidak ada di dalam kotak fikiran ini lagi. Alangkah berubahnya saya sekarang ini.

BOLEH TAK JANGAN BAGI KERJA BANYAK-BANYAK!!!!
FADEUP LAH WEYH!!! FADE UP!!!

Wednesday

ENCIK MALAS DAN ENCIK SIBUK BERGADUH

apa tu tidur??
rasa macam dah lama tak tahu apa itu tidur sebenarnya..

apa tu masa bersenang senang??
OMG!! lagi lah dah tak tahu apa maksud perkataan bersenang senang dah sekarang nih..

apa tu goyang kaki main facebook tanpa fikirkan kerja??
OMG!!OMG!!OMG!!!!!! dah tak tahu dah perasaan untuk tidak melakukan
apa-apa pekerjaan..
sebabnya..
aku sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sibuk. nampak tidak sangat sibuk sampaikan aku type perkataan 'sangat dengan sangat sangat sangat banyak!!
OMG!!! tolonglah..

encik malas pun dah tak berani nak dekat dengan aku sebab encik sibuk dah menguasai diri aku sekarang nih!
encik malas dan encik suka tidur dah merajuk dengan aku.
sibuk yang sangat sangat sangat sangat sangat sangat!!!!

seriuosly..
i need a break!!
1 saat pun jadilah..
dan tolong.. please..porfauor..help.. tambah kan hari supaya menjadi 10 hari seminggu.. dan tolong jadikan 20 hari sabtu dan ahad dalam seminggu!!!
(gila mustahil lah weyh!!)

Friday

BUKAN MACAM DAH LAMA TAK BASUH KERETA SAHAJA

hai?
oh!
masih ada blog rupanya kau nih amal???
maaflah blog. lama tidak update. walaupun follower tak ramai dan ayat ni agak budget macam ramai orang baca blog aku, aku tetap nak buat gak ayat macam aku dah type kat atas nih. faham ke maksud aku?
lupa.
maklumlah dah lama tak update sampai lupa kau semua sebenarnya adalah bijak.
tolonglah baca sampai habis walaupun aku tahu post ni dah macam nak mengarut.
maaf.
motif sebenar post adalah untuk membersihkan blog nih yang dah lama tak berpenghuni.
eh! maaf lagi. AKULAH EMPUNYA BLOG NIH!!HAHAHAHAHA!! tak perlu baca perkataan HAHAHAHAHA itu kalau tidak kelakar.

maaf. (lagi sekali)
kerja terlalu banyak.
setiap hari aku tidur pukul 2 pagi.
rasa macam nak GILA. tapi tak mahu sebab nanti kena jadi penghuni tetap wad sakit gila.
eh.
baru perasan GILA adalah satu penyakit rupanya.segolongan dengan penyakit demam atau selsema rupanya.

rasanya motif aku telah tercapai.
kita jumpa lagi kalau aku ada kelapangan.
sekian, wassalam. jasa baik tuan amatlah saya harapkan.<-- (macam penutup surat mintak bantuan dana untuk perkhemahan lak)