PENGIKUT

Thursday

KEKURANGAN VS KELEBIHAN

angus, thong and perfect snogging



aku rasa korang semua kene cuba tengok cerita nih.
lagi lagi yang ade perangai macam aku
perangai yang maksud aku macam
suka cerita cinta gedik gedik macam kanak kanak ribena,
suka cerita macam cinderella, snowwhite, repunzel.
suka slanga english london,
belajar perkataan baru iaitu snogging. weyh! kalau kau dah tahu lama aku tak kisah.
hello. cepat pergi cari dan tengok cerita ni.

dari sudut rambang nya.
cerita ni SWEET GILA. aku rasa dah macam nak letak jawatan jadi guru pelatih terus nak jadi pelakon. tapi, nak berlakon cerita macam ni jerk. cerita hantu mak tak kuasa nyah!!

dari sudut ilmuannya
atau lebih tepat lagi dari sudut melihat menggunakan otak
cerita ni banyak motif positif.
selain daripada berjaya bawak aku terbang sampai awan
cerita ni secara tak langsung dah mengajar aku bahawa
hidup ni kita tak boleh nak jangka.
semua dah ditentukan.
kita hanya perlu jadi diri sendiri, menerima diri sendiri, dan tunjukkan kebolehan yang kita ada dihadapan ramai orang. ofkos lah cerita ni memang tujuannya adalah untuk mendapatkan boyfren, haipp!! aku tegaskan, kita lihat dari sudut melihat menggunakan otak ye.

bila kita dah belajar menerima diri sendiri, sedar akan keistimewaan diri sendiri, kita akan selesa untuk lakukan segala mala perkara dalam dunia ni. segala dugaan pun kita akan atasi dengan cara yang positif.

hidup dalam dunia movie memang ending nya akan happy. sebab kalau sad ending aku bakar cerita tuh. tapi pernah kau terfikir, kadang kadang kesedihan itu adalah kegembiraan yang kita tak nampak. cuma kita perlu pandang dari sudut yang berbeza. =))

No comments: