PENGIKUT

Tuesday

tenteram

aku memang tak pandai untuk mengkias bahasa
lagi tak pandai untuk berlakon atas segala hal.
aku memang tak pandai.

aku masih tak mampu untuk
berlakon segala hal seperti tiada apa-apa.
memang terasa bodoh
melalui fasa ini ketika umur semakin jauh meninggalkan angka belasan.
pengalaman adalah guru yang terbaik bukan?

(mahu sahaja pergi ke tempat yang paling sunyi,hanya ada aku sendiri)


cinta itu bukan mainan
bukan juga untuk diada-adakan.
bukan untuk di cuba-cuba
kalau bagus, menarik kita teruskan
kalau buruk, tak menarik kita hentikan.
bukan.
bukan itu.
kalau itu yang ada dalam fikiran kau.
memang kau tak layak untuk miliki rasa cinta.

mata bengkak
hati parah.
maaf, bicara aku seringkali berkisar tentang ini sahaja.
maaf.

"cinta itu dari hati bukan dari kata-kata.."

aku pasti dengan qada' dan qadar..
seandainya ini bicara keikhlasan, aku akan ikhlas
seandainya ini bicara kesabaran, aku akan jadi seorang penyabar
seandainya ini bicara tarbiah, akan ku jalani sebaik-baiknya.


gadis: macam mana? apa jadi?
aku : macam tu lah.. semua dah selesai.
gadis : ada kau tanya kenapa dia diam?
aku : tak, aku anggap itu tempoh dia berfikir.
gadis : jangan menangis terlalu banyak. kau masih punya keluarga dan
rakan-rakan.
aku : (ketawa)
gadis : kau ok tak?
aku : insyaALLAH aku ok.


"suatu hari nanti kau pasti bersyukur dengan apa yang jadi ni, dan dia akan menyesal sangat-sangat kerana melepaskan orang sebaik kau pergi.." (qulutt)

(senyum)

5 comments:

hati itu bulat said...

stuju dgn apa yg dd ckap....die akan menyesal...tapi bila die sdar sume suda terlambat...

masa tu baru die nk nyanyi lagu menyesal dari sixth sense...

amalina wahida said...

huhuhuh~ ape da lagu menyesal.. mcm kelaka lah pulak ko nye komen nih.. anyway, thanks very much...

anak aLi said...

ko faham bhasa ayam? hebat gak ko ni amal.. hahha

amalina wahida said...

baru tau ke aku hebat? hahahaha!!

Memorabilia said...

yakinlah dgn qadak dan qadar yang telah ditentukan Tuhan ye, pasti ada hikmahnya