PENGIKUT

Sunday

CANDIDATE... 2009291340059

setelah beberapa minggu mendiamkan diri, sibuk dengan hal-hal realiti yang lebih penting daripada mengarut disini, akhirnya keputusan telah tercapai.

"awak boleh ambil exam untuk semester ini, tetapi waktu untuk menduduki exam adalah pada jan 2011. harap awak faham, prosedur memang macam ni, kerana kehadiran awak tidak cukup 31% lagi. jangan risau, pointer tetap awak berhak. kalau awak berhak dapat A, A lah awak. kerana kes awak berkecuali, awak tak perlu cukupkan jam kuliah, hanya dikenakan penalti dengan menduduki exam lewat sedikit daripada pelajar2 lain."

terkulat kulat aku dengar apa yang encik shahren cakap panjang lebar. tak tahu nak rasa apa. nak meraung merayu2 tolong benarkan ambil exam nov ni pun aku rasa macam useless. sambil balik hostel aku telefon mak.

"takpelah, ada banyak masa angah nak study. tak yah lah nagis.. angah rasa apa sekarang? nak nagis ke?"

jujurnya, aku tak rasa apa-apa. macam aku cakap tadi, nak nangis pun macam useless. sebabnya, memang takkan ubah apa-apa walau aku menangis darah sekalipun. lagipun, dah kalau orang yang mendamaikan hati aku which is EMAK aku kata takpe, so buat apa aku nak berendam air mata. takdir takkan bertukar.

terngiang-ngiang kat telinga apa yang ayah selalu cakap masa aku tengah sakit dulu,

"jangan risau, semua ni ada hikmah.. ALLAH nak uji angah.. terima dengan sabar dan tabah, ada hikmah semua yang berlaku.. dan tak mungkin hikmah tu adalah buruk untuk hambaNYA.."

haila.. macam nak menangis, tapi kata-kata yang terngiang ni buat aku lebih tabah. aku yakin, semua yang tertulis adalah baik untuk aku. aku perlu jalani sebaiknya, dan perlu lepasi episod ujian yang aku rasakan tak seberapa ni. sebabnya, ada orang lain ditimpa ujian lebih teruk dari ni.

insyaALLAH, aku jalani dengan tabah.

don't despair and never loose hope
coz ALLAH is always by your side...

jadi, kawan-kawan...
candidate 2009291340059 tak ambil exam tau.
sape nak ajak aku pergi berfoya-foya tyme exam nih??? HAHAHAHA!!!

Thursday

MUNGKINKAH

petang-petang dah berjiwang (waktu entry dituis adalah pada waktu petang, sekarang baru rasa nak post). mungkin bukan berjiwang tapi hati aku tersentuh. dari mula aku baca entries dia, sampailah kisah cinta yang sangat mengusik jiwa, sehingga dia bergelar isteri dan menemui seberapa banyak cinta dalam hidup dia. semuanya buat air mata menitik.

how come aku boleh tak nampak begitu banyak cinta ada di sekeliling aku. kenapa cinta hanya banyak dikategorikan untuk perempuan dan lelaki sahaja? tak, semua tu salah, sungguh banyak cinta yang ada disekeliling yang perlu kita hargai.

aku ada tebaca satu artikel, manusia selalu meminta kepada NYA akan sesuatu yang bukan milik mereka. lepastu bila terjadi sesuatu yang bukan diminta terus salahkan takdir dan menyalahkan orang lain.

ah! memang terlalu relate dengan aku. meminta sesuatu yang bukan milik aku. bukan ke TUHAN tu maha mengetahui apa yang terbaik untuk diri hambaNYA. kenapa mesti aku nak minta dan berharap sesuatu yang belum pasti milik aku. kenapa nak punya perasaan pada sesuatu yang tak pasti bukan milik aku. tak. memang tak perlu.

"Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita

jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada

sesuatu keistimewaan pada seseorang tu.

Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas

jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak

akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh

cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple

mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita

berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah

tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang

kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan

dikahwinkan dengannya.."


berkahwin dengan jodoh kita, bukan dengan orang yang kita cintai..


"Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan ,
terimalah dengan hati yang redha.. Tak

mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau

yang kita sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau

dapat yang kita tak nak, lantaran kelemahan yang

ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap

insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing

-masing. Dan mungkin kita ada kekuatan yang dapat

mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna

dan mungkin kita sahaja yang mampu mencungkil

kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si

lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kita sangat-sangat
perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kita..

Alangkah bertuahnya kalau kita mengerti setiap pemberian Allah
dan belajar untuk bersyukur.. "


mungkinkah dia adalah orangnya yang mempunyai sesuatu yang aku sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi kat aku??







"Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi

hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi

hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya

hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang

bukan milik dia.

Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Saturday

HANTU KEK CAWAN

laalalallalala~~ maksudnya hati girang.. setelah beberapa hari mood aku swing macam ribut taufan akhirnya hari ni rasa mampu nak buat sesuatu tanpa mempedulikan swing yang berhari-hari.
ok. perkara utama adalah melunaskan tanggungjawab dan janji sebulan yang lepas pada adik-adik yang mahu buat kek cawan..=)) nyum2!!

CEKID OUT HASIL TANGKAPAN..







so, dah lihat hasil tangkapan? kenapa tak caya aku yang buat?. well.. see the face lah babe~ i dah boleh kahwin tau. tapi nanti suami i makan cupcake je lah hari2..sebab pandai buat cupcake jerk. hahahah!! T__T



sape hantu cupcake? boleh kahwin ngan perempuan kat atas nih. T__T

Wednesday

KELEMAHAN YANG NYATA.

satu lagi kelemahan yang paling nyata bila aku diuji dengan kesetiaan dalam bersahabat.
kenyataannya, aku sangat lemah bila ujian ni datang.
sahabat dan keluarga adalah kelemahan aku yang paling hebat.

selama hidup ni, yang aku nampak paling jelas aku selalu diuji dengan persahabatan.
sekarang, tiba masa persahabatan tu diuji semula selepas aku leka bersuka ria bersahabat dengan orang orang yang hebat..

perlu hadapi. perlu tangani. supaya persahabatan tak tercalar. hati tak terluka.
bijak menguruskan masalah.

Monday

IKUT SUKA I

oleh kerana blog ni takde tema..jadi ikut suka lah aku nak hupdate pasal ape kan.
tapi masalah terbesar sekarang, aku tak tahu nak hupdate pasal apa.
bukan bermaksud aku tak tahu perkembangan dunia semasa. aku tahu je pasal xcident yang jadi semalam 10.10.10. aku tahulah. jangan lah cakap blog aku ni ketinggalan zaman. tak semestinya semua blog nak kene hupdate pasal xcident tu kan. jadi biar sorang je cite pasal tu yang lain tak yah lah. well, kalau kau nak gak jangan nak sibuk2 libatkan blog aku ni. habis dah luah perasaan tak puas hati.
***********************************************************************************

dr fadzillah kamsah pernah cakap. (ini fakta yang benar) kalau kita tengok seseorang tu lepastu terus macam tersuka kan.. ada 99% berkemungkinan dia pun tengok kita mempunyai perasaan yang sama. maksudnya macam ni, bila kau tengok dia kau suka, dia pun tengok kau dia suka jugak. ha, macam tu lah lebih kurang maksud dia. dan kalau kau tak suka bila tgk dia ada kemungkinan orang tu pun tak suka tengok kau.

jadi, kalau macam aku tengah suka seseorang, 99% orang tu pun suka kat aku lah kan?
dan kalau aku gelisah sebab orang tu, ada kemungkinan dia pun punya perasaan yang sama lah kan?

ada lagi satu fakta yang aku tak tahu betul ke tidak.. tapi aku lebih suka dengan perkataan betul sebab.. fakta nya berbunyi begini

kalau kita mimpikan orang tu, berkemungkinan sebelum tidur orang tu sedang ingat kat kita.. wah2!! siapa yang tak nak kan?? lagi2 kalau aku mimpikan dia, maksudnya sebelum tidur dia tengah ingat kat aku lah?? hooooorrreeeeyyyy!!! dah2 tak payah nak suka sakkan. fakta ni tatau betul ke tak. jadi mari berduka. berduka?? apekah?

maaf lah, sejak akhir-akhir ni emosi tidak stabil. menyukai sesuatu yang tak tahu milik kita atau tak. menyukai sesuatu yang tak tahu akan disukai atau tak. menyukai sesuatu yang tak tahu sesuatu itu sudah ada yang disukai atau tak. menyukai sesuatu yang tak tahu sesuatu itu sudah menyukai sesuatu yang lain atau tak. penat. lelah.

gelisah kan sesuatu yang tak tahu kegelisahan ini berbaloi atau tak. gelisah kan sesuatu yang tak tahu kegelisahan ini dirasai atau tak. gelisahkan sesuatu yang tak tahu akan di ketahui atau tak. gelisahkan sesuatu yang tak tahu akan jadi kenyataan atau tak. impian. angan-angan. akan terjadikah?

ada yang suruh buat cara ekstrim ada yang suruh buat sedang2 je ada yang suruh pelan-pelan kayuh. semuanya ada risiko dan kelebihan tersendiri. jadi aku pilih yang pelan-pelan kayuh. tak kisahlah lambat janji selamat. takde gelojoh. tak ekstrim. walaupun risikonya adalah kehilangan, walaupun masih tak bersedia dengan perkataan redha. ikhlas. aku tahu satu hari nanti kalau terjadi aku akan redha. ikhlas. sebab dah biasa dah. sejak lima tahun lepas aku berhadapan dengan kehilangan.

aku dah cakap, kalau kali ni aku pilih. pilihan itu hanya itu. takde yang kedua takde yang ketiga. pilihan yang dipilih itu hanya itu sampai akhirat. tak mampu hadapi kehilangan. perpisahan. ada masa 2 tahun secara realitinya, secara diluar pengetahuan tak tahu. mungkin esok akan berlaku kehilangan. perpisahan. penat. lelah. semua dalam satu.

oleh sebab punya alasan yang konkrit, pilihan tu kene tepat sebelum mulakan langkah. bila dah mulakan langkah aku tak nak sesuatu yang lain dah. hanya itu. hanya dia. apa pun yang jadi hanya dia. tapi, apakah DIA redha akan dia untuk aku? apakah DIA takdirkan dia untuk aku dalam qada' dan qadarnya?

Sunday

DUDUK DIAM DIAM

dulu malam malam aku duduk diam diam
dalam bilik sorang sorang
5 minit lepastu aku mesti tidur
tidur lena macam tak ingat dunia.




sekarang bila aku duduk diam diam
dalam bilik sorang sorang
setiap saat kau mesti datang.




kenapa kau tak duduk bilik kau diam diam
jangan kacau perasaan aku yang nak sangat tenteram
tenteram macam dulu
macam kau tak pernah wujud.





dulu aku boleh duduk diam diam
tak hirau orang putih ke hitam
sekarang
bila aku nak duduk diam diam
aku nampak kau
hati aku melonjak lonjak macam nak terajang.
eksaited semacam




boleh kau duduk depan aku diam diam?
biar puas aku nak cakap
hati ini perlukan apa untuk tenteram
tolonglah faham.





boleh tak kau duduk diam diam
dalam hati aku biar
hati aku aman dan tenteram.



betul.
aku nak kau duduk diam diam
di samping aku
jangan pergi mana mana macam ayam
supaya aku boleh lupakan kisah semalam yang mencengkam





lama dah hati dan perasaan ini diam
dari diulit rindu dan sayang yang memanjang
supaya kau boleh tolong genggam dan simpan diam diam

Wednesday

HATI KOSONG VS ROTI KOSONG

roti kosong sedap kot tapi kalau hati kosong memang tak best lah kan.
hati kosong maksudnya bukan pergi goreng hati ayam secara kosong tanpa letak apa-apa perencah tapi hati kosong bermaksud takda perasaan.
rasa dull dan rasa kosonglah senang cerita. takde belit-belit nak describe. faham?

roti kosong boleh gaklah nak cicah ngan kuah dal masuk perut kenyang. tapi kalau hati kosong memang tak kenyang. memang tak. bikin hati perasaan gundah gulana lagi ade.

pernah rasa hati kosong macam aku?

takpayah lah tetiba nak ada xperience nak berhati kosong macam aku. bosan bila hati kosong.
takde perasaan. takde rasa. takde hati. takde mood nak buat apa-apa. sekian, harap maklum. tiba-tiba lah pulak kan.


lama dah rasanya aku berhati kosong. bila nak isi memang tak full sebab tak sempat.
sama kosongnya dengan entry ni. sekian, harap maklum.

Monday

SEMUA ITU ALASAN.

alasan yang paling nyata dan tak lain dan tak bukan adalah...
jeng jeng jeng!!
sangat sibuk. well.. nama pun student, kalau tak sibuk suri rumah namanya..
maksud aku suri rumah yang ada bibik.
maksud aku yang ada 10 bibik.
jadi tak perlu buat kerja membuta menghabiskan duit laki.
ok. bahasa dah menjadi kasar sejak akhir-akhir ni.

ok. sekarang mula memberi alasan kenapa tak sempat nak jenguk sini.
walaupun ini adalah kecintaan.
kecintaan bermaksud membebel ntah hape- hape kat blog ni,
tetapi kecintaan perlu dikorbankan akibat tuntutan nafsu kerja.
wah kau!! tuntutan nafsu kau aku guna. HAHAHAHHA!

seminggu yang pertama.
macam biasa sibuk siapkan xsignment.
ada jugak aku jenguk-jenguk tapi takde idea nak type apa2 yang bermakna.
daripada merapu meraban lebih baik aku tak type pape kan?

seminggu yang kedua.
xsignment memang tak lah kan.
aku sibuk camping.
HELL!! bukan SHELL!!
memang macam tak best.
sebab ada dua.
1 best 1 tak best.
yang tak bestnya aku start membenci kari dan tagline datu seri najib.
entah. aku bukan racist. tapi memang aku dah start tak suka.
yang bestnya
jeng jeng jeng!!
tak perlu mention. lalalalalla~~~

maka genaplah hari ni, aku mula mentype ntah hape2 semula
supaya kau orang semua rasa macam tak menyumpah dah bila klik page nih.



HARI2 ENTRY YANG SAMA. PEMALAS DOW!!



lebih kuranglah kan kau orang mencaci macam tu kan??kan??kan??