PENGIKUT

Tuesday

wahai abang, kenapalah nak kahwin cepat-cepat.

tengah syok landing atas kerusi untuk berfoya-foya sekejap tengok movie tiba-tiba no 012 aku berdering. siapakah? dah lama sangat tak berdering since aku 'putus kasih' 6 bulan yang lalu.
tengok. nombor tak dikenali. aiseyhman, gua tak layan nombor bukan-bukan nih. gua biar je berdering. mati. lepastu berdering lagi. entah kenapa entah paranoid sangat dengan nombor-nombor tak dikenali nih.

tenung lama-lama telefon yang tengah menjerit-jerit tu. memang cukup2 nak deringan terakhir aku angkat.

"hello"

"assalamulaikum cik"

"waalaikumussalam" (gua dah gundah dah bila dengar suara lelaki)

"ni cik amalina kan? cik ada buat pinjaman PTPTN kan?"

dah sudah, bila masa entah aku buat pinjaman. pusing kepala fikir.

"cuba encik tengok nama betul2 berbinti kan siapa amalina tu?" (aku dapat allowence buat apa nak pinjam PTPTN weyh???)

"betullah nama ayah cik ni."

lama gak aku diam, cuba cam suara. dalam 5 minit macam tu aku MENJERIT!!!!

"ni abang is kan??????!!!!! ceh!!!!"

OK. aku tak pernah cerita aku ada abang kan? mak aku tak beranakkan pun abang aku nih. dia nih datang tiba-tiba jerk dalam hidup aku. well, maksudnya disini dia ABANG ANGKAT aku. kau orang tak payah nak pertikaikan status 'angkat' tu. aku dengan dia dah adik-beradik sejak aku form3 lagi. so, kiralah dah berapa lama?? haaaaaaa..... lama kan?

kenapa tiba-tiba aku cerita pasal abang aku ni??? sebabnya, dia adalah pesalah yang dah ganggu ketenteraman aku. korang tahu kan aku tengah dalam tempoh recovery nih, alih2 dia pergi bagitahu aku tadi yang dia nak kahwin. AISEYHMAN.... (sila baca dengan nada kecewa)

aku tak ready lah nak biar dia kahwin. padahal aku yang suruh dia cepat2 kahwin. aku dah hilang tempat mengadu lah lepas nih. yerlah, bini dah sentiasa ada kat sebelah buat apa dia kisah pasal adik bukan kandung dia nih lagi. (emosi kan?)

siapa lagi nak pergi belasah bekas-bekas pakwe aku yang tak berguna semuanya tuh lepas nih???? adeyh....

siapa lagi yang nak mengarut tanya khabar aku (selain dari maka ayah aku) tiap2 bulan lepas nih?

apesal aku sedih lak nih????? GEMBIRA LAH WOI AMALINA. GEMBIRA. ABANG KAU NAK KAHWIN NIH!!!!! KAU TAK SUKA DAPAT KAKAK IPAR KE???



wahai abang,
kenapa lah nak kahwin cepat-cepat?

No comments: