PENGIKUT

Sunday

CANDIDATE... 2009291340059

setelah beberapa minggu mendiamkan diri, sibuk dengan hal-hal realiti yang lebih penting daripada mengarut disini, akhirnya keputusan telah tercapai.

"awak boleh ambil exam untuk semester ini, tetapi waktu untuk menduduki exam adalah pada jan 2011. harap awak faham, prosedur memang macam ni, kerana kehadiran awak tidak cukup 31% lagi. jangan risau, pointer tetap awak berhak. kalau awak berhak dapat A, A lah awak. kerana kes awak berkecuali, awak tak perlu cukupkan jam kuliah, hanya dikenakan penalti dengan menduduki exam lewat sedikit daripada pelajar2 lain."

terkulat kulat aku dengar apa yang encik shahren cakap panjang lebar. tak tahu nak rasa apa. nak meraung merayu2 tolong benarkan ambil exam nov ni pun aku rasa macam useless. sambil balik hostel aku telefon mak.

"takpelah, ada banyak masa angah nak study. tak yah lah nagis.. angah rasa apa sekarang? nak nagis ke?"

jujurnya, aku tak rasa apa-apa. macam aku cakap tadi, nak nangis pun macam useless. sebabnya, memang takkan ubah apa-apa walau aku menangis darah sekalipun. lagipun, dah kalau orang yang mendamaikan hati aku which is EMAK aku kata takpe, so buat apa aku nak berendam air mata. takdir takkan bertukar.

terngiang-ngiang kat telinga apa yang ayah selalu cakap masa aku tengah sakit dulu,

"jangan risau, semua ni ada hikmah.. ALLAH nak uji angah.. terima dengan sabar dan tabah, ada hikmah semua yang berlaku.. dan tak mungkin hikmah tu adalah buruk untuk hambaNYA.."

haila.. macam nak menangis, tapi kata-kata yang terngiang ni buat aku lebih tabah. aku yakin, semua yang tertulis adalah baik untuk aku. aku perlu jalani sebaiknya, dan perlu lepasi episod ujian yang aku rasakan tak seberapa ni. sebabnya, ada orang lain ditimpa ujian lebih teruk dari ni.

insyaALLAH, aku jalani dengan tabah.

don't despair and never loose hope
coz ALLAH is always by your side...

jadi, kawan-kawan...
candidate 2009291340059 tak ambil exam tau.
sape nak ajak aku pergi berfoya-foya tyme exam nih??? HAHAHAHA!!!

1 comment:

ahsfantasy24 said...

all d best mal..
yuk wt wt yg trbaik..!!

^^,