PENGIKUT

Wednesday

biawak makan apa sebenarnya??

Aku rasa aku dah macam biawak hidup.
Eh tapi biawak makan banyak kan??
Tapi kau semua tahu tak biawak makan apa?
Maksud aku secara tepat dan konfidennya kau pasti makanan biawak itu apa sebenarnya..
Oh man!! Aku kena masuk tabika semula nih!
Eh.. secara seriusnya.. aku tak tahu biawak sebenarnya makan apa.

Aku bukan macam biawak hidup kot kalau biawak sebenarnya makan banyak.
Sebab aku tak mampu nak makan..
Semalam ye memang aku rasa lapar gila mentedarah mee hun tomyam sampai perut rasa macam menonggeng kedepan.
Tapi.. hari ini..
Oh.. sungguh tiada rasa nak makan..
Perut memang lapar tetapi tekak ini tidak mahu.

Tuntutan kepala yang memikirkan segala perkara lebih memonopoli perut yang lapar.
Baiklah..
Aku rasa tidor boleh memberi sedikit vaksin dan khayalan kepada diri sendiri bahawasanya(tak boleh blah penggunaan perkataan ini) apa yang sarat dalam kepala ni boleh hilang selepas bangun.
Mungkin!
Tapi.. rasanya seakan mahu menangis.
Aku benci minggu ni!!

No comments: