PENGIKUT

Wednesday

menyahut seruan

untuk menyahut seruan kerajaan 'bersukan menyihatkan badan!' keluarga aku telah melancarkan perlawanan diantara rakan-rakan keluarga seramai...hmm..tak tahu berapa keluarga yang terlibat..hehehe..

perlawanan yang dimaksudkan adalah perlawanan badminton yang dilangsungkan selama 2 hari satu malam bertempat di rumah keluarga untie marina dan uncle rozaidin..heheh..(uncle untie publish nama penuh eh ^_^)


untie! uncle! u're rocks!! ^_^

secara dasarnya..ibu bapa sahaja yang bermain. ini menandakan ibu bapa aku yang semakin sihat! bukan aku!! ^_^


terdapat 3 kategori dalam perlawanan ini. beregu perempuan, lelaki dan beregu campuran. semuanya beregu sebab nama pun perlawanan antara family kan??
ibu dan ayah bermain sambil tersenyum.. mana
best main tension2 kan ayah??
akhirnya..kalah..hahah..
tapi.. mak telah memahami apa itu badminton.
(lepas ni, kalau kitorang
tengok match badminton
takdelah mak tercengang lagi ^_^)

ayah dan uncle salihin masa final match malam tu..
akhirnya.. dapat tempat kedua!
ayah! uncle! kamoo berdua memang COOL!!

mak dan untie marina..
group ni hanya masuk semi final sahaja..
takpe mak! tahun depan kita bayar balik harga kekalahan tu!!
kamoo berdua memang terBAEKK!! ^_^

kemudian, pada malam terakhir aku dan adik-adik masuk satu acara wajib iaitu MAKAN!! ^_^
berbeku pada malam itu antara hidangan yang paling enak adalah ayam! aku makan dengan sangat banyak macam ayam dah nak habis dalam dunia ni..sehinggakan 2 hari selepas itu nampak ayam rasa nak muntah!<-- padan muka ye!

kemudian, diselangi dengan majlis penyampaian hadiah, terdapat aktiviti karaoke.. yer! ibu dan bapa aku menyanyikan lagu 'sedangkan lidah lagi tergigit' ciptaan allahyarham tan sri pramlee.. yer! mak aku memang tak pandai nyanyi..(sorry mak) tetapi dia kentalkan diri dia tetap menyanyi dengan wajah yang berkerut-kerut walaupun sebenarnya lagu itu lagu heppy.. yer! semangat yang tinggi itu diperturunkan kepada aku!! terima kasih mak ^_^



ibu dan ayah berkaraoke..so sweet..^_^
ayah berpeluh sebab baru lepas la
wan badminton lepas itu terus acara
penutup.

acara seperti ini..sekali lagi membuatkan cuti ini begitu kekeluargaan..dan tak boleh dilupakan..
banyak perkara yang aku belajar..bukan setakat bersenam itu sihat.. tetapi aku realise.. kekeluargaan itu sangat penting.. persahabatan sangat-sangat penting walapupun masing-masing sudah berkahwin.. yer.. persahabatan..

paling penting.. aku sedar.. aku perlukan seseorang yang dapat menerima baik buruk aku.. boleh membimbing aku dari segala segi.. macam ayah aku.. yang tetap terima walaupun mak aku tak pandai menyanyi tapi dia tetap bagi sokongan.. macam ayah aku..walaupun badminton tu perkara asing bagi mak aku..tapi dia tetap sabar ajar mak aku.. dan tak kisah menang ke kalah.. tapi dia tetap senyum..sebab mak aku ada kat sebelah dia.. dan aku perlukan seseorang yang boleh hidup dengan aku sampai ajal.. dan jumpa kat syurga.. eh2!! sudah2!! ^_^




mak..
nak jadi macam mak..
yang boleh buat semua benda..
kental dan bersemangat walaupun sesuatu tu asing..
tetap senyum walaupun sukar..
mak.. I LOVE U SO MUCH!!










syukur..
semoga berjumpa dengan 'orang' itu..
bila sampai masanya..
(sangat berharap 'sesuatu' adalah 'orang' itu)


No comments: