PENGIKUT

Tuesday

keadaan membuatkan aku berfikir

kamoo sume ingat tak tentang numerical literacy atau dalam bahasa pendeknya NML??
aha..
untuk kesekian kalinya..dan for the first time..aku duduk kat depan sekali kat kelas NML tady..
kenapakah aku duduk dibarisan hadapan??!!
yer..sebab lambat ke kelas dan kerusi belakang dah penuh..
(yer..tabiat orang kita dan aku pun same jer macam berebut duduk belakang)
bukankah ilmu lebih cepat masuk kalau kita duduk dihadapan??
aha!!apakah istimewanya tempat dibelakang tu??
kamoo sume cari lah sendirik!!

aku dapat berita hari ni ip4p dah masuk elaun??
aha! adakah sume institut dah masuk elaun??
atau hanya institut aku sahaja yang tak masuk elaun lagi??
atau sebenarnya elaun kerajaan dah bagi tapi kamii sume tak dapat lagi disebabkan hal2 yang merimaskan??
apakah hal itu??!!
kamoo sume cariklah sendirik!!

aku jalan-jalan kat kaki lima blok ni menuju ke satu tempat...
"lalalallala...lalalalla..lalalala" <--lagu senang hati..
nak balik bilik selepas berjalan-jalan..
"lalalalal...lalalalllllllllllllllllllllllll!!!!!!!<-- kenapa jadi begini??
adakah disebabkan aku terjatuh tangga atau anak tekak tercabut??
atau disebabkan aku terjumpa keluang man? atau batman??
yer..aku jumpa kelawar mengengsot..(betul tak tipoo)
kelawar mengengsot?? hahahahaha..

kawan aku promote shawl kat aku..
alah..shawl pon tatau ke?? shawl tu selendang lah.. ape lah kamoo sume tatau shawl tuh apa..malu jerk dah 20 tahun tak tahu apa itu shawl.. (merujuk kepada diri sendiri sebenarnya^_^)
baiklah disebabkan kawan... aku tengok web shawl dia tuh..
aha!!
secara tiba-tiba dan immediately nya..aku terus nak satu.
walaupun aku tak berminat dengan shawl selama ni..
tetapi!! aha..tiba-tiba shawl2 yang dijual sangat cantek..
yer.. aku suka barang2 yang cantek lagi2 kalau dihiasi dengan warna-warna kegemaranku..
baiklah.. kamoo sume boleh kunjungi http://whiteapple89.blogspot.com
memang best!! betul... tak tipoo punya..


aku dapat berita..
tengah hari tadi..
"amal, kawan kita hazirah nak kahwin 4 julai ni..dia jemput dtg ramai-ramai"
wargghhhhhhhh!!! secara kesekian kalinya.. aku rasa umur 20 nih dah macam keramat!! bukan keramat wangsa atau kampung keramat.. tetapi K.E.R.A.M.A.T!!
baru 20 weyh..belum 30, 40, 50 lagi!!
kenapa???!!!why??!!! kya hua??!!
(su..betullah kita dah amik 1/3 dari hidup..)






kepada hazirah selamat pengantin baru!!
insyaALLAH aku datang..^_^
dah kawen jangan lupa study lak.. <--hahaha macam emak-emak berpesan




sape nak ikut aku??
putera katak nak ikut tak??

Friday

ceritera "putera katak"

Today could be an instant replay of yesterday, complete with all the drama -- or even melodrama. The good news is that by the time night arrives, you'll most likely be enjoying an equally romantic experience with the person you were with last night. Oh, and if you weren't with them -- if you were just thinking about them -- you likely have the chance to turn that fantasy into a lovely reality.

ha..kat atas tuh berkenaan horoskop aku iaitu TAURUS..
aha.. dia kata hari ni aku ada chance nak tukar apa yang aku fikirkan semalam menjadi suatu reality yang indah..
kalo aku kata aku fikir pasal...hmmm....
ha! "putera katak" menjadi milik aku.. kamoo sume rasa2 agaknya "putera katak" tu jadi milik aku tak kalau aku cakap kat dia hari ni macam ni..
->> "saya suka kamu, dah lama dah, agak2 bila boleh kawen??" ngee~~

~>kamoo sume pernah dengar tak orang kata, kalau ada benda tompok2 putih yang kecik2 kat kuku tuh ade orang tengah suka kat kamoo??
ala..tompok2 putih kecik2 kat kuku..ade sesikit je selalunya, kalau banyak2 penyakit namanya..

pagi-pagi tady aku bangun, aku tengok kuku..
"eh! ade tompok putihlah.." (sambil kembang2 hidung)
kamoo sume rasa2 lah kan..agak2 tompok2 putih kat kuku aku nih..ade kemungkinan adalah "putera katak" tak?? ^_^

~> kamoo sume pernah dengar tak orang kata kalau bulu mata belah kanan gugur, ade orang rindukan kamoo??

setiap kali bulu mata belah kanan gugur, mesti fikiran aku ni dah berputar-putar tentang "putera katak" heee~~

~>pernah dengar tak kalau tyme2 hujan, adalah tyme doa mudah dimakbulkan??

kalau setiap kali hujan, aku doa "putera katak" tuh muncul dalam hidup aku..rasa2nya, dia akan jadi milik aku tak satu hari nanti?? ngeee~~











sapelah "putera katak" tu kan??

betul ke kawan..??

*post mengenai apa yang aku rasakan saat ini...


betul ke kawan..?
~>bagi aku persahabatan tu kita sanggup buat ape je untuk kawan kita..dan tyme2 tuh juga kita boleh tunaikan dan teman kawan kita dalam apa jua keadaan..
(tapi kenapa aku hanya minta tolong sikit je, dia tak boleh nak tolong??)

betul ke kawan...?
~> bagi aku persahabatan tu ada bila kita susah dan senang.. tapi pernah ke terfikir kalau kesusahan kita tu boleh menyusahkan orang lain..adakah patut kita judge org yg kita anggap kawan tu sebagai seorang yang tak setia kawan??
(aku baru susah sikit je dan aku tak rasa kesusahan tu menyusahkan dia yang aku anggap sahabat, tapi kenapa dia tak boleh nak tolong aku?)

betul ke kawan..?
~> bagi aku kawan yang sejati yang boleh share masalah dan ape2 je tak kira masa, even masa tu kita penat or wateve yang kita sedang lakukan..
(tapi kenapa, hari ni aku rasa dia yang aku anggap sejati, dah mcam tak sejati? ke aku yang terlebih sensitif??)

betul ke kawan..?
~>bagi aku persahabatan tu sangat murni..
(kenapa mesti nama murni yang berkaitan bukan aminah ke amalina ke??)

betul ke kawan..?
~> bagi aku sahabat sejati seorang yang memahami, dan menerima diri kita seadanya..
(kenapa aku rasa dia dah macam tak memahami aku?? adakah disebabkan status aku atau peningkatan usia yang menyebabkan aku semakin sensitif??)


betul ke kawan..??
~> yang aku kenal dari dulu, dan sampai sekarang, semakin lama semakin kurang, ruang antara aku dan dia semakin besar, antara disebabkan faktor keselesaan, masa, kesibukan atau perihal masing-masing menyebabkan aku terasa semakin terasing, jarak antara aku dan dia semakin luas?ke aku yang kene sesuaikan diri dengan keadaan yang semakin berubah, kita dah tak boleh macam dulu?? atau aku yag terlebih sensitif??









kepada kawan..
maaflah kalau kau rasa..
aku terlebih sensitif..

Monday

jadual semester ini..

mari aku cerita satu persatu tentang perkara yang akan aku belajar semester ini..

1st~> english language profeciency => bende nih dah bese belajar dari mula masuk smpai sekarang dan aku tatau bila lah kos nih nak hilang dari hidup aku..

2nd~> literasi bahasa => mata pelajaran baru.. ala-ala bahasa melayu gitu.. tapi bukan.. aku akan belajar seni dalam nih.. aku tatau seni apa sebab tak masuk kelas nih lagi..

3rd~> numerical letracy => yer!! ini yang akan membebankan aku.. OH MY GOD!!!

4th~> ko-kurikulum permainan => ini ala-ala macam koko mase sekolah dulu.. sudah biasa dari mula belaja kat sini.. so okeyh kot!!

5th~> teknologi tanaman dan sayuran => ini major subjek aku.. ade amali, ujian amali, ujian bertulis, pekse!! ape nih!! lepas nih kalo nak tanam sayur ajak aku yer!!

6th~> murid dan alam belajar => nih ala-ala perkembangan kanak-kanak masa sem 1 dulu.. hmm.. tak tido malam lagi lah aku nampaknya..

7th~> pergerakan asas => aha!! nih paling tak leh blah.. aku tatau nak belajar gerak asas ape lagi.. ade lak mata pelajaran nih..

8th~> kajian kurikulum kemahiran hidup => aha!! nih jatuh kepada matapelajaran mengarut ranking teratas.. nih ala-ala mengarut mcm pengenalan teknik dan voka masa sem 1!!


aha!! ade 8 mata pelajaran sumenye.. exam naty sumenye de 4paper UAK 4 paper wajib!! perghh!!! sedap betul sem nih!!!













kan aku dah bagitau..
ingat senang ke nak jadi cikgu??
tak nampak tuh jadual aku mcm mana??

kenapa kau terbakar..

hari ni aku secara rasminya menjejakkan kaki ke institut perguruan yang ku 'cintai' ini..
biasalah..
datang-datang rakan-rakan sume macam nak palukan kompang atas kehadiran aku yang agak lambat dan ala-ala macam tak nak balik institut dah kan..

mari! kehidupan seharian ku setibanya di institut~~

1st- sampai-sampai je bertegur sapa dengan pak guard macam tak pernah buat salah..

2nd- kemas barang dan angkat barang macam satu bilik punya barang aku bawak..

3rd- kemas barang yang bersepah disana-sini sambil berbicara dengan roommate yang dah 3 minggu tak jumpa.. topic hangat kesan gigitan nyamuk terhadap mukanya..^_^

4th- berpeluh macam semut pergi jogging dan sambil kemas barang yang tak habis-habis..

5th- selesai kemas, teros melayan laptop yang dah memanggil-manggil dengan manjanya..

6th- masih khayal dengan laptop dan facebook dan blog dan macam-macam lagi..

7th- makan beramai-ramai apabila jam tepat pukul 10.00 pm. (tinah??macam nih ke nak diet??hahaha)

8th- melayan laptop yang dah tersenyum melirik kat aku

9th- aku mandy setelah jam pukul 11.30 pm.. (su, naty korang gilir2lah tolak aku naik
wheelchair)
- tengah mandy2.. pulp!! gelap!! "aper nih weyh!! takde letrek!!"

10th- melayan laptop nih.. yer.. baju tak gosok lagi! "g gosok baju jap"
- OH MY GOD!!! baju terbakar!!! huwaa~~ feveret baju dah berlobang!!


11th- aku masih meratap kebakaran dan lobang yang telah membuatkan baju aku tercela..







aku suka baju tu..
mana nak cari yang serupa dengan mu..
sumpah!! dah tak boleh pakai dah..
maaf~~ adakah disebabkan aku khayal atau berangan...
kau menjadi mangsa....

Friday

kasih sayang..

okeyh2 title macam jiwang2 kan??takpe2..bace dulu kat bwh2 nih..

bersempena hari bapa yg akan jatuh pada 21 jun ni..disebabkan aku kene balik maktab 20 jun..aku pun merancang nak buat hari bapa awal sikit.. so..pilih punya pilih aku buat pada 18 jun..

tak nak cerita lebih..aku nak bagi kamoo sume tgk gamba-gamba kat bwh ni..




mastermind masak spagheti
(yg pakai spek tu)



mastermind makan



kek yang comel..




kad yang comel..


ayah bace kad guna kanta??
(sebab tak nak pakai spek sebenarnya..^_^)

kesimpulannya, rancangan ni berjaya.. mak menangis bila bace kad yg comel tu..
ayah pulak suka dengan hadiah yang diberi..
kesimpulannya.. walaupun rancangan ni sangat ringkas.. tetapi meninggalkan kesan dalam hati..











kasih sayang perlu dikongsi..
meninggalkan kesan dalam hati..
so..sape nak share2 kasih sayang dia ngan aku?? ^_^

Monday

please...

hmm..
kamoo semua pernah tak rasa nak menangis?




hmm..
takde2 aku okeyh..





hmm..
aku rasa dalam hati ni macam ada benda yang dicincang2 lah..





hmm..
takde2 aku okeyh..







menangislah..
kalau kamoo tak mampu..

Wednesday

tahniah sayang..

berapa kali kamoo semua khatam al-quran??
khataM bukan khataN.. okeyh..
dah-dah tak payahlah nak kira-kira dengan kalkulator..
separuh jari pun tak cukup agaknya.. <-- ^_^

pengalaman aku.. sebelum tu.. mari naik tikar aladdin pergi ke masa lalu aku.. zam! zam! alakazam!!
seingat aku.. aku pernah khatam al-quran adalah dalam dua tiga kali..
tapi sebelum aku galak khatam al-quran tu.. ada satu kisah berkenaan dengan khatam-khatam ni.. aku dihantar mengaji di RAUDHATUL MUJAWWIDIN.. dimana satu institusi diasaskan oleh ustaz dan ustazah dari indonesia, yang mengajar kanak-kanak belajar dari buku satu sampai buku lima lepastu terus masuk al-quran..

alhamdulillah..disebabkan gene2 mak dan ayah aku..dikurniakan anak yang bijak ni.. umur 6 tahun aku dah baca al-quran.. lepastu dah dekat-dekat nak khatam.. aku berhenti.. aha! kenapa aku berhenti??

sebab..ustaz yang mengajar aku balik indon..yang gantikan dia ustazah.. dan aku tak suka ustazah tu.. then aku berhenti.! ye! hanya sebab itu.. terbukti dari kecil dah menggatal!! ^_^ aku merajuk sebab ustaz tu.. hehe..<-- GATALL!!

kemudian, seingat aku 2 kali aku khatam kat surau sempena bulan ramadhan, lepastu kat kenduri kahwin sepupu aku..lepastu aku tak ingat dah..

tapi!kenapa tiba-tiba cerita pasal khatam ni? sebab..dua adik aku baru khatam alquran 2 hari lepas..dekat tempat aku mengaji dulu.. yer! tempat ustaz hensem tuh!! ^_^
ini lah dua adik tersayang yang khatam..
perempuan : aisyah alwani (anak 2nd last)
lelaki : afif muammar sidek (anak last)




perhatikan perempuan berbaju hijau pada lajur pertama barisan ketiga..senang citer yang paling tinggi kat barisan perempuan last sekali.. dan barisan kedua lelaki berseluar merah hati tu.. sangat selamber pakai selipar padahal kena pakai kasut.. sangat selamber dan itulah adik-adik aku.. hahaha!! kamoo berdua memang terBAEEKK!!^_^







senyum.. dapat hadiah pelajar paling rajin datang kelas..
(pelik! sebab dia yang kaki ponteng kelas!)



itu adik saya!!
dia pembuka majlis pada hari itu.
.
yer.. afif..
angah sangat bangga dengan kamoo.. ^_^















gambar beramai-ramai mak bergambar dengan anak-anak
dialog: kesayangan... (ayah dah balik dulu
ramai-ramai :"kami dah khatam!! weeahoo!!" sebab kes 'emergency perut' )




tahniah..adik-adik ku...
semoga jadi insan yang dapat berbakti kelak.. ^_^

menyahut seruan

untuk menyahut seruan kerajaan 'bersukan menyihatkan badan!' keluarga aku telah melancarkan perlawanan diantara rakan-rakan keluarga seramai...hmm..tak tahu berapa keluarga yang terlibat..hehehe..

perlawanan yang dimaksudkan adalah perlawanan badminton yang dilangsungkan selama 2 hari satu malam bertempat di rumah keluarga untie marina dan uncle rozaidin..heheh..(uncle untie publish nama penuh eh ^_^)


untie! uncle! u're rocks!! ^_^

secara dasarnya..ibu bapa sahaja yang bermain. ini menandakan ibu bapa aku yang semakin sihat! bukan aku!! ^_^


terdapat 3 kategori dalam perlawanan ini. beregu perempuan, lelaki dan beregu campuran. semuanya beregu sebab nama pun perlawanan antara family kan??
ibu dan ayah bermain sambil tersenyum.. mana
best main tension2 kan ayah??
akhirnya..kalah..hahah..
tapi.. mak telah memahami apa itu badminton.
(lepas ni, kalau kitorang
tengok match badminton
takdelah mak tercengang lagi ^_^)

ayah dan uncle salihin masa final match malam tu..
akhirnya.. dapat tempat kedua!
ayah! uncle! kamoo berdua memang COOL!!

mak dan untie marina..
group ni hanya masuk semi final sahaja..
takpe mak! tahun depan kita bayar balik harga kekalahan tu!!
kamoo berdua memang terBAEKK!! ^_^

kemudian, pada malam terakhir aku dan adik-adik masuk satu acara wajib iaitu MAKAN!! ^_^
berbeku pada malam itu antara hidangan yang paling enak adalah ayam! aku makan dengan sangat banyak macam ayam dah nak habis dalam dunia ni..sehinggakan 2 hari selepas itu nampak ayam rasa nak muntah!<-- padan muka ye!

kemudian, diselangi dengan majlis penyampaian hadiah, terdapat aktiviti karaoke.. yer! ibu dan bapa aku menyanyikan lagu 'sedangkan lidah lagi tergigit' ciptaan allahyarham tan sri pramlee.. yer! mak aku memang tak pandai nyanyi..(sorry mak) tetapi dia kentalkan diri dia tetap menyanyi dengan wajah yang berkerut-kerut walaupun sebenarnya lagu itu lagu heppy.. yer! semangat yang tinggi itu diperturunkan kepada aku!! terima kasih mak ^_^



ibu dan ayah berkaraoke..so sweet..^_^
ayah berpeluh sebab baru lepas la
wan badminton lepas itu terus acara
penutup.

acara seperti ini..sekali lagi membuatkan cuti ini begitu kekeluargaan..dan tak boleh dilupakan..
banyak perkara yang aku belajar..bukan setakat bersenam itu sihat.. tetapi aku realise.. kekeluargaan itu sangat penting.. persahabatan sangat-sangat penting walapupun masing-masing sudah berkahwin.. yer.. persahabatan..

paling penting.. aku sedar.. aku perlukan seseorang yang dapat menerima baik buruk aku.. boleh membimbing aku dari segala segi.. macam ayah aku.. yang tetap terima walaupun mak aku tak pandai menyanyi tapi dia tetap bagi sokongan.. macam ayah aku..walaupun badminton tu perkara asing bagi mak aku..tapi dia tetap sabar ajar mak aku.. dan tak kisah menang ke kalah.. tapi dia tetap senyum..sebab mak aku ada kat sebelah dia.. dan aku perlukan seseorang yang boleh hidup dengan aku sampai ajal.. dan jumpa kat syurga.. eh2!! sudah2!! ^_^




mak..
nak jadi macam mak..
yang boleh buat semua benda..
kental dan bersemangat walaupun sesuatu tu asing..
tetap senyum walaupun sukar..
mak.. I LOVE U SO MUCH!!










syukur..
semoga berjumpa dengan 'orang' itu..
bila sampai masanya..
(sangat berharap 'sesuatu' adalah 'orang' itu)


Sunday

cerita satu malam

"malam ni ayah nak belanja makan" pengumuman rasmi dari ayah bila tengok anak-anak dia macam kebuluran makan nasi.

"weehoooo!!" seorang kanak-kanak bersorak dengan gembira..
nak tau sape?? nih dia..

kanak-kanak ini berumur 9 tahun

gambar-gambar dibawah menceritakan macam mana laparnya anak-anak ayah ni pada malam tu..

si baju merah dan si tudung putih walaupun jarak lahir hanya
beza setahun tetapi kedua-duanya tidak dapat duduk dekat-dekat..keadaan diatas hanya disebabkan terpaksa.
dialog
si baju merah: " alah..busuklah wani nih"
si tudung putih : " ayim lah busuk! tak nak duduk
pergi makan kat longkang"



muka kanak-kanak 9 tahun yang menunggu sang 'sizzling yee mee' sampai.
selepas merajuk selama beberapa minit disebabkan abang nya
memberitahu 'sizzling' dah sold out!


nihlah muka kepuasan yang dapat dipamerkan..
lihat! betapa banyaknya kami semua makan pada malam itu.
(kanak-kanak 9 tahun tu memang kaki kamera, tak percaya cuba tengok kaki dia)


kanak-kanak itu masih ada walaupun kami semua dah kata nak ambil gambar perempuan-perempuan sahaja.
(nampak tak kaki dia ada rupa kamera??)




inilah, aktiviti yang paling dirindui bila duduk jauh dari rumah.. bukan disebabkan makan okeyh.. tapi disebabkan dapat luangkan masa dengan mak ayah dan adik-adik tersayang..




p/s: biarlah nak publish orang-orang yang terdapat dalam carta teratas dalam hati dan hidup aku..







bersyukur..
dikurniakan keluarga sebahagia ini..