PENGIKUT

Friday

Boleh tolong jadikan 25 jam?saya dah berubah.

Oh hai!
Jumpa lagi kita.
Eh?
Bukan semalam kita ada berjumpa ke?
Oh. Bukan! Itu dia. Bukan kamu
Maaf. Salah orang lagi.
Oh maaf lagi.
Saya terlalu sibuk.
Dan kurang waras setiap hari.
Hal ini kerana kehidupan menjadi tunggang langgang disebabkan kerja
Sehinggakan ayat yang ditulis terlalu skema dan jelik untuk dibaca.
Dan lagi sekali saya terpaksa akur dengan encik sibuk untuk men type perkataan sibuk banyak banyak kali dalam entry kali ini.
Rasa dah macam buat perjanjian pula dengan encik sibuk.
Kerana setiap kali update blog saya akan terpaksa akur (skema lagi sekali) untuk mentype perkataan sibuk.
Memang sibuk.
Sehingga mahukan hari bertukar menjadi 25 jam.
Oh. Bukan sebab saya suka pergi kedai mamak 25 jam
Tetapi memang kalau boleh mahukan sehari bersamaan 25 jam.
Dan kalau permintaan tertunai
Saya mahukan satu hari bersamaan 26 jam pula
Kemudian bertambah jadi 27 jam
28 jam
29 jam
30 jam
Dan ber jam jam lamanya sampai kerja- kerja setiap hari dapat dibuat dengan tenang tanpa ada unsur-unsur kelam kabut.
Oh.
Sifat bertangguh sudah tiada dalam kamus 2010 ini.
Kerana encik sibuk
Saya sudah menjadi semakin rajin untuk membuat kerja
Sampaikan sebelum tidur saya masih mentelaah (satu lagi perkataan skema) kerja
Kerja yang perlu diselesaikan.
Mentelaah melebihi had sampaikan saya terasa seperti kamus bahasa baku pula sekarang ini.
Hal ini kerana, sudah lama tidak bersosial menggunakan perkataan ’berak kau!’
’BODOH kau lah!!” dan segala mala ayat yang sudah tidak ada di dalam kotak fikiran ini lagi. Alangkah berubahnya saya sekarang ini.

BOLEH TAK JANGAN BAGI KERJA BANYAK-BANYAK!!!!
FADEUP LAH WEYH!!! FADE UP!!!

No comments: