PENGIKUT

Wednesday

TAKDE GAMBAR

rasa macam nak post entry baru. tapi takde idea nak merapu. mungkin sebab dah makin matang jadi idea merapu tu dah jadi macam ikan kerapu. haih. lapar pulak bila sebut ikan kerapu.macam haram lapar malammalam kan. katakan TAK NAK KEPADA MAKAN LEWAT MALAM.

sempena tahun baru nih aku rasa macam nak beli henpon baru lah. tengok kawankawan update status facebook "via iphone" lah "via blackberry" lah. eh! tak naik kan nafsu aku langsung nak beli sebenarnya. aku setia guna sony e lapuk yang mak aku kasi sebab henpon sabun aku rosak. KAH KAH KAH. lame gila kan. oh. aku memang jenis yang tak update gadget. selagi henpon aku mampu bertahan selagi tuh lah aku guna. walaupun henpon sony e lapuk aku tuh dah bisu. bila orang telefon memang aku takkan tahu. sebab dah bisu. aku koyakkan mulut dia sebab cabul sgt kan. T__T

along :kau pergilah betulkan speaker dia, biar berbunyik sikit henpon ko nih..

aku : malas ah.


tapi kan sejak dua menjak nih asyik terangsang menengok HTC HD7. pergh!! memang terbaik lah dia nye app. aku rasa macam nak lonjak2 je tengok app dia bagai semua. tapi kan harga dia sampai 2k. oh my gucci. memang lah tak beli kan. 2k aku boleh beli beribu pasang kasut. beribu lemon kau tahu. dah aku kata tadi, aku memang tak in sangat dengan gadget2 nih. jadi, terangsang hanya tinggal kenangan lah yer. sebab memang takkan punya nak beli. (lainlah kalau ada putera raja bagi hadiah besday tahun depan sambil naik kuda, pegang coklat, bunga, lilin wangi.. eh! =__=)

lepastu tengok le pulak nokia, nokia nih macam tak berapa nak fun lah design dia. kelam, gelap gelita. lagi canggih lagi tak fun design nya. haihhh~~ lagi satu nokia nih, macam kedekut megapixel. walaupun aku bukan kaki gambar, tangan, badan gambar pun bukan, tapi kalau beli henpon mesti nak megapixel canggih2 macam DSLR.. T__T yang boleh diterima hati yang rapuh ni, nokia c3. boleh lah.. suam2 kuku lah boleh nya tuh.

dalam bulan jun macam tu, ada gaklah rasa semangat berkobarkobar nak beli sony e satio, sebab utama dia nya kamera 12 mp. pergh!! memang terasuk sekejap. tapi bila pergi kedai membawa hajat mesti terkubur.rasa macam tak best lah pulak. entahlah, mungkin belum jodoh dengan dia agaknya.

tengok2 encik samsung macam ada banyak yang best. corby lah, champ lah, galaxy lah, wave lah kan.. best pulak lah kan. tapi semuanya terkandas sehingga ke hari ini. jadi post ini adalah sesuai untuk mereka yang sedang terkandas macam aku sekarang. terkandas idea. T__T


(entry nih memang takde apa. tak payah baca. kalau menggatal baca tak payah lah nak menggatal kata post aku semuanya tak berguna.. pfffttt!! **hidung kembang kempis**)




**blog i, i punya suka =)

No comments: