PENGIKUT

Thursday

KEMATANGAN

KAU RASA KAU DAH MATANG? CUBA CEKIDOUT CIRI2 MATANG KAT BAWAH NIH:

1)Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.

2)Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.

3)Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.

4)Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.

5)Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.

6)Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.

7)Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.

8)Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.

9)Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

10)Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.

11)Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati.

12)Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.

13)Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.

14)Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna.

15)Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.

16)Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai.

17)Anda dapat mengwujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.

18)Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.

19)Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.

sumber dari sini --> Artikel iluvislam.com

aku rasa 85% aku dah capai. yang lain2 aku sedang cuba lakukan. harap, tirai 2011 ni aku dapat memperbaiki diri dan terus menjadi diri sendiri.. aku akan cuba menjadi seorang yang pemaaf. aku bukan siapa2 untuk terus terusan menghukum. hukuman bukan terletak pada tangan aku. tapi terletak pada DIA. i'll try my best to be better person. i'll try my best untuk menjadi insan yang lebih tabah. i'll try my best for everything.


"ALLAH tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia"


No comments: