PENGIKUT

Thursday

SEPERTI BIASA

seperti biasa kalau kau adalah pengikut setia aku(budget artis statement nih)
kau semua akan tahu tiap-tiap semester aku akan buat satu kerja yang memerlukan aku pergi ke sebuah sekolah dan menghabiskan masa dengan sia-sia sambil melakukan beberapa kerja yang dibekalkan oleh pensyarah. bukan bekal yang macam orang pergi menoreh bawa bekal ikan masin dengan telor goreng letak sedikit kicap. perghh!! sedap weyh. lapar!.

back to the real. perlu mambuat pembetulan. bukan menghabiskan masa sia-sia. sebab nanti kene glue aku nye blog nih. ok. menghabiskan masa dengan sebaiknya dengan perkara-perkara yang boleh mendatangkan pengalaman berharga apabila aku akan bergelar cikgu kelak. tepat! SPM A1!

seperti biasa. perkara yang aku sebut-sebutkan diatas adalah dinamakan PBS atau pengalaman berasaskan sekolah. tak nak cerita panjang-panjang sebab aku dah pernah cerita. kau klik lah sendiri kat khazanah kat tepi blog nih. maaf. aku tak nak menyemai sifat memanjakan pembaca sebab aku sendiri malas nak carik. hah!! jangan kau malas nak baca blog aku lagi dahlah. wahai pembaca setia anda adalah yang terbaik. tanpa anda siapalah blog nih.

ok. itu sahaja.

No comments: