PENGIKUT

Friday

RENTETAN

esok dah 31 disember 2010. tepat pukul 12.00 malam dah masuk 1 januari 2011. biasanya, malam tahun baru aku dengan adik beradik dengan mak ayah aku duduk depan tv. memang macam tu dari aku kecik sampailah ke besar panjang nih. takde terasa nak pergi konsert ke tengok bunga api ke. takde langsung. entah. mungkin kitorang memang dah didik untuk menjadi begitu jadi nafsu nak tengok bunga api tu hanya dilampiaskan pada tv jer lah. tapi kali ni, aku satu family akan balik kampung malam tahun baru nih. mak aku beriya iya benar nak balik kampung. ayah aku pun turutkan aje termasuklah kami semua.

biasanya, kalau nak masuk tahun baru aku akan buat satu entry spesial malam tahun baru. sebab utama, aku nak ada entry bertarikh 1 jan. tapi tahun ni tak dapat buat sebab balik kampung. takpe, itu bukan satu hal yang besar.

bila imbas2 balik tahun 2010 banyak benda yang jadi yang dah banyak mengubah aku. menjadi lebih baik insyaALLAH. kalau kau semua pengikut setia baca entry aku satu persatu mesti kau orang tahu aku sakit, masuk hospital semua. ye, sakit itu memang satu musibah. tapi musibah yang diberi adalah satu tarbiah. aku menjadi lebih berhati2 dalam melakukan segala perkara. aku lebih berhati2 bila memandu walaupun lebih kepada FOBIA aku cuba juga memandu untuk hilangkan FOBIA tuh.

tahun 2010 aku diuji dengan nilai persahabatan, hal yang paling sensitif dalam hidup aku. memang agak perit untuk uruskan hal persahabatan tapi aku dapat belajar macam mana bertindak matang dan cuba untuk selesaikan satu masalah sebaik mungkin. tiada niat untuk mencalari hati mana2 pihak. ye. aku sanggup walau aku yang terkorban kalau itu adalah jalannya. dengar macam serius kan? memang persahabatan adalah perkara yang paling serius dalam hidup aku.

tahun 2010 juga aku berkenalan dengan ramai orang. terlalu ramai sampai aku keliru dengan perasaan sendiri. susah nak mengenali hati sendiri rupanya. susah nak mencari hati yang ikhlas rupanya. susah nak menjaga hati semua orang sebenarnya. betullah macam apa yang aku selalu dengar

"untuk mencari keikhlasan itu ibarat mencari semut hitam diatas batu yang hitam di malam yang kelam."

selama ni aku hanya dengar dan aku selalu persoalkan. lepas aku sendiri yang hadapi, aku akui kebenaran pepatah tuh.

aku belajar macam mana nak menguruskan kehidupan yang melibatkan banyak hati. susah. memang susah. susah juga untuk buat keputusan yang melibatkan hati sendiri yang mendorong kepada kekecewaan. aku belajar apa itu restu. apa itu bahagia. apa itu redha. memang betullah, penantian itu satu penyiksaan. selama ini aku selalu menguji orang lain supaya sabar menanti. aku tak tahu betapa peritnya penantian itu. dan sekarang aku sendiri yang rasainya.

"hidup ni macam roda. roda itu sentiasa berpusing. "

aku belajar apa itu rasa kecewa. perit kan dengar perkataan kecewa tu. berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. aku dapat rasakan berat pikulan tu. aku belajar apa itu
KETABAHAN, KESABARAN, IKHLAS
. ye. sekali lagi ikhlas mengambil tempat dalam hidup aku.

sekian lama hidup dalam keadaan gembira, tahun 2010 beri aku pelbagai pancaroba. baru aku rasa apa rasanya repeat paper. aku bukan gagal peperiksaan tetapi aku dapat rasa perasaan orang2 yang gagal tuh. TUHAN itu adil. diberi pelbagai rencah dalam kehidupan ini. kalau tiada kesusahan apakah kau rasa apa itu kehidupan? aku percaya kau takkan rasa apa itu kehidupan dan selamanya kau takkan faham apa itu kehidupan selagi kau tak ditimpa pelbagai ujian.

sekeras dan sedegil aku ini, tahun 2010 mengajar aku apa itu air mata. aku belajar untuk mengalirkan air mata pada keadaan dan situasi yang sepatutnya. nampaknya, amalina wahida yang keras hati dah berubah menjadi seorang yang lembut hatinya. musah tersentuh dengan kesusahan orang lain, mudah simpati dan ada perasaan empati pada kesusahan yang menimpa orang lain.

maaflah, post aku berbau serius . tapi, bila berbicara tentang kehidupan memang ia satu perkara yang serius. jadi, haruslah entry ini berbau serius. tahun 2011 aku akan mula menjalani kehidupan sebagai guru sepenuhnya. sebab, bermulanya praktikum pertama aku. aku dah tak boleh nak patah balik dan menyesal dengan kehidupan yang lalu.

"masa lepas adalah perkara yang sangat jauh untuk dikejar"

biarkan yang jauh itu terus pergi. masa depan selamanya takkan dibawah kekuasaan aku. yang aku ada hanya masa ini yang diberikan sebagai hadiah. aku tak meletakkan apa2 azam, sebab memang sejak azali kehidupan umat islam adalah

"hari ini lebih baik dari hari semalam dan semakin bertambah baik dari sehari ke sehari"

seiring dengan berjalannya waktu, aku akan turut sama terus berjalan tanpa henti sebab aku tak mampu berlari. masa akan merubah segalanya, jika bijak kita uruskan masa maka bijaklah kehidupan yang kita lalui. aku tak menyesal dengan semua yang berlaku dalam hidup aku sepanjang 2010 ni. sebab, alhamdulillah, semua yang jadi mengubah aku menjadi lebih kuat. macam mana kita nak tahu kita kuat kalau kita tidak diuji kan?

"semakin jauh kita tinggalkan sesuatu perkara, semakin kita nampak jelas kenapa ia berlaku"


No comments: