PENGIKUT

Saturday

SUATU KISAH..

jodoh memang sudah ditentukan. ketentuan itu adalah rahsiaNYA. akan datang tanpa kita duga, mungkin juga sewaktu kita tidak menginginkannya. namun DIA lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNYA. DIA pengatur terbaik kehidupan hambahambaNYA. bahagia, derita, sengsara, suka, kecewa segalanya adalah ujian. sesungguhnya DIA tidak menguji seseorang hambaNYA akan ujian yang tidak tertanggung oleh hambaNYA.

ada suatu kisah, seorang wanita yang terkandas dengan cinta manusia 5 tahun dahulu. terkandasnya cerita cinta itu membuatkan hatinya begitu beku untuk menerima cinta manusia lagi. ditutup pintu hatinya walau kadangkadang hatinya terusik dengan sekeliling yang begitu asyik dengan percintaan. hatinya hanya satu, dan satu itu sudah dikecewakan. fokusnya hanya pada pelajaran dan citacitanya sahaja.

dalam leka menguruskan halhal dirinya, dia terusik dengan kesungguhan seorang jejaka yang dikenalinya di alam maya. namun begitu, ketegasan pendiriannya menjadikan dia membiarkan perasaannya itu bagai angin lalu. tidak mahu dikecewa buat kesekian kalinya kerana kekecewaan begitu memedihkan.

hari berganti hari, hatinya kian terusik dengan perilaku si jejaka. huluran salam perkenalan si jejaka disambut dengan pelbagai alasan kerana hatinya masih tidak pasti dengan keikhlasan. diuji si jejaka dengan pelbagai perkara untuk memastikan keikhlasan yang dicari akan terbukti.

bagi pihak si jejaka, keikhlasan harus dibuktikan.hati wanita ini harus direbut dan dilembutkan. suatu malam yang damai, si jejaka menjejaki wanita itu kerumahnya. si jejaka bertemu mata dengan ibu bapa si wanita untuk membuktikan keikhlasan hatinya terhadap si wanita.

tindakan berani si jejaka membawakan hasil. hati wanita yang beku sudah dapat direbut. bebahagialah si jejaka dan si wanita dengan restu keluarganya. dibawa si wanita bertemu kedua ibu bapanya pula untuk membuktikan lagi keikhlasan si jejaka.

hati si wanita sudah terikat dengan keikhlasan yang ditunjukkan oleh si jejaka. sudah direstu oleh kedua ibu bapa mereka hidup dengan kebahagiaan yang diberikan oleh DIA. impian yang indah dicipta bersama dan mengharapkan impian menjadi kenyataan dalam perangkaan mereka berdua.

hari demi hari, hati si wanita semakin mencair dan hanya si jejaka berada dalam hatinya. si wanita bersyukur kepada yang maha pencipta kerana memberikan dia merasai apa itu bahagia memiliki cinta yang direstu oleh ibu bapa. si wanita setia dengan cintanya, dan di dalam doanya penuh pengharapan hubungan yang direstu juga diredhai oleh yang maha pemberi hati dan perasaan cinta.

dalam meniti rasa kebahagiaan, hati si wanita kadangkadang terusik dengan pelbagai prasangka. adakah benar ini si jejaka adalah jodohnya. apakah benar apa yang dilakukan oleh si jejaka adalah dari hati yang ikhlas. adakah tidak terlalu cepat semua perkara ini terjadi. macammacam persoalan yang timbul dalam benak si wanita, namun dia gagahi dan mengabaikan segala prasangka buruk itu. dia menikmati segala kebahagiaan yang di beri dengan sepenuhnya..

segala yang berlaku adalah dibawah kekuasaan yang maha pencipta.suatu hari perkara yang sentiasa bermain di dalam benaknya ditimbulkan oleh si jejaka. perbincangan dari hati ke hati dilakukan. si jejaka meminta diberikan masa. masa yang tidak tahu bila waktu pengakhirannya dan bila jawapan akan diberikan.

sungguh sekejap bahagia yang dikecapi. dalam sekelip mata ia hilang dari genggaman. hati si wanita hancur berkecai kerana si jejaka tidak menguhubunginya sejak permintaan si jejaka dituruti. sekali lagi, hati si wanita dirasakan dipermainkan. disangkakan ujian yang diberikan sudah cukup untuk melihat keikhlasan hati seseorang. ya. dia lupa akan yang maha pemberi ujian. dia lupa akan perkara itu.

hari demi hari dilalui oleh si wanita dengan penuh kepayahan. kolam air mata sudah menjadi pengunjung setia. hatinya sepi. tiada lagi gelak tawa, tiada lagi rasa bahagia di dalam dirinya.
hatinya hancur berkecaikecai seperti kaca yang dihempas ke permukaan batu. sungguh, dia kecewa dengan takdirnya.

melalui hidup yang penuh kepayahan, si wanita berasa lemah dan tersangat lemah. semangatnya sudah hilang entah kemana. dalam kepayahan, si wanita mencari ketabahan. dia panjatkan segala yang dirasainya kepada Tuhan yang maha esa. dia tersedar dari kealpaan. tiada cinta yang lebih agung melainkan cinta ILLAHI.

si wanita cuba mencantum kembali hati yang sudah hancur. dia cuba untuk bertabah.dia cuba untuk ikhlas. dia cuba untuk berlapang dada. apabila rindu menggamit rasa, diadukan rasa hatinya pada yang maha mendengar. pabila cinta menggamit jiwa ditancapkan rasa hatinya pada yang maha pencinta. dia yakin dengan aturan yang maha pencipta. seandai ini adalah dugaan yang perlu dilalui untuk mencapai kebahagiaan, dia redha. bahagia itu pastikan tiba apabila sampai masanya.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah Maha Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Surah al-Baqara: 216)

:...Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari ahmat Allah, melainkan kaum yag kafir. (Surah Yusuf: 87)

Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepadaku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu, akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina.” (Surah Ghafir: 60)

Telah pasti datangnya ketetapan Allah, maka janganlah kamu meminta-minta agar disegerakan (datang)nya. Maha suci Allah dan Maha tinggi dari apa yang mereka persekutukan.” (QS. 16 : 1)







2 comments:

ahsfantasy24 said...

yewp..
sgalanya da trctt di luh mhfuz..
cme kte jep xtwu kn yunk..

kdg2 kte dtemukan dgn yg salah
dlu b4 jmpe yg sbetuny ^^,

amalina wahida said...

kadang2 jugak, kita dh jumpa yang tepat tapi waktunya belum tepat.. kene postpond bila smpi waktu yg sebenar.. =)