PENGIKUT

Monday

HOSPITAL ITU TIDAK SEINDAH DALAM DRAMA MELAYU

entry kali ni lebih kepada tentang diri sendiri.

update terkini tentang aku.
1. baru keluar daripada hospital selepas dua hari bermalam secara percuma. dan tahu tak hospital itu tidak seindah seperti drama melayu.memang tak best.

2. alasan kene tahan wad. perlu di suntik dengan ubat tahan sakit. kesian lengan. ada 4 bentuk bulat kecil dikiri dan kanan.sungguh tak best kene suntik banyak banyak kali.

3. sekarang bersambung cuti. oh. sungguh tak mahu. banyak kerja-kerja bertangguh. peresentation, kkp, xsignment, kelas. ah! sesungguhnya mental ini sudah bersedia untuk belajar semula. tetapi kesihatan tidak mengizinkan. maaf ye rakan-rakan menyusahkan kalian semua..

***********************************************
nak ucapkan terima kasih kepada rakan sekelas, REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI 2 sebab melawat aku kat hospital. korang bawak banyak gila buah. kenyang aku makan buah. eh. roti yang cok bawak pun macam nak suruh aku duduk lama dekat hospital. =P

nak ucapkan terima kasih kepada jiran jiran asrama, HAHAHA.. tak2.. terima kasih kepada, adha, wani, jidu, farah, miza, yana, tinah, didi, tikah, nas (bogo wogo!!), intan, anis, tasya, cici, rierin, zatil, ikin, ah!! semualah.. sungguh, aku nak menangis..
MAK AKU UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA JASA BAIK KALIAN SEMUA. SEBAB AMBIL BERAT DEKAT ANAK DIA NI.terima kasih kepada mereka yang kirim salam dan ucapkan semoga aku cepat sembuh.. =))


**kesakitan itu satu ujian untuk mentarbiah kita lebih kuat daripada sebelumnya.. ujian itu datang dengan pelbagai cara supaya kita dapat melihat mana intan dan mana kaca.. sungguh, aku mendapat beribu pengajaran dari apa yang aku alami ini..**



sayang semuanya..





terima kasih ye kalian.. tiba-tiba macam nak peluk cium setiap sorang..

kepada readers.. doakan aku semakin pulih..cepat sembuh dan tak collapse balik.. =))

Friday

MEMPUDARKAN BAYANGAN 'BIAWAK'

hokeeyyy!! sekarang dah boleh bagi anugerah dekat i RATU DRAMA..
lepasni kalau nak sok sek sok sek pasal i boleh guna gelaran RATU DRAMA..
lepasni kalau jumpa i boleh panggil i RATU DRAMA..

"kak RATU DRAMA!"

"ye, adik panggil akak ke?"

miahahah over tau!!.

well, dah namanya cuti mc kan, sedangkan rakan-rakan lain berhempas pulas kelas ganti bagai hari sabtu, aku bersenang lenang goyang kaki minum air oren bangun lewat setiap hari DEKAT RUMAH.SEKALI LAGI DEKAT RUMAH. pergh! heaven.

kalau sehari dua hari berperangai seperti itu memang aku rasakan syurga. tapi dah kalau setiap hari, memang nampak sangat aku ni macam biawak terbiar diberi makan orang lalu lalang dah.

jadi, untuk mempudarkan bayangan biawak tu, aku cuba improve sikit kegiatan harian aku.
bangun lewat memang bukan senarai improve aku lah. jadi, perubahan ketara adalah aku tak goyang kaki minum air oren sahaja, tapi aku pergi melampiaskan nafsu mentengok semua drama bersiri kat cathup tv3. NAH AMIK KAU!! well done. sekarang kau nak cerita pasal ADAMAYA?AMANI? ceritalah, aku dah boleh menyampuk dah. KAH KAH KAH. gila lambat. orang lain dah nak habis demam bola aku baru nak mula pasal ADAMAYA.

hello. I Bila dah mula kuliah, memang i tak layan langsung tv n so on. drama bersiri, litar selari bagai semua aku tolak tepi. harapan 4flat lah sebenarnya kan. T__T sebab itulah perlakuan JAKUN ini boleh dimaafkan oleh diri sendiri.

eh,bukan itu sahaja, aku tengok semua cerita slot samarinda, akasia, lestary,seram,aksi?? celah gigi je weyh kalau kau nak kecoh kecoh depan aku. *gila bangga.*

kau dah tengok DUNIA BARU REUNION? aku dah tengok tau. *lagi sekali, minah ni terlalu bangga dengan kerja sia- sia bermanfaat yang dia dah lakukan.*

tapi kan.. tapi kan.. cerita spa q rambut karat tuh tak best lah ending dia.. tak habis habis asyik nak bersambung jerk. huh! dah jadi sinetron lah pulak. tak best..tak best..jadi tak payah tengok dah.

tapi kan.. tapi kan.. yang best ending kan.. cerita suraya, ADAMAYA ofkos, na-omei,noktah buat erna,tari tirana, la dolce amira, eh. banyaklah pulak. ape ape pun...



SPAIN DAH KALAHKAN GERMAN!!
*puas hati den!!!! yipppiii!!!*

Wednesday

BERZAMAN PUN TAK KISAH..

PROMO SINETRON CAHAYA



Kalau semua orang gilakan benci bilang cinta.. yang kalau tak salah aku ada 182 episod kejadahnya bila nak habis tuh..
aku pulak dah gilakan sinetron CAHAYA yang aku memang pasti ada 232 episod kejadah lagi berzaman tak tahu bila nak habis. amacam? boleh challenge aku tak follow cerita ni?

gila ke apa? nak tunggu cerita DENDAM ORANG MINYAK yang hanya berhelai episod pun aku dah macam nak letupkan tv, nak aku tunggu 232 episod? zzZZzzZZZ..
aku tengok final episod terus dekat utube. nah! amik kau. dah puas hati den.

tarikan cerita ni semestinya bukan disebabkan 232 episod tu.
semestinya bukan sebab aku suka cahaya lampu.
tapi disebabkan ini...





DUDE HERLINO.
* sambil mata shine2T__Tv*

indon pun indon lah babe..
sudah crush dengan mamat indon ni sejak tengok dia berlakon cerita AQSO DAN MEDINA.
dalam cerita KCB dia ada gak.. waaa~~~~

"wahai dude herlino, mungkinkah kita berjodoh?"


=P

Sunday

SOK SEK SOK SEK cari emak pengantin...

hai sayang..ini entry penuh kasih sayang sekali lagi..

ok. assalamualaikum dan selamat sejahtera. maka pada hari ini saya mahu menceritakan tentang kenduri kahwin rakan saya yang entah keberapa yang berkahwin tapi yang pasti ini adalah rakan pertama sekolah teknik gombak yang kahwin. rakan IPTHO masih belum lagi. rakan SMKBBB sudah ramai, rakan SKSRD lagi lah ramai yang sudah berkahwin. maka dengan ini mari kita lihat gambar, sebelum saya menggunakan perkataan 'maka' sekali lagi... sekian,



datang masuk rumah dah buat kecoh. situasi diatas terjadi di dalam rumah pengantin.



lepastu tiba-tiba semua berususun sopan santun macam ambil gambar rugbi untuk majalah sekolah lepas kecoh kecoh kan rumah pengantin.


yang kecoh kecoh tadi dah lapar pergi ambil makanan. nak tambah tenaga nak kecoh semula.


sambil ambil makanan saya jadi mamarazzi. sama macam SUHAILA SAMSUDDIN SAYANG..

dah kenyang lepak bergossip macam dekat warung pak hussin. T__T


lepas puas gosip ambil gambar pengantin yang dah masuk baju ke 3. baju ke2 masa baru sampai. baju 1 tak sempat ambil sebab pengantin dah tukar baju 2. paham ke apa aku bebel tentang baju pengantin nih?

nampak tak? pergi serbu pengantin.? ya ampunn!!kecoh macam makcik Kiah lah kau semua.. =P


dah puas? jom balik. kecoh salam2 peluk cium pipi. berdesup aku balik!


natijahnya, aku tak dapat goodie bag. HUWAAAAA~~ i nak goodie bag yang kaler ijau tuh.. makanya, tiadalah kau semua dapat tengok rupa bentuk goodie bag hasil perkahwinan ini.

balik rumah mesej send to a'a

dapat goodie bag tak?

reply from

dapat.. ama salam emak pengantin tak?

reply back

ama cari-cari emak pengantin takde sapa yang nak mengaku, jadi terus pulang tanpa goodie bag.


eh. aku memang cari emak pengantin sebab nak salam. mak aku ajar, kalau pergi rumah kahwin, salam mak ayah pengantin sebab tanda hormat bukan sebab nak goodie bag sahaja ok. T__T



HUSNA DAN DIN,
SELAMAT PENGANTIN BARU
SEMOGA KEKAL HINGGA KE AKHIR HAYAT..



Saturday

LAMA DAHULU,CINTAKAH?

macam nak pecah hati tengok brazil kalah.
tepuk tepuk simen sampai sakit tangan. bodoh. buat kerja takde faedah.
anyway, tinggalkan perasaan nak pecah hati itu, sebab tiba tiba baca blog cekgu isza macam terimbas kenangan lalu. tolong dengar lagu ahmad jais sekarang. *kenanganku..bersamamu, di suatu masa...*

kenangan di mana zaman-zaman cinta cintun monyet atau cinta anak anjing *puppy love* yang comel lote.. comel ke? mungkinlah kot, ada sedikit je yang comel, yang lain lain macam nak kambus dalam tanah 7 kaki.
dalam terimbas kenangan lama aku macam termuhasabah diri dimana aku macam teringat perkara perkara yang bagi aku bodoh untuk aku lakukan. *cuba kira berapa banyak perkataan ter yang aku gunakan*
1.masa cinta anak anjing dulu, aku banyak membazir duit beli topup. kenapalah aku bercinta dulu takde postpaid? membazir gila kot beli kredit 50 setiap hari. mana taknya, bergayut sampai nak patah dahan pokok. tengah gadoh gadoh "u letak lah dulu...ala, u letaklah..." u letak i letak plup! mati terus. kredit habis. esok menggagau aku korek tabung beli kredit lagi. ish! kalau lah aku simpan duit beli kredit tuh, mari kita congak. sehari 50. aku bercinta genap 2 tahun 1/2. setahun 365 hari x rm 50? darab dengan 365 hari lagi? kaya2!!! tapi malangnya, aku tak simpan. nah! padan muka!

2.lepastu, sibuk bangun bangun pagi pergi kejut solat subuh. pergh! memang awek solehah aku nih, tak payah berlakon sinetron solehah. lagi gila masa aku masuk sekolah asrama. henfon semua tak boleh bawak, jadi akulah pengunjung tetap public phone tu waktu pagi subuh sebelum pergi briefing pengawas, dan waktu malam sebelum off lampu. gila. nak buat macam mana kan, kuasa cinta. memang luar biasa. cuba tukar kuasa cinta tu terarah kepada pembelajaran. konfem aku kat liverpool dah sekarang.

3.Bila makan, sibuklah nak mengajak dia sekali makan. sumpah. macam bodoh bila aku ingat balik. lepastu sibuklah kata, nak u suapkan lah bagai semua. sungguh!! jahilliah. irritating pun ada dengan perangai sendiri. lagi irritating bila siap nak mintak poslah bila memasak sesuatu. padahal?? goreng ikan pun masih pakai perisai periuk nasi dah menggatal eh! malu dengan diri sendiri lah.

4.boleh pulak lah, nak ada lagu tema bagai sempena percintaan. aku ingat lagi kot aku menangis tersedu sedan dengar lagu tema percintaan masa baru-baru clash. sekarang? no way man! i am more mature than before. nonsense je semua tu.

5.suka sangatlah sambung sambung nama aku dengan nama dia. conteng conteng dekat buku teks, buku latihan, buku kimia, fizik, papan LK, buku K.A, atas meja study, pensel, pembaris, semua lah aku nak letak nama dia nama aku. konon macam bila tengok stuffs yang ada semua nama dia tu kira hilang lah kerinduan ni. euwwww!! jelek dengan kelakuan sendiri.

cukuplah lima je kan.. kau orang semua bukan suka baca panjang berjela macam ni kan? dah jadi macam buku sejarah nanti lagi jijik nak baca. KAH KAH KAH.

tuhlah kan, cinta.. bila ingat balik semua yang aku pernah terbuat ni, rasa macam speechless pun ada. semuanya perkara nonsense je yang aku buat. tak berbaloi. alih alih clash jugak single mingle sampai sekarang kan. aku ingat kan aku dah tak ingat dah semua ni, rupanya bila korek korek ada lagi saki baki yang tertinggal.

5 tahun dah berlalu, aku dah nampak hikmah. semakin lama aku tinggalkan zaman muda belia, semakin aku nampak hikmah pada semua perkara yang berlaku.


*jangan disalahkan kenapa semua itu terjadi, tapi lihatlah apa yang ingin ditunjukkan olehNYA..*

Thursday

KEKURANGAN VS KELEBIHAN

angus, thong and perfect snogging



aku rasa korang semua kene cuba tengok cerita nih.
lagi lagi yang ade perangai macam aku
perangai yang maksud aku macam
suka cerita cinta gedik gedik macam kanak kanak ribena,
suka cerita macam cinderella, snowwhite, repunzel.
suka slanga english london,
belajar perkataan baru iaitu snogging. weyh! kalau kau dah tahu lama aku tak kisah.
hello. cepat pergi cari dan tengok cerita ni.

dari sudut rambang nya.
cerita ni SWEET GILA. aku rasa dah macam nak letak jawatan jadi guru pelatih terus nak jadi pelakon. tapi, nak berlakon cerita macam ni jerk. cerita hantu mak tak kuasa nyah!!

dari sudut ilmuannya
atau lebih tepat lagi dari sudut melihat menggunakan otak
cerita ni banyak motif positif.
selain daripada berjaya bawak aku terbang sampai awan
cerita ni secara tak langsung dah mengajar aku bahawa
hidup ni kita tak boleh nak jangka.
semua dah ditentukan.
kita hanya perlu jadi diri sendiri, menerima diri sendiri, dan tunjukkan kebolehan yang kita ada dihadapan ramai orang. ofkos lah cerita ni memang tujuannya adalah untuk mendapatkan boyfren, haipp!! aku tegaskan, kita lihat dari sudut melihat menggunakan otak ye.

bila kita dah belajar menerima diri sendiri, sedar akan keistimewaan diri sendiri, kita akan selesa untuk lakukan segala mala perkara dalam dunia ni. segala dugaan pun kita akan atasi dengan cara yang positif.

hidup dalam dunia movie memang ending nya akan happy. sebab kalau sad ending aku bakar cerita tuh. tapi pernah kau terfikir, kadang kadang kesedihan itu adalah kegembiraan yang kita tak nampak. cuma kita perlu pandang dari sudut yang berbeza. =))