PENGIKUT

Wednesday

UNEASY

* aku guna kata gati diri nama saya*


biasanya, isyarat hati saya betul. memang tak boleh nak percaya sangat atau obses sangat, tapi biasanya isyarat hati saya ternyata betul. memang selalu. haih. payahlah nak terang macam mana betulnya isayarat hati saya tu. contohnya, dulu masa saya break dengan *hanis* isyarat hati saya kuat mengatakan dia ada perempuan lain. masa break dia hanya guna alasan "saya tak sempurna untuk awak" (looser betul guna alasan nih) . lepastu bila saya siasat. woah! ternyata dia memang ada menjalinkan hubungan dengan perempuan yang saya kenal sebelum saya break dengan dia lagi.

itu baru satu. kedua, kalau dalam satu perlawanan contohnya bola jaring. saya ada rasa saya akan menang atau tak. memang selalunya tepat. *sigh* (mengeluh lagi).

ketiga, bila saya rasa saya tak bawak sesuatu barang contohnya payung. bila keluar ternampak payung lepastu dalam hati rasa macam "aku kene bawak payung keluar jap lagi." lepastu terlupa bawak dan kebetulan, memang selalunya hujan dan saya menyesal tak bawak payung.

keempat, dalam bersahabat saya akan dapat rasa sesuatu yang tak senang. bukan saya tak suka dengan kawan2 saya. tapi saya akan rasa sesuatu dalam hati bila ada salah seorang sahabat saya rasa tak senang dengan saya. walaupun saya tak tahu siapa dalam masa saya terasa tuh, tapi seminggu atau sebulan atau beberapa hari kemudian akan ada yang datang dan berterus terang. dan kebiasaannya hanya salah faham atau pembawakan mulut orang yang tak berhati kudus. oh. biasalah hidup bermasyarakat memang akan terjadi hal2 semacam ini.

itulah antara2 contoh yang saya rasa macam cukup kuat nak bagitahu kat korang semua. nak cakap pasal isyarat hati ni memang tak tahulah macam mana nak terang. sejak saya kecik lagi selalu isyarat hati saya betul. bila tengok analisis DR. FADZILLAH KAMSAH berkenaan tentang orang yang lahir bulan april salah satu ciri2nya adalah 'MEMPUNYAI ISYARAT HATI YANG SANGAT KUAT.' memang itu hanya analisis berdasarkan research beliau. tetapi lama2 memang tak dapat sangkal. dah macam tukang tilik pun ada. memang semuanya coinsidence. tak elok percaya.

sekarang, saya ada isyarat hati yang kuat. yang menyebabkan saya rasa tak senang. berkenaan dengan saya dan 2 orang yang secara tak sengaja saya kenali. saya rasa hati saya akan parah kalau isyarat hati ini terjadi. tak cukupkah dengan keadaan hati saya yang dah parah sekarang?. memang tak perlu nak percaya. nanti jadi kufur pulak. tapi kalau betul2 jadi memang saya dah tak tahu nak cakap apa dah. =_=

No comments: