PENGIKUT

Tuesday

tugas seorang ibu itu memang untuk risau. ='),guru malaysia

assalamualaikum..

 dah nak masuk sepuluh hari duaribu dua belas. aku di tahun akhir menjadi pelatih guru. ehem! dah besar rupanya anak mak ni kan. HAHAHAHA!! tahu tak perkara paling best yang aku capai dalam 10 hari ni? duduk rumah sorang-sorang sambil minum sup campbell. KAHKAHKAHKAH! eh. siapa kata aku bosan? ha, nak kecohlah tu satu kolej aku bosan. sorry to say, aku tak bosan buat kerja #forevealone ni. I LOVE MY ROUTINE. nampak aku senyum sampai berterabur gigi ni?


oh ye. senior-senior yang baru habis dah dapat penempatan. aku dengar ramai yang dapat semenanjung. lagi-lagi selangor. oh my golden fish! kalau macam tu, selangor is penuh. acane ni?

"tunai tetap kami tunaikan.."

siapa dia adalah bergelar guru dia akan nyanyi lagu guru malaysia ni tiap-tiap tahun dalam bulan mei. aku. setiap isnin nyanyi lagu ni.(kalau pergi perhimpunan lah) tahu apa fungsi lagu ni? masa kau mula-mula masuk jadi pelatih guru kau takkan rasa apa-apa pun. tapi bila kau dah mula pergi praktikum, bila kau dah mula berlatih mengajar jadi guru baru kau akan hayati setiap bait lagu guru malaysia nih.

bukan pasal lagu guru malaysia yang aku nak ketengahkan. tapi lebih kepada penempatan dan perkhidmatan. untuk jadi seorang guru kau kena sanggup pergi mengajar kemana saja kau ditempatkan. menjadi seorang guru kau kena belajar dan tahu apa itu ikhlas. =') kuat, dan tabah.

pasal penempatan ni, aku, sememangnya tak kisah ditempatkan dimana-mana. tapi, bila dah nak mula isi borang posting (bulan 3 nanti kot) dan dah nak habis belajar ni, bila mak aku selalu cakap macam ni,

"angah nak posting mana? toksah minta jauh-jauh, mak ayah dah tua, nanti kalau sakit emergency angah nak balik macam mana kalau jauh?" 

oh my dear emak.. i am not nak minta jauh-jauh, tapi dah kalau ditempatkan macam mana? ini buatkan hati aku retak dan rasa macam
... ....................................................................................................................... <--- kosong. macam ni lah aku rasa.

buat aku berfikir macam-macam. kalau emak aku punya pemikiran macam ni, tak mustahil emak-emak orang lain pun fikir perkara yang sama. nak mengeluh? HAHAHAHAHAHA! (motif gelak tiba-tiba ni kenapa?)

takpe, aku cakap dekat mak aku macam ni,

"emak, kalau dah qada' qadar ALLAH tertulis angah mengajar jauh, insyaALLAH, DIA akan jaga emak dengan abah untuk angah.." 


nangis??? KAHKAHKAHKAHKAH!! memang menangis pun..

ehemmm!!! belum isi borang posting lagi kot. mak aku dah fikir macam-macam. ye memang tugas seorang ibu tu untuk merisau dan memikirkan tentang anak-anak dia. aku tak rimas. malah aku lagi suka. sebab mak memang suka risau tentang semua perkara. itu tandanya, mak tak berhenti-henti doa untuk anak-anak dia ni. =')




selamat bertugas bagi semua pelatih guru yang akan memulakan tugas sebagai seorang guru sebenar 16 januari ini! 
SEMANGATTTTTTTTT!!!!
*senyum kenyit mata*





ok dah bai!

2 comments:

Rue Anemone said...

16 jan ye? all de best!!!

kelakar la post ko nie..

senyum sampai terabur gigi..haha!!

amalina wahida said...

rue~> hadoi! toksah baca lah entry2 mengarut.. yg berpelajaran sikit macam ni ok.. hihihihihi~