PENGIKUT

Saturday

LAMA DAHULU,CINTAKAH?

macam nak pecah hati tengok brazil kalah.
tepuk tepuk simen sampai sakit tangan. bodoh. buat kerja takde faedah.
anyway, tinggalkan perasaan nak pecah hati itu, sebab tiba tiba baca blog cekgu isza macam terimbas kenangan lalu. tolong dengar lagu ahmad jais sekarang. *kenanganku..bersamamu, di suatu masa...*

kenangan di mana zaman-zaman cinta cintun monyet atau cinta anak anjing *puppy love* yang comel lote.. comel ke? mungkinlah kot, ada sedikit je yang comel, yang lain lain macam nak kambus dalam tanah 7 kaki.
dalam terimbas kenangan lama aku macam termuhasabah diri dimana aku macam teringat perkara perkara yang bagi aku bodoh untuk aku lakukan. *cuba kira berapa banyak perkataan ter yang aku gunakan*
1.masa cinta anak anjing dulu, aku banyak membazir duit beli topup. kenapalah aku bercinta dulu takde postpaid? membazir gila kot beli kredit 50 setiap hari. mana taknya, bergayut sampai nak patah dahan pokok. tengah gadoh gadoh "u letak lah dulu...ala, u letaklah..." u letak i letak plup! mati terus. kredit habis. esok menggagau aku korek tabung beli kredit lagi. ish! kalau lah aku simpan duit beli kredit tuh, mari kita congak. sehari 50. aku bercinta genap 2 tahun 1/2. setahun 365 hari x rm 50? darab dengan 365 hari lagi? kaya2!!! tapi malangnya, aku tak simpan. nah! padan muka!

2.lepastu, sibuk bangun bangun pagi pergi kejut solat subuh. pergh! memang awek solehah aku nih, tak payah berlakon sinetron solehah. lagi gila masa aku masuk sekolah asrama. henfon semua tak boleh bawak, jadi akulah pengunjung tetap public phone tu waktu pagi subuh sebelum pergi briefing pengawas, dan waktu malam sebelum off lampu. gila. nak buat macam mana kan, kuasa cinta. memang luar biasa. cuba tukar kuasa cinta tu terarah kepada pembelajaran. konfem aku kat liverpool dah sekarang.

3.Bila makan, sibuklah nak mengajak dia sekali makan. sumpah. macam bodoh bila aku ingat balik. lepastu sibuklah kata, nak u suapkan lah bagai semua. sungguh!! jahilliah. irritating pun ada dengan perangai sendiri. lagi irritating bila siap nak mintak poslah bila memasak sesuatu. padahal?? goreng ikan pun masih pakai perisai periuk nasi dah menggatal eh! malu dengan diri sendiri lah.

4.boleh pulak lah, nak ada lagu tema bagai sempena percintaan. aku ingat lagi kot aku menangis tersedu sedan dengar lagu tema percintaan masa baru-baru clash. sekarang? no way man! i am more mature than before. nonsense je semua tu.

5.suka sangatlah sambung sambung nama aku dengan nama dia. conteng conteng dekat buku teks, buku latihan, buku kimia, fizik, papan LK, buku K.A, atas meja study, pensel, pembaris, semua lah aku nak letak nama dia nama aku. konon macam bila tengok stuffs yang ada semua nama dia tu kira hilang lah kerinduan ni. euwwww!! jelek dengan kelakuan sendiri.

cukuplah lima je kan.. kau orang semua bukan suka baca panjang berjela macam ni kan? dah jadi macam buku sejarah nanti lagi jijik nak baca. KAH KAH KAH.

tuhlah kan, cinta.. bila ingat balik semua yang aku pernah terbuat ni, rasa macam speechless pun ada. semuanya perkara nonsense je yang aku buat. tak berbaloi. alih alih clash jugak single mingle sampai sekarang kan. aku ingat kan aku dah tak ingat dah semua ni, rupanya bila korek korek ada lagi saki baki yang tertinggal.

5 tahun dah berlalu, aku dah nampak hikmah. semakin lama aku tinggalkan zaman muda belia, semakin aku nampak hikmah pada semua perkara yang berlaku.


*jangan disalahkan kenapa semua itu terjadi, tapi lihatlah apa yang ingin ditunjukkan olehNYA..*

No comments: