PENGIKUT

Tuesday

HOBI PELIK YANG MEMBERI ANCAMAN

abaikan tajuk yang entah apa apa..
kau ada hobi pelik tak?
boleh kongsi bersama dengan aku?
betul lah.. aku nak tahu hobi apa yang dikatakan pelik tu.
sebab bagi aku.. semua hobi macam biasa je..
bagi aku hobi tu.. sesuatu perkara yang kita lakukan yang boleh mengisi masa
lapang kita..
takde perkataan pelik rasanya..
kan?? betul kan takde??


dulu..masa kecil..
sejak aku mula mengenali yang sesuatu perkara yang aku suka lakukan itu sebagai hobi..
aku rasa umur aku masa itu.. tadika.
bila cikgu tanya tentang hobi..
aku macam blur2.. sebab rasa macam burger je perkataan HOBI tu..
bila cikgu terangkan.. barulah aku tahu..

hobi pertama aku
bermain rounders..
kau pernah main rounders??
woo.. syok weyh main rounders.. sampaikan ayah aku nak kurung aku kat luar rumah
sebab maghrib tak balik balik kerana asyik bermain rounders..

bila aku masuk QIRAATI di RAUDHATUL MUJAUWIDIN..
aku punya hobi agak baik dan sangat general
hobi aku membaca. gila nak muntah bila fikir hobi ni..
masa ni semua orang tulis kat buku hobi membaca. padahal tiap2 hari kau
main kat longkang tangkap berudu. yang kau ingatkan ikan bilis.
lepastu suruh mak kau goreng sebab kau nak makan.(euwwww!! nasib baik mak tak goreng)


masuk darjah satu..
matang sikit hobi aku
hobi aku kumpul setem.
tipu!!! aku tak pernah kumpul setem!! ayah aku yang kumpul.
bila cikgu suruh bawak.. aku bawak ayah aku punya setem..HAHAHAHAHAHA!!
BIJAK TAK AKU???!!sila berikan tepukan gemuruh. cepat!!!


bila meningkat dewasa lagi..
aku ada hobi baru..
memang tak pelik pon..
tapi..
aku suka bersukan..
I NAK BERAT I TIME NI BALIK!!!
(the probelm is.. kau fikir kau ringan ke time ni??)


masuk sekolah menengah..
hobi aku bertukar lagi..
wah..
tyme ni gila.
sebulan je tukar hobi baru..
boleh dikira tiap2 bulan tukar hobi baru..
sekejap kumpul batu2 sungai lah..(weyh..old school dow hobi ni..upgrade lah sikit)
baiklah baiklah..
time ni aku gila chatting..so hobi aku time ni boleh dikira surfing internet..
bila suruh buat karangan hobi je..
aku akan letak surfing internet..
chatting sangat bahaya!!
anda akan terjebak dengan benda yang tak sepatutnya..
sampai sekarang mak ayah aku tak tahu yang aku ni dulu gila chatting..


form 2 aku ada hobi yang tetap.
berbalik kepada hobi yang general itu iaitu
MEMBACA.
bukan membaca yang gitu gitu tu.. tetapi membaca novel.
memang bagus novel ni.. meningkat tatabahasa aku.. susunan bahasa pun cantek je..
(tapi pmr aku dapat B!! okeyh..cacat result pmr aku sebab bm ni)
tetapi.. aku stop novel bila nak periksa pmr.. mungkin sebabtu bm aku b kot.. hahahah!!
aku stop baca novel sampai sekarang.. tetapi tabiat membeli novel masih ada..
beli je 2 3 bijik.. tetapi semuanya aku tak baca.. aku simpan dalam almari..
ada kesah yang lebih spesifik kenapa aku tak nak baca novel dah..
nanti lah kat post2 lain aku cerita..


sambil sambil ada hobi membaca ni..
aku start kumpul majalah..
REMAJA expecially..
betul.. banyak dah.. sejak 2004 punya edisi..
sampai sekrang.. even dah tak remaja.. aku tetap beli dan kumpul..
nanti bila bosan aku keluarkan semua balik..
aku baca atau tengok barang barang nak shopping!!!! yes!! i like shopping..


yer..
sekarang shopping dan aku tak dapat dipisahkan..
aku boleh rasa macam drug addict dan sangat lalok kalau tak shopping..
sebulan mesti ada benda yang aku beli.
(lelaki kaya dan beriman.. sila pinang saya)


sekarang aku ada HOBI baru juga..
selain daripada shopping menghabiskan duit sambil membakar kalori..
saya ada hobi yang dah jadi addicted juga..
setiap hari mesti teringat ingat kalau tak sempat nak jenguk..
nak tahu??
MESTILAH BLOG TERCINTA INI!!!
okeyh.. blog.. sila beri award kepada TUAN anda ni..
bukan senang nak aku puji kau.
cepat blog!!! kalau tidak keturunan kau akan menjadi ANCAMAN!!! HAHAHAHAHAHAHAHA!!
(berkata sambil memegang tombak)





manusia memang tak sempurna
tak pernah tetap dalam segala hal
YANG MAHA KUASA..
tetapkan pendirianku dalam landasan imanmu...

No comments: