PENGIKUT

Friday

TAK BISAKU PAKSA WALAU HATIKU MENJERIT



Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku padamu

Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan PINTAKU padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
TAK BISA KU PAKSA WALAU HATIKU MENJERIT

Ketika Cinta bertasbih Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud sukur padamu atas segala cinta



perasaan yang bercelaru
TAK BISAKU PAKSA WALAU HATIKU MENJERIT..

perasaan yang mendalam
KU PANJATKAN PINTAKU PADAMU MAHA CINTA..

Thursday

OH! MAMA..SAYA MAHU KAHWIN

BLOG MENGGEDIK DI HARI LAHIR SENDIRI.

**TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG WISH BESDAY SAYA =))**


oh mama
saya mahu kahwin
kahwin dengan siapa?
dengan
..................
ah!
sape nak kahwin dengan kau amal??
ade ke?
tettt!!!!



umur dah 21 tahun.
bukan 12 tetapi DUA PULUH SATU!!!
apa yang kau dah capai sepanjang 21 tahun kau hidup?
apa pengorbanan yang kau dah buat?
apa jasa yang kau dah sumbangkan?
fikir.
(tiba-tiba blog gedik dah jadi blog serius di hari jadi)


mak!
umur saya dah 21 tahun
saya dah boleh kahwin
boleh kahwinkan saya?
(choi2!! kenapa menggatal sangat nih?)


secara rasminya,
hari ini adalah hari lahir aku yang ke 21 tahun
lepas asar kalau tak silap percaturan aku lah
21 tahun yang lepas, seorang bayi perempuan yang comel + baik+ sangat2 disayangi +manja+ menggedik + menyampahkan (eh! dah kutuk diri sendiri nih)lahir
bayi itu adalah aku.


"mak masa umur kau ni dah bertunang dengan ayah kau dah"

statement ni aku dengar masa kakak aku umur 21 tahun.

hmm.. mak nak keluarkan statement yang sama ke bila angah dah sampai rumah esok? (jumaat 30 april)

tapi yang pasti mak aku pernah tanya nih

"angah tak de boyfren ke?"

aku dah terkulat-kulat.

"takkan lama-lama dok belajar kat batu pahat takde pakwe?"

errrk.. aku tercekik dengan soalan yang bertubi-tubi.
tolonglah jangan tanya hal-hal peribadi seperti ini.


1.yang pasti aku dah buat ic baru!
2.kali pertama kena saman.(ayah masih tidak tahu akan hal ini)
3.yeah! that's rigth
i miss 'encik kacak' really2 miss him
4............
5............
6............

**nampak sangat tak tahu nak menggedik. see!! i am not born to be a gedik one.**

Wednesday

ANALOGI YANG TIDAK SEFAHAMAN

aku nak mengadu
betul betul betul betul betul betul betul betul betul
nak mengadu.
perasaan nih dah macam kucing beranak kat dalam kotak kat hostel nih.
ok.
tak sesuai analogi nih.
perasaan dah macam .........................................
perasaan aku macam tuh.
semuanya angkara ini.

angkara ini aku kene saman
aku tak pernah kene saman kau tahu
aku tak pernah langgar peraturan jalan raya.
tapi angkara ini aku sanggup segalanya.
angkara ini seminggu hidup aku kucar kacir
angkara ini makan pun tak teratur
angkara ini aku sanggup berhabis duit.
angkara ini aku berkorban masa aku.

bukan aku saja
rakan-rakan sekalian pun buat apa yang macam aku lakukan.
tapi kenapa????

kau nak tahu angkara ini itu apa?
tengok gambar.
aku dah sangat kecewa.















ah.
encik kacak
dimana anda???
sudah tidur.
dua hari tak on muka buku
anda buat bodoh je kan dengan saya.
ah.
saya nk buat bodoh dengan anda.
huh! nanti saya yang kene buat pandai balik.
tak berbaloi!!!



arghhhh!!!
masih tak hilang rasa nih.
kau semua rasa tak apa yang aku rasa??




seumur hidup, ni adalah kekecewaan yang paling paling paling paling paling paling tercalar yang pernah aku rasa bila aku buat sesuatu.


kenapa?? kenapa?? kenapa???
kenapa tiada siapa yang tahu apa yang kami semua sampaikan melalui puisi-puisi kami?????
kenapa??kenapa???kenapa?????

Sunday

hati ini rapuh macam ranting pokok ciku

sekarang dah hampir pukul 1.
bukan 1 tgh hari tapi 1 pagi bebeh.
macam tak pernah tidur lambat nak kecoh-kecoh amal nih kan.
aku baru habis buat pola baju.
tengok. aku tak cakap pun aku nak tukar jadi tukang jahit.
tapi kalau nak tempah aku boleh tolong buat pola je.
gunting kain dan jahit kau buat sendiri.
sebab aku tak pandai nak kawal kelajuan mesin jahit tuh.
jadi kelam kabut macam kene kejar anjing gila.

tak.tak. aku tak tukar profesion.
aku masih lagi seorang guru pelatih
dan tetap akan menjadi guru bila graduate nanti.
kau semua jangan risau.
aku tahu kau semua tak sabar nak aku rotan anak-anak kau kan? hahahasrat kau semua akan tercapai. jangan risau ye ibu2.bapak2.

urgh! membebel lagi aku nih.
masa aku gunting-gunting pola. ye pola baju bukan polar bear.
masa aku main gunting-gunting aku 'mesej-mesej' 'encik kacak' melalui alat perhubungan selain daripada telefon selular.

tolonglah faham. jangan salah faham.
semangat aku jadi opss! terlebih sudah.
tak pernah ade semangat terlebih macam nih
walaupun 'mesej-mesej' itu hanyalah berbau biasa. tiada yang luar biasa.

tolonglah faham.jangan salah faham.
secara kasarnya, semangat ni membawa kebaikan sebab aku menjadi teruja untuk buat sesuatu yang berilmu bila ada 'encik kacak'.

tolonglah faham. jangan salah faham.
bukan bermaksud sebelum ni aku tak bersemangat
tetapi apa yang aku maksudkan adalah
semangat lama sedia ada menjadi berkobar-kobar.
ceit. amal kau nih dah macam budak-budak sekolah baru dapat boyfriend.

kan aku kata jangan salah faham.
sebab aku sendiri tak nak salah faham dengan semangat yang baru aku rasa ni.
walaupun aku tak tahu apa akan jadi di penghujung cerita antara aku dan 'encik kacak' tetapi aku rasa tak salah kalau aku menikmati setiap saat perjalanan yang menyenangkan hati ini sebaik-baiknya. tengok. aku dah keluarkan ayat-ayat taman.


kalau kau semua baca entry-entry aku yang sebelum-sebelum ni, aku ade mention betapa aku tak mahu menerima apa-apa perkara yang berkaitan dengan hati dan perasaan.
yup. i'm still under my recovery. but now aku rasa aku dah boleh terima sedikit demi sedikit lama-lama. tak. tak jadi bukit. asyik jadi bukit je. jadi lain pulak. sedikit-sedikit lama-lama jadi kepunyaan aku. hahahahhaktui!! amal tolong jangan berangan dulu boleh tak?


sekarang dah nak pukul 2 pagi.
kalau layan roti canai sedap neh.
lepastu kene joging 2 km.
takpun berjalan 3 km. huh! mampus. buat harvard step test pun dah cungap-cungap macam ikan takde oksigen. ok. fine. tak payah nak ejek aku. macam budak sekolah.
loser. fine. aku tak kesah.

aku kene mengaku sesuatu yang selama ini aku denied. always. bukan sekali tetapi selalu dan bukan jarang jarang berlaku.
aku memang selalu menidakkan apa yang bermain dalam perasaan aku.
yup. kerana kejadian dahulu. aku menidakkan semua benda. instead aku tahu dan sedar tapi aku tetap menidakkan. oh. hati batu. fine. aku tak kesah.

mengaku. yup mengaku tentang 'ini'.
mengaku untuk membuka 'ini' yang dah lama aku tutup rapat-rapat.
aku buang kunci entah kemana. sampai sekarang macam tercari-cari kat mana kunci tuh. aku tak sempat nak duplicate dan simpan..

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

(dato dr faddzillah kamsah)

atas alasan ini aku akan cuba membuka "ini" dan "itu"
yup. i'm admit it.tapi tak tahu berapa lama akan bertahan.
entah. fine. nak drop??drop r. drop secara nyata atau drop secara sembunyi pun aku tak kesah. drop. drop lagik.

hati ini rapuh macam ranting pokok ciku kenapa pokok ciku?sebab aku dah lama tak makan buah ciku.

Thursday

MAK SAYA YANG KATA TAU

KEGEMARAN 1




sudah tak jadi kegemaran tetapi dah ketagih.
pagi2 pun nk makan kentang yang tak sihat nih.


KEGEMARAN 2




KEGEMARAN 3



dari kecil mak kata (aku tak tipu ok. mak aku yang kata)
aku tak pernah minum air manis
selain dari air oren, ribena.
selain itu aku akan hanya minum air ini
setiap masa!
sampai besar dan
INI ADALAH AMALAN YANG BAGUS!(puji diri sendiri sebab mengamalkan meminum air kosong dengan banyak)




***semalam tensen banyak kerja hari ni boleh pulak bloging benda ntah hape2***

Wednesday

WAHAI ENCIK KERJA aka ESAIMENT

ENCIK KERJAAAA!!!!
hambik! aku memang nak marah kat kau nih

KENAPA KAU TAK HABIS-HABIS HA??
tak paham ke
aku ada banyak kerja lain lagi nak buat?
asyik nak menghadap engkau je ENCIK KERJA!!
aku bosan nak tengok kau
kau paham tak?
apa?
tak paham!!
mari!!


aku rasa nak sepak terajang kau!
berduyun2 datang
tak putus-putus.
kalau kau mendoakan aku tak putus-putus
takpelah jugak.
nih kau membebankan aku
tak putus-putus
berusuka ria bertepuk gembira menyusahkan aku


AKU BENCI LAH WEYH!
BENCI!
KAU TAHU BENCI?!!!!

KELEBIHAN MEMBACA BISMILLAH.

::::: FAKTA PENTING :::::
*** INI ADALAH ENTRY BERILMU ***


Saya bukan ustazah norbaiyah
datuk marsyitah pun bukan
bukan.
tidak tukar profession lagi.
serius.
tak tipu. tak baik tau menipu.


i am realized kalimah bismillah memang banyak kelebihan
betullah macam abang-aban raihan menasyidkan

"dimulakan dengan bismillah
disudahi dengan alhamdulillah... Begitulah
sehari dalam hidup kita mudah mudahan diberkati
ALLAH.."


dah lama sedar
tapi kejadian semalam membuatkan saya lebih yakin.

(situasi semalam)

lepas kelas aku terus keluar dengan AMIR.
bila aku nak stress aku akan kelaur bawak AMIR
jalan-jalan (ini aktiviti wajib)

habis ukur BP aku singgah PARIT RAJA.
nak reverse untuk keluar parking.
kebiasaannya bila nak mula drive aku akan baca bismillah
tapi semalam tak tahu kenapa
terus je selamber reverse tanpa fikir tentang kalimah itu.
reverse punya reverse.

BANG!!!! (bang bukan bermaksud azan tetapi mewakili satu bunyi)
bunyi dimana aku dah sondol kereta belakang.
dan paling BEST SANGAT!!! TAK TERKATA BESTNYA!.
pemilik kereta ada kat situ.

cepat2 keluar terus minta maaf.
dalam otak dah fikir kena bayar bape ratus lah nih.
tapi kereta orang tu takde pape.
AMIR aku selamat.

minta maaf.
pemilik itu maafkan dan tidak minta apa2 bayaran.
TERIMA KASIH WAHAI PEMILIK WIRA (yang telah disondol AMIR.)
*sondol?? hish! macam binatang lah plak.


LEGA. ALHAMDULILLAH.
nikmat perasaan LEGA yang julung2 kali dapat dirasakan.
*julung?? hish! ayat laporan esaimen yang skema lagi terpaksa aku guna


ye.
BISMILLAH penting.
bukan perkataan itu.
tetapi ingatan kita pada YANG ESA dalam apa jua keadaan.
susah dan senang.

"bila baca bismillah, semua perkara dipermudahkan."

tepat.
aku sokong!

Monday

MONOLOG DALAMAN 2

wahai encik 'kacak'
yang dibawah stalking saya..
nama pertama anda apa?





abdul? abdullah? ahmad? abul? atau apa??





ah!!
anda memang perlu dipersalahkan
kerana anda penyebab saya jadi macam ni.

Saturday

JANGAN KAU HENTI -

jangan kau henti..
mencariku kekasih..
biar raut wajahku tak kau kenali...



kau semua layan lah..




Wednesday

EMAK SAYANG SEMASA KECIL

dulu semasa kecil
kalau demam mesti mimpi
ada benda besar datang nak langgar
dengan laju.
lepastu mesti terbangun dari tidur.

lepas tidur balik mimpi yang lain pula.
bila demam mesti mimpi
satu benda hitam macam batu (macam sahaja.)
benda macam batu hitam tu (bukan hajar aswad)
mula-mula benda batu hitam tu kecil
lama-lama makin besar.
besar
besar
besar
besar
besar
besar
macam dinasour.
lepastu benda yang makin membesar
membesar lagi
dan tiba-tiba dengan laju
datang nak himpap aku.
terus terbangun dari tidur.
pening
sakit kepala
terus macam biul tak tahu apa jadi.
kepala terbit bintang bintang yang tidak diketahui.
terus jerit.

"mak..." suara dengan nada yang sumpah! sangat lemah + tak bermaya langsung.

si ibu datang bawa vicks atau bam tiger
terus picit-picit kepala anak yang sedang demam
yang mula ada titik titik jernih dekat penjuru mata T____T


si ibu tuam kepala anak dengan kain basah sejuk
sampai anak tertidur semula
dan tidur sehingga pagi.
yeay!!
tak payah pergi sekolah. DEMAM!

sekarang.
bila demam kene makan panadol sendiri.
takde orang tuam2 kepala.
takde siapa nak sapukan vicks atau bam tiger.
dan mesti tak dapat tidur dengan lena sehingga pagi.
sebab asyik mimpi batu besar yang semakin membesar dan semakin jahat membesar.


rasa nak balik rumah sekarang.
sebab bila demam dekat johor memang tak best! T____T

MONOLOG KLISE. (tak payah bace pun takpe)

aku masih bergelar stalker.
stalker bermaksud pengintip.
bukan kedai kecil (stall) yang menjual wal(ker) bayi 7 bulan.

masih menjadi stalker.
stalker page dia.
page fb dia.
para pembaca sila bosan sekarang.
aku dah nak cerita tentang benda klise lagi.
cepat. sila bosan.

"bosan..bosan..bosan..bosan.."

ah. blog aku. aku suka nak post ape.
sambungan..

ye.
aku masih menjadi stalker.
tak tahu lah sampai bila.
mesti kau semua takut kan dengan aku.

"excuse me, i bukan stalker sampai nak men santau kau semua."


aku cuma hanya belum punya KEKUATAN.
kakuatan untuk segalanya.

Tuesday

HANYA SEBUAH MONOLOG DALAMAN.

maaf.
entry kali ni klise.
klise. klise. klise.
tak kisahlah klise atau tidak.
aku tetap nak post jugak.
klise tak klise ini blog aku.
tak perlu mintak izin untuk mengklise kan blog sendiri.
tak perlu mintak maaf intuk menggelikan blog sendiri.


klise.
tentang perasaan.


aku tak tahu apa yang aku buat sekarang ini betul atau tidak.
aku tak tahu. aku tak nak ambil tahu. sebab aku memang tak tahu.


"hahaha...jgn sbb kisah silam ko terhantui... hahaha... kisah silam sbg panduan je.. anyway klu ko ckp pon ta salah. klu dia ta terima, u should redha ar, profesional ar, n ofcos kena rasional. klu dia teriam, BONUS utk ko.. hahaha <-- nasihat ikhlas tulus dari hati ni"

aku perlu kekuatan.

"betul2.. pada Allah ko mintak diberikan kekuatan. hihihi..tiada yang mustahil amal"

memang tidak mustahil.
tetapi aku perlu kekuatan.
kekuatan untuk yakinkan diri sendiri.
yakin dengan perasaan sendiri.
aku perlu pasti bari keyakinan muncul. kekuatan akan datang seiring.
tapi
aku masih tidak pasti.

"kadang2 aku terfikir, kenapa aku nak mengejar cinta manusia, sentiasa nak mencari cinta manusia, sedangkan cinta-NYA aku tak rebut."



quote diatas buat aku tersekat untuk membina kekuatan.
aku mahu mengejar cinta-NYA
tetapi cinta 'dia' yang sentiasa aku fikirkan.
kerdilnya aku.....








"sekiranya dia adalah orang yang sentiasa aku pohonkan padaMu, beritahunya tentang perasaan ku ini..dekatkan dia padaku...dan begitulah sebaliknya..wahai yang Maha membolak balikkan hati.."

Saturday

skuad! dari tengah cepat jalan! vs. mari aku siat2 lidah mereka.

bukan nak cerita tentang raja lawak
bukan nak cerita macam mana nak jadi pelawak
bukan jugak berkisar tentang lawak.

mungkin entry nih tidak segempak entry selalu(ceh! macam lah ade orang bace entry2 yang lalu sampai nak kata gempak)
bukan juga nak membodek pensyarah pembimbing.
bukan juga untuk men capub rakan-rakan nya.
bukan. itu semua bukan. bukan mudah menyusun tangga ke angkasa....
uhhh yeaahhh..(kipas susah mati shahir af8) eh. betul ke af dh siri ke 8?
ahah! kantoi anda bukan seorang kipas susah mati.

eh.balik sekarang amal. tiba-tiba cerita akademi fantasia pulak.
ok. dekat mana kita tadi? oh. ye. itu semua bukan.
selain itu juga (takleh blah ayat macam buat repot esaiment)
entry ini bukan menunjukkan pemilik blog dah tukar profesion.
salah. tidak sama sekali. dalam mimpi pun pemilik blog
takkan bertukar profesion.
ok.diam amal.
kau semua cek it out.








walaupun kami seakan stress.bukan. kami memang stress.
tetapi semua nya hilang bila semuanya gila bergambar.
walaupun pada awalnya setiap orang bersuara
"ape jadah KRS nih. memang BOODUCK sekolah lah."
kami tetap ikhlas. ye. aku ikhlas.

mesti semua orang yang bukan seorang pelatih guru.atau seorang guru.lepas tengok entry ini akan kata

"bosan gila kau belajar macam budak sek. rendah.bosan.bosan.bosan."

"takde class langsung maktab nih."

hypeee!!!!!siapa tuh yang biasa sangat nak kutuk2 tuh?
mari aku siat-siat lidah mereka.
anak kau semua nanti kamilah yang akan mendidik mereka.
siapa yang didik kau dulu?
siapa yang ajar kau dekat sekolah dulu?
siapa?
siapa yang buat kau sampai ke negara oarang menuntut ilmu?
siapa yang buat kau berjaya. kaya raya. bijak pandai?
siapa?


54488-133-29A92BA46823EC3749F12D0C6A4A040F

Friday

DEEJAVO DOO SPELL

huh!
mula-mula post je dah marah. siap ada perkataan kotor dalam otak.
tak. mana ada. tak marah. takde sebab.
dejavoo. ah. tak tahu ejaan yang sebenar macam mana. janji kau tahu macam mana nak sebut.
dejavoo.
pernah alami deejavoo?
pagi tadi seorang dari rakan aku cakap macam ni


"amal. aku pernah mimpi macam nih. DEJAVOO!!DEJAVOO!!"
(dia sebut dejavoo sambil lompat2. takde. aku tipu.(tak tahu apa motif mesti tipu dengan lompat2. )


aku dah banyak kali dejavoo. bukan aku jadi pen dejavodo pergi mandrem. mandrem orang tuh. tapi dejavoo.bukan vodoo jahat tuh.
bila satu situasi dalam mimpi terjadi dalam alam realiti. itu dinamakan dejavoo. tapi. satu je... aku tak tahu ejaan sebenar dia macam mana.


bila seorang rakan aku cakap macam tuh aku terus cakap macam ni

"bila aku nak dapat dejavoo kahwin dengan putera katak. jumpa prince charming. ada anak dua orang permpuan. ada suami yang kacak?"

dalam hati.dalam hati je. sebab aku terlalu mengantok macam zombie.tak tahu apa kaitan mengantok dengan zombie dan hati.






**kau tak rasa ke melampau dejavoo dejavoo yang aku mintak tuh? dah macam wish list dah.

Monday

BARANG PANASSS TAPI TAK HANGIT



bahagia gila kan muka minah atas nih??
nak tahu sebab pe??
tgk bawah..eh. mksd aku skroll bawah.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.





sebab hot stuff atas tuh.
gagagagga!! biar lah. aku nak kecoh. biarlah. biarlah.biarlah.
wekkk!!

terima kasih KAKAKKU TERSAYANG.
AZIFA NORANIM
sebab menunaikan salah satu wish list saya yang memang saya nakkkkkk sangattttt.. hehehhehe... terima kasih ye.
biar ah. nak kata aku tak malu dapat hadiah besday sebelum besday? biar ah. aku tak kesah.. ko ada ke?? (padahal gila ketinggalan sume orang dh lama guna broadband dah.)

Sunday

wahai pemilik hati..bantulah hambaMu..

maaf.
takde niat nak buat post berbau seperti ini.
tapi tidak dapat menahan.
terpaksa untuk melegakan segalanya.
memang terpaksa.
dah lama menahan diri dari post berbau seperti ini.
tapi hari ini terpaksa.
hati dah meronta2.
menjerit kelemasan.
maaf.
kalau rasa macam klise
tapi kenyataan.


secara jujurnya. aku tak pernah jadi macam ni.
jauh sekali untuk menjadi stalker.
betul.
aku memang tak endah segala perkara yan berkait dengan hati.
bagi aku semua itu dusta dn menyakitkan hati.


1st tyme. i'm act like a stalker. seriously. really stalker.
menjadi stalker untuk mengintip fb dia
menjadi takut dgn diri sendiri.
betapa addict dan inkuirinya untuk mengetahui siapa dia.
bukan status pada tahun ini sahaja.
tetapi status yang dia update daripada mula dia ada fb account
aku dah baca.
gila kan?
memang gila.


tak gunalah.
tak berguna betul dengan diri sendiri.
marah. hanya dengan satu pandangan aku jadi malu.
malu nak melihat dia lagi.
marah. hanya dengan senyuman itu aku jadi tak keruan.
tak banyak.
hanya sekali.
berkali kali terjumpa
aku tak mampu nak memandang lagi.
marah. tersangat marah dengan diri sendiri.
marah sebab melanggar janji terhadap diri sendiri.
janji tidak mahu terjebak dalam situasi ini.
tapi terjebak lagi.


aku tak tahu nak buat apa.
sama seperti tajuk post kali ni.
perasaan membuak buak.
tapi tak tahu membuak untuk apa.
pening.

pening setiap kali situasi ini berlaku.
hati jadi tak keruan.
tak mahu fikir.
tapi setiap kali dia menjelma
aku bertukar.
dah tak jadi aku lagi.

bertukar menjadi.
entah.
memang hati aku keras.
keras sejak 5 tahun yang lalu.
aku tutup semua perkara
yang melibatkan hati dan perasaan.
tapi sekarang?
marah.
kenapa jadi teruk seperti ini.
keliru, celaru, buntu.




"wahai pemilik hati.. bantulah hamba-Mu.."

Saturday

april yang betul-betul mengundang perasaan.

pernah kah kau merasa..jeng jeng jeng jeng..(tak tahu lah kenapa mesti ada jeng jeng jeng tuh)

yup pernah tak kau semua rasa macam excited gila terhadap sesuatu?
oh. aku rasainya sekarang. selama aku hidup ni, ada macam macam benda yang akan buat aku rasa xcited gila.

aku akan xcited bila nampak sesuatu yang aku suka gila.
aku xcited gila bila lihat sesuatu yang aku tunggu2 muncul depan mata.
aku xcited gila
aku xcited gila
aku xcited gila. ok. shut up amal. nanti gila betul2 baru tahu.

kebanyakan wanita (hu..sucinya perkataan wanita ni) akan menjadi xcited bila ada sale. aku memag xcited kalau sale. bukan xcited terhadap salesman ok. xcited terhadap jualan hebat parkson.. (menyanyi dlm nada iklan parkson)bukan. parkson sahaja sale memang aku tak xcited. wanita akan menjadi xcited apabila JUALAN MEGA SALE!! yeah. u right amal. tapi bukan sale atau salesman yang aku xcited kan sekarang.

mari kita terus kepada topik utama. apa? bukan cinta. bukan juga cintun. tetapi aku xcited apabila ada orang yang bercinta disatukan. heh! kenapa macam tiba-tiba suasana bertukar berada di dalam taman bunga nih.

back to the real.

sebenarnya dalam hati ini ada kamoo. setiap kali melihat kamoo. ye saya teruja. teruja sampai boleh histeria nak menjerit jerit kat kamoo "saya disini!!" "saya di sini!!"

realitinya, tidak. saya tidak menjerit. (jaga adab weyh. menjerit buruk perangai tuh)

hakikatnya, saya tahu kamoo mempunyai sesuatu yang perlu dijelaskan. sesuatu yang ada dalam hati kamoo sebelum saya hadir. takpe. saya tak kisah.

berpegang pada prinsip hidup. prinsip yang menjadi batas kehidupan selama saya hidup 21 tahun.

walaupun saya hanya dapat lihat kamoo dari jauh.




OK! DAH HABIS JIWANG!

Thursday

babai encik MAC!!

sebut MAC dengan intonasi MARCH ye.
bukan coklat mars atau planet marikh.
bukan juga make up MAC.
silky girl ke hape ke benda lagi pun bukan.
mac tetap mac.
mac adalah bulan.
berlalu entaha bila
tiba-tiba dah encik april menjelma
pheuuww!! lama jugak nak tunggu april nih datang ye.

aku paling suka bulan april.
bukan sebab ada april fool atau april bodoh
tapi disebabkan april itu sendiri.
april.
ada apa dengan april?
kau rasa???

aku rasa nak prepair wish list untuk bulan april nih.
lepastu nak masuk dalam botol
baling kat laut sambil mengharap seorang putera impian
yang charming lagi kacak
datang beri botol dan memberikan cinta nya.. ok amal. diam.