PENGIKUT

Wednesday

EMAK SAYANG SEMASA KECIL

dulu semasa kecil
kalau demam mesti mimpi
ada benda besar datang nak langgar
dengan laju.
lepastu mesti terbangun dari tidur.

lepas tidur balik mimpi yang lain pula.
bila demam mesti mimpi
satu benda hitam macam batu (macam sahaja.)
benda macam batu hitam tu (bukan hajar aswad)
mula-mula benda batu hitam tu kecil
lama-lama makin besar.
besar
besar
besar
besar
besar
besar
macam dinasour.
lepastu benda yang makin membesar
membesar lagi
dan tiba-tiba dengan laju
datang nak himpap aku.
terus terbangun dari tidur.
pening
sakit kepala
terus macam biul tak tahu apa jadi.
kepala terbit bintang bintang yang tidak diketahui.
terus jerit.

"mak..." suara dengan nada yang sumpah! sangat lemah + tak bermaya langsung.

si ibu datang bawa vicks atau bam tiger
terus picit-picit kepala anak yang sedang demam
yang mula ada titik titik jernih dekat penjuru mata T____T


si ibu tuam kepala anak dengan kain basah sejuk
sampai anak tertidur semula
dan tidur sehingga pagi.
yeay!!
tak payah pergi sekolah. DEMAM!

sekarang.
bila demam kene makan panadol sendiri.
takde orang tuam2 kepala.
takde siapa nak sapukan vicks atau bam tiger.
dan mesti tak dapat tidur dengan lena sehingga pagi.
sebab asyik mimpi batu besar yang semakin membesar dan semakin jahat membesar.


rasa nak balik rumah sekarang.
sebab bila demam dekat johor memang tak best! T____T

No comments: